07 October 2014

KEMBALI DENGAN IZIN-NYA :)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Hai semua, hai... Maaflah kaku jari-jemari nak menaip. Dah lama tak berkeletak keletuk, sungguh. Kali terakhir aku post entri tahun 2013. Setahun oiii, setahun. Kehkeh.


Aku tak menghilang ke mana-mana pun. Ada lagi di bumi Allah walaupun setahun aku tak menulis di blog. Hihi. Aku tak tahu nak cerita macam mana sebab panjang sangat kisahnya. Muahaha.





Okeylah, aku tamat belajar dengan jayanya dengan status gelaran yang sah - Graduan Diploma ASWARA (Penulisan Kreatif). Haaa, dah macam sah kahwinkan? Tapi sah tamat belajar dengan status 'graduan' tu ibarat kahwin juga. Betapa indah, manis dan nikmatnya sebab dapat gapai kejayaan kecil sekian lama berjuang selama 3 tahun. 




Paling terharu dan sebak sebab dapat hadiahkan kejayaan untuk ibu bapa tercinta. Itu kenangan manis yang tak mungkin boleh dilupakan sebagai seorang anak.


Jadi, selepas tamat belajar tetap ada perancangan seterusnya. Takkanlah kau dah tamat belajar, kau tak nak buat apa-apa. Matlamat aku seterusnya aku nak sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) pada tahun 2013. Hajatnya nak sambung belajar di ASWARA sahaja sebab aku memang dah sayang sangat dengan ASWARA. Ehhhhhh? Tak, sebenarnya aku suka belajar di ASWARA sebab pembelajaran memang tip top. Walaupun bersengkang mata, aku pun dah rupa macam adik-beradik panda buat tugasan puluhan halaman  sampai ke pagi sekalipun aku tetap nak belajar di ASWARA. Pensyarah pun semua okey, baik dan terbaik memang buat aku berbelah bahagi.  Mana nak dapat semua tu? 


Toink! Ketuk kepala sendiri, melampau sungguh. Kehkeh.


Tapi sayang, aku terpaksa tangguhkan niat aku nak sambung belajar masa tu. Siapa yang tahu pasal kes aku terpaksa tangguhkan belajar di ASWARA akan faham. Perasaan aku masa tu mengalahkan perasaan orang putus cinta tahu tak? Kalau orang putus cinta menangis siang malam, aku pun sama juga. Menangis sebab aku nak kejar cinta ilmu. Kejar cinta manusia lain kali pun boleh. Bukan senang nak sambung belajar dengan usia makin meningkat (Errkk!). 


Ahhhh! Pedulikan soal usia. Jangan jadikan usia sebagai penghalang. Bak kata orang, cinta tidak mengenal usia. Jadi, bagi aku cinta ilmu pun sama. Mana boleh dihalangkan. Aku tak kisah orang fikir apa sebab yang nak berjaya itu hanya aku. Orang lain yang pot pet bagai apa nak fikir. Aku anggap mereka umpama lalat kecil, apabila nampak aku tampar dengan lidi supaya terus senyap. Senyap selamanya... Wakakaka. Pengajarannya, jangan putus asa dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling.


Selama setahun aku nak menunggu sambung belajar lagi, aku banyak buat kerja. Paling tip top, kerja kuat tidur, kerja tambah berat badan (Dari saiz M ke XL - Serius oiii! Grrrr!), kerja habiskan beras di rumah. Asyik-asyik muka aku berulang-alik ke dapur. Aku ada juga cari dan minta kerja kosong di bandar tapi tahu-tahulah bandar di kampung bukan semeriah di bandar Kuala Lumpur. Sempat jugalah aku pusing 3, 4 kali di bandar tayang muka cari kerja. Sayangnya, hampeh! 


Aku pun malas dah nak cari kerja sebab aku rasa aku memang dah malas. Mohon jangan tiru sifat aku yang tiada unsur murni itu. Hahaha. Banyak kali cari kerja tapi tiada rezeki. Lepas tu, aku pun bergelar pemandu kereta dan bibik di rumah. Hantar adik pergi sekolah, teman ayahlah, teman kakaklah, ambil emak di sekolahlah, buat kerja rumah yang tak pernah habislah dan bla bla. Kikiki.


*Permulaan aku ketika mula berniaga. I Love Perla Coffee! <3


Nak dijadikan cerita, aku minum produk kecantikan dalaman dan luaran - Perla Coffee. Haa, siapa yang tak tahu mohon tanya Encik Google. Aku saja suka-suka mencuba Perla Coffee dan sempat lagi paksa adik aku minum juga. Alhamdulillah, aku perasan tengok muka adik aku banyak jerawat dah berkurangan. Kulit dia yang terbakar bagai pun dah berasnur jadi pulih sekata. Dua minggu jugalah aku tunggu testimoni muka dia. Alhamdulillah, memang positiflah. Bermula dari situ, aku mencuba bidang baru iaitu berniaga walaupun tiada asas ilmu perniagaan. Kosong sungguh-sungguh.


Alhamdulillah, sokongan dan restu mak dan ayah paling penting. Aku pun mulalah menjual produk kecantikan dan pelangsingan. Macam-macamlah ada. Alhamdulillah, perniagaan aku berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkn. Sebenarnya aku suka-suka sahaja tapi tak sangka ramai orang berminat nak beli produk dengan aku. Nak tahu kenapa? 


JUJUR. Kejujuran dalam perniagaan paling penting. Aku testimoni diri sendiri. Muka aku sendiri, tubuh badan aku pun sendiri. Tak menumpang testimoni orang lain. Gigih aku buat testimoni sendiri dan ternyata banyak perubahan aku alami.  Muka gelap terbakar, parut, kulit kusam semua hilang. Berat badan aku yang dulu pun berkurangan. Saudara mara, kawan-kawan mak aku dan kawan-kawan aku semua pakat tegur. Tanya rahsia perubahan aku. Jiran aku pun datang ke rumah, nak minta tip dan nasihat aku produk mana yang sesuai untuk masalah kulit jerawat anak dia. Diaorang beli dan cuba sendiri. Alhamdulillah, semua komen positif. 


Lama jugalah aku berniaga dan ada pelanggan tetap. Walaupun berniaga, ada jugalah aku terbang ke Shah Alam. Jadi bibik jaga anak saudara aku. Sepanjang proses kehidupan berlaku, memang aku jarang buka blog. Semangat aku masih belum sembuh untuk menulis blog. Kecewa dan sedih sebab tak dapat sambung belajar masih ada. Nak tahu kenapa?


Aku mula menulis blog kali pertama ketika masuk ASWARA. Di ASWARAlah, aku kenal dunia blog sampai aku ketagih asyik nak menulis. Setiap kali aku nak menulis, aku rasa pedih jiwa aku. Memang ada aku menulis blog tapi itu pun aku paksa diri aku. Ada permintaan pembaca blog sebab aku dah jarang update blog. Huhu. Lama-kelamaan, aku dah sibuk berniaga dan berulang-alik dari Terengganu ke Shah Alam, aku pun dah jarang menulis di blog. Bahana sibuk, begitulah jadinya. Hihi.


*Yeaaay!


Sekarang? Alhamdulillah, aku dah sambung belajar di ASWARA. Memang agak kekok dan janggal juga tapi semua aku anggap cabaran kecil. Macam tak percaya dah sambung belajar semula. Semua itu kerja Allah, Alhamdulillah. Walaupun aku merajuk dengan ASWARA tapi sebab beberapa orang pensyarah aku pujuk, bagi semangat dan sokongan akhirnya aku sambung belajar di ASWARA semula. Terharu tahu tak sebab pensyarah tak putus-putus tanya khabar aku selama setahun. Ada yang ajak aku masuk kuliah beliau, siap nak belanja tambang bas ulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Terharu sangat-sangat. Bukan senang nak dapat pensyarah berhati mulia tau. Mana nak cari pensyarah sebaik-baik ikhlas dan baik hatinya? 


Waktu aku konvokesyen, pensyarah aku nak jumpa emak dan ayah aku. Berbincang dan bagi sokongan supaya aku sambung belajar di ASWARA lagi. Emak dan ayah aku pun pujuk aku juga. Susah kalau aku merajuk, semua benda jadi parah mengalahkan orang putus cinta, Kehkeh. Kalau nak dihitungkan, memang aku tak mampu nak balas jasa kebaikan mereka.  Terima kasih para pensyarah, kalian sebaik-baik insan berhati murni dan mulia. Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki mereka. 


Okeylah, aku dah membebel panjang. Hahaha. Sepatutnya aku dah siap buat tugasan tapi mengarang panjang dalam blog, memang semua terabailah. Muahaha. Maaflah, dah bergelar pelajarkan... Melampau kau, Kak Jemah. Kikiki. Apa pun, doakan semoga aku maju jaya ya. Terima kasih :)


Terima kasih kalian yang masih sudi mengunjungi, menjenguk dan membaca blog aku yang selalu merapu. Terima kasih semua. Aku sayang kalian. Muaaahh!



XOXO,
CIK UNMA





Post a Comment