20 October 2013

PART 1 : TASIK KENYIR KHAZANAH ALAM TERINDAH :)



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Cak! Cak! Bubucak! 




Awal pagi Jumaat (18 Oktober 2013) aku dikejutkan oleh emak. Mulanya, aku malas nak bangun. Mengantuk! Hehe. Datang Mak Sue pula kejutkan aku termasuk dengan adik aku sekali. Padan muka untuk diri sendiri. Syok sangat layan cerita ‘Love You Mr. Arrogant” sambil lipat pakaian pukul 3 pagi. Kehkeh.


“Bangun, nanti nak gerak awal ke sana. Kalau lambat, nanti kena tinggal,” kata Mak Sue.


Aku pun celik mata. Sana? Ke mana? Bingung kejap. Oh, baharu aku teringat beria-ria aku lipat pakaian masuk dalam beg. Aku ikut sekali rombongan lawatan sekolah emak aku. Pergi mana?


Tasik Kenyir, Terengganu. Yehaaa!


Maka bersiap-siaplah aku, adik, emak dan ayah. Mak Sue dengan keluarga dia pun bersiap juga sebab nak balik Kemaman pagi ini. Alang-alang nak pulang, Mak Sue aku nak singgah rumah ayah saudara aku, Pak Long Usop di Kampung Darau dahulu. Bawa nenek sekali pergi sana.


Nasib baik aku dah kemaskan barang semalam walaupun tidur lewat, hehe. Aku tak suka buat kerja kalut, nak-nak awal pagi. Boleh mengamuk aku dibuatnya. Huhu. Semangat sakan aku, siap pakai mekap tapi ringkas sahajalah. Kau nak pergi tempat ada pokok merimbun, ada air tasik dan bot. Bukan melawat di pusat membeli-belah. Awal-awal aku ingatkan diri sendiri, boleh macam tu? Haha.




"Kita pun nak ikut. Kita janji tak nakal-nakal. Pleaseee... Meow Meow"



Hampir pukul 10.00 pagi, jiran di hadapan rumah kitaorang, Kak Pah dan anak lelaki dia datang. Bawa beberapa bungkusan tempahan nasi berlauk untuk rombongan sekolah. Pukul 10.25 pagi, kitaorang bertolak dengan iringan doa. Memohon keberkatan, kerahmatan dan perlindungan dari Allah agar perjalanan kami selamat tiba dan pulang nanti. Mudah-mudahan, Amin.


Sempat lagi kitorang berhenti di Pasar Raya Supermas, Kampung Raja. Beli barang keperluan untuk di bawa ke Tasik Kenyir. Pukul 11.05 pagi, sampailah kitorang di sekolah emak – Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampung Raja, Besut. Sementara menunggu orang lain sampai, kitaorang masuk dan susun beg, barang-barang dan kotak tempat khas bas.


Semua orang sudah berkumpul. Termasuk beberapa orang pelajar sekolah untuk ditumpang bersama. Ada kem di GPMS. Aku pun dah lupa kem apa, hehe. Masuklah kami semua ke dalam perut bas. Okey, aku dah mula rasa bahang kepanasan. Terasa lemas, susah nak bernafas. Peluh dah memercik di dahi dah tubuh. Sudahlah aku cepat berpeluh. Kalau aku tahu, tak payah mandi di rumah. Eiii, mohon dijauhkan perangai tidak sopan itu… Haha.


Penghawa dingin bas rosak. 
Rosak? 
Ya. Rosak! Rosak! Rosak!


Huhuhu. Ya Allah, aku terasa macam di sauna. Sekarang aku faham perasaan roti, biskut dan kek  yang dibakar dalam oven. Aiyooo! Haha. Riuh suara cikgu dan pelajar bercerita bas umpama sauna spa. Sudahlah tingkap tertutup, nak bukak tingkap kat bumbung pun susah. Dapatlah buka sedikit tapi tak rasa apa-apa. Cuma aku dapat rasakan, eyeliner aku mesti cair. Risau jugak, kan nanti satu bas menjerit terkejut. Panda jadian muncul dari manakah? Wakaka.


Seksa betul menahan kepanasan di dalam bas. Alasannya, bas lain semua digunakan. Tinggal bas itu sahaja. Huhu. Nasiblah, sabarlah Kak Jemah. Dugaan menguji keimanan. Hihihi. Walapun begitu, aku berjaya lelapkan mata dan tidur. Terganggu memanglah terganggu tapi sebab mengantuk tak cukup tidur, lantaklah.


Sampailah di GPMS, Terengganu untuk hantar pelajar sekolah. Maka, tinggallah kami semua 21 orang termasuk pemandu bas, Pak. Menyambung destinasi yang masih belum tiba. Pukul 1.15 tengah hari, kami berhenti di Masjid Kampung Teris, Terengganu. Sembahyang Jumaat untuk kaum Adam. Kami, kaum Hawa berehat di pondok dengan rasa syukur sebab dapat hirup udara segar. Dapat bernafas secara normal kembali, hehe.


Pukul 2 petang lebih, kitaorang bertolak untuk tiba di Tasik Kenyir. Tak sabarnya! Melampau kau, Kak Jemah. Hehe. Alhamdulillah, selamat sampai kami di Tasik Kenyir, Terengganu. Subhanallah, cantik sungguh pemandangan di situ. Terpesona!


Kami menunggu Encik Azman, orang yang bertanggungjawab uruskan rombongan pihak kami masih belum tiba. Sempat kami berkumpul di pondok, menjamu selera.  Memandangkan tak cukup kerusi, aku, emak, adik dan dua orang cikgu duduk bersila di atas lantai kayu. Terasa macam gadis Melayu terakhir gitu. Itu belum nyanyi lagu Ombak Rindu. Melampau sangat, hahaha.







Detik yang dinantikan, kami berjalan menuju ke sebuah bot bertingkat 3 – Belida 3 antara deretan bot lain. 








Teruja, gembira dan seronok. Itu sahaja yang mampu aku beritahu. 



Tingkat 1 :




Ruang untuk berehat dan melepak, ada televisyen, ASTRO, karaoke.








Dapur (siap pakej meja, pinggan, mangkuk, kuali, senduk, sudu dan anak-beranak lain), 
bilik air untuk mandi dan tandas.



Tingkat 2 :





3 bilik tidur. Setiap bilik dilengkapi katil dua tingkat. Dipasang cadar. Disediakan bantal. 
Oh ya, termasuk lampu dan kipas. 





Dihiasi dengan cermin untuk bersolek seperti gadis seperti aku.
 Suka syok sendiri pandang muka di depan cermin, haha. 





Ada langsir, terasa macam dalam rumah pula. Hampir sempurna. Cuma tidak disediakan selimut sahaja. Tetap lengkap bagi aku. Sila tepuk tangan. Hehe. Jadi, tingkat 2 khas untuk kaum wanita sahaja.



Tingkat 3 :






Ada loteng. Aku tak naik sebab itu tempat kaum lelaki sahaja. Jangan risau, tilam dan bantal disediakan. Keperluan lain tak pasti.




Kepala aku asyik terlanggar kipas. Nak cari gaduh ya, kipas? Hehehe.



Aku, emak dan adik duduk sebilik. Bilik kami hujung sekali. Ada empat katil. Seronoknya, tak payah berebut. Hehe. Aktiviti pukul 3 petang lebih pastinya acara tidur. Menyambung tidur dengan gaya bebas atas tilam. Hehe. Emak dan adik aku dah terbabas, tidur awal dari aku. Masing-masing kepenatan.







Sebelum tu sempat aku ambil gambar. Bajet-bajet boleh upload di Instagram dan Facebook tapi line lembap teramat. Batalkan niat. Sabarlah Kak Jemah.



Kau bayangkan, kau tidur dengan fikiran kosong. Kau selak langsir, bagi udara segar menerjah. Bau air tasik yang semulajadi menenangkan jiwa. Tenang dan damai. Dengar air berkocak perlahan, seolah-olah lagu pengulit tidur dan…. Kroooh kroooh!




Selamat terbang ke alam imaginasi, Cik Unma.





Aku terjaga dari tidur. Terasa katil bergerak, baharu teringat aku di dalam bot Belida 3 yang pernah memenangi tempat pertama untuk pertandingan bos berhias. Dapatlah hadiah wang tunai RM 400.00. Aku bangkit dari pembaringan, bau harum mewangi sungguh. Rupa-rupanya, cikgu perempuan sibuk memasak. Aku tengok jam pukul 5.30 petang, nasib baik aku bercuti – Kibar bendera putih. Hoho.







Aku turun, tengok ada cekodok, air teh dan bahan-bahan masakan untuk makan malam nanti. Aku masih mamai tapi sempatlah cuci mata tengok pemandangan sekeliling. Basuh muka dan gosok gigi. Kemudian, tolong apa yang patut di dapur.


Pukul 7 malam, aku mandi. Kali pertama mandi di dalam bilik air atas bot. Pening? Bolehlah sebab aku baharu bangun tidur dan masih dalam proses biasakan diri dengan suasana baharu. Bilik air disediakan tong besar untuk menadah dan menyimpan air. Ada penyangkut disediakan. Lain-lain? Barang mandian kau bawalah sendiri. Takkan itu pun nak ditaja. Hehe.


Cuma, bot tidak bergerak seperti tadi. Bot berhenti di tempat yang sesuai. Tidaklah bergerak sepanjang masa, ia mengikut ketetapan waktu juga. Maklumat yang aku tahu, bot yang ‘diparking’ mengikut tempat. Maksudnya, tidak boleh berhenti di merata-rata tempat. Ada tempat khas untuk mengelak jika berlaku ribut dan sebagainya. Faham kawan-kawan? Hehe.





Malam menjelma, bulan pun muncul. Subhanallah, berseri-seri cahaya bulan bersinar. Cantik sungguh. Umpama membasahi air tasik yang jernih. Hilang tekanan, masalah dan serabut. Terpegun aku melihat kejadian indah ciptaan Allah.  Terlalu cantik, leka aku menatap.









Makan malam disantapi dengan kaum lelaki. Kemudian, baharulah kaum wanita pula. Kaum lelaki yang sedang berehat, sudah mula aktiviti. Memancing dengan meriah sekali. Kaum wanita pula masuk ke dapur. Bersih dan cuci apa yang patut. Lepas tu goreng keropok  pula. 



Oh ya, penggunaan air di atas bot kena berjimat-cermat. Kalau air tangki penuh, boleh digunakan. Kalau habis, terpaksalah kena tunggu untuk dipam semula sehingga penuh. Mujur aku sempat mandi sebab ada yang tak dapat mandi. Kasihan, huhu.



Bekalan yang dibawa. Bajet macam mahu tidur seminggu di dalam bot. Hehe


Jam pukul 12 malam, bateri telefon aku dah makin sedikit. Sebelum tidur, sempat lagi aku main game di telefon bimbit. Kemudian cas (Lega kerana disediakan suis kosong). Paling seronok masa nak tidur, kau rasa tenang. Tak takut pun walaupun langsir terselak, dikeliling dengan pokok-pokok kehijauan. Betapa damainya ciptaan alam semulajadi Allah :)


Aku pasang  kipas kelajuan nombor 3, bajet-bajet boleh halau nyamuk. Ajaib sungguh, tiada seekor nyamuk ditemui. Ya Allah, sejuk sungguh disapa angin kipas. Tak pasang kipas pun tak apa. Cukuplah cuaca malam yang dingin. Tapi, aku tetap pasang kipas. Manalah tahu panas malam nanti. Hehe.


Tingkat bawah sibuk dengan joran masing-masing sambil dengar lagu. Tingkat 3 pula, sesekali aku dengar telapak kaki kaum lelaki berbunyi. Ganas betul kauorang berjalan, nasib baik tak bertukar jadi gergasi. Huhu. Jadi, aku tidur dahulu, mengantuk dan penat masih ada. Selamat malam Tasik Kenyir.


Okey, aku berhenti menulis di sini. Nantikan sambungkan entri kedua tentang lawatan di Tasik Kenyir.  Terima kasih mengunjungi dan membaca blog di sini. Meow Meow :)



XOXO,

CIK UNMA



Post a Comment