03 September 2013

AIR MATA PENUH KONTROVERSI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Hai pengunjungku yang cantik manis dan kacak bergaya.
Terima kasih kerana sudi mengunjung blogku.





AMARAN :

ENRTI KALI INI PANJANG.
SANGAT PANJANG.
PANJANG.
PANJANG.
PANJANG.





Masih belum terlambat kalau kauorang nak singgah blog lain.
Serius, tak main-main. Banyak benda nak pot pet. Ooops, tapi bukan kisah gosip artis. 






Ini kisah hidupku - CIK UNMA :)























Betul nak teruskan membaca entri ini?










Okey....








Jom! :D



*
*
*
*
*





1. Zaman Tadika




Masa umur 6 tahun, ayahlah orang yang bertanggungjawab hantar aku ke tadika. Jarak dari rumah ke tadika tak jauh. Dekat, tak sampai 10 minit pun. Hari pertama di tadika, aku dah pandai buat meragam. Aku paksa ayah duduk sebelah aku. Siap menangis-nangis, meraung bagai nak rak. Cikgu pun aku tak benarkan datang dekat dengan aku. Masa itu aku rasa macam dunia tak selamat, haha. Iyalah dikeliling wajah baharu. Kawan-kawan sebaya comel dan cikgu cun. 



Paling kasihan ayah akulah, terpaksa kembali ke zaman tadika semula gara-gara aku. Bila ingat semula, kelakar sebab ayah aku asyik pujuk aku. Ayah tak dapat pergi kerja. Maaf, ayah. Budak-budak memang perangai macam itu. Wakakaka.



Masa zaman kanak-kanak dah terserlah sifat harimau jadian aku. Garang entah apa-apa. Bila kawan-kawan tengok, terus aku pandang tajam. Nasib baik tak cekak pinggang macam emak tiri saja, hehe. Masuk hari kedua, cerita tetap sama. Ayah tak pergi kerja. Masuk hari ketiga, aku dah boleh sesuaikan diri tapi ayah tetap ada di sebelah, hehe. Aku dah mula seronok belajar di tadika. 



Masa makan, cikgu panggil kami semua. Itupun aku tarik tangan ayah, paksa ikut sekali. Haha. Ayah kata ayah tak boleh makan sebab itu makanan budak tadika, aku pun mengalah. Lepas makan, aku tengok ayah tak ada. Huh! Hahaha. Ayah dah lari cepat-cepat, hihihi. Muka aku masa itu memang tengah berkerut, bersiap nak menangis. Tapi.... 



"Eh, ada arnab! Arnab, comelnya!" aku bersuara gembira.



Ada seekor arnab melintas di tepi jalan. Kawan-kawan aku pun datang berdiri di pagar. Kitaorang gelak-gelak gembira. Dah lupa cari ayah masa itu, hahaha. Saat itu, aku tak lagi jadi mak tiri. Aku dah pandai berkawan, belajar, kejar-mengejar, bergurau senda dan macam-macam lagilah dengan kawan-kawan. Seronok!








Setahun kemudian......








2. Zaman Sekolah Rendah.





Aku dah masuk darjah 1. Seperti biasa, ayahlah orang bertanggungjawab bawa aku ke sekolah. Emak pula cikgu mengajar di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih. Hari pertama, aku buat perangai. Menangis-nangis paksa ayah duduk sekali. Lama kelamaana, aku dah boleh sesuaikan diri. 




Kenangan pahit yang aku tidak boleh lupa ialah aku menangis tak nak masuk kelas. Sebab? Cikgu aku garang! Nama dia Cikgu S (nama samaran, identiti dirahsiakan). Huuiih, garang Kak Ton. Kalau masa subjek dia, mengajar gaya emak tiri. Muka kadang-kadang masam. Aku dengan kawan-kawan selalu takut. 




Ada satu hari dia suruh kitaorang mewarna. Aku tak suka mewarna, hah nampak bakat seni memang tak ada. Hehehe. Lambat sangat aku buat kerja sebab aku tak suka. Cikgu S datang, marah-marah sambil rotan. Aku masa itu memang tunggu nak meleleh air mata. Sudahlah tinggal beberapa orang je ada kelas, aku memang nak baliklah. Lapar lagi! 




Balik rumah mood aku memang tak stabil sebab Cikgu S. Aku beritahu ayah, tak nak pergi sekolah. Tak nak jumpa Cikgu S yang garang, asyik nak rotan je. Wah, dah pandai mengadukan? Haha. Esok hari, ayah pujuk sampai la aku terpedaya nak pergi sekolah. Ayah siap pergi hantar depan pintu kelas tapi aku tak nak masuk sebab ada Cikgu S. 




Memang buat perangai sungguh, hihi. Cikgu S pun buat gaya ibu lemah-lembut, berlakon kau. Eleh, depan ayah buat baik, huhu. Dia pujuk aku tapi aku tak nak. Menangis-nangis aku tepis tangan dia. Kecoh betul masa itu sebab aku nak balik rumah. Sudahnya, datang cikgu lain pujuk. Dia tumpangkan aku duduk dalam kelas dia sampailah okey. 




Sejak hari itu, Cikgu S dah tak garang dengan aku. Kalau buat kerja sekolah, dia cakap elok-elok dan layan baik-baik. Berani dia buat lagi, kang aku buat kontroversi lagi. Kehkeh.




Tapikan aku ingat Cikgu S ni garang dalam kelas je. Rupa-rupanya di luar kelas pun sama. Aku kadang-kadang tengok jugak dia marah-marah dan merajuk dengan suami dia. Biasanya suami dia datang ambil di sekolah. Merajuk sampai tak nak masuk dalam kereta. Lepas kena pujuk baharu masuk dan balik rumah. Hahaha. 




Tapi zaman sekolah ada juga tidak seronok. Aku selalu kena buli dengan kawan lelaki aku. Ada je diaorang kenakan. Aku ni pula suka sangat bazirkan air mata. Pantang kena usik, menangis. Lemah sungguh jiwa, hehe. Walau bagaimanapun, aku beruntung sebab ada kakak dan abang aku. 




Kakak aku, Kak Tih memang garang dan kasar. Kau cari pasal, memang teruk kau kena belasah. Masa itu dia darjah lima. Abang aku, Abang Ngah darjah 3. Pakai spek besar (Selalu kena gelak, haha) tapi cepat melenting. Senang cerita, mereka garang dan pantang kena usik. 




Sebagai adik bongsu yang manja sampai tahap nak kena lempang, aku pergilah mengadu kat diaorang. Kakak aku mesti datang dan cari budak lelaki itu. Pangg! Kena tampar, Kak Ton. Huhu. Sebelum kakak aku blah dari kelas aku, dia siap bagi amaran kat budak lelaki itu. Sejak hari itu, budak lelaki itu tak kacau aku. 




Kalau abang aku pulak, cari dan bagi amaran. Kalau melampau, baru start adegan dush dush tapi jarang dia buat. Sebab kakak akukan ada, apa-apa hal cari dia dulu. Kau mampu? Hikhik.




Masuk darjah 4, kakak aku dah masuk sekolah menengah. Tinggal aku dengan abang aku. Aku dah kurang mengadu kat abang aku sebab aku dah mula tengok gusti. Alah WWE di tayangkan di TV3 setiap hari Khamis, bersiaran waktu malam. 




Mula-mula aku tengok ayah dengan emak syok layan tengok WWE. Bila aku nak tengok, ayah tak bagi. Tapi akukan degil, nak jugak tengok. Sejak malam itu, aku pun jadi macam emak dan ayah. Wajib tengok, hihi. Sejak hari itu, aku dah tak lentok manja. Aku dah tanamkan semangat baharu. Kalau sesiapa kacau aku, teknik WWE aku guna. Kalau ada buli aku, aku buli balik sampai orang buli aku menyerah kalah. 




Kemudian, beralih ke darjah lima. Aku ingat lagi nak pergi kelas Fardu Ain waktu petang. Sebelum itu, aku ambil aerial televisyen yang dah rosak dan separuh panjang sahaja macam pembaris. Aku bawa pergi ke kelas mengaji. Dalam kelas, aku guna aerial televiysen sebagai penanda setiap kali baca Al-Quran. 




Lepas itu, boleh pula sepupu lelaki aku, Atiq beritahu Ustazah. Dia cakap aku pukul orang guna aerial televisyen. Belum sempat aku nak bela diri, ustazah dah rampas.




"Ini tidak adil. Ini tidak adil bagiku" - kalau lagu Yuna ada masa zaman itu, mesti aku menyanyi sambil pegang gitar sekali. Hehehe.




Aku pun bengang ah dengan sepupu aku. Habis kelas fardu ain, ustazah tetap tak nak bagi aerial kepada aku. Aku makin sakit hati. Semua orang dah balik kecuali aku dengan Atiq. Aku pun tahan dia dan serang.




"Kau apa hal bawa mulut. Cakap kat ustazah macam-macam. Aku guna aerial sebab nak baca Al-Quran. Bukan nak pukul orang!" aku serang terus.




"Mana ada aku cakap," Atiq mengelak. Muka dia pucat.




Makin panas hati aku. Sudahlah aku sayang dengan penunjuk besi Al-Quran aku itu. Aku pandang Atiq. Kecil besar, kecil besar aku tengok kau! Huhu. Masa itu tangan aku dah menggigil.




"Kau jangan nak tipu. Mengaku sajalah," jari telunjuk aku tuding ke arah dia.





"Memang kau guna benda itu nak pukul orangkan?" berani dia tuduh aku? Arghh!





Aku datang dekat dia. Pangg! Aku tampar dia muka dia. Kuat. 





"Kau, kalau kau tak tahu benda sebenar jangan cakap saja. Kau tengok ada aku pukul orang dengan benda itu ke? Ada ke?" aku tengking dia.





Dia menggeleng, lepas itu menangis. Teresak-esak dia menangis, ingatkan pura-pura tapi betul. Hihi. Aku terus blah dari kelas sebab ayah aku akan datang ambil aku. Masuk dalam kereta, muka aku masam. Datanglah Ustaz Muhammad, cakap kepada ayah :




"Hai, Encik Adam. Apa cerita ini? Anak dara awak tampar anak lelaki orang?" aku pandang ustaz tanpa rasa bersalah.





Ayah cakap nanti dia bincang dengan keluarga budak lelaki itu. Masa dalam kereta, ayah tak marah aku. Dia tahu aku selalu kena buli. Dia faham bila suatu ketika nanti aku memang akan jadi macam itu. Cuma, ayah pesan kalau nak pertahankan diri jangan pukul anak orang. Sudahlah sepupu aku sendiri. Haha.




Sejak dari kes itu, sepupu aku takut-takut dengan aku. Sekarang? Sepupu aku dah kahwin. Sebelum itu, emak ada cerita. Emak dan kakak pergi rumah dia sebab ada kenduri apa entah. Aku tak pergi, duduk di rumah tengah syok mengulit mimpi.





Sepupu aku pergi jumpa emak aku, dia tanya aku mana. Itupun takut-takut sambil melilau cari aku. Kakak aku pura-pura menyamar jadi aku. Dia perhati tengok kakak aku, lama dia tenung. Tapi dia geleng, dia kata ini bukan aku. Kakak aku cakap aku tak datang. Lepas itu, dia nampak tenang dan lega. 





Trauma betul dia dengan aku ek. Huhuhu. 





Masa pergi majlis kahwin dia bulan 8 tahun ini, aku pergi. Sahaja nak meraikan hari bahagia kaum kerabat aku. Aku pun cari dia dan tengok dia tengah cakap di telefon. Masa itu dia pandang aku, sengih-sengih dia tengok aku. Haha. Aku buat tenang sahajalah macam tanpa rasa bersalah walaupun pernah tampar dia dulukan. Haha.




Dia datang dan tegur aku. Lepas itu, aku borak macam biasa-biasa dan sempat lagi ucap tahniah. Atiq oh Atiq, dah kahwin kau. Semoga kekal bahagia ya. Amin :))





Sejak kes Atiq kena tampar dengan aku, memang gejala buli dah kurang. Kalau ada yang kacau aku, teknik WWElah aku guna. Main kasar tapi aku dah kawal diri, jangan cepat naik tangan. Kang ada menangis lagi. Hehe.





*
*
*
*
*




Itulah kisah hidup aku. Air mata penuh kontroversi. Biasalah zaman kanak-kanak, pelbagai karenah dan gelagat. Sekarang aku dah berubah. Tak guna dah teknik WWF sebab jadi anak dara kenalah sopan santunkan? Hehe.










Eh Michi Meow, kucing aku dah mengiau panggil aku. Masa untuk berhenti berkeletak-keletuk. 





Selalunya macam inilah. Aku lipat baju, nanti dia datang kacau. Lentok sedap :)





Terima kasih mengunjungi blog aku.
Anda ada rezeki dan jodoh,
kita bertemu lagi di blog kesayanganku.






XOXO,
CIK UNMA

Post a Comment