28 September 2013

REVIEW : ELIANTO MASK SHEET & EYE PRIMER




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA




Hai pengunjung blogku yang cantik manis dan kacak segak.
Terima kasih singgah di blog milik
 CIK UNMA OFFICIAL BLOG



:)




Motif sangat lukis gambar senyum, hihi. Sepatutnya entri kebabom ini dah wujud berminggu-minggu lalu. Tetapi disebabkan aku terlalu rajin, maka tersimpanlah dalam fikiran aku. Datang seru baharulah jari-jemari rajin nak bertukang keletak keletuk. 




Anak siapalah suka tangguhkan kerja? Hahaha. Apa-apa pun ini amaran manja dari aku.




Tiada iklan berbayar. Review percuma. Iklhas dari hatiku yang suci.
Hahahaha.




Kali ini aku nak berkongsi pendapat sebagai pengguna Elianto. Sekali lagi amaran daripada  aku :




Tiada  hubungan skandal terlarang mahupun paksaan ala-ala Izzah 'Ombak Rindu' sebagai pengguna Elianto. Seru sudah datang, marilah kita bergembira dengan Elianto yang kehijau-hijauan damai warna temanya.




Memang damai apabila tengok berderet produk Elianto. Terasa nak melompat keriangan sungguh. Semua comel, cantik dan gebu. Mahu sahaja bawa pulang semua ke rumah. Berangan teramat. Hahaha.




Aku selalu jugak buat catwalk depan kedai Elianto. Tapi jarang singgah. Tak tahulah kenapa, mungkin tak bertemu jodoh agaknya. Kikiki. Pernah sekali dua sahajalah aku singgah. 




Kali pertama, teman kawan aku beli barang. Kali kedua, aku yang menggedik cari Mask Sheet (topeng comel di bawah mata). Aku pilih Brightening Eye Zone Treatment Patch.  Harga? Aku pun tak ingatlah, dah lupa. Maaf, kauorang kena survey secara berdikari pasal harga Mask Sheet Elianto.


 Brightening Eye Zone Treatment Patch



Aku selalu bersengkang mata, jadi burung hantu jadian. Lepas itu mula menternak aura kehitam-hitaman sembap di bawah mata. Panda pun mesti tergelak tengok mata aku, mengalahkan mata diaorang. Wakaka. Jadi, sebelum tidur aku pakai. Memang sejuk dan rasa tenang sangat. Setiap kali pakai, aku mesti mengantuk. Apakah ini bonus tambahan dari Elianto sebagai tanda penghargaan membeli produk mereka? Hahaha. 



Kepuasan? Sangat berpuas hati dan terbaik. Bangun pagi tengok dan belek muka sendiri. Ada perubahan pakai Mask Sheet. Hilang warna hitam geng Panda. Sampai sekarang aku suka pakai benda ni. Benda comel ni ada 12 pasang, kalau nak jual dengan kawan-kawan pun boleh. Terus buka perniagaan. Nak ikut jejak Kak Ton lettew. Kehkehh.





Lokasi : Elianto Wangsa Walk, Kuala Lumpur.






Okey, seterusnya ialah Eye Primer. Apakah maksud Eye Primer? 







Apakah ia sejenis rumpai laut? Oh tidak tuan dan puan sekalian. 




Eye Primer dikenali sebagai  Eye Base.




Fungsinya ialah :



- Ia berfungsi untuk mengekalkan warna eye shadow di kelopak mata. Eh ada ke pakai eye shadow kat pipi? Hahaha.

- Ia berfungsi untuk menaikkan warna eye shadow. Wah, macam mandi bunga pula. Nak berseri-seri macam Kak Ton. Haruslah pakai eye primer okey. Hehe.

- Ia berfungsi sebagai penyuntik semangat untuk kita yakin kelihatan menawan dan manis sepanjang masa. Tipulah kalau 2,3 jam mesti kita nak belek muka depan cermin bedak. Tengok ada lagi eye shadow takut hilang. Mana tahu terjatuh kat lantai pusat membeli belah ke. Kehkeh.

- Ia berfungsi untuk mengelak berlaku kepudaran eye shadow. Okey, ini bukan 'Pudar' Rossa yang comel kebabom tu. Heeee...





Perlu ke pakai? Bagi aku ialah perlu. Maksud aku kalau kau nak kelihatan meletuffpss bak kata Neelofa, disarankan memiliki eye primer. Tapi bergantung sesetengah orang juga. Ingat, ini bukan entri paksaan. Kikiki.




Aku berminat nak guna eye primer sebab aku memerlukan keseluruhan fungsi eye primer yang mantap itu. Tambahan lagi mata aku cepat berpeluh. Arwahlah eye shadow tak sampai beberapa jam, haha. Maka, semangatlah aku nak beli eye primer selepas tahu kewujudannya itu. Sebelum itu, aku singgah blog lain sebagai rujukan sehingga berjaya mempengaruhi fikiran aku.



Belilah eye primer! Rata-rata semuanya berpuas hati dan menggalakan penggunaan eye primer Elianto.  














IKLAN :


Oh ya, ada juga jenama lain seperti Urban Decay, Stage, E.L.F, Etude House dan lain-lain lagi. Terpulang kepada kauorang yang nak membeli dan memakainya mengikut keselesaan masing-masing. Duit belanja juga masing-masing, hahaha.









Masa aku beli Eye Primer Elianto memang ada satu jenis sahaja. Tak ada dua, tiga dan empat. Tunggal. Jangan risau, sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bekasnya sangat comel, kecil, ringan dan padat. Mudah nak dibawa ke mana-mana sahaja. Teksturnya pula agak creamy dan senang nak dipakai. Caranya, blend di kelopak mata dengan perlahan dan rileks. Pakai sikit sahaja okey, ikut keperluan. Janganlah membazir, motif? Hahaha.



Kemudian, selepas sapu eye primer baharulah letak eye shadow dengan hati gembira.



Sebagai tanda sokongan moral dan satu padu, aku titipkan beberapa gambar perbezaan pemakaian eye primer Elianto :













(Dirujuk melalui Image Google)







Sangat berbaloi guna Eye Pimer Elianto. Kau bayangkan aku tampal-menampal eye shadow dari pagi  sehinggalah waktu malam. Memang mantap, eye shadow tetap kekal berseri.  Warna kekal. Mantap seyh, haha. Puas hati sangat. Kalau boleh nak peluk Eye Primer Elianto untuk tidur sekali. Melampaukan? Wakaka. 




Apa-apa pun untuk jenis mata berminyak tidaklah sesuai dipakai. Mungkin kauorang cuba cari eye primer lain. Tapi kalau nak juga cuba eye primer Elianto apa salahnya. Manalah tahu muncul keajaiban. Memilih mengikut ketepatan dan kebenaran yang betul. Ingat, tahu?




Harga : RM 25.00




Kalau ada diskaun lagi bagus, haha. Rajin-rajinlah mengunjungi Elianto, selalunya ada sale gempak. Boleh buat kauorang menjerit histeria. Diskaun! Diskaun! Diskaun!



Hehehe.




Lokasi membeli :  Elianto KB Mall, Kota Bharu, Kelantan




Semoga review aku dapat dimanfaatkan untuk kauorang. Aku faham kalau hendak mencari sesuatu, haruslah dibuat kajian. Seperti aku, sebelum nak membeli sesuatu produk, berpuluh-puluh blog aku singgah. Siasat dengan sempurna. Melampau berpuluh-puluh blogkan? Sebenarnya tak sampai sepuluh pun, haha. 




Jadi, aku dengan senang hati mahu berkongsi di dalam blog ini. Dapat menambah ilmu pengetahuan buat kauorang. Buat kauorang yang baru berjinak dalam bidang seni menconteng muka (mekap), bolehlah nak guna eye primer. Keyakinanmu pasti terserlah. Gituuuuu... Hihihi.




Okey, sampai di sini sahaja pot pet aku tentang eye primer.  Jumpa lagi ya.




Terima kasih mengunjungi blog ini sayang-sayangku.



XOXO,
CIK UNMA





16 September 2013

CERITA HARI LAHIRKU KE-24 :)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Hello pengunjungku cantik manis dan kacak bergaya.
Terima kasih singgah sudi di blog kesayanganku :)




HAPPY BIRTHDAY TO ME (CIK UNMA),
HAPPY BIRTHDAY TO ME (CIK UNMA),
HAPPY BIRTHDAY TO ME (CIK UNMA),
HAPPY TO ME (^___^)




Wah, bukan kemain lagi menyanyi speaking gitu.
Ubah selera katanya, hehehe.
Nampak tak kebahagianku bukan deritamu, Hafiz?
Motif nak sebut nama Hafiz AF? Haha.
*Suara dia sedap tahap nak dibuai mimpi, auww!




Ehem Ehem!




Saya, Ummi Nabilah binti Mat Adam (Cik Unma) nak buat ucapan.
Ditujukan untuk diri sendiri.
(Syok sendiri sekali sekala digalakkan. Haha)






SELAMAT HARI LAHIR KE-24
(Saya dilahirkan pada 16 SEPTEMBER 1989)


SEMOGA PANJANG UMUR DAN KURNIAAN KESIHATAN BAIK
SEMOGA MURAH DAN DIPERMUDAHKAN REZEKI
SEMOGA MAJU JAYA DAN SUKSES DALAM APA JUA BIDANG
SEMOGA DIJODOHKAN DENGAN PASANGAN SECOCOK
SEMOGA KEKAL BAHAGIA BERSAMA INSAN TERSAYANG
SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH.




Mudah-mudahan. In Sha Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.




Nak tahu kisah di sebalik Cerita Hari Lahirku Ke-24?




Meh baca :)






15 September 2013 di rumah, Terengganu.
Orang pertama yang berikan hadiah hari lahirku ialah Abang Ngah.
Eh termasuk Kak Ngah dan Naz Ryan.
Keluarga bahagia gituu...
Wah, seronok dan teruja sangat dapat hadiah.
Sudahlah beg kertas comel, menarik perhatian sungguh.
Hadiah apa?
Rahsia... Hahaha.





Terima kasih Abang Ngah sekeluarga.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian.
Sayang ketat-ketat :)





Petang itu, Puan Emak ajak aku ke Jabi.
Tempat terkenal dengan sate yang sedap, enak, lazat dan mantap.
Tak percaya?
Silalah kunjung Jabi dan merasai kenikmatan sate yang gebu itu.
Nyummm Nyumm..
*Menulis pun tahan air liur dari meleleh. Hikhik.






Kenapa makan sate?
Aku teringin nak makan sate. 
Kebetulan hari lahirku tak lama lagi bakal tiba.
Jadi, aku beritahu emak nak sambut hari lahir dengan makan sate.





Kek? 
Lain kalilah, sekali sekala buat gaya lain pun istimewa juga.



Memang seronok, tambah-tambah lagi meriah ada sekeluarga.
Ada Encik Ayah, Puan Emak, Kak Long, Kak Tih, Abang Ngah, Adik Maa,
Abang Dee, Kak Ngah, Naz Ryan  dan Atifa Zafirah.




CREDIT : GOOGLE SEKELUARGA



Alhamdulillah,  terlalu sempurna.




Waktu malam menjelma ala-ala konon bunyi jam dinding.
Tik Tok! Tik Tok!
Pukul 12.00 lebih, aku tengah layan cerita.
Bunyi telefon bimbit dan tertera nama Zaty Taty.
Siapa? Oh, budak comel tu! :)





Zaty : Kak Umie, buat apa?
Aku : Tak ada buat apa. Tengah tengok cerita.
Zaty : Tak habis lagi ke?
Aku : Hehe. Cerita lain. Asmara Luna.




dan...






Zaty Taty, Mai dan Adah :




"Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You. Happy Birthday Kak Umie."





Ya Allah, sebak dan terharu. Air mata bergenang, tunggu nak menitis.
Kaku sekejap, tak boleh nak bercakap.
Sangat rindukan mereka yang sangat comel dan manja.
Mereka adik-adik kesayanganku.




Tak sangka diaorang sudi call dan nyanyi untuk ucapkan khas untuk aku.
Kalau mereka ada depan mata, memang aku peluk ketat-ketat.
Sayang sangat diaorang. 





Terima kasih Zaty Taty, Mai dan Adah.
Kalianlah anugerah terindah Allah hadirkan dalam hidup akak.
Akak sentiasa rindu dan sayang kalian.
Muahhh! :)




Puku 3 pagi lebih aku baharu nak lelapkan mata.
Kenapa?
Aku membalas ucapan teman dan kenalan di Facebook.
Alhamdulillah, syukur mereka sudi mengingati tarikh kelahiranku.
Terima kasih kalian :)




16 September 2013 sudah muncul, yehuuuu!
Teruja, gembira dan riang sungguh syok sendiri sambut hari jadi sendiri.
Hehehe.





Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana Allah masih memberi peluang.
Usia aku 24 tahun masih bernafas.
Semoga Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan untuk aku.
Mudah-mudahan. Amin.





Okey, memandang aku sebagai Birthday Girl (Ketuk kepala, syok sendiri. Haha).
Aktiviti pagi aku ialah tidak ada apa-apa.
Sempat lagi panaskan sate semalam. Hahaha.
Seperti biasa, bangun tidur, bersarapan dan buat kerja rumah.
Petang baharulah aku keluar berjalan-jalan.
Pergi ke mana?




Marilah kita ke pantai, yehaaa!






Makanan wajib : Keropok Lekor.
Minuman wajib : Air Kelapa.



Oh ya kenapa pantai?
Sebab itu tempat kesukaan aku.
Haruslah begitu Kak Jemah. Hehe.




Aku ajak kawan baik aku, Ieda Janu.
Dia bawa sekali adik dan sepupunya.
Berempatlah kami menuju ke pantai yang indah.
Pantai Bukit Keluang.




Sepatutnya sepupu aku sertai sekali tapi jodoh tiada.
Line celcom meragam.
Elok aku sampai di pantai, baharu dapat mesej sepupu.
Alahai, bertuah punya Celcom tapi nasib baik aku sayang.
Sebab dapat panggilan percuma selama seminggu. Wakaka.
Sepupuku, Na Rama-Rama nanti lain kali kita keluar ya sayang?
<3



Syok punya syok sambut hari jadi,
semua makanan aku belasah.
Senang hati Kak Jemah oiiii...



CREDIT : GOOGLE SEKELUARGA



Malam itu, aku terjaga dari tidur.
Subhanallah, perut aku terik dan tegang macam belon.
Maka, teringatlah aku senarai makanan yang selamat masuk dalam perut.
Nasi berlauk Ayam Goreng dan Tom Yam, Air Kelapa, Keropok Lekor,
Buah Salak, Buah Berangan dan Buah Dokong.
*Makanan sekalian, boleh tak kawan elok-elok? Huhu.




Fuhh, nasib baik aku tak makan Buah Nangka.
Kalau tak memang meletuplah perut aku.




Masuk bilik air bukan main lama tapi tak dapat memerut.
Memerut? Oh itu istilah pensyarah aku. Haha.
Maksudnya buang air besar.
Aku pun teringatlah Minyak Zaitun MinSyam.
Aku makan dua biji.
Boleh pula aku nak buat kajian minyak Zaitun tengah sakit.
Wakaka.





Lepas aku makan minyak Zaitun, ambik kau!
Terus berjalan lancar proses memerut. Hehe.
Mengantuk tak payah nak diceritakan sebab pukul 3 pagi.
Sampai aku tertidur tengah memerut.
Sakit memang sakit tapi mengantuk juga jadi 'penjenayah utama.
Hahaha.


Aku alaskan toto nipis atas tikar.
Aku ambil bantal, kain batik dan selimut.
Tidur di ruang tamu keluarga.
Senang aku nak bangun ke tandas.
Satu lagi kalau baring atas katil memang malas ah nak bangun, haha.



Memang Birthday Girl sungguhlah kau Cik Unma.
Hahaha.



Esok hari (17 September 2013), aku masih sakit perut.
Eh bukan. Cirit-birit!
Aku pun satu dah tahu perut sensitif, melantak makanan sesuka hati.
Padan muka. Kan dah kena. Huhu.
Ayah bagi ubat sakit perut sebelum aku pergi kerja.
Sempat lagi pesan makan ubat, jangan ponteng.
Ish, ayah ni tahu-tahu aku nak buat kegiatan tak bermoral.
Ponteng makan ubat, haha.
Memandangkan aku anak yang taat (Ketuk kepala sekali lagi, haha),
aku makan ubat dan.....





Nak muntah! Aduhaiii, aku tak suka muntah.
Eeiiii...!




Okay, kepada kauorang yang tengah makan sila makan cepat-cepat.
Atau pun sila berhenti makan.
Sebab aku ni penggeli, haruslah buat macam itu. Haha.





Elok masuk bilik air, terus muntah.
Perggh, keluar macam air paip bomba!
Betul, tak tipu.
Over sungguh I kan? Huhu.
Pedih dan sakit tak payah ceritalah.
Berair mata tiba-tiba. Ombak Rindu pun tak sesendu macam itu.
Yang paling derita, aku bukan muntah dari mulut tapi dari hidung sekali.
Nasib baik cacing tak keluar sekali, huwaaaa!
Gelinya!




18 September 2013 (Aku tengah menaip entri saat ini),
perut aku masih sakit.
Senak perut macam ada batu tergantung dalam perut.
Ayah dan emak cakap, badan aku banyak angin.
Owhhhh...
Makan ubat lagi, huargghh!
Masuk hari ketiga, aku masih sakit.
Semoga Allah permudahkan urusan aku dengan kesihatan yang baik-baik.




Panjangkan entri cerita sempena hari lahir akukan?
Biasalah aku kalau dapat pot pet macam ni lah.
Muahaha.




Apa-apa pun terima kasih kalian yang beri hadiah 
dan  ucapkan hari lahirku.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian semua.
I sayang uooolllsss (^__^) 







16 SEPTEMBER 2013
Aku bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia.
Tanah tumpahnya darahku semoga aman, damai dan maju jaya.
Selamat Hari Malaysia.




Terima kasih mengunjungi blogku.
Meow Meow.




XOXO,
CIK UNMA.








03 September 2013

AIR MATA PENUH KONTROVERSI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Hai pengunjungku yang cantik manis dan kacak bergaya.
Terima kasih kerana sudi mengunjung blogku.





AMARAN :

ENRTI KALI INI PANJANG.
SANGAT PANJANG.
PANJANG.
PANJANG.
PANJANG.





Masih belum terlambat kalau kauorang nak singgah blog lain.
Serius, tak main-main. Banyak benda nak pot pet. Ooops, tapi bukan kisah gosip artis. 






Ini kisah hidupku - CIK UNMA :)























Betul nak teruskan membaca entri ini?










Okey....








Jom! :D



*
*
*
*
*





1. Zaman Tadika




Masa umur 6 tahun, ayahlah orang yang bertanggungjawab hantar aku ke tadika. Jarak dari rumah ke tadika tak jauh. Dekat, tak sampai 10 minit pun. Hari pertama di tadika, aku dah pandai buat meragam. Aku paksa ayah duduk sebelah aku. Siap menangis-nangis, meraung bagai nak rak. Cikgu pun aku tak benarkan datang dekat dengan aku. Masa itu aku rasa macam dunia tak selamat, haha. Iyalah dikeliling wajah baharu. Kawan-kawan sebaya comel dan cikgu cun. 



Paling kasihan ayah akulah, terpaksa kembali ke zaman tadika semula gara-gara aku. Bila ingat semula, kelakar sebab ayah aku asyik pujuk aku. Ayah tak dapat pergi kerja. Maaf, ayah. Budak-budak memang perangai macam itu. Wakakaka.



Masa zaman kanak-kanak dah terserlah sifat harimau jadian aku. Garang entah apa-apa. Bila kawan-kawan tengok, terus aku pandang tajam. Nasib baik tak cekak pinggang macam emak tiri saja, hehe. Masuk hari kedua, cerita tetap sama. Ayah tak pergi kerja. Masuk hari ketiga, aku dah boleh sesuaikan diri tapi ayah tetap ada di sebelah, hehe. Aku dah mula seronok belajar di tadika. 



Masa makan, cikgu panggil kami semua. Itupun aku tarik tangan ayah, paksa ikut sekali. Haha. Ayah kata ayah tak boleh makan sebab itu makanan budak tadika, aku pun mengalah. Lepas makan, aku tengok ayah tak ada. Huh! Hahaha. Ayah dah lari cepat-cepat, hihihi. Muka aku masa itu memang tengah berkerut, bersiap nak menangis. Tapi.... 



"Eh, ada arnab! Arnab, comelnya!" aku bersuara gembira.



Ada seekor arnab melintas di tepi jalan. Kawan-kawan aku pun datang berdiri di pagar. Kitaorang gelak-gelak gembira. Dah lupa cari ayah masa itu, hahaha. Saat itu, aku tak lagi jadi mak tiri. Aku dah pandai berkawan, belajar, kejar-mengejar, bergurau senda dan macam-macam lagilah dengan kawan-kawan. Seronok!








Setahun kemudian......








2. Zaman Sekolah Rendah.





Aku dah masuk darjah 1. Seperti biasa, ayahlah orang bertanggungjawab bawa aku ke sekolah. Emak pula cikgu mengajar di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih. Hari pertama, aku buat perangai. Menangis-nangis paksa ayah duduk sekali. Lama kelamaana, aku dah boleh sesuaikan diri. 




Kenangan pahit yang aku tidak boleh lupa ialah aku menangis tak nak masuk kelas. Sebab? Cikgu aku garang! Nama dia Cikgu S (nama samaran, identiti dirahsiakan). Huuiih, garang Kak Ton. Kalau masa subjek dia, mengajar gaya emak tiri. Muka kadang-kadang masam. Aku dengan kawan-kawan selalu takut. 




Ada satu hari dia suruh kitaorang mewarna. Aku tak suka mewarna, hah nampak bakat seni memang tak ada. Hehehe. Lambat sangat aku buat kerja sebab aku tak suka. Cikgu S datang, marah-marah sambil rotan. Aku masa itu memang tunggu nak meleleh air mata. Sudahlah tinggal beberapa orang je ada kelas, aku memang nak baliklah. Lapar lagi! 




Balik rumah mood aku memang tak stabil sebab Cikgu S. Aku beritahu ayah, tak nak pergi sekolah. Tak nak jumpa Cikgu S yang garang, asyik nak rotan je. Wah, dah pandai mengadukan? Haha. Esok hari, ayah pujuk sampai la aku terpedaya nak pergi sekolah. Ayah siap pergi hantar depan pintu kelas tapi aku tak nak masuk sebab ada Cikgu S. 




Memang buat perangai sungguh, hihi. Cikgu S pun buat gaya ibu lemah-lembut, berlakon kau. Eleh, depan ayah buat baik, huhu. Dia pujuk aku tapi aku tak nak. Menangis-nangis aku tepis tangan dia. Kecoh betul masa itu sebab aku nak balik rumah. Sudahnya, datang cikgu lain pujuk. Dia tumpangkan aku duduk dalam kelas dia sampailah okey. 




Sejak hari itu, Cikgu S dah tak garang dengan aku. Kalau buat kerja sekolah, dia cakap elok-elok dan layan baik-baik. Berani dia buat lagi, kang aku buat kontroversi lagi. Kehkeh.




Tapikan aku ingat Cikgu S ni garang dalam kelas je. Rupa-rupanya di luar kelas pun sama. Aku kadang-kadang tengok jugak dia marah-marah dan merajuk dengan suami dia. Biasanya suami dia datang ambil di sekolah. Merajuk sampai tak nak masuk dalam kereta. Lepas kena pujuk baharu masuk dan balik rumah. Hahaha. 




Tapi zaman sekolah ada juga tidak seronok. Aku selalu kena buli dengan kawan lelaki aku. Ada je diaorang kenakan. Aku ni pula suka sangat bazirkan air mata. Pantang kena usik, menangis. Lemah sungguh jiwa, hehe. Walau bagaimanapun, aku beruntung sebab ada kakak dan abang aku. 




Kakak aku, Kak Tih memang garang dan kasar. Kau cari pasal, memang teruk kau kena belasah. Masa itu dia darjah lima. Abang aku, Abang Ngah darjah 3. Pakai spek besar (Selalu kena gelak, haha) tapi cepat melenting. Senang cerita, mereka garang dan pantang kena usik. 




Sebagai adik bongsu yang manja sampai tahap nak kena lempang, aku pergilah mengadu kat diaorang. Kakak aku mesti datang dan cari budak lelaki itu. Pangg! Kena tampar, Kak Ton. Huhu. Sebelum kakak aku blah dari kelas aku, dia siap bagi amaran kat budak lelaki itu. Sejak hari itu, budak lelaki itu tak kacau aku. 




Kalau abang aku pulak, cari dan bagi amaran. Kalau melampau, baru start adegan dush dush tapi jarang dia buat. Sebab kakak akukan ada, apa-apa hal cari dia dulu. Kau mampu? Hikhik.




Masuk darjah 4, kakak aku dah masuk sekolah menengah. Tinggal aku dengan abang aku. Aku dah kurang mengadu kat abang aku sebab aku dah mula tengok gusti. Alah WWE di tayangkan di TV3 setiap hari Khamis, bersiaran waktu malam. 




Mula-mula aku tengok ayah dengan emak syok layan tengok WWE. Bila aku nak tengok, ayah tak bagi. Tapi akukan degil, nak jugak tengok. Sejak malam itu, aku pun jadi macam emak dan ayah. Wajib tengok, hihi. Sejak hari itu, aku dah tak lentok manja. Aku dah tanamkan semangat baharu. Kalau sesiapa kacau aku, teknik WWE aku guna. Kalau ada buli aku, aku buli balik sampai orang buli aku menyerah kalah. 




Kemudian, beralih ke darjah lima. Aku ingat lagi nak pergi kelas Fardu Ain waktu petang. Sebelum itu, aku ambil aerial televisyen yang dah rosak dan separuh panjang sahaja macam pembaris. Aku bawa pergi ke kelas mengaji. Dalam kelas, aku guna aerial televiysen sebagai penanda setiap kali baca Al-Quran. 




Lepas itu, boleh pula sepupu lelaki aku, Atiq beritahu Ustazah. Dia cakap aku pukul orang guna aerial televisyen. Belum sempat aku nak bela diri, ustazah dah rampas.




"Ini tidak adil. Ini tidak adil bagiku" - kalau lagu Yuna ada masa zaman itu, mesti aku menyanyi sambil pegang gitar sekali. Hehehe.




Aku pun bengang ah dengan sepupu aku. Habis kelas fardu ain, ustazah tetap tak nak bagi aerial kepada aku. Aku makin sakit hati. Semua orang dah balik kecuali aku dengan Atiq. Aku pun tahan dia dan serang.




"Kau apa hal bawa mulut. Cakap kat ustazah macam-macam. Aku guna aerial sebab nak baca Al-Quran. Bukan nak pukul orang!" aku serang terus.




"Mana ada aku cakap," Atiq mengelak. Muka dia pucat.




Makin panas hati aku. Sudahlah aku sayang dengan penunjuk besi Al-Quran aku itu. Aku pandang Atiq. Kecil besar, kecil besar aku tengok kau! Huhu. Masa itu tangan aku dah menggigil.




"Kau jangan nak tipu. Mengaku sajalah," jari telunjuk aku tuding ke arah dia.





"Memang kau guna benda itu nak pukul orangkan?" berani dia tuduh aku? Arghh!





Aku datang dekat dia. Pangg! Aku tampar dia muka dia. Kuat. 





"Kau, kalau kau tak tahu benda sebenar jangan cakap saja. Kau tengok ada aku pukul orang dengan benda itu ke? Ada ke?" aku tengking dia.





Dia menggeleng, lepas itu menangis. Teresak-esak dia menangis, ingatkan pura-pura tapi betul. Hihi. Aku terus blah dari kelas sebab ayah aku akan datang ambil aku. Masuk dalam kereta, muka aku masam. Datanglah Ustaz Muhammad, cakap kepada ayah :




"Hai, Encik Adam. Apa cerita ini? Anak dara awak tampar anak lelaki orang?" aku pandang ustaz tanpa rasa bersalah.





Ayah cakap nanti dia bincang dengan keluarga budak lelaki itu. Masa dalam kereta, ayah tak marah aku. Dia tahu aku selalu kena buli. Dia faham bila suatu ketika nanti aku memang akan jadi macam itu. Cuma, ayah pesan kalau nak pertahankan diri jangan pukul anak orang. Sudahlah sepupu aku sendiri. Haha.




Sejak dari kes itu, sepupu aku takut-takut dengan aku. Sekarang? Sepupu aku dah kahwin. Sebelum itu, emak ada cerita. Emak dan kakak pergi rumah dia sebab ada kenduri apa entah. Aku tak pergi, duduk di rumah tengah syok mengulit mimpi.





Sepupu aku pergi jumpa emak aku, dia tanya aku mana. Itupun takut-takut sambil melilau cari aku. Kakak aku pura-pura menyamar jadi aku. Dia perhati tengok kakak aku, lama dia tenung. Tapi dia geleng, dia kata ini bukan aku. Kakak aku cakap aku tak datang. Lepas itu, dia nampak tenang dan lega. 





Trauma betul dia dengan aku ek. Huhuhu. 





Masa pergi majlis kahwin dia bulan 8 tahun ini, aku pergi. Sahaja nak meraikan hari bahagia kaum kerabat aku. Aku pun cari dia dan tengok dia tengah cakap di telefon. Masa itu dia pandang aku, sengih-sengih dia tengok aku. Haha. Aku buat tenang sahajalah macam tanpa rasa bersalah walaupun pernah tampar dia dulukan. Haha.




Dia datang dan tegur aku. Lepas itu, aku borak macam biasa-biasa dan sempat lagi ucap tahniah. Atiq oh Atiq, dah kahwin kau. Semoga kekal bahagia ya. Amin :))





Sejak kes Atiq kena tampar dengan aku, memang gejala buli dah kurang. Kalau ada yang kacau aku, teknik WWElah aku guna. Main kasar tapi aku dah kawal diri, jangan cepat naik tangan. Kang ada menangis lagi. Hehe.





*
*
*
*
*




Itulah kisah hidup aku. Air mata penuh kontroversi. Biasalah zaman kanak-kanak, pelbagai karenah dan gelagat. Sekarang aku dah berubah. Tak guna dah teknik WWF sebab jadi anak dara kenalah sopan santunkan? Hehe.










Eh Michi Meow, kucing aku dah mengiau panggil aku. Masa untuk berhenti berkeletak-keletuk. 





Selalunya macam inilah. Aku lipat baju, nanti dia datang kacau. Lentok sedap :)





Terima kasih mengunjungi blog aku.
Anda ada rezeki dan jodoh,
kita bertemu lagi di blog kesayanganku.






XOXO,
CIK UNMA