06 August 2013

SAYA SUDAH JATUH CINTA!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello pengunjung blog saya yang cantik dan hensem bergaya :)

Malam ini saya rajin mahu bertukang kerana hati saya berbunga riang. 

Sebenarnya...
Eh bukan tentang 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Cerita itu sudah tamat habis.
Sedih dan malangnya sebagai manusia bergelar Cik Unma mengalami kisah menyedihkan.
Drama kegilaan ramai sudah lama tamat tempohnya.
Saya baharu nak menonton kisah comel, romantik dan komedi itu.
Ya, selepas bertungkus lumus berperang dengan tahun akhir sehabis mungkin.
Oh Izzue Islam, kenapa hensem sangat sampai nak kena lempang laju-laju? 
Ciss, sempat lagi berangan. Hahaha!


Okey, sebenarnya saya sudah jatuh cinta!
Dengar tak? Saya jatuh cinta :D


Manusia seperti saya ada perasaan untuk bercinta ke?
*Tolonglah Cik Unma, kaukan jual mahal bab bercinta? Hehe.


Oh, lupa. Ini cinta kes lain. 
Cinta yang sangat bahagia dan indah.
Ia umpama pelangi yang sangat cantik mewarnai hidup saya.
Seolah-olah saya memakai gaun merah jambu, bertudung litup, memegang belon bersama mekap natural.
Kemudian, berlari di taman bunga dengan riang.
Siap ada lagu 'Terukir Di Bintang' gituuu.. Hehehe
Betapa bahagianya saya! :)


Sebenarnya, Saya Jatuh Cinta Dengan Dia :)




Nama : Michi Meow 
Jantina : Betina
Umur : Masih kanak-kanak (Dalam proses menjadi Remaja)
Makanan kesukaan : Diet Pro tetapi saya tukarkan kepada Whiskas kerana lebih hebat impaknya.
Minuman kesukaan : Tidak kisah asalkan dapat minum.
Sifat Positif : Manja, Pandai Menggoda, Bijak, Mengenali Nama Sendiri dan Aktif Menikus.
Sifat Negatif : Kuat Tidur, Cepat Sentap dan Merajuk, Nakal  Mengikut Mood dan Degil.
Ciri-Ciri : Memakai Eye Liner di sebelah mata kanan sahaja, Hidung Pink, Bibir Pink Seksi, Wajah Comel dan Tubuh Sihat.



Heeee.. Itulah dimaksudkan kes cinta lain! Hehehe.


Oopps, tentang cinta melibatkan hati dan perasaan saya masih kosong.
Ya, kosong.
Saya masih kekal berstatus single.
In Sha Allah, jodoh tak ke mana jua.
Betul tak? :)




*
*
*
*
*



- 18 JUN 2013, Saya pulang dari Kuala Lumpur dan selamat tiba di kampung halaman (Terengganu) pada jam pukul 5 pagi lebih. Saya masih ingat sebaik sahaja turun dari kereta, ada tubuh kecil yang sangat comel. Dia kelihatan takut, sendirian dan keseorangan. Kasihan dia. Tetapi niat saya untuk mendekatinya terhalang. Ayah berpesan, jangan cuba dekat dan rapat dengannya. Maklum sahajalah gayanya seperti anak kucing kecil, comot dan kurus terbuang. Saya akur kerana tahu kesihatan ayah tidak mengizinkan. 


- Secara senyap-senyap saya mencari si comel itu. Simpati saya terhadapnya sukar dihapuskan. Bagaikan anak kecil kehilangan ibu, begitulah perasaan saya apabila melihatnya. Saya memberi makanan dan berbisik kepadanya. "Selagi aku masih berpijak di bumi Allah, tanganku tidak pernah berhenti memberi makan  dan minum kepadamu. Tidak usah bersedih lagi. Allah mengirimmu sebagai tetamu jauh buatku dan aku sangat menghargai kedatanganmu. Semoga ini sebagai permulaan baik buat kita, sayang."


- Sejak hari itu, si comel tanpa nama setia di rumah. Ayah sentiasa memerhati dan mengawasi perlakuan si comel termasuk saya kerana terlalu suka akan kucing. Saya mula berani memberi makanan dan menyentuh tubuh si comel di hadapan ayah. Lama kelamaan, kami terbiasa dengannya. Saya dan adiklah membersih dan memandi tubuhnya sehingga harum mewangi. 





- Gambar pertama bersama Michi Meow :)


- 26 JUN 2013, akhirnya si comel diberi nama sebagai Michi oleh adik saya. Tetapi saya tidak suka namanya terlalu ringkas. Saya lengkapkan dirinya sebagai Michi Meow, semesra sepertinya. Ia seekor kucing yang bijak dan pandai. Tahu muncul dan menyahut panggilan saya apabila menyebut namanya :)



- Walaupun Michi Meow hampir diterima oleh keluarga tetapi masih gagal menawan hati emak. Sejujurnya, emak bukan seorang yang mesra dengan haiwan tapi hatinya baik. Emak mahu membuangnya di pasar tetapi saya halang, tegah dan membantah. Saya tidak mampu untuk bersedih selepas kehilangan kucing-kucing kesayangan saya lagi. Saya memujuk emak, "Kalau emak buang Michi, siapa nak habiskan makanan dia. Kita dah beli khas untuk dia. Takkan mahu membazir sebab emak tahukan perbuatan itu berdosa." Emak mengalah dan semakin lupa niatnya terhadap Michi. Alhamdulillah :)







- Ayah pula senang hati dengan Michi Meow. Kelebihan Michi Meow yang berjaya menawan hati kami sekeluarga kami kerana ia seekor kucing yang aktif dan cekap menikus. Saya pernah berpesan kepadanya. "Michi, suka tinggal di sini? Kami tak kisah Michi nak tinggal berapa lama, kalau boleh selama-lamanya pun kami terima dengan hati terbuka. Tapi, satu sahaja kakak minta dengan Michi. Allah kurniakan kelebihan untuk awak. Kakak harap awak dapat manfaatkannya. Michi cari dan tangkap tikus dan lipas. Tunjuk kepada ayah buktikan bahawa Michi seekor kucing yang bijak membawa diri. Pandai membalas budi orang, tentu ayah makin sayang Michi." Saya sentiasa berbisik sambil membelai tubuhnya. Ia pula sentiasa mengiau, mungkin memahami kata-kata saya. 



- Michi Meow membesar dengan sihat dan baik sekali. Tubuhnya juga berisi dan gemuk. Bukan lagi kurus yang sangat menyedihkan. Ia juga cantik, bersih dan wangi. Paling saya bahagia tentangnya, dia seolah-olah mendengar kata-kata saya. Setiap hari, dia pasti mencari dan menangkap tikus. Suatu hari, dia muncul di hadapan ayah bersama seekor tikus besar. Tidak sampai beberapa minit, dia datang lagi. Membawa seekor tikus lain pula. Ya, dua ekor tikus dalam masa serentak. Ia berjaya buktikan bahawa dirinya bukan kucing yang biasa-biasa tetapi pandai membalas budi orang. Satu pencapaian yang sangat bahagia buat saya. 




 Saat ini, Michi Meow sangat selesa sekali tinggal di rumah kami. Banyak perkembangan yang semakin meningkat tentangnya :


* Pandai masuk di dalam rumah sambil buat aksi comel dan manja. Berjaya melepasi larangan ayah dan emak dengan jayanya, haha.



* Bijak memilih tempat tidur yang sejuk dan tenang. Tempat yang paling digemarinya ialah bilik saya kerana saya suka memasang penghawa dingin. Kalau tidur, memang tak nak bangun gamaknya si comel ni.





* Ia suka lepak dan tidur di bilik saya tanpa di suruh. Sudah tahu cara untuk mencarinya. Kalau saya masuk bilik, dia terjaga dan sambung tidur semula. Amboii, hahaha :)





* Pandai merengek mahu dibelai. Dari jauh, saya dapat mendengar suaranya. Dia datang dan berhenti di hadapan saya. Terpaksalah saya melayan karenahnya. Mengajak dia duduk di sisi, membelai tubuhnya sambil membaca novel atau menonton atau mengemas atau melipat pakaian.

* Ia juga pandai memberontak. Aksi yang paling disukainya apabila memijak tubuh dibelakang saya (Jika saya meniarap) berkali-kali tanpa henti. Maksudnya, ia protes jika saya enggan melayannya. Sudahnya, saya lah mengalah dengan membelainya sehingga ia tertidur lena. 

* Ia pantang disentuh ketika tidur. Kadang-kadang tubuh saya terkena dengan tubuh comelnya. Pasti suara berbunyi seolah-olah merengek, jangan kacau saya tidur! Garang sungguh. Hehe.




- Budak baharu kena marah dah merajuk. Sudahnya, dipujuk sehingga tertidur lena dalam selimut.

* Ia seekor kucing yang istimewa. Pandai sentap dan merajuk. Mula-mula saya tidak percaya tetapi itulah hakikat Allah tunjukkan. Jika ia dimarahi terus membawa diri. Diam tanpa menghirau panggilan sesiapa. Kemudian keluar dari rumah dengan menghilangkan diri. Merajuk kononnya. Puas dicari tetapi tidak mahu muncul sehingga dia lapar. Hahaha. Sejak hari itu, kami berhati-hati memarahinya. Budak-budak sangat!






*Saya paling senang hati apabila bangun dari tidur. Tidak menyedari waktu ia muncul di sisi. Tidur di sebelah saya dengan lena sekali di atas lengan saya. Lepas tu menggeliat tak ingat dunia. Tangannya asyik terkena wajah saya, hehe.


* Pantang nampak saya masuk dalam kereta, mulalah sibuk buat suara bising. Mahu ikut serta dan terpaksa saya memberitahu ada urusan. Comelnya, dia seolah-olah memahami. Dia 'menghantar' saya di depan pagar rumah sambil pandang wajah sedih. 


*Ia seekor haiwan lagaknya seperti penyambut tetamu. Tahu-tahu sahaja saya pulang, sudah setia berdiri di tangga. Menanti saya mahupun ahli keluarga lain pulang ke rumah. Pandainya dia! :)



Hendak bercerita tentang Michi Meow, boleh penuh satu halaman blog saya. Hehe. Cukuplah, saya memperkenalkan siapa dia dalam hidup saya. Makhluk Allah yang sangat indah. Doakan semoga hubungan saya dengan Michi Meow kekal bahagia. Terima kasih kalian dan juga sudi singgah di blog saya :)



Sebelum jari jemari saya berhenti bertukang, saya hiaskan dengan beberapa keping gambar kami bersama yang sangat bermakna. 


I Love You Baby, Michi Meow!













Bye Bye!




p/s : Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. 
Ikhlas, Cik UNMA dan sekeluarga.



Post a Comment