30 August 2013

WIRA ARJUNA HEROKU & SELAMAT HARI KEBANGSAAN :)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Hai pengunjungku cantik manis dan kacak bergaya.
Terima kasih mengunjung blog kesayangku?



Apa khabar semua? 
Semoga sihat walafiat dan keadaan baik-baik. Amin.
Oh, bercerita tentang kesihatan buah hati aku jatuh sakit. 
Jarang dia jatuh sakit. Kalau sakit pun, susah nak bernafas. 
Alolo.. Kesian dia. Nak peluk, gemuk dan besar sangat.
 Terpaksa la dibelai-belai manja gitu.



Tempoh hari, dia jatuh sakit. 
Ini kali pertama, jatuh sakit dengan aku. 
Sudahlah aku sendirian. Mujur aku tak menggelabah sampai ke laut.



Wira Arjuna, awak sangat comel. 
Jangan risau saya tetap sayang awak :))



Eh, kejap!



Lupa pulak nak kenalkan buah hati aku. 
Bersemangat aku menulis, bahagia sangat dengan Wira Arjuna.



Okey..
Mempersembahkan....




*
*
*
*
*







Hoiii! Ini bukan Wira Arjuna. 
Tapi ini aku bersama durian gebu gebas. Kikiki.
Maaf ler kurang sopang pulak tayang bontot Wira Arjuna. 
Sebenarnya Wira Arjuna ni pemalu keretanya. 
Itu yang dia suruh letak gambar aku. Hahaha.




Macam mana Wira Arjuna boleh jatuh sakit? 
Begini kisahnya.....




Seharian aku 'melawat' di bandar dengan adik aku.
 Lepas itu, aku hantar dia pergi ke tempat mengaji. 
Di Masjid Kampung Pulau Panjang, Jertih. 
Siapa orang di situ, sila-sila add Facebook aku.
*Cari glamour dengan promosi diri sendiri. Sila abaikan. Hehehe.




Aku pun nak balik rumah tapi masa nak keluar dari pintu pagar. 
Aku rasa lain. Aku pandu lagi dengan perasaan tak sedap hati.
 Aku terasa macam naik turun bukit. Sekejap tinggi, sekejap rendah.




Aku bagi signal kiri terus berhenti di tepi jalan raya.
Aku turun dari kereta dan tengok tayar.
 'Kaki' depan Wira Arjuna tempat aku memandu pancit.
 Aduiii, kenapa awak buat perangai sayang?
 Terus aku masuk balik dalam kereta.
 Aku tekan butang kecemasan. 
Menyalalah berkelip-kelip mata Wira Arjuna kanan dan kiri.



Aku rilekkan diri, jangan panik dan menggelabah. 
Benda boleh dibawa berbincang. 
Boleh diselesaikan dengan baik-baik. Hehe.



Sambil aku  belai-belai manja stereng Wira Arjuna. 
Aku dail nombor telefon emak tak dapat. 
Berkali-kali tekan tak tak dijawab. 
Ish, geram pulak kita. Sudahlah cuaca panas membahang. 
Pasang aircond nombor tiga tak rasa apa-apa pun. 
Cuaca di Terengganu lagi panas dari Kuala Lumpur. 
Ini serius. Tak tipu.



Aku telefon adik aku. 
Bagitahu kalau dapat call emak, cerita masalah aku.
 Aku pun call kakak ipar aku, nasib baik dia jawab.
 Aku pun bercakap dengan emak.
 Boleh pulak emak aku syok melantak makan durian. 
Adoii... Aku ingatkan dia tidur penat ke apa.
Maklumlah penat naik tangga mengajar budak-budak di sekolah.
 Aku pulak yang berduri kat sini. Dia gelak-gelak je  (T___T)



Mak aku dah mintak tolong abang sepupu aku, Abang Mie.
Bagus mak, pantas buat kerja. Kihkih.




 Amaran : Abang Mie sudah kahwin. 
Ada isteri dan tiga orang anak comel. Kehkehkeh.



Kebetulan dia nak hantar anaknya di tempat mengaji adik aku.
 Mujur dekat dengan tempat aku. Lagi bernasib baik aku di kampung.
Kalau di kota Kuala Lumpur sesak macam mana? Huhu.







Menunggu sampai tumbuh bula mata rama-rama hijau.
Siap ada aura kayangan gitu. Kau ada? Kihkih.



Okey.. Okey..





Ini gambar asli. Hehehe. Berbaju kurung sopan gitu.
Masalahnya, aku serabut sebab cuaca panas.
Berpeluh aku dibuatnya. Kalau ada kuasa atau fitting room,
mesti aku tukar pakaian lain. Huhuhu.






Masuk dalam kereta, duduk diam-diam. 
Kunci kereta, keselamatan kena jaga.
Tambah-tambah pula perempuan. Bujang seperti aku.
*Siapa nak masuk meminang silalah. Ketuk kepala sendiri. Hihihi.



Sambil menunggu Abang Mie, aku baca novel.
'Kan Kukejar Cinta Kamu oleh Fauziah Ashari'
Aku memang macam ni, wajib bawa sebuah buku ke mana-mana.
Ada juga faedah mengisi lapangkan?  



Syok membaca, datanglah Abang Mie
bersama kereta Waja Merah Sehangat Asmara, hehe.
Cepat-cepat dia keluar, kata penyelamat. 
Hero kena pantas dan cekap :D
Emak aku pun datang beberapa minit kemudian.
Nak jugak aku intai kereta emak, mana tahu bawa durian.
Boleh berkelah dulu ke, hehe :p



Tanpa berlengah, mari kita saksikan detik-detik wira Arjuna dibedah.
Wachaaaa! :D







Abang Mie mengerah tenaga, check gigi tayar Wira Arjuna.
Aku dan emak perhatikan. 
Dulu masa bengkel ambil lesen kereta main-main.
Bila cikgu suruh pergi depan praktis yang diajar,
aku sembunyi-sembunyi di belakang. Hahaha.







Alololo, baby sayang manja kita... Rongak!
Kita kasi boo sama dia.
Wuwuuuu, hahaha.










Nasib baik aku perasan.
Kalau tak musnahlah masa depan Wira Arjuna.
Boleh jadi cacat, kuikui.
Jangan bimbang, sayangku.
Saya akan bawa awak pergi jumpa doktor.
Pasal bil rawatan jangan risau. 
Emakkan ada, dia tolong bayarkan.
Maklumlah saya belajar lagi, hahaha.







Alaa, sweetnya emak saudara dengan anak saudara.
Buat kerja sama-sama. Wira Arjuna mesti bahagia juga.
Kikiki.



Lepas siap tukar tayar lain, Abang Mie suruh bawa ke bengkel.
Terima kasih Abang Mie. 
Sebagai tanda penghargaan, aku nak umumkan :




ABANG MIE : HERO PENYELAMAT TERBAIK 2013
*Sila-sila tepuk tangan, hehehe :D




 Lepas itu aku dan emak pergi ke bengkel.
 Penat tak payah cakaplah.
Aku ingat lepas hantar adik aku, 
balik rumah nak tidur sekejap.
Jalan pun tak betul, 
sampai aku tutup pintu boleh pula terkena kepala.
Ish, buat malu je!







Cekap betul orang yang buat kerja ni. 
Aku sampai terus datang di  kereta.
Tup tup terus jadi macam itu. 
Wira Arjuna suka lettew dibelai manja.
Padahal dalam hati nak aku cubit manja-manja sayang.
Geram pun ada. 
Nasib baik awak kereta, kalau budak dah lama kena.
Hahaha - Gelak sambil jegilkan mata.






Inilah tukang rawat heroku. 
Cekap betul dia buat kerja, kagum aku.
Cepat pula, memang tak payah tunggu lama. Tabiklah.
Sementara menunggu, sempat lagi emak aku pergi cuci kereta.
Alang-alang tunggu, lepak dulu minum.
Kedai depan bengkel je. Elok juga hilangkan dahaga.




Oh lupa, Wira Arjuna jatuh sakit sebab tercucuk paku.
Aku pun tak tahu la punca kejadian berlaku.
Sabarlah, Wira Arjuna. 
Saya janji, saya akan pandu awak elok-elok.
Jaga awak elok-elok.







Aku order air oren Sunquick ais. 
Perghh, nikmat sungguh.
Kalau dahaga aku sarankan baik minum yang bergula.
Jangan minum bersusu. Memang tak hilang dahaga.
Tapi nak lagi bagus minum air kosong je.
Hehehe.




Emak aku peramah orangnya. Wakakaka.
Sempat lagi dia borak-borak dengan pak cik di depan.
Aku ingatkan kawan atau kenalan atau pelajar dia.
Sekali tak kenal pun. 
Borak-borak, pak cik itu belanja kitaorang minum
Terkejut kitaorang tapi syukur. Rezeki daripada Allah.
Terima kasih Allah. Terima kasih pak cik. Alhamdulillah :)



Wira Arjuna? Mestilah sudah sihat dan normal.
Gagah dan perkasa semula.
 Lepas ambil adik aku dari tempat mengaji,
terus kitaorang balik ke rumah.
Penat teramat.




Sebelum aku nak berhenti  berkeletak-keletuk, 
sila-silalah tengok ragam si Michi Meow.






Aku plan nak pergi mandi.
Masuk si Michi Meow dalam bilik aku.
Ada la tu dengan agenda dia dan memang dijangka.
Lentok baik punya si tuan puteri meow meow.
Nak tidur dengan aku rupanya.
Aku pulak sangat klasik.
Berbaju kurung dengan kain batik sarung.
Macam zaman nenek aku pulak, hehehe.








Masa untuk tidur tapi Si Michi Meow awal-awal dah tutup mata.
Seronoklah kau Kak Ton, tidur bilik beraircond.
Kejut banyak kali pun tak sedar. 
Masalahnya, kaki dia ke arah muka aku.
 Kang kalau dia mengigau, 
aku juga jadi mangsa sepak terajang dia. Hehe.
Selimut milik nenek aku, memang klasik sangat tapi selesa.





Sebelum aku nak tamatkan entri :


SELAMAT HARI KEBANGSAAN.
SAYA BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK MALAYSIA.
SAYA SAYANG MALAYSIA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Jaga diri elok-elok. 
Kalau panjang umur, berjumpalah di blog ini lagi.
Terima kasih mengunjungi blog kesayanganku.




XOXO,
CIK UNMA.



20 August 2013

CERITERA HARI RAYAKU 2013


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Pengunjung blogku yang cantik gebu dan kacak bergaya :


Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
Pom! Pom! Kebabommm!
(Efek bunyi mercun dan bunga api sekali, hehe)


*
*
*


"Bangun. Kak Chik bangun. Siap mandi, tolong apa yang patut," aku terjaga dari tidur. 


Aku terkejut tengok emak pakai telekung putih. Tengok tingkap, cerah. Aku gosok mata, mimpi Takkan emak tertidur dengan telekung sejak semalam. Emak pandang aku lagi dan ulang ayat sama lagi. Oh aku baharu teringat sesuatu. Hari ini Hari Raya pertama. Ramadhan berlalu, Syawal menyusul. SELAMAT HARI RAYA :)


Aku tengok jam, pukul 8.00 pagi. Nasib baik 'bercuti', hehe. Aku bangun dan terasa lenguh-lenguh badan. Mata pun susah nak celik. Semalam tidur lewat. Pukul 3 pagi, baharu selesai mengemas dan membuat kerja rumah. Semangat kau nak berayakan? Hahaha.


Aku mengangguk. Huargh, mengantuk lagi. Boleh tak kalau beraya sebelah petang? Hahaha. Aku pun bangun mandi dan mekap bagai, konon nak berseri-seri di Hari Raya. Kihkih. Lepas itu pakai baju Raya dan lilit selendang sana sini. Alhamdulillah, masih bernafas dengan baik-baik. Hehehe.


Masuk dapur, tolong apa yang patut. Saudara-mara datang beraya, tak sempat nak bersarapan. Kelaparan amat tapi tak kisah. Janji tetamu diutamakan dulu. Hohoho. Pukul 10.00 pagi, baru sesi bersalaman dengan keluarga. Pukul 11.30, kitaorang pulak serang rumah orang.


Serang Kak Ton, jangan tak serang! Kak Jemah, Kak Gayah, Kak Jenab meh masuk line sekali. Seranggggg! Muahahaha.


Aku sempat beraya 4 buah rumah. Lepas itu, aku ajak abang aku balik rumah. Cuaca panas + tak selesa + melekit + mengantuk + penat. Semuanya bergabung. Apa lagi, masuk bilik terus krooohhhh krooohh bersama  mimpi lemang, ketupat dan biskut raya. ZZZzzzz....


Hah, itulah kisah Hari Raya pertama aku. Biasa-biasa je. Hari Raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya biasa jugak. Pergi beraya rumah orang sambil makan gulai kenduri. Itulah kerja aku, tolong habiskan makanan di rumah orang. Haha. Rezeki jangan ditolak, bersyukurlah walaupun dalam pinggan aku ada nasi, ayam dan tembikai sahaja. Kihkih. 


*Aku allergik dengan keturunan daging berkaki empat : Lembu, Kambing dan Kerbau. Sedih tau (T___T).


Tapikan...


Beraya pun beraya jugak. Mood berubah jadi sedih. Teringat arwah kedua-dua arwah datuk dan opah tanpa di sisi. Kalau dulu, beraya sakan. Meriah sangat, tak payah pasang lagu raya. Semua orang datang beraya di rumah arwah datuk. Adat keluarga kitaorang, Hari Raya Pertama berkumpul di rumah arwah datuk. Sekarang, masing-masing beraya di rumah sendiri. Huhu. Al-Fatihah.


Walaupun rumah arwah datuk dirobohkan sebab alasan tertentu, aku pergi 'beraya' juga. Aku ikut emak dan ayah. Kebetulan diaorang nak cari buah-buahan. Masa jejak ke tanah rumah arwah datuk, zuppppp... Terus memori silam tentang semuanya muncul pantas. Ya Allah, rindu benar! Sabarlah hati, kuatkan jiwa dan semangat.





Ayah gelakkan aku sambil ambil gambar dari jauh. Nakal sungguh suami emakku, muahaha. Eh, aku bukan menari zapin tapi tengah berlari. Selamatkan diri daripada gangster mengesot - PACAT! Hahaha. Psiko je, padahal mana ada pacat. Semua dah tukar alamat tempat tinggal kot, hehehe.


Dulu, aku paling tak suka berjalan laluan itu. Huissh, 'lebat' rumput di situ dan ada la anak-beranak gangster mengesot. Tunggu masa. Paling aku benci kalau waktu hujan turun. Perggh, boleh menangis, meraung dan melalak kalau aku jumpa diaorang. Geli dan takut! Hahaha.


Siapa anti gangster mengensot, sila angkat tangan. Give me five, sepppp! :D






"Ini sahaja yang tinggal?" aku mengomel sendirian. 

Alahai, sedih sungguh. Sayu dan sebak sekali. Dulu, bila jejak terus nampak rumah kayu bertiang batu-bata. Diapit dengan pohon-pohon merimbun. Pemandangan yang sangat indah dan berseri. Sekarang, kusam dan sepi :'(






Aku teruskan misi menyelamatkan diri. Jejak dan kekal di tangga hijau. Mohon gangster mengesot jangan masuk kawasan. Haha. 


Dulukan... dulukan... Aku dengan adik-beradik atau sepupu suka lepak di tangga. Bergosip diri masing-masing, menyanyi, hirup udara segar, tunggu pak cik jual ikan dan sayur dengan motor EX5, tungguh van jual pelbagai makanan, main batu seremban, congkak, jutaria (Duit kertas palsu) dan permainan lain, membaca dan macam-macamlah lagilah. Itu kiranya tempat strategik kitaorang.


Malam esok nak beraya, kitaorang main bunga api. Lepas itu kononnya melukis 'bunga api' atas simen hijau. Nasib baik tak kena marah. Hahaha.






Sapu simen hijau dan duduk. Lepas itu?









Bergambar lagi! Hahaha. Sabarlah ya. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Hehe.





Aku duduk kat simen hijau. Malas dan tak kuasa nak jalan-jalan atas rumput hijau. Seram dengan gangster mengesot yang boleh buat aku nak termuntah, okey. Huahua. Oh, sila abaikan mata aku yang bengkak dan sembap. Masa ini aku mengantuk dan penat sangat. Tambah dengan beban dalam perut. Baru lepas makan di kenduri kesyukuran rumah kawan emak aku. Rezekikan, Alhamdulillah.


Coppp! Aku baharu perasan. Apalah emak aku tengah buat dibelakang. Menari ke, mak? Takkan emak pun belajar menari lagu 'Gentleman' (PSY). Jangan mak. Imej dan maruah keluarga kita harus dijaga. Mak, tolong kawal diri. Jangan malukan saya depan khalayak termasuk pengunjung blogku yang cantik dan kacak. Hahaha.





Laa, rupa-rupanya mak nak kutip buah manggis. Alamak, sorrylah. Hahaha. Patutlah emak melompat beria-ria, buah manggis kat atas pokok. Eh, ada ke buah dalam pokok? (*__*)





Alang-alang emak datang, aku suruh dia berdiri di situ. Emak dah buat muka pelik. Ambil gambar je, haha. 





Emak tinggalkan manggis di simen hijau. Lepas itu dia berjalan ke belakang. 


"Mak... Mak.. Berhenti di situ. Berdiri di sebelah telaga tu. Duduk sopan-sopan dan bergaya," aku bersuara.


"Hah, ada apa lagi?" emak tanya.


"Bergambarlah, mak. Sekeping gambar membawa seribu makna, tau? Mak, posing cun sikit," seronok aku mengarah. Nasib baik emak sendiri, muahaha.


"Laaa, bergambar dengan telaga?" emak menggeleng, pening layan karenah aku.


"Mak, telaga ini warisan tau. Sekarang bolehlah kita tengok dan simpan telaga tu. Nanti esok lusa, cucu cicit kita entah dapat ke tidak tengok telaga tu. Jadi, telaga dalam gambar inilah kita tunjukkan kat diaorang," aku jawab bersungguh-sungguh, serius muka I tau. 


"Iyalah..." sahut emak. Mengalah dan menyokong dengan hujah aku. Hehe.






Cak bubucak cak! Aku lagi. Iyalah, kamera aku yang pegang. Haruslah begitu, haha. Sebenarnya, dari permulaan sehingga saat ini aku tak gerak mana-mana. Duduk je di tangga. Kerja aku, ambil gambar syok sendiri. Penuhlah memori kad telefon ayah aku, huahua. 


Syok-syok bergambar, aku rasa lain. Sunyi dan sepi. Aku tengok sekeliling. Cari emak dan ayah. 




Kelebihan Samsung S3 tak disia-siakan. Marilah kita zoom, mencari di mana ayah. Jeng jeng jeng... Taraaa! Ayah aku dah ke belakang sana. Kalau ikutkan itu dah kira melepas bahagian kawasan dapur rumah. Nasib baik dapat kesan ayah. Iyalah, warna baju pun sama dengan warna kulit batang pokok. 


Ayah, baju ayah dibuat daripada batang pokok ke?


Dush! Dush! Merepek sungguh soalan aku. Hahaha.





Mari kita cari emak pula. Jeng jeng jeng.. Taraaa... Dah nampak emak aku. Itupun dizoom dengan kamera telefon. Tak sia-sia ayah aku bela kau Samsung. Muahahha.




Pokok.



Pokok lagi.


Sebenarnya, aku nak tunjuk buah-buahan di pokok. Itu je motif aku nak korang tengok. Tapi tak tak nampak, kihkih. Dokong dan Durian. Yummmy! :)





Bosan syok sendiri bergambar, aku pun mintak tolong Samsung ambil gambar aku. Muahaha. Masa aku bergambar, aku rasa lain tapi tak tahu macam mana nak digambarkan. 


Okey, bulu roma aku naik meremang bila tengok dan edit gambar itu. Bukan sebab makhlus halus tapi aku dapat rasakan roh arwah datuk kat belakang. Seolah-olah memerhatikan aku dari belakang secara diam-diam. Huhu.


Dulukan... tempat lepak kegemaran  arwah datuk di belakang aku. Maksud aku, arwah suka duduk bersila . Kadang-kadang kaki bersilang dan tangan di letak atas lantai kayu rumah sambil bersandar di pintu rumah. Terbayang di ingatan wajah arwah dan tubuhnya yang kurus. Kopiah putih sentiasa di kepala, berbaju kemeja yang nipis dan berlengan panjang, pakai kain pelekat dan asetnya, rokok daun, lighter dan tembakau dalam plastik putih. 


Itulah perasaan aku sebenarnya, rindu dan dapat rasa sesuatu ketika bergambar ketika itu. Semoga arwah datuk tenang dan bahagia di sana. Amin. 


(Usap bulu roma, tenangkan diri sambil peluk bantal).





Aku ubah posisi. Sekali lagi bantuan Samsung, hikhik. Oh ya, tempat duduk aku itu tiang batu-batang rumah. Itu sahaja yang tinggal. Kalau korang nak tahu macam-macam nama diukir di tiang batu.

Nama kucing rumah arwah datuk aku pun ada sekali. Tak silap aku nama dia Speiin (Shafie). Kakak aku yang bagi nama dia. Kerlas kau kucing!  Haha.




Aku tengah syok depan kamera, datang emak dan ayah. Ayah aku memang suka menonjolkan diri. Pantang nampak bergambar, mulalah nak menyelit sekali. Itulah puncanya aku gila bergambar dan suka menyelit. Mewarisi sifat ayah, haha.


Emak pula buat-buat jual mahal. Aku ajak dia bergambar sekali tapi dia tak nak. Tak berminat konon. Padahal pandang kamera jugak. Haha.


Selepas itu, baharulah kitaorang pulang ke rumah. 

"Mak, berhenti kejap. Berhenti," aku bersuara.


Emak memandu terus berhenti kereta. Ayah pandang aku. Lepas itu aku keluar dari kereta. Pergi ke suatu tempat dan mencari sesuatu.


Jeng Jeng Jeng....


Mempersembahkan...... (Bunyi muzik sekali pong pang pong pang)








Air 100 Plus!


Asyik bergambar dan menunggu lama, aku haus sangat. Nampak kedai spontan suruh emak berhenti memandu. Itu je aku nak cerita, haha. 


Okeylah, aku malas dah nak cerita. Korang pun dah bosan baca. Aku pun menyampah dengan diri sendiri. Sebab takjumpa noktah terakhir entri ni. Haha


Selamat...





Kejap!






Selamat Menatap Gambar Hari Raya daripada aku sekeluarga :)





Yeay, berjaya jugak nak beraya baju peach ala-ala pink dengan selendang biru. 
Paling penting, rama-rama melekat di selendang... Ewahh. Hehehe :D




Bergambar dengan ayah dan adik sepupu, Aina. 
Sempoi je ayah aku pakai baju T-Shirt sambil layan tetamu. Hehe.




Selesai sesi bersalaman, terima duit raya (yahoo!) minta maaf, cium pipi dan peluk emak.
 I love You, emak! <3




Kakak nombor dua aku.
 Ceh, kepala tembikai besar aku juga yang menguasai ruang gambar.
Ini tidak adil... Ini tidak adill. Kihkih.





Kak Long dan Abang Dee




Cak! Barulah hensem bergaya ayah pakai baju Melayu. 
Elok-elok ayah aku nak ambil gambar.
Aku menyelit di belakang, ahaha.




Ladies :)





Hari Raya Kedua. Aku pun tak tahu motif aku bergambar macam ini.
Sila abaikan hal-hal dibelakang.
Semua orang busy sebab serang beraya rumah orang lain. Hahaha.





Hari Raya Ketiga.
 Baju kurung pemberian emak sempena keputusan peperiksaan aku yang baik-baik semester lalu. 
Alang-alang nak pakai, buat baju raya sekali.

Terima kasih emak! <3



Okey, dah habis.


Terima kasih mengunjung blog daku :)

xoxo
-CIK UNMA-





06 August 2013

SAYA SUDAH JATUH CINTA!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hello pengunjung blog saya yang cantik dan hensem bergaya :)

Malam ini saya rajin mahu bertukang kerana hati saya berbunga riang. 

Sebenarnya...
Eh bukan tentang 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Cerita itu sudah tamat habis.
Sedih dan malangnya sebagai manusia bergelar Cik Unma mengalami kisah menyedihkan.
Drama kegilaan ramai sudah lama tamat tempohnya.
Saya baharu nak menonton kisah comel, romantik dan komedi itu.
Ya, selepas bertungkus lumus berperang dengan tahun akhir sehabis mungkin.
Oh Izzue Islam, kenapa hensem sangat sampai nak kena lempang laju-laju? 
Ciss, sempat lagi berangan. Hahaha!


Okey, sebenarnya saya sudah jatuh cinta!
Dengar tak? Saya jatuh cinta :D


Manusia seperti saya ada perasaan untuk bercinta ke?
*Tolonglah Cik Unma, kaukan jual mahal bab bercinta? Hehe.


Oh, lupa. Ini cinta kes lain. 
Cinta yang sangat bahagia dan indah.
Ia umpama pelangi yang sangat cantik mewarnai hidup saya.
Seolah-olah saya memakai gaun merah jambu, bertudung litup, memegang belon bersama mekap natural.
Kemudian, berlari di taman bunga dengan riang.
Siap ada lagu 'Terukir Di Bintang' gituuu.. Hehehe
Betapa bahagianya saya! :)


Sebenarnya, Saya Jatuh Cinta Dengan Dia :)




Nama : Michi Meow 
Jantina : Betina
Umur : Masih kanak-kanak (Dalam proses menjadi Remaja)
Makanan kesukaan : Diet Pro tetapi saya tukarkan kepada Whiskas kerana lebih hebat impaknya.
Minuman kesukaan : Tidak kisah asalkan dapat minum.
Sifat Positif : Manja, Pandai Menggoda, Bijak, Mengenali Nama Sendiri dan Aktif Menikus.
Sifat Negatif : Kuat Tidur, Cepat Sentap dan Merajuk, Nakal  Mengikut Mood dan Degil.
Ciri-Ciri : Memakai Eye Liner di sebelah mata kanan sahaja, Hidung Pink, Bibir Pink Seksi, Wajah Comel dan Tubuh Sihat.



Heeee.. Itulah dimaksudkan kes cinta lain! Hehehe.


Oopps, tentang cinta melibatkan hati dan perasaan saya masih kosong.
Ya, kosong.
Saya masih kekal berstatus single.
In Sha Allah, jodoh tak ke mana jua.
Betul tak? :)




*
*
*
*
*



- 18 JUN 2013, Saya pulang dari Kuala Lumpur dan selamat tiba di kampung halaman (Terengganu) pada jam pukul 5 pagi lebih. Saya masih ingat sebaik sahaja turun dari kereta, ada tubuh kecil yang sangat comel. Dia kelihatan takut, sendirian dan keseorangan. Kasihan dia. Tetapi niat saya untuk mendekatinya terhalang. Ayah berpesan, jangan cuba dekat dan rapat dengannya. Maklum sahajalah gayanya seperti anak kucing kecil, comot dan kurus terbuang. Saya akur kerana tahu kesihatan ayah tidak mengizinkan. 


- Secara senyap-senyap saya mencari si comel itu. Simpati saya terhadapnya sukar dihapuskan. Bagaikan anak kecil kehilangan ibu, begitulah perasaan saya apabila melihatnya. Saya memberi makanan dan berbisik kepadanya. "Selagi aku masih berpijak di bumi Allah, tanganku tidak pernah berhenti memberi makan  dan minum kepadamu. Tidak usah bersedih lagi. Allah mengirimmu sebagai tetamu jauh buatku dan aku sangat menghargai kedatanganmu. Semoga ini sebagai permulaan baik buat kita, sayang."


- Sejak hari itu, si comel tanpa nama setia di rumah. Ayah sentiasa memerhati dan mengawasi perlakuan si comel termasuk saya kerana terlalu suka akan kucing. Saya mula berani memberi makanan dan menyentuh tubuh si comel di hadapan ayah. Lama kelamaan, kami terbiasa dengannya. Saya dan adiklah membersih dan memandi tubuhnya sehingga harum mewangi. 





- Gambar pertama bersama Michi Meow :)


- 26 JUN 2013, akhirnya si comel diberi nama sebagai Michi oleh adik saya. Tetapi saya tidak suka namanya terlalu ringkas. Saya lengkapkan dirinya sebagai Michi Meow, semesra sepertinya. Ia seekor kucing yang bijak dan pandai. Tahu muncul dan menyahut panggilan saya apabila menyebut namanya :)



- Walaupun Michi Meow hampir diterima oleh keluarga tetapi masih gagal menawan hati emak. Sejujurnya, emak bukan seorang yang mesra dengan haiwan tapi hatinya baik. Emak mahu membuangnya di pasar tetapi saya halang, tegah dan membantah. Saya tidak mampu untuk bersedih selepas kehilangan kucing-kucing kesayangan saya lagi. Saya memujuk emak, "Kalau emak buang Michi, siapa nak habiskan makanan dia. Kita dah beli khas untuk dia. Takkan mahu membazir sebab emak tahukan perbuatan itu berdosa." Emak mengalah dan semakin lupa niatnya terhadap Michi. Alhamdulillah :)







- Ayah pula senang hati dengan Michi Meow. Kelebihan Michi Meow yang berjaya menawan hati kami sekeluarga kami kerana ia seekor kucing yang aktif dan cekap menikus. Saya pernah berpesan kepadanya. "Michi, suka tinggal di sini? Kami tak kisah Michi nak tinggal berapa lama, kalau boleh selama-lamanya pun kami terima dengan hati terbuka. Tapi, satu sahaja kakak minta dengan Michi. Allah kurniakan kelebihan untuk awak. Kakak harap awak dapat manfaatkannya. Michi cari dan tangkap tikus dan lipas. Tunjuk kepada ayah buktikan bahawa Michi seekor kucing yang bijak membawa diri. Pandai membalas budi orang, tentu ayah makin sayang Michi." Saya sentiasa berbisik sambil membelai tubuhnya. Ia pula sentiasa mengiau, mungkin memahami kata-kata saya. 



- Michi Meow membesar dengan sihat dan baik sekali. Tubuhnya juga berisi dan gemuk. Bukan lagi kurus yang sangat menyedihkan. Ia juga cantik, bersih dan wangi. Paling saya bahagia tentangnya, dia seolah-olah mendengar kata-kata saya. Setiap hari, dia pasti mencari dan menangkap tikus. Suatu hari, dia muncul di hadapan ayah bersama seekor tikus besar. Tidak sampai beberapa minit, dia datang lagi. Membawa seekor tikus lain pula. Ya, dua ekor tikus dalam masa serentak. Ia berjaya buktikan bahawa dirinya bukan kucing yang biasa-biasa tetapi pandai membalas budi orang. Satu pencapaian yang sangat bahagia buat saya. 




 Saat ini, Michi Meow sangat selesa sekali tinggal di rumah kami. Banyak perkembangan yang semakin meningkat tentangnya :


* Pandai masuk di dalam rumah sambil buat aksi comel dan manja. Berjaya melepasi larangan ayah dan emak dengan jayanya, haha.



* Bijak memilih tempat tidur yang sejuk dan tenang. Tempat yang paling digemarinya ialah bilik saya kerana saya suka memasang penghawa dingin. Kalau tidur, memang tak nak bangun gamaknya si comel ni.





* Ia suka lepak dan tidur di bilik saya tanpa di suruh. Sudah tahu cara untuk mencarinya. Kalau saya masuk bilik, dia terjaga dan sambung tidur semula. Amboii, hahaha :)





* Pandai merengek mahu dibelai. Dari jauh, saya dapat mendengar suaranya. Dia datang dan berhenti di hadapan saya. Terpaksalah saya melayan karenahnya. Mengajak dia duduk di sisi, membelai tubuhnya sambil membaca novel atau menonton atau mengemas atau melipat pakaian.

* Ia juga pandai memberontak. Aksi yang paling disukainya apabila memijak tubuh dibelakang saya (Jika saya meniarap) berkali-kali tanpa henti. Maksudnya, ia protes jika saya enggan melayannya. Sudahnya, saya lah mengalah dengan membelainya sehingga ia tertidur lena. 

* Ia pantang disentuh ketika tidur. Kadang-kadang tubuh saya terkena dengan tubuh comelnya. Pasti suara berbunyi seolah-olah merengek, jangan kacau saya tidur! Garang sungguh. Hehe.




- Budak baharu kena marah dah merajuk. Sudahnya, dipujuk sehingga tertidur lena dalam selimut.

* Ia seekor kucing yang istimewa. Pandai sentap dan merajuk. Mula-mula saya tidak percaya tetapi itulah hakikat Allah tunjukkan. Jika ia dimarahi terus membawa diri. Diam tanpa menghirau panggilan sesiapa. Kemudian keluar dari rumah dengan menghilangkan diri. Merajuk kononnya. Puas dicari tetapi tidak mahu muncul sehingga dia lapar. Hahaha. Sejak hari itu, kami berhati-hati memarahinya. Budak-budak sangat!






*Saya paling senang hati apabila bangun dari tidur. Tidak menyedari waktu ia muncul di sisi. Tidur di sebelah saya dengan lena sekali di atas lengan saya. Lepas tu menggeliat tak ingat dunia. Tangannya asyik terkena wajah saya, hehe.


* Pantang nampak saya masuk dalam kereta, mulalah sibuk buat suara bising. Mahu ikut serta dan terpaksa saya memberitahu ada urusan. Comelnya, dia seolah-olah memahami. Dia 'menghantar' saya di depan pagar rumah sambil pandang wajah sedih. 


*Ia seekor haiwan lagaknya seperti penyambut tetamu. Tahu-tahu sahaja saya pulang, sudah setia berdiri di tangga. Menanti saya mahupun ahli keluarga lain pulang ke rumah. Pandainya dia! :)



Hendak bercerita tentang Michi Meow, boleh penuh satu halaman blog saya. Hehe. Cukuplah, saya memperkenalkan siapa dia dalam hidup saya. Makhluk Allah yang sangat indah. Doakan semoga hubungan saya dengan Michi Meow kekal bahagia. Terima kasih kalian dan juga sudi singgah di blog saya :)



Sebelum jari jemari saya berhenti bertukang, saya hiaskan dengan beberapa keping gambar kami bersama yang sangat bermakna. 


I Love You Baby, Michi Meow!













Bye Bye!




p/s : Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. 
Ikhlas, Cik UNMA dan sekeluarga.