13 July 2013

SEGALANYA BERUBAH :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai pengunjung blogku yang cantik dan hensem bergaya :)


Hihi... First, main gelak-gelak dahulu.
Sebab dah berbulan-bulan aku tak mengarang di sini.
Tak conteng apa-apa dalam blog kesayanganku.
Macam kekok nak menulis sebab dah bersawang.
*Encik Labah-labah dan sekeluarga, sila jauhkan diri kalian dari blog ini termasuk dalam minda fikiranku sekarang. Kihkih.


Eh, blog usang ini sudah berubah wajah.
Semua ditukar ibarat nak buat persediaan menyambut Hari Raya nanti, hehe.
Iya la, setiap kali nak beraya mesti ada tukar perabotlah, langsirlah dan macam-macam.
Nasib baik tuan punya rumah tak ditukar sekali. Hehe :p


Dikesempatan ini walaupun agak terlambat dan klise, aku nak ucapkan juga buat muslimin dan muslimah beragama Islam ;
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat bersahur (Mesti bangun tau (^_ ^)). Selamat berpuasa (Wajib, jangan ponteng-ponteng). Selamat berbuka puasa (Ini juga wajib, acara yang paling dinanti-nantikan, hehe).


Aku dah lama tak mengarang, tambah-tambah lagi entri yang ditatap umum. Eleh, yakin je orang nak baca entri aku entah apa-apa ini. Hahaha. Kepada yang sudi baca, terima kasih banyak-banyak. Aku sangat hargainya. Terharu. (T__T)


Permulaan yang baik ialah mengubahsuai semula dalaman dan luaran blogku. Mengenali dan beramah mesra agar selesa dan senang. Ececeh, macam tajuk artikel suratkhabar pulak 'Datin CIK UNMA turun padang beramah mesra dengan rakyat'. Wakakaka.


Okeylah, sampai di sini sahaja. Penat juga menaip di telefon bimbit walaupun banyak benda aku nak taip. Hah, itulah salah satu ciri-ciri sifat aku. Kalau orang tanya, "Siapa CIK UNMA?".  Jawapannya. "Alah, yang suka menaip panjang-panjang. Den pun tak tahu apo masalah dia."


Huahua. Maaf, terover pulak. Sila kawal diri anda, CIK UNMA.  Hehe. Terima kasih kalian mengunjungi dan membaca entri di blog saya. Merepek tidak mengapa asalkan tidak makan kerepek di siang hari bulan Ramadhan. Apa-apa pun Selamat Berpuasa, hihi.

Bye-bye :)




Post a Comment