24 July 2013

DUGAAN SOLAT BERTERAWIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai pengunjungku yang cantik dan kacak bergaya :)


Sepatutnya entri ini 'DUGAAN SOLAT BERTERAWIH' sudah wujud beberapa hari lalu. Tetapi semuanya dusta semata-mata. Gara-gara tenaga aku asyik tak stabil (Mengada-ngada namanya, hahaha). Penat, lemau, mengantuk dicampur adunan malas. Jadi, entri ini tertangguh sehinggalah jari-jemari rajin nak bertukang di sini.


Aku nak kongsi cerita mengenai pengalaman solat berterawih. *Hello, jangan kutuk-kutuk I macam Nora Danish pulak ya. Kami tak bersalah sebab kami nak berkongsi cerita sahaja. Bukan cari perhatian dan glamour. Kihkih.



SALAM PENGENALAN 



Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013


Azan berkumandang syahdu di saat aku dan sekeluarga duduk di meja makan. Menanti detik yang ditunggu-tunggu, hehe.  Sebaik sahaja doa berbuka puasa dibaca dan diaminkan, kami menikmati juadah dengan berselera.*Okey, salah satu faktor kenapa berat badan aku susah nak turun. Hahaha :p


Aku persiapkan diri selepas mandi dan solat Maghrib. Pakai telekung, tunggu emak dan adik. Naik kereta pergi ke masjid. Tak jauh pun, dekat sahaja dengan rumah. Sampai di masjid, kami bertiga cepat-cepat mencari tempat kosong. Malam itu ruangan muslimah penuh. Ada yang duduk di luar dan aku cadang nak menyertai mereka sekali. Mak aku pula bersemangat agar bersabar. Katanya, pasti ada tempat kosong.


Maka, Tok Imam bersuara merdu mengalunkan bacaan untuk Solat Isyak berjemaah. Semua muslimah sudah berdiri untuk menyertai ibadah indah itu. Terpaksalah kami bertiga berpisah tetapi masih dalam barisan yang sama. Adik aku tercampak di bahagian kiri. Emak aku elok sahaja duduk di bahagian tengah. Aku? Aku di bahagian kanan, tepi langsir okey. Hahaha.




1. BERTELEKUNG BERUBAH MENJADI NINJA JADIAN

Kau bayangkanlah tubuh aku tinggi. Tambah pulak lemak sana sini buat aku tidak selesa. Rakaat pertama okey. Masuk rakaat kedua, bahu aku terhalang dengan langsir. Masuk rakaat ketiga langsir itu melekap di telekung aku. Cuba kauorang teka apa yang terjadi apabila masuk rakaat keempat?


Kepala dan muka aku tertutup dengan langsir tebal itu. Arghhhh! Hahahah. Aku berasa macam ninja, semua tertutup. Aku rasa macam berada di dunia lain. Gelap semacam sahaja, hahaha. Nak tak nak, aku adjust langsir untuk meneruskan Solat Isyak. Selepas Solat Isyak, budak perempuan sebelah asyik pandang aku. Aku? Buat muka serius. Kononnya fokus padahal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aduhaii, malunya! Kalau aku seorang sahaja di situ mesti dah gelak-gelak. Cis! Hahaha. 


# PENGAJARAN : Pilih kedudukan tempat yang sesuai dan selesa.





2.  KEPALA DI CELAH LANGSIR MASJID



Sementara tunggu Solat Terawih, aku ajak adik aku duduk di luar pula. Mak aku pun sama, keluar juga. Mungkin tak selesa agaknya padahal aku selalu perasan muslimah tak pentingkan saf. Ada je ruang kosong, Aduhaiii....


Aku masih lagi duduk di bahagian tepi kanan dan dilindungi langsir. Maka, bersolat Terawihlah aku dengan rasa khusyuk sekali. Elok aku tengah menikmati bacaan Tok Imam, ada pula gangguan baharu. Arghhh! Hahaha. 


Tengah syok sembahyang aku dengar suara seseorang. Budak lelaki dan gayanya seperti sekolah rendah. Kecil tapi kalau dapat dengan aku, mahu aku lenyek buat lempeng pisang. Hahaha. Boleh pula dia jenguk kepala di celah langsir. Siap tegur aku lagi.


"Hai. Hello. Eh, betul ke awak tengah sembahyang? Kenapa awak diam? Hello..."


Subhanallah! Sabarlah hati, aku pujuk dalam hati. Budak lelaki yang tegur aku ketawa nakal. Seronok dapat kacau aku. Alhamdulillah, aku buat tak tahu sebab nak fokus sembahyang. Tak lama kemudian budak lelaki itu tak kacau aku. Okey, lega! 


# PENGAJARAN : Tingkatan kesabaran dan jangan cepat melatah.





3. BERLUBANG SANA SINI


Masuk rakaat keempat, aku baharu sahaja mengangkat takbir (Takbiratul Ihram) tetapi terbatal. Mak Cik di hadapan aku beralih tempat, masuk ke dalam. Kemudian seorang lagi mak cik di sebelah emak aku pun masuk ke dalam masjid jugak. Tinggallah emak aku seorang di tengah-tengah. Tiada sesiapa mahu ke hadapan. Ibarat gigi ronggak, berlubang sana sini. Aku pun cepat-cepat naik ke hadapan duduk di sebelah emak aku. Lepas itu, di sebelah kiri emak aku ada seorang mak cik duduk. Lega.


# PENGAJARAN : Muslimah jangan pentingkan diri sendiri. Rapatkan saf anda dengan utuh. Jangan biarkan kosong kerana mahu sembahyang di atas sejadah sendiri. 





4. LINTASAN TANPA LAMPU ISYARAT


Astagfirullahl Al-Adzim! Dugaan datang lagi sewaktu Solat Berterawih. Kedudukan tempat aku masih di tepi dan dibezakan jarak dengan pintu gate sahaja. Tengah sujud rakaat pertama, ada la dua orang budak perempuan lalu. Mereka yang duduk di sebelah aku ketika solat Isyak. Sangkaku, mereka berwudhu. Kali pertama aku tak kisah. Tapi masuk rakaat kedua, masih perkara yang sama. Tengah berdiri, rukuk dan sujud mereka melintasi dua kali. Benar-benar terganggu! 


Aku pujuk hati, bersabarlah sebab aku datang jejak ke rumah Allah mahu beribadat. Rakaat keenam, budak perempuan buat perkara yang sama. Aku tidak tahu apa masalah mereka. Kalau sakit perut sangat macam cirit-birit tak payahlah masuk ke dalam. Ubahlah kedudukan di belakang. Tapi  gaya diaorang bukan sakit perut. Diaorang macam nak lari sahaja. Fikiran aku sedikit terganggu sebab lintasan mereka berulang kali. Bangun dari sujud, aku tengok diaorang sudah hilang. Balik agaknya. Aku ingatkan aku seorang sahaja terganggu, rupa-rupanya emak dan mak cik sebelah juga sama. Menggeleng emak aku, kesal dengan sikap dua orang budak perempuan itu. Tergedik-gedik mengalahkan budak kecil!


# PENGAJARAN : Hormati jemaah muslimah dengan adab dan kelakuan yang sopan tanpa gangguan.





5. CAK CAK BUBUCAK NAKAL


Masuk rakaat kelapan, mak cik di sebelah emak berganjak masuk ke dalam. Aku bangkit lagi, mengubah kedudukan ganti di tempat mak cik itu. Ada kanak-kanak perempuan duduk di sebelahku dengan sejadah kecilnya yang comel. Mujurlah rasa tenang dan selesa. Angin kipas benar-benar mendamaikan tetapi itu hanya sementara. Tengah aku solat, boleh pulak kanak-kanak perempuan bertubuh kecil pandang aku. Tengah rukuk, kepala budak perempuan itu tepat menjengah mengintai muka aku. Aduhaiii... Huhuhu.


Rukuk kali kedua, budak perempuan tengok aku lagi. Lama. Siap tersengih pandang aku. *Dik, akak memang peramah dengan budak-budak tetapi bukan waktu sekarang! Huhuhu. Selesai solat, aku pandang budak itu. Tak tahu nak marah atau nak tergelak. Sudahnya, aku berpura-pura buat muka serius. Baharulah budak perempuan tak intai muka aku lagi, haha. Bila Solat Witir, baharulah berasa tenang sangat. Sungguh! Alhamdulillah :)


# PENGAJARAN : Kepada muslimah yang membawa anak kecil tidak salah. Memang digalakkan dan sangatlah disokong. Cuma, harapannya aturkan kedudukan baharu untuk anak kecil agar tidak menganggu jemaah lain.





SALAM PENUTUP


Keluar dari masjid dan kami masuk dalam kereta. Ada sesuatu perkara menganggu aku. Beberapa kali aku teguk air liur, menahan sesuatu rasa. Aku pandang emak dan menyatakan sesuatu dengan jujur kepadanya.


"Mak, nak air Milo kotak."




Emak pun lencongkan kereta di sebuah kedai. Emak sangat baik hati sebab sponsor duit dan adik tolong belikan air Milo kegemaranku. Terima kasih Allah murahkan rezekiku. Terima kasih emak dan adik. Pulanglah kami bertiga bersama Milo kotak kesukaanku. Aku terkenangkan semula kejadian yang berlaku di masjid dan senyum. Dugaan Allah tetap manis. Kesabaran itu separuh daripada iman :)


Okey, setakat ini sahajalah aku berpot pet. Nak tidur dan mahu bangun sahur. Sayang-sayangku, jangan lupa kunci jam bangun bersahur. Jangan tak bangun sahur. Jangan lupa juga niat puasa.






Terima kasih mengunjung blog daku dan semoga terhibur bersama dendangan alunan lagu raya. 
Bye bye (^__^)







Post a Comment