26 March 2013

PART I - TERIMA KASIH MEMBAHAGIAKAN SAYA :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Lewat malam begini saya benar-benar sepi dan sunyi.
Tiada lagi kasih dan sayang di seperti hari-hari lalu.
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Perasaan saya terlalu merinduinya.


Di mana dia, saya sendiri juga tidak tahu.
Berharap Allah menjaga dan melindunginya.
Berharap juga dia sihat dan baik.
Amin...




JUMAAT - 15 MAC 2013 


Coco Pie,

Petang itu mama tengah buat kerja, siap baring-baring atas katil. Senja pun muncul dan Edd Luigi pulang ke bilik di asrama ASWARA. Edd Luigi membawa sesuatu yang mama benar-benar membuat mama sangat gembira.

Ada seekor kucing betina yang sangat comel. Berwarna putih tetapi ada celoreng di tubuh. Wajahnya seakan-akan pakai perhiasan seperti harimau, cantik. Hidungnya berwarna pink dan ada tambahan sedikit warna hitam. Kaki dan tangan berwarna putih.

Itulah Coco Pie. Comel dan manja walaupun baru nak berkenalan dengan mama. Mama terus ambil Coco Pie dari Edd Luigi sebab mama suka sangat-sangat dengan kucing. Coco Pie ingat lagi tak mama usap, belai, cium, dan peluk Coco Pie? Mama rindu nak bela kucing selepas 8 tahun berlalu. 

Mesti Coco Pie pelik kenapa mama bagi nama 'Coco Pie'kan? Sebenarnya, Edd Luigi panggil Coco Pie ialah Ubi. Kelakar dan tak sesuai langsung nama tu. Kebetulan pula mama tengah makan snek Coco Pie. Terus mama letak nama sayang sebagai 'Coco Pie' semanis dan seindah seperti sayang :)

Tentu Coco Pie pelik kenapa mama bahasakan diri sebagai mamakan? Sebab, mama nak tahu Coco Pie tahu sesuatu. Mama tak nak Coco Pie berasa terasing. Mama nak Coco Pie bahagia dan gembira bersama mama.






Malam itu, mama asyik layan Coco Pie je. Tugasan mama pun entah ke mana. Lewat malam, mama letak Coco Pie di sebelah mama. Mulai malam itu, katil mama juga sudah jadi milik Coco Pie. Ya, katil itu milik kita berdua. Coco Pie tidur di atas lengan mama, siap ada selimut lagi. Sebelum tidur mama cium, belai dan peluk Coco Pie puas-puas. Mama pastikan Coco Pie tidur dengan selesa walaupun Coco Pie tidur buas sangat. Coco Pie menggeliat sambil tolak pipi mama dengan tangan Coco Pie tanpa sedar. Selesa ya, sayang :)






Coco Pie tahu tak, malam itu mamalah orang paling bahagia di dunia ini. Tidur ditemani si comel manja. Alhamdulillah, Mama bersyukur sangat kerana Allah menghantar Coco Pie menjadi sebahagian kisah hidup mama :)




SABTU - 16 MAC 2013


Coco Pie,



Hai kedua Coco Pie dah boleh belajar sesuaikan diri di rumah baru. Pandai berlari sana sini dengan aktif sekali. Coco Pie suka menikus dan pantang bunyi apa-apa sahaja pasti Coco Pie peka. Mama bahagia tengok Coco Pie aktif.

Coco Pie makan dengan berselera. Mama buat susu dan teman Coco Pie sehingga Coco Pie selesai minum. Mama ingat lagi Coco Pie buang air besar  dan air kecil dalam bilik air. Coco Pie pandai dan bijak membawa diri dengan tak menyusahkan sesiapa pun. Sayang mama makin bertambah buat Coco Pie. Tak pernah Coco Pie kotorkan mana-mana tempat. Setiap kali mama nak cuci najis Coco Pie, pasti Coco Pie berdiri di depan pintu bilik air. Coco Pie tunggu dan tengok mama bersihkan najis dengan setia. Selesai mama bersihkan, baru Coco Pie beredar dari situ.





Kalau mama sedang buat kerja atau bertugasan pasti Coco Pie duduk di atas meja sekali. Coco Pie tengok mama buat kerja. Tak pernah kacau mama. Cuma, Coco Pie pantang kalau bunyi keyboard laptop setiap kali mama menaip. Coco Pie nakal. 





Mama sibuk buat kerja dan Coco Pie tertidur. Siap ada patung kucing serupa dengan muka Coco Pie di sebelah, hehe.





AHAD - 17 MAC 2013 

Coco Pie,


Hari ketiga sayang tinggal dengan mama. Coco Pie gembira dan asyik berlari sana sini tanpa penat. Semua orang di dalam bilik senang dengan Coco Pie. Coco Pie tak pernah mengada-ngada manja walaupun Coco Pie kucing betina. Coco Pie tak pernah sepah atau usik barang sesiapa sehingga rosak. Coco Pie suka sangat main dengan penyepit rambut mama. Kadang-kadang kunci mama pun Coco Pie main. Mama tak kisah pun, mama gembira sangat.






Coco Pie semakin nakal. Selain Coco Pie, mama ada kura-kura. Namanya Mimi Lolo, dia kura-kura betina yang comel dan baik. Coco Pie selalu kacau Mimi Lolo. Siap panjat atas lagi sebab nak sentuh Mimi Lolo. 

Petang itu, Coco Pie tidur. Mama tak sedap hati. Biasanya kalau waktu malam Coco Pie aktif menikus tetapi malam itu tidak. Coco Pie tidur dan lemau. Mama mula susah hati. Mama berdoa kepada Allah, berharap Coco Pie sihat dan kuat. Malam itu, Coco Pie tak tidur dengan mama. Coco Pie tidur atas lantai simen. Sebelum tidur, mama jenguk nak pastikan Coco Pie tidur dengan keadaan baik-baik. Mama sayang sangat dengan Coco Pie walaupun baru tiga hari kita bersama.





ISNIN - 18 MAC 2013 


Coco Pie,

Hari itu masuk hari keempat  Coco Pie bersama mama. Coco Pie dah selesa tinggal di sini. Coco Pie dah tahu mana tempat Coco Pie tidur, bermain dan berehat. Coco Pie manja sangat. Tak nak makan kalau mama tak pujuk. Mama ingat lagi, mama panggil Coco Pie makan dan minum susu tapi Coco Pie tak nak. Mama duduk di sebelah Coco Pie dan pujuk dengan kasih sayang. Lepas tu, baru Coco Pie makan dan minum susu dengan berselera. Manjanya dia :)

Sejak hari itu, kalau Coco Pie nak makan dan minum mesti mama ada sekali. Coco Pie pun dah tahu nama sayang sendiri kalau mama panggil. Kalau mama baru pulang dari kuliah mesti mama cari Coco Pie dulu. Mama panggil Coco Pie beberapa kali dan Coco Pie bangun sambil menguap. Lepas tu Coco Pie mengiau manja depan mama. Segala penat dan letih mama hilang bila tengok Coco Pie.




Coco Pie kucing yang bijak dan baik. Mama panggil Coco Pie makan dan minum susu. Coco Pie datang tapi tak sentuh apa-apa pun. Mama pujuk tapi Coco Pie tak nak. Mama masuk dalam bilik dan Coco Pie ikut sekali. Mama risau kalau Coco Pie tak makan apa-apa. Sekali lagi mama panggil dan pujuk Coco Pie. Coco Pie tak nak dan mama tak suka paksa-paksa. Masa itu, Zaty Taty tengah jemur kain. Mama masuk dalam bilik dan tengok Coco Pie duduk berdiri di depan pintu bilik. Rupa-rupanya Coco Pie tengok dan tunggu Zaty Taty jemur kain sehingga selesai. Kemudian, barulah Coco Pie masuk dalam bilik. Coco Pie, baik sangat sebab teman Zaty Taty kat luar bilik :)

Malam itu, Coco Pie kembali lemah dan lemau. Tidur beberapa kali. Mama semakin tak sedap hati. Mama belai dan peluk Coco Pie. Mama tak nak kehilangan Coco Pie. Mama pujuk dan bagi semangat agar Coco Pie kuat. Tapi lewat malam baru Coco Pie kembali aktif. Itu pun selepas lama sangat Coco Pie tidur.




SELASA - 19 MAC 2013


Coco Pie,

Hari itu masuk hari kelima, mama semakin bahagia bersama Coco Pie. Waktu pagi mama tengah lena tidur, ada sesuatu tengah menganggu mama. Rupa-rupanya Coco Pie yang kacau mama. Coco Pie tarik dan gigit rambut mama beberapa kali. Mama tak marah pun malah mama tersenyum gembira. Coco Pie nakal tapi dengan mama sahaja. Coco Pie tak pernah kacau orang lain seperti Coco Pie buat dengan mama. Mama biarkan je Coco Pie kacau mama sebab mama bahagia. 

Sebelum pergi kelas, mama sediakan makanan dan minuman Coco Pie. Mama nak Coco Pie sihat dan kuat. Boleh menikus dengan aktif.  Sebaik pulang dari kuliah, mama terus mencari Coco Pie. Macam biasa, mama peluk dan cium Coco Pie. Mama pastikan Coco Pie baik-baik. 

Petang itu Coco Pie semakin lemau. Mama semakin risau. Mama masih belum berkesempatan nak bawa Coco Pie pergi jumpa doktor. Ada halangan kecil iaitu mama tiada kenderaan dan sibuk dengan kuliah. Mama minta maaf sebab gagal nak menjaga Coco Pie dengan baik. Tipulah mama tak sedih tengok keadaan Coco Pie masa tu. Tapi nak buat macam mana, ada halangan yang sukar mama lakukan. Kalau mama ada kenderaan, awal-awal mama bawa Coco Pie jumpa doktor.






Coco Pie asyik tidur beberapa kali. Mama buatkan susu untuk Coco Pie. Mama kejut Coco Pie dari tidur untuk minum susu. Mama suapkan susu dengan sudu untuk Coco Pie. Sayang minum dengan lemah-lemah. Lepas itu, Coco Pie datang dan duduk depan Mimi Lolo. Coco Pie tengok Mimi Lolo dengan lemah. Masa itu, air mata mama bergenang. Mama nak menangis. Mama takut kalau kehilangan Coco Pie. Mama usap Coco Pie dan sayang tidur depan Mimi Lolo.

Malam itu, mama susah nak lelap. Asyik terfikir pasal Coco Pie. Sayang demam. Tubuh sayang panas apabila mama sentuh. Coco Pie merengek manja mungkin kerana penat. Mama peluk Coco Pie erat. Mama sentiasa ada untuk Coco Pie.



*
*
*
*
*



Entri bersambung untuk Part 2.
Masih bercerita tentang Coco Pie sehingga ada sesuatu membuat saya benar-benar sedih.
Saya kesepian dan kesunyian kembali.
Coco Pie :(


Terima kasih menjenguk blog saya :)







Post a Comment