13 March 2013

DIARI SAYA & CIK DEMAM :(



Assalamualaikum dan salam sejatera..



Semoga pengunjung blog saya yang cantik dan cntik bergaya sihat-sihat..

Ehem ehem..
Huk! Huk! Huk!
Achunn! Achunn! (Alhamdulillah)..


Maaf la, tengah menggatal menulis di sini keadaan saya tak seberapa baik.
Batuk, selesema dan demam.
Sudah beberapa hari saya demam, huhu
Tapi, saya kalau demam buat tak tahu je.




Hari Jumaat (8/3/2013), saya selesema dan asyik bersin je.
*Setiap kali bersin, jangan lupa ucap Alhamudlillah ya :)
Saya tak pernah kisah kalau bersin banyak kali,
entah kenapa.
Setiap kali bersin, nikmat sangat merasai 'kebersinan' itu.




Petang Jumaat, saya dan kura-kura tersayang, Mimi Lolo pergi Shah Alam.
Kampung halaman kedua selepas Terengganu.
Malam itu, saya sangat tak selesa.
Nak tidur pun tak lena sebab hidung tersumbat.



Pagi Sabtu (9/3/2013), tekak saya rasa perit sangat.
Rupa-rupanya saya dah ada sebiji bola ping pong bahagian kanan di leher.
Besar dan macam nak tersembul je gayanya, huhu.
Sakit woooo...
Saya tabahkan diri  dan terima seadanya sebab itu ujian Allah berikan.
Takkan nak merungut, tak baikkan? :)







Lepas tu, sempat lagi berjalan-jalan walaupun tak sihat.
Pergi mencuci mata di IKEA bersama kakak, abang dan anak-anak saudara.
Jalan punya jalan, saya sudah hilang tenaga dan hampir-hampir mahu terduduk.
Tak larat sangat nak jalan.
Nasib baik pegang baby storeller anak saudara.



Saya tercari-cari kerusi yang disediakan tapi ada satu je untuk setiap bahagian. 
Lepas tu boleh pula saya cemburu melihat ada seorang lelaki.
Boleh pula dia duduk dengan senang hati.
Tak puas hati punya pasal, saya pun pergi intai.
Terdesak sebab tak larat nak berdiri dah.
Rupa-rupanya dia duduk atas kerusi roda.
Alamak, malunya! 
Patutlah pelik je sebab boleh pulak dia duduk di tengah-tengahkan.
Hahahaha.
*Tolong jangan ikut perangai saya ya, kihkih.



Balik rumah, saya tak tahan dah.
Saya terus tidur dan tak makan ubat.
Lalala.



Hari Ahad (10/3/2013), keadaan saya semakin bertambah teruk.
Selesema dan batuk buat perangai.
Tambah sebiji lagi bola ping pong besar bahagian kiri di leher.
Perit. Sakit. Pedih.



Itulah yang saya rasa apabila ada dua bola biji ping pong.
Ya, membesar dengan 'sihat' sekali.
Setiap kali nak makan, terasa macam makanan tu disepit dengan lubang kecil.
Subhanallah.
Ada hikmah Allah berikan ujian untuk saya.
Semalam, saya sangat berselera makan.
Siap tambah-menambah lagi.
Buatan air tangan kakak kita, sedapppp... Alhamdulillah.


Petang itu, saya pulang ke ASWARA.
Teman sebilik saya semuanya baik-baik dan prihatin.
Mereka semua tahu saya demam dan bertanya saya macam-macam.
Bila lagi demam?
Sudah makan ubat?
Nak ubat tak?



Saya?
Tersengih-sengih apabila disoal pasal ubat.
Saya tak suka makan ubat.



Malam itu, saya tidur tapi tidak lena.
Angin kipas di kepala benar-benar mengilukan di bahagian kepala.
Sakit kepala dan tubuh menjadi-jadi.
Sekejap tubuh saya sejuk dan panas.
Saya juga sakit gigi tapi tak larat nak bangun.
Hidung berdarah.
 Kata teman saya, saya demam dan sakit dari dalam tubuh.
Setengah orang demam dan sakit dari luar.
Sebab teman saya sentuh dahi, tak rasa apa-apa pun.
Saya je rasa panas. Huhuhu.




*Stella sahaja ada di sisi saya, huhu


Esok pagi hari Isnin (11/3/2013), saya tak boleh bangun.
Tak bermaya dan betul-betul sakit.
Kali ini dua bola biji ping pong makin membesar.
Sukar nak telan air liur.
Seharian saya terbaring atas katil.
Saya hanya mampu bangun sekejap.
Itupun makan mamee sebab tak larat nak keluar.
Makan mamee tak rasa apa-apa.
Pahit. Pahit. Pahit.
Terpaksa dermakan mamee dalam tong sampah.
*Semoga Allah ampunkan dosa saya sebab terpaksa membazirkan makanan.



Malam itu sebelum pukul 12.00 malam
akhirnya saya mengalah dan mengangkat bendera putih.
Pergi ke klinik jumpa doktor.
Walaupun saya orang paling tak suka jumpa doktor.
Demam kali ini benar-benar ‘kuat’.
Kalau demam sebelum ini saya mampu bertahan.
Tak pernah makan apa-apa ubat.
Hanya bergantung demam air 100 Plus dan Ribena sahaja.
Kali ini, saya benar-benar kalah.



Setiap kali nak masuk klinik dan jumpa doktor,
Mesti saya berdebar-debar.
Tak tahu kenapa takut sangat, huhu.
Masuk bilik doktor dan terus duduk
*Mana ada orang nak jumpa doktor kena bersilat dulukan? Hikhik.



Nasib baik doktor lelaki yang berusia 40 sehingga 50-an gitu la.
Kalau doktor lelaki muda tentu saya buat-buat pengsan.
Tiba-tiba bertukar jadi Shin Chan versi perempuan.
Menggedik dan menggatal, maklum la bujang lagi katanya.
Hahaha :p


Jumpa doktor + ambil ubat = RM 43.00.
Okey, tak ada la melampau sangat harganya.
*Sila-silalah kunjung Klinik Kita, Sentul.





So, dah dapat ubat.
Banyak jugak, dah la ubat dia ada yang ‘gemuk’.
Saya pun susah hati sebab tak nak makan ubat.
Punyalah lama termenung dan belek ubat di depan mata.
Akhirnya, saya telan juga ubat tu.



Teringat pulak borak-borak dengan doktor.




Doktor : Demam?
Saya : Ya.
Doktor : Selesema? Batuk?
Saya : Ya, ada.
Doktor : Sakit kepala? Pening kepala?  Sakit badan? 
Saya : A'ah, semua sekalilah doktor. (Penat nak jawab,huhu)



Jururawat tersengih dengar jawapan saya. 
Mengah juga nak jawab soalan dokor tu, hehe. 



Doktor : Sebelum ini ada makan ubat tak?
Saya : Err.. Tak (Tersengih).
Doktor : Okay... (Senyum tapi nampak dia nak geleng, hikhik)



Lepas tu doktor check saya dengan cool. 
Maybe dia tahu saya gugup agaknya, huhu.


Awak nak ubat air (minum) atau pil (telan)? (Doktor sengih pandang saya)

Saya : Saya nak semua pil. Tak nak yang air. Tak nak minum (Muka cuak)
Doktor : Okey, okey (Doktor gelak).


Doktor lelaki tu tahu-tahu je saya takut.
Pandai dia psikologi saya dengan borak-borak dengan saya.
Mungkin dia tengok cara saya bercakap dan perlakuan resah agaknya.
Tak lama pun jumpa doktor, sekejap.
Keluar dari bilik doktor tersengih lega.
Saya takut kalau kena cucuk jarum, wakaka.




Nama ubat ini ‘Ibubrofen’.
Nasib baik bukan nama ‘ Ibuboyfriendku’ @ ‘Boyfriend ibuku’
Tak sanggup dan tak tergamak saya nak telan, hahaha.
Ubat ini untuk demam dan tahan sakit.
Tahan sakit sebab memang saya sakit badan.




Ini ubat bernama ‘Copastin’ untuk batuk.
Nasib baik jugak bukan nama ‘Kopasti’ (Kau pasti?).
Sepuluh kali saya berfikir sebelum telan kalau nama ‘Kopasti’, haha
Lega sebab pil.
Kalau yang air (minum), tak sanggup dan tak akan minum.
Walau setitik pun, huhu.






Ini ubat ‘Ezede’ untuk selesema. Bagus tau.
Mujur ‘Ezede’ ni nama ubat.
Kalau ‘Ezede’ tu nama orang, saya nak temuramah.
Encik Ezede, sejak bila lagi awak hasilkan produk ‘Ezede’?
Kihkih.
Hijau gitu warna kotak dia, tenang mata saya memandang.





Ubat ini nama ‘Clamentin’. Comel je nama diakan.
Tapi yang tak seberapa comel, ubat dia besar dan gemuk.
Susah nak telan, huhu.



Akhirnya, saya berjaya telan ubat walaupun sangat susah nak buat.
Yeaayy!
Alhamdulillah.




Sebelum tidur, saya asyik terliur.
Tengok makanan kat internet.
Hampir-hampir nak tidur tapi mulut ‘berair’.
Saya gagahkan diri bangun dan buat mee PAMA.
Sekurang-kurangnya, lepaskan kempunan tu.
Kalau tak dapat, menyesal seumur hidup.





Meh sila-sila makan mee PAMA.
Jangan segan-segan walaupun jam dah pukul 2 lebih.
Lewat malam atau awal pagi ya.
Tapi sedih sebab semua makanan yang saya rasa,
pahit dan terlalu pahit.
Mengalahkan pahit ubat, huhuhu.



Esok pagi, saya masih lemah dan masih dibawah pengaruh ubat.
Nak bangun pun kena gagahkan diri.
Kalaulah ada abang Superman, tak ada la susah saya nak bangun.
Hehehe..



Apa-apa pun, bersyukur sebab keadaan saya bertambah baik.
Siap boleh basuh dan jemur pakaian walaupun tak larat sangat.
Lepas tu ada semangat dan kekuatan berblog meskipun kesihatan terganggu.
*Ini kita tengah menulis dan awak sedang baca tulisan saya 



Alhamdulillah, selera makan semakin ada walaupun ada rasa pahit.
Ada juga rasa pelik.
Kelakarnya, rasa asikrim seperti benda terbakar hangus.
Rasa nasi bubur seperti susu.
Erkkk.. Huhu



Akhir kata, itu sahajalah cerita saya bersama Cik Demam.
Doakan semoga saya cepat sembuh ya.
Tak larat dan tak kuat nak makan ubat, hoho.



Terima kasih pengunjung yang setia mengunjung blog saya.
Terima kasih juga kepada sesiapa yang tak putus-putus bukak blog saya.
Stalker dan intai diam-diam dengan niat tak baik.
Harap-harap jangan nampak terdesak sangat nak tahu pasal saya.
Sebab saya pun tak suka ambil tahu hal peribadi dan kehidupan orang.
Paling penting, pandai jaga diri sebelum apa-apa terjadi.

Walau apapun, saya sangat menghargai kunjungan kalian di sini :)







Sekian daripada saya dan Baby Naz Ryan 

Assalamualaikum :)

Post a Comment