26 March 2013

PART I - TERIMA KASIH MEMBAHAGIAKAN SAYA :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Lewat malam begini saya benar-benar sepi dan sunyi.
Tiada lagi kasih dan sayang di seperti hari-hari lalu.
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Perasaan saya terlalu merinduinya.


Di mana dia, saya sendiri juga tidak tahu.
Berharap Allah menjaga dan melindunginya.
Berharap juga dia sihat dan baik.
Amin...




JUMAAT - 15 MAC 2013 


Coco Pie,

Petang itu mama tengah buat kerja, siap baring-baring atas katil. Senja pun muncul dan Edd Luigi pulang ke bilik di asrama ASWARA. Edd Luigi membawa sesuatu yang mama benar-benar membuat mama sangat gembira.

Ada seekor kucing betina yang sangat comel. Berwarna putih tetapi ada celoreng di tubuh. Wajahnya seakan-akan pakai perhiasan seperti harimau, cantik. Hidungnya berwarna pink dan ada tambahan sedikit warna hitam. Kaki dan tangan berwarna putih.

Itulah Coco Pie. Comel dan manja walaupun baru nak berkenalan dengan mama. Mama terus ambil Coco Pie dari Edd Luigi sebab mama suka sangat-sangat dengan kucing. Coco Pie ingat lagi tak mama usap, belai, cium, dan peluk Coco Pie? Mama rindu nak bela kucing selepas 8 tahun berlalu. 

Mesti Coco Pie pelik kenapa mama bagi nama 'Coco Pie'kan? Sebenarnya, Edd Luigi panggil Coco Pie ialah Ubi. Kelakar dan tak sesuai langsung nama tu. Kebetulan pula mama tengah makan snek Coco Pie. Terus mama letak nama sayang sebagai 'Coco Pie' semanis dan seindah seperti sayang :)

Tentu Coco Pie pelik kenapa mama bahasakan diri sebagai mamakan? Sebab, mama nak tahu Coco Pie tahu sesuatu. Mama tak nak Coco Pie berasa terasing. Mama nak Coco Pie bahagia dan gembira bersama mama.






Malam itu, mama asyik layan Coco Pie je. Tugasan mama pun entah ke mana. Lewat malam, mama letak Coco Pie di sebelah mama. Mulai malam itu, katil mama juga sudah jadi milik Coco Pie. Ya, katil itu milik kita berdua. Coco Pie tidur di atas lengan mama, siap ada selimut lagi. Sebelum tidur mama cium, belai dan peluk Coco Pie puas-puas. Mama pastikan Coco Pie tidur dengan selesa walaupun Coco Pie tidur buas sangat. Coco Pie menggeliat sambil tolak pipi mama dengan tangan Coco Pie tanpa sedar. Selesa ya, sayang :)






Coco Pie tahu tak, malam itu mamalah orang paling bahagia di dunia ini. Tidur ditemani si comel manja. Alhamdulillah, Mama bersyukur sangat kerana Allah menghantar Coco Pie menjadi sebahagian kisah hidup mama :)




SABTU - 16 MAC 2013


Coco Pie,



Hai kedua Coco Pie dah boleh belajar sesuaikan diri di rumah baru. Pandai berlari sana sini dengan aktif sekali. Coco Pie suka menikus dan pantang bunyi apa-apa sahaja pasti Coco Pie peka. Mama bahagia tengok Coco Pie aktif.

Coco Pie makan dengan berselera. Mama buat susu dan teman Coco Pie sehingga Coco Pie selesai minum. Mama ingat lagi Coco Pie buang air besar  dan air kecil dalam bilik air. Coco Pie pandai dan bijak membawa diri dengan tak menyusahkan sesiapa pun. Sayang mama makin bertambah buat Coco Pie. Tak pernah Coco Pie kotorkan mana-mana tempat. Setiap kali mama nak cuci najis Coco Pie, pasti Coco Pie berdiri di depan pintu bilik air. Coco Pie tunggu dan tengok mama bersihkan najis dengan setia. Selesai mama bersihkan, baru Coco Pie beredar dari situ.





Kalau mama sedang buat kerja atau bertugasan pasti Coco Pie duduk di atas meja sekali. Coco Pie tengok mama buat kerja. Tak pernah kacau mama. Cuma, Coco Pie pantang kalau bunyi keyboard laptop setiap kali mama menaip. Coco Pie nakal. 





Mama sibuk buat kerja dan Coco Pie tertidur. Siap ada patung kucing serupa dengan muka Coco Pie di sebelah, hehe.





AHAD - 17 MAC 2013 

Coco Pie,


Hari ketiga sayang tinggal dengan mama. Coco Pie gembira dan asyik berlari sana sini tanpa penat. Semua orang di dalam bilik senang dengan Coco Pie. Coco Pie tak pernah mengada-ngada manja walaupun Coco Pie kucing betina. Coco Pie tak pernah sepah atau usik barang sesiapa sehingga rosak. Coco Pie suka sangat main dengan penyepit rambut mama. Kadang-kadang kunci mama pun Coco Pie main. Mama tak kisah pun, mama gembira sangat.






Coco Pie semakin nakal. Selain Coco Pie, mama ada kura-kura. Namanya Mimi Lolo, dia kura-kura betina yang comel dan baik. Coco Pie selalu kacau Mimi Lolo. Siap panjat atas lagi sebab nak sentuh Mimi Lolo. 

Petang itu, Coco Pie tidur. Mama tak sedap hati. Biasanya kalau waktu malam Coco Pie aktif menikus tetapi malam itu tidak. Coco Pie tidur dan lemau. Mama mula susah hati. Mama berdoa kepada Allah, berharap Coco Pie sihat dan kuat. Malam itu, Coco Pie tak tidur dengan mama. Coco Pie tidur atas lantai simen. Sebelum tidur, mama jenguk nak pastikan Coco Pie tidur dengan keadaan baik-baik. Mama sayang sangat dengan Coco Pie walaupun baru tiga hari kita bersama.





ISNIN - 18 MAC 2013 


Coco Pie,

Hari itu masuk hari keempat  Coco Pie bersama mama. Coco Pie dah selesa tinggal di sini. Coco Pie dah tahu mana tempat Coco Pie tidur, bermain dan berehat. Coco Pie manja sangat. Tak nak makan kalau mama tak pujuk. Mama ingat lagi, mama panggil Coco Pie makan dan minum susu tapi Coco Pie tak nak. Mama duduk di sebelah Coco Pie dan pujuk dengan kasih sayang. Lepas tu, baru Coco Pie makan dan minum susu dengan berselera. Manjanya dia :)

Sejak hari itu, kalau Coco Pie nak makan dan minum mesti mama ada sekali. Coco Pie pun dah tahu nama sayang sendiri kalau mama panggil. Kalau mama baru pulang dari kuliah mesti mama cari Coco Pie dulu. Mama panggil Coco Pie beberapa kali dan Coco Pie bangun sambil menguap. Lepas tu Coco Pie mengiau manja depan mama. Segala penat dan letih mama hilang bila tengok Coco Pie.




Coco Pie kucing yang bijak dan baik. Mama panggil Coco Pie makan dan minum susu. Coco Pie datang tapi tak sentuh apa-apa pun. Mama pujuk tapi Coco Pie tak nak. Mama masuk dalam bilik dan Coco Pie ikut sekali. Mama risau kalau Coco Pie tak makan apa-apa. Sekali lagi mama panggil dan pujuk Coco Pie. Coco Pie tak nak dan mama tak suka paksa-paksa. Masa itu, Zaty Taty tengah jemur kain. Mama masuk dalam bilik dan tengok Coco Pie duduk berdiri di depan pintu bilik. Rupa-rupanya Coco Pie tengok dan tunggu Zaty Taty jemur kain sehingga selesai. Kemudian, barulah Coco Pie masuk dalam bilik. Coco Pie, baik sangat sebab teman Zaty Taty kat luar bilik :)

Malam itu, Coco Pie kembali lemah dan lemau. Tidur beberapa kali. Mama semakin tak sedap hati. Mama belai dan peluk Coco Pie. Mama tak nak kehilangan Coco Pie. Mama pujuk dan bagi semangat agar Coco Pie kuat. Tapi lewat malam baru Coco Pie kembali aktif. Itu pun selepas lama sangat Coco Pie tidur.




SELASA - 19 MAC 2013


Coco Pie,

Hari itu masuk hari kelima, mama semakin bahagia bersama Coco Pie. Waktu pagi mama tengah lena tidur, ada sesuatu tengah menganggu mama. Rupa-rupanya Coco Pie yang kacau mama. Coco Pie tarik dan gigit rambut mama beberapa kali. Mama tak marah pun malah mama tersenyum gembira. Coco Pie nakal tapi dengan mama sahaja. Coco Pie tak pernah kacau orang lain seperti Coco Pie buat dengan mama. Mama biarkan je Coco Pie kacau mama sebab mama bahagia. 

Sebelum pergi kelas, mama sediakan makanan dan minuman Coco Pie. Mama nak Coco Pie sihat dan kuat. Boleh menikus dengan aktif.  Sebaik pulang dari kuliah, mama terus mencari Coco Pie. Macam biasa, mama peluk dan cium Coco Pie. Mama pastikan Coco Pie baik-baik. 

Petang itu Coco Pie semakin lemau. Mama semakin risau. Mama masih belum berkesempatan nak bawa Coco Pie pergi jumpa doktor. Ada halangan kecil iaitu mama tiada kenderaan dan sibuk dengan kuliah. Mama minta maaf sebab gagal nak menjaga Coco Pie dengan baik. Tipulah mama tak sedih tengok keadaan Coco Pie masa tu. Tapi nak buat macam mana, ada halangan yang sukar mama lakukan. Kalau mama ada kenderaan, awal-awal mama bawa Coco Pie jumpa doktor.






Coco Pie asyik tidur beberapa kali. Mama buatkan susu untuk Coco Pie. Mama kejut Coco Pie dari tidur untuk minum susu. Mama suapkan susu dengan sudu untuk Coco Pie. Sayang minum dengan lemah-lemah. Lepas itu, Coco Pie datang dan duduk depan Mimi Lolo. Coco Pie tengok Mimi Lolo dengan lemah. Masa itu, air mata mama bergenang. Mama nak menangis. Mama takut kalau kehilangan Coco Pie. Mama usap Coco Pie dan sayang tidur depan Mimi Lolo.

Malam itu, mama susah nak lelap. Asyik terfikir pasal Coco Pie. Sayang demam. Tubuh sayang panas apabila mama sentuh. Coco Pie merengek manja mungkin kerana penat. Mama peluk Coco Pie erat. Mama sentiasa ada untuk Coco Pie.



*
*
*
*
*



Entri bersambung untuk Part 2.
Masih bercerita tentang Coco Pie sehingga ada sesuatu membuat saya benar-benar sedih.
Saya kesepian dan kesunyian kembali.
Coco Pie :(


Terima kasih menjenguk blog saya :)







13 March 2013

DIARI SAYA & CIK DEMAM :(



Assalamualaikum dan salam sejatera..



Semoga pengunjung blog saya yang cantik dan cntik bergaya sihat-sihat..

Ehem ehem..
Huk! Huk! Huk!
Achunn! Achunn! (Alhamdulillah)..


Maaf la, tengah menggatal menulis di sini keadaan saya tak seberapa baik.
Batuk, selesema dan demam.
Sudah beberapa hari saya demam, huhu
Tapi, saya kalau demam buat tak tahu je.




Hari Jumaat (8/3/2013), saya selesema dan asyik bersin je.
*Setiap kali bersin, jangan lupa ucap Alhamudlillah ya :)
Saya tak pernah kisah kalau bersin banyak kali,
entah kenapa.
Setiap kali bersin, nikmat sangat merasai 'kebersinan' itu.




Petang Jumaat, saya dan kura-kura tersayang, Mimi Lolo pergi Shah Alam.
Kampung halaman kedua selepas Terengganu.
Malam itu, saya sangat tak selesa.
Nak tidur pun tak lena sebab hidung tersumbat.



Pagi Sabtu (9/3/2013), tekak saya rasa perit sangat.
Rupa-rupanya saya dah ada sebiji bola ping pong bahagian kanan di leher.
Besar dan macam nak tersembul je gayanya, huhu.
Sakit woooo...
Saya tabahkan diri  dan terima seadanya sebab itu ujian Allah berikan.
Takkan nak merungut, tak baikkan? :)







Lepas tu, sempat lagi berjalan-jalan walaupun tak sihat.
Pergi mencuci mata di IKEA bersama kakak, abang dan anak-anak saudara.
Jalan punya jalan, saya sudah hilang tenaga dan hampir-hampir mahu terduduk.
Tak larat sangat nak jalan.
Nasib baik pegang baby storeller anak saudara.



Saya tercari-cari kerusi yang disediakan tapi ada satu je untuk setiap bahagian. 
Lepas tu boleh pula saya cemburu melihat ada seorang lelaki.
Boleh pula dia duduk dengan senang hati.
Tak puas hati punya pasal, saya pun pergi intai.
Terdesak sebab tak larat nak berdiri dah.
Rupa-rupanya dia duduk atas kerusi roda.
Alamak, malunya! 
Patutlah pelik je sebab boleh pulak dia duduk di tengah-tengahkan.
Hahahaha.
*Tolong jangan ikut perangai saya ya, kihkih.



Balik rumah, saya tak tahan dah.
Saya terus tidur dan tak makan ubat.
Lalala.



Hari Ahad (10/3/2013), keadaan saya semakin bertambah teruk.
Selesema dan batuk buat perangai.
Tambah sebiji lagi bola ping pong besar bahagian kiri di leher.
Perit. Sakit. Pedih.



Itulah yang saya rasa apabila ada dua bola biji ping pong.
Ya, membesar dengan 'sihat' sekali.
Setiap kali nak makan, terasa macam makanan tu disepit dengan lubang kecil.
Subhanallah.
Ada hikmah Allah berikan ujian untuk saya.
Semalam, saya sangat berselera makan.
Siap tambah-menambah lagi.
Buatan air tangan kakak kita, sedapppp... Alhamdulillah.


Petang itu, saya pulang ke ASWARA.
Teman sebilik saya semuanya baik-baik dan prihatin.
Mereka semua tahu saya demam dan bertanya saya macam-macam.
Bila lagi demam?
Sudah makan ubat?
Nak ubat tak?



Saya?
Tersengih-sengih apabila disoal pasal ubat.
Saya tak suka makan ubat.



Malam itu, saya tidur tapi tidak lena.
Angin kipas di kepala benar-benar mengilukan di bahagian kepala.
Sakit kepala dan tubuh menjadi-jadi.
Sekejap tubuh saya sejuk dan panas.
Saya juga sakit gigi tapi tak larat nak bangun.
Hidung berdarah.
 Kata teman saya, saya demam dan sakit dari dalam tubuh.
Setengah orang demam dan sakit dari luar.
Sebab teman saya sentuh dahi, tak rasa apa-apa pun.
Saya je rasa panas. Huhuhu.




*Stella sahaja ada di sisi saya, huhu


Esok pagi hari Isnin (11/3/2013), saya tak boleh bangun.
Tak bermaya dan betul-betul sakit.
Kali ini dua bola biji ping pong makin membesar.
Sukar nak telan air liur.
Seharian saya terbaring atas katil.
Saya hanya mampu bangun sekejap.
Itupun makan mamee sebab tak larat nak keluar.
Makan mamee tak rasa apa-apa.
Pahit. Pahit. Pahit.
Terpaksa dermakan mamee dalam tong sampah.
*Semoga Allah ampunkan dosa saya sebab terpaksa membazirkan makanan.



Malam itu sebelum pukul 12.00 malam
akhirnya saya mengalah dan mengangkat bendera putih.
Pergi ke klinik jumpa doktor.
Walaupun saya orang paling tak suka jumpa doktor.
Demam kali ini benar-benar ‘kuat’.
Kalau demam sebelum ini saya mampu bertahan.
Tak pernah makan apa-apa ubat.
Hanya bergantung demam air 100 Plus dan Ribena sahaja.
Kali ini, saya benar-benar kalah.



Setiap kali nak masuk klinik dan jumpa doktor,
Mesti saya berdebar-debar.
Tak tahu kenapa takut sangat, huhu.
Masuk bilik doktor dan terus duduk
*Mana ada orang nak jumpa doktor kena bersilat dulukan? Hikhik.



Nasib baik doktor lelaki yang berusia 40 sehingga 50-an gitu la.
Kalau doktor lelaki muda tentu saya buat-buat pengsan.
Tiba-tiba bertukar jadi Shin Chan versi perempuan.
Menggedik dan menggatal, maklum la bujang lagi katanya.
Hahaha :p


Jumpa doktor + ambil ubat = RM 43.00.
Okey, tak ada la melampau sangat harganya.
*Sila-silalah kunjung Klinik Kita, Sentul.





So, dah dapat ubat.
Banyak jugak, dah la ubat dia ada yang ‘gemuk’.
Saya pun susah hati sebab tak nak makan ubat.
Punyalah lama termenung dan belek ubat di depan mata.
Akhirnya, saya telan juga ubat tu.



Teringat pulak borak-borak dengan doktor.




Doktor : Demam?
Saya : Ya.
Doktor : Selesema? Batuk?
Saya : Ya, ada.
Doktor : Sakit kepala? Pening kepala?  Sakit badan? 
Saya : A'ah, semua sekalilah doktor. (Penat nak jawab,huhu)



Jururawat tersengih dengar jawapan saya. 
Mengah juga nak jawab soalan dokor tu, hehe. 



Doktor : Sebelum ini ada makan ubat tak?
Saya : Err.. Tak (Tersengih).
Doktor : Okay... (Senyum tapi nampak dia nak geleng, hikhik)



Lepas tu doktor check saya dengan cool. 
Maybe dia tahu saya gugup agaknya, huhu.


Awak nak ubat air (minum) atau pil (telan)? (Doktor sengih pandang saya)

Saya : Saya nak semua pil. Tak nak yang air. Tak nak minum (Muka cuak)
Doktor : Okey, okey (Doktor gelak).


Doktor lelaki tu tahu-tahu je saya takut.
Pandai dia psikologi saya dengan borak-borak dengan saya.
Mungkin dia tengok cara saya bercakap dan perlakuan resah agaknya.
Tak lama pun jumpa doktor, sekejap.
Keluar dari bilik doktor tersengih lega.
Saya takut kalau kena cucuk jarum, wakaka.




Nama ubat ini ‘Ibubrofen’.
Nasib baik bukan nama ‘ Ibuboyfriendku’ @ ‘Boyfriend ibuku’
Tak sanggup dan tak tergamak saya nak telan, hahaha.
Ubat ini untuk demam dan tahan sakit.
Tahan sakit sebab memang saya sakit badan.




Ini ubat bernama ‘Copastin’ untuk batuk.
Nasib baik jugak bukan nama ‘Kopasti’ (Kau pasti?).
Sepuluh kali saya berfikir sebelum telan kalau nama ‘Kopasti’, haha
Lega sebab pil.
Kalau yang air (minum), tak sanggup dan tak akan minum.
Walau setitik pun, huhu.






Ini ubat ‘Ezede’ untuk selesema. Bagus tau.
Mujur ‘Ezede’ ni nama ubat.
Kalau ‘Ezede’ tu nama orang, saya nak temuramah.
Encik Ezede, sejak bila lagi awak hasilkan produk ‘Ezede’?
Kihkih.
Hijau gitu warna kotak dia, tenang mata saya memandang.





Ubat ini nama ‘Clamentin’. Comel je nama diakan.
Tapi yang tak seberapa comel, ubat dia besar dan gemuk.
Susah nak telan, huhu.



Akhirnya, saya berjaya telan ubat walaupun sangat susah nak buat.
Yeaayy!
Alhamdulillah.




Sebelum tidur, saya asyik terliur.
Tengok makanan kat internet.
Hampir-hampir nak tidur tapi mulut ‘berair’.
Saya gagahkan diri bangun dan buat mee PAMA.
Sekurang-kurangnya, lepaskan kempunan tu.
Kalau tak dapat, menyesal seumur hidup.





Meh sila-sila makan mee PAMA.
Jangan segan-segan walaupun jam dah pukul 2 lebih.
Lewat malam atau awal pagi ya.
Tapi sedih sebab semua makanan yang saya rasa,
pahit dan terlalu pahit.
Mengalahkan pahit ubat, huhuhu.



Esok pagi, saya masih lemah dan masih dibawah pengaruh ubat.
Nak bangun pun kena gagahkan diri.
Kalaulah ada abang Superman, tak ada la susah saya nak bangun.
Hehehe..



Apa-apa pun, bersyukur sebab keadaan saya bertambah baik.
Siap boleh basuh dan jemur pakaian walaupun tak larat sangat.
Lepas tu ada semangat dan kekuatan berblog meskipun kesihatan terganggu.
*Ini kita tengah menulis dan awak sedang baca tulisan saya 



Alhamdulillah, selera makan semakin ada walaupun ada rasa pahit.
Ada juga rasa pelik.
Kelakarnya, rasa asikrim seperti benda terbakar hangus.
Rasa nasi bubur seperti susu.
Erkkk.. Huhu



Akhir kata, itu sahajalah cerita saya bersama Cik Demam.
Doakan semoga saya cepat sembuh ya.
Tak larat dan tak kuat nak makan ubat, hoho.



Terima kasih pengunjung yang setia mengunjung blog saya.
Terima kasih juga kepada sesiapa yang tak putus-putus bukak blog saya.
Stalker dan intai diam-diam dengan niat tak baik.
Harap-harap jangan nampak terdesak sangat nak tahu pasal saya.
Sebab saya pun tak suka ambil tahu hal peribadi dan kehidupan orang.
Paling penting, pandai jaga diri sebelum apa-apa terjadi.

Walau apapun, saya sangat menghargai kunjungan kalian di sini :)







Sekian daripada saya dan Baby Naz Ryan 

Assalamualaikum :)

03 March 2013

SABAR SAYANGKU, SOFEA JANE :(


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Ehem ehem.. 
Dah lama tangan saya ni tak 'menggatal' di sini..
Hehe..



Faktor kesibukan sebagai pelajar yang berkerjaya memang perkara utama.
Faktor kedua menjadi penghalang saya berblog sekaligus berinternet ialah :-



Cik Sofea Jane, Laptop merah Lenovo kesayangan saya jatuh sakit.
Cik Sofea Jane manja tak boleh detect mana-mana wifi dan broadband.
Tiba-tiba jatuh sakit tanpa disangka.
Puas saya check kesihatan Cik Sofea Jane,
siap mengadu kat abang dan kawan-kawan.
Tapi semua tak menghasilkan kebaikan.
Saya pula terus bersedih dan gelisah sebab kesihatan Cik Sofea Jane merosot.



Sedihnya, huhu..



Hari tu dah bawa Cik Sofea Jane ke klinik  Kaunter Servis di Low Yat.
Tapi doktornya tak ada masa itu.
Agaknya doktor tengah shopping di KLCC tak pun kat Danau Kota, Setapak kot, hikhik.
Terpaksalah bawa Cik Sofea lain kali.



Kalau ikutkan Cik Sofea Jane kena tahan masuk wad.
Sebab ada masalah dalaman Cik Sofea Jane manja kita ni.
Doktor nak kena buat persiapan bedah dan cuci yang mana patut.



Tapi...
Masalahnya saya punya kerja tugasan berlambak.
Bukan sekadar taip macam blog je tapi macam-macam nak kena buat.



*Tugasan saya paling utama - PeTA 2013 ASWARA


Nak kena buat skrip, lirik lagu, novel dan bla bla bla.
Tak boleh tertangguh nanti kena marah dengan majikan saya - PENSYARAH.
Nama lagi pelajar fakulti Penulisan.
Semua benda nak kena buat dengan cepat dalam tempoh tertentu.



Jadi saya terpaksa cancel Cik Sofea Jane masuk wad.
Waktu saya sangat terhad.
Nak kena kejar masa sebab ini semester akhir.
*Eh, saya dah nak habis belajar? Hehe :D



Semester enam memang sangat mencabar.
Saya berhadapan dengan dua tugasan untuk penulisan kreatif,
Tempoh menyiapkan tugasan selama enam bulan.
Eh, bukan enam tapi lima.
Sebab bulan Mei dah kena hantar kat pensyarah,
Ya, dua tugasan saya kembar dan nama sama :



NOVEL



Cuma latar belakang lain-lain, hikhik.
*Doakan semoga saya dapat buat yang terbaik untuk dua novel ya. Terima kasih :)



Okey la, malas dah nak potpet.
Saya tengah menaip pun menumpang kasih dengan laptop comel.
Nama dia Abil Zain kepunyaan teman saya, Edd Luigi.



Abil Zain sangat comel sebab dia keturunan MacBook Pro, hikhik.
Oh ya nama Abil Zain tu saya cadangkan kat Edd Luigi letak dalam surat beranak laptopnya,



Abil = Nabila Huda 
 Zain = Anuar Zain.
*
*
*
Abil + Zain = Abil Zain


Saya gabungkan kedua-dua nama artis kesayangan Edd Luigi.
Muka Edd Luigi berseri-seri dengan nama 'Abil Zain', hehe.
Apa-apa pun terima kasih Edd Luigi sebab bagi kita bermesra dengan Abil Zain comel.



Eh mesti ada yang tertanya kenapa nama laptop saya : Sofea Jane.



Sebab...


Kali pertama saya tengok laptop Lenovo merah terus jatuh hati.
Masa tu laptop pertama saya, Compaq Aaron Aziz jatuh sakit -> nazak -> icu
(Sedih sangat Compaq Aaron Aziz masuk icu, huhu)





Tengok pula body dan keyboard Cik Sofea Jane cantik dan sangat menggoda,
terus cancel nak beli laptop Dell.
Ngeh ngeh.



Laptop Lenovo merah menggoda itu telah menjadi milik saya dengan pantas, hehe.
Memandangkan ia terlalu cantik, manis dan menawan..



Saya bagi namanya sebagai Sofea Jane iaitu nama pelakon kesukaan saya, Sofea Jane.



Iyalah Sofea Jane cantik, menawan dan meletup memang sesuai la dengan Lenovo saya.
Paling penting, dua-dua menggoda dan terhangat di pasaran.
Hikhik..



Eh, banyak pula membebelkan.
Maaf la, lama sangat tak menggatal di sini.
Haha.


Nanti nak hantar Cik Sofea Jane pergi ke klinik lagi.
Mana tahu terjumpa dengan doktor hensem kat situ.
Boleh la saya menggatal sekali, hahaha..
*Melampaukan!





Gadis-gadis di luar sana yang sudah menjadi kekasih, tunang, isteri, emak dan nenek orang.
Tolong jangan ikut jejak langkah saya.
Saya tak apa sebab saya bujang yang solo-molo tanpa sebarang ikatan sah.
Hahaha..



Apa-apa pun terima kasih singgah di blog saya.
Assalamualaikum :D


p/s : Segala gambar credit untuk Encik Google dan blog sewaktu dengannya :)