06 January 2013

Apo Kono Eh Jang : M ke XL? :'(


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Setiap kali nak masuk tahun baru,
mesti korang ada azam barukan?



Azam lama macam mana?
Sihat-sihat ke?
Ke dah tenat?



Mesti korang tak fahamkan?



Maksud aku, sihat-sihat tu maknanya azam korang tercapai.
Tenat tu masih tak menjadi-jadi ataupun terus dilupakan, haha..



Azam baru aku untuk 2013?
Entahlah..
Hahaha..



Tak ada perasaan sebab azam sebelum ni pun sebahagiannya tenat.
Hahaha.



Apa perasaan korang saiz baju korang dari saiz M ke L?
*Okey, boleh terima hakikat walaupun sedih.. Huhu..



Tapi...



Kalau dari saiz L ke XL macam mana tu?
*Arghh, tension! Tension! Tension!




Masa tahun 2005-2007, berat aku sekitar 50 kg.
Kurus lagi tau, pakai baju pun saiz M je.




Masa tahun 2008-2009, berat aku sekitar 57 kg.
Boleh lagi pakai baju saiz M.



Masa tahun 2010, berat aku bertambah sikit sekitar 63 kg.
Boleh lagi pakai baju saiz M walaupun lemak-lemak dah bermaharaja lela.
Sebab berat aku dah bertambah sikit, 
aku amalkan pil kurangkan berat badan Yusmira.
Oops, bukan nak kurus tapi nak kurangkan selera makan.
Alhamdulillah, berjaya.



Aku memang hantu mee segera walaupun mak ayah selalu membebel.
Macam orang bekerja di pusat kesihatan je, haha.
Sejak aku amalkan pil Yusmira tu, aku tak boleh tengok mee segera tu.
Macam nak bakar-bakar semua mee segera kalau tengok, hahaha.
Aku berjaya tak makan mee segera dalam tempoh yang lama.



Masa 2010 tu jugak, tanpa sedar aku terhenti makan pil tu.
Sibuk buat tugasan, tak ada masa nak fikir pasal pil tu.
Tamatlah kisah pil Yusmira dalam kehidupan aku, haha..
Aku pun dah tak ambil pil tu sebab malas nak fikir, hikhik.



Masa 2011 sehinggalah sekarang berat aku makin meningkat.
Hampir 70 kg, kau ada?
Hahaha.

Ini semua gara-gara aku asyik serabut dan tension belajar.
24 jam fikir pasal buah hati, Encik Tugasan.
Bila serabut, kerja aku makan je.
Bila dah kenyang, mata pun nak tertutup.
Mulalah nak baring-baring.

Maka, bermulalah penggembaraan geng lemak berkolesterol!



Adoooooii...




Apo kono eh jang?




Tension! Tension! Tension!
(T__T)



Macam mana nak kurus balik?
Boleh pakai baju saiz M je macam dulu-dulu.

*Tak boleh terima hakikat dari saiz M ke XL!!!!!




Bagaikan masuk dunia gergasi bila pakai baju XL
Tolonglah, keluarkan aku dari dunia gergasi..
Huhuhu..


Nak kata bercinta, teman lelaki pun tak ada.
Nak ada suami, hoi jauh lagi tu!
Hehehe..



Agaknya, azam tahun 2013 aku tak ada.
Berat badan bertambah punya pasal, aku tak ada hati nak berazam.
Yela, tahun sebelum ni konon nak kuruskan berat badan.



Tak ada maknanya!
Makin bertambah ada la, huhu (*___*)



Fokus aku untuk tahun ini hanya untuk pelajaran.
Harap 2013 ni aku berjaya tamatkan diploma.
Harap 2013 juga, aku dapat sambung belajar ke peringkat ijazah.



Mudah-mudahan, Amin :)



Okey, itu sahaja nak membebel.
Semoga azam korang tercapai ye, In Shaa Allah.







Terima kasih mengunjungi blog saya =)




p/s : Esok kita dah kembali bersekolah. Oh ASWARA sayangku! :)


Post a Comment