02 January 2013

Al-FATIHAH (TJ BAYU DALAM KENANGAN)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Innalillahiwainnaillahiroji'un



Al-Fatihah buat arwah Hafiz Untong atau dikenali dengan Tj Bayu.





*
*
*
*
*



Aku tengah layan tengok movie.
Lepas tu aku buka Facebook dan sangat terkejut.
Terdiam.



Semua orang bercerita tentang pemergian arwah Tj Bayu.
Terkejut dan tak menyangka arwah Tj Bayu 'pergi' dulu.
Bagaikan mimpi menerima berita duka itu.
Arwah kemalangan tapi 'kemalangan' tu tak dapat dipastikan.




Aku macam tak percaya dan terus buka Facebook arwah.
Sebak dan sedih mula menguasai emosi.
Sesungguhnya, datang dan kembali itu milik Allah.
Arwah meninggal dunia dan pergi buat selamanya.
Al-Fatihah.



Tak disangka, hari kedua untuk tahun 2013 
sudah ada peristiwa menjadi kenangan seumur hidup.
Namun, itu semua takdir Allah yang tentukan.




*
*
*
*
*



Kenangan aku bersama arwah Tj Bayu.




1. Siapa arwah Tj Bayu


 Aku tak kenal sangat siapa arwah. Arwah salah seorang yang terlibat dalam program Sehati Berdansa sebagai koreografer berbakat. Lepas tu, aku berjaya melanjutkan pelajaran di ASWARA. Di ASWARA, buat kali pertama aku berjumpa dengan dia melalui bicara teman-temanku.




2. Pertemuan Kali Pertama


Aku ingat lagi kali pertama pertemuan antara kami berdua di dalam dewan. Masa itu minggu orientasi. Aku tengok arwah Tj Bayu dan bersama seorang temannya (Aku lupa nama temannya). Arwah Tj Bayu pandang aku dan dia memberikan senyuman manis. Aku juga tersenyum.


Senyuman arwah Tj Bayu sudah menampakkan perwatakkan peribadinya. Arwah seorang yang pemurah senyuman dan tidak sesekali bersifat sombong walaupun dia sudah dikenali orang ramai.


Sejak hari itu setiap kali kami berjumpa pasti kami bertegur sapa dan memberikan senyuman. Itulah arwah Tj Bayu, seorang yang peramah dan mesra walaupun kami baru kenal.




3. Makan Semeja


Aku ingat lagi masa bulan puasa tahun 2010. Aku pernah chatting dengan arwah Tj Bayu melalui Facebook. Aku mengajak dia sama-sama berbuka puasa bersama teman lain. Arwah Tj Bayu tak menolak malah bersetuju. 



Petang itu, aku bersama teman lain termasuk arwah Tj Bayu berbuka puasa di Medan Selera Tebing, Kuala Lumpur. Kami berborak dan bercerita tentang latar belakang masing-masing. Lepas itu, arwah Tj Bayu berdialek Kelantan kerana dia mempunyai keluarga di Pasir Puteh. Memandangkan aku juga berdialek Kelantan walaupun berasal dari Terengganu membuatkan perbualan kami semakin mesra.



Arwah Tj Bayu tak pernah sombong. Arwah Tj Bayu suka berjenaka membuatkan orang sekeliling senang hati bertemu dengannya.




4. Saling Mengusik


Aku tak pasti berapa lama tempoh arwah Tj Bayu belajar di ASWARA. Arwah Tj Bayu berhenti belajar di ASWARA. Lama juga aku tidak berjumpa dengannya. 


Suatu hari, aku terjumpa arwah TJ Bayu di kafe Bunga Raya, ASWARA. Sememangnya, arwah TJ Bayu pemurah dengan senyuman manis. Seperti kali pertama kami berjumpa, senyuman manis itulah yang menjadi lambang peribadi arwah TJ Bayu apabila berjumpa denganku.



Aku masih ingat lagi tentang perbualan kami berdua. Ringkas tetapi tetap terukir diingatan.


Aku : Hai Bayu. Lama tak tengok Bayu.
Arwah Tj Bayu : Hai Umie (Nama panggilanku). Iyalah, sekarang sibuk. Banyak kerja.
Aku : Untunglah orang glamour (Aku mengusik sambil ketawa).
Arwah TJ Bayu (ketawa) : Alaa, Umie pun apa kurangnya. Kurus sikit. Makin berseri-seri cantik.
Aku : Eh, mana ada. Bayu tu betullah. Makin cantik! 


Kami saling mengusik dan bergelak ketawa. Itulah kenangan yang aku tak lupakan bersama arwah Tj Bayu.




5.  Berkongsi Cerita.


Dulu, aku selalu tidur lewat malam kerana menyiapkan tugasan. Kalau bosan atau penat, aku buka Facebook. Arwah Tj Bayu pasti online juga. 



Selalunya ada juga aku kacau arwah Tj Bayu di chatting Facebook. Arwah Tj Bayu tak sombong. Arwah layan je kalau aku kacau dia. Kadang-kadang aku suka mengusik arwah dengan menghantar tulisan 'Good Morning' apabila lewat malam menjelma.



Arwah Tj Bayu akan balas dan ada juga bertanya khabar tentangku. Pernah sekali aku ada masalah dan berkongsi pendapat dengan arwah Tj Bayu. Arwah Tj Bayu memberikan nasihat untuk aku agar kuat semangat. 



Sesungguhnya, arwah Tj Bayu seorang yang baik hati. Seorang yang ikhlas untuk menerima segala cerita untuk dikongsikan.




*
*
*
*
*



Sudah lama aku tidak berjumpa dengan arwah Tj Bayu. Aku juga tak pasti bila kali terakhir kami berjumpa. Arwah Tj Bayu sibuk dengan kerjanya. Jarang sangat kami berjumpa. 



Walaupun perkenalan kami berdua tidak lama tetapi kenangan yang diukir akan diingati sampai bila-bila. Perwatakan peribadi arwah Tj Bayu yang baik, mesra, suka berjenaka dan peramah tidak sesekali akan dilupakan.



Takziah buat keluarga arwah Tj Bayu atas pemergian orang tersayang.
Semoga tabah, kuat semangat dan sabar.



Semoga roh arwah Tj Bayu dicucuri rahmat dan 
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.
Amin.



Al-Fatihah.


*
*
*
*
*



~ Arwah Tj Bayu (berbaju hitam dan seluar putih), saya (berbaju merah) dan teman-teman lain. 



Entri ini untuk mengimbas kembali setiap detik kenangan saya bersama arwah Tj Bayu. Sebagai seorang kawan walaupun tidak rapat tetapi pernah berkongsi gelak ketawa dan cerita, pasti memori yang tercipta dikenang jua.


Arwah Tj Bayu sentiasa dalam ingatan.



AL-FATIHAH.



p/s : Pemergian arwah Tj Bayu dan seorang lagi rakan ASWARA mengingatkan siapa diri saya kepada Allah. Tentang kematian. Tentang  jodoh. Tentang perhubungan. Tentang keagungan dan kebesaran Allah. Takdir itu hanya Allah tentukan. 


Post a Comment