22 December 2012

SAYANG SELAMANYA :)



Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Korang perasan tak sejak akhir-akhir ni,
jari-jemari aku rajin bertukang di sini?
Dulu bukan main susah nak tekan huruf-huruf menaip kat blog.
Mentang-mentanglah sibuk berkerjaya sebagai pelajar.





Sekarang, aku bebas dari dunia pelajar sebab cuti semester telah bermula.
Tak perlu bersusah payah kunci jam dan bersiap-siap nak pergi ASWARA.
Tak perlu bersusah payah fikir dan serabut pasal tugasan.
Tak perlu bersusah payah nak pakai baju esok lusa.
Tak perlu bazirkan duit untuk print tugasan.



Tak perlu. Tak perlu. Tak perlu.



Nampak tak aku 'lupa daratan'?
Hahahahaha.



Ya, aku lupa daratan sebab nak enjoy puas-puas.
Nak rehatkan otak dan tubuh aku asyik 'bekerja' 24 jam.
Boleh tak macam tu?
*Sila angguk kepala untuk sokongan padu, hahaha :p



Hurmmm..



Sebenarnya, aku sedih tapi pada masa yang sama syukur sebab aku dah nak habis belajar.
Tinggal satu semester lagi sebelum aku bergelar pelajar lulusan Diploma.
Itu pun kalau ada rezeki, mudah-mudahan.
Amin :)



Jadi, ada satu persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran aku.
Nak tahu apa?



Lepas habis belajar diploma, aku nak sambung belajar lagi.
Nak sambung ijazah pulak.



Sementara tunggu orang masuk meminang, ada la jugak 'kerja' akukan?
Belajar, belajar, belajar.
*Tiba-tiba gatal fikir pasal cinta. Jangan risau, seru tak sampai lagi. Haha :p



Okey, persoalannya ialah aku nak sambung belajar DI MANA?
Memanglah kat universiti atau kolej.
Takkanlah dekat sinki dapur rumahkan?
Hikhik...


Kalau boleh aku nak sambung di ASWARA lagi,
walaupun aku dah nampak aura keluarga dan orang sekeliling 
aku suruh sambung belajar mana-mana Universiti.
UKM, UM dan USM :
Tempat yang sesuai dengan minat aku terhadap 'Kesusasteraan Melayu'.



Aku?




Blur.
Nampak makanan sedap-sedap je sekarang, yummyyy!



Hahaha..



Memang cita-cita aku nak belajar di universiti impian.
Tapi...
Bila belajar di ASWARA, sayanglah pulak nak tinggalkan ASWARA.



Kenapa?



Mestilah ada sebabnya, antaranya ialah :



1. ASWARA LAIN DARI YANG LAIN

Mesti korang nak cakap aku berlagakkan? Hahaha. Tak, maksud aku ASWARA ada segala-galanya. Tempat belajar yang betul-betul kesenian dan kebudayaan. Universiti lain pun ada jugak tapi ASWARA ada sepenuhnya dan lengkap. ASWARA  ada fakulti Penulisan, Seni Halus, Muzik, Teater, Filem dan Video dan Animasi. 'Padat' dan 'Tepat', itu je, hehehe.




2. WAKTU KULIAH MENYERONOKKAN


Aku tak tahulah waktu perkuliahan universiti lain sebab lain tempat lain caranya, betul tak? Kalau waktu kuliah ASWARA seronok. Ada kelas start pukul 9 tak pun pukul 11 pagi. Kadang-kadang start pukul 2 pun ada. Tengok hari dan kelas subjek jugaklah. Aku memang suka waktu belajar di sini. Tak terlalu terikat dengan waktu yang awal, contohnya pukul 8. Satu lagi, ada kesempatan waktu untuk siapkan tugasan. Itu untungnya, hehe.




3. PAKAIAN BEBAS



Aku sayang ASWARA sebab pakaiannya memang bebas. Tak terikat dengan pakaian seragam tak pun pakaian yang ditetapkan. Janji kau pakai sopan. Dulu, sebelum masuk ASWARA aku bayangkan hari-hari kena pakai baju kurung, kasut dan pakai kad matrik setiap kali ke kuliah. Sebenarnya, tak pun sebab bebas, hahaha. Aku? Mestilah suka. So, suka hati aku nak pakai baju dengan seluar ke, baju kurung ke tanpa pakai pakaian seragam.


Lepas tu, kadang-kadang aku pakai selipar je tapi bukanlah selipar toilet. Pakailah sandal yang comel-comel, haha. Sejujurnya, aku memang seorang yang tak suka pakai kasut yang tertutup. Nanti aku rasa rimas, tak bebas, dikongkong dan asyik nak memberontak. Kalau pakai pun, kasut yang ada 'lubang-lubang', heheh. Aku rasa bebas dan tak tertekan sangat janji pakai pakaian yang baik-baik dan sopan.




4. MENDAPAT BIMBINGAN PENSYARAH


*Aku bersama rakan sekelas, Jowani dan juga pensyarah Cik Fatiha (Wardah Munirah)


Belajar di ASWARA tak rugi pun. Pensyarah ASWARA tak sombong, tak lokek, tak cerewet dan bla bla bla. Pensyarah ASWARA baik hati, peramah dan sering membantu pelajar kalau ada masalah terutamanya tentang tugasan dan kuliah. 


Nak berjumpa dengan pensyarah pun tak susah. Pergi, jenguk dan ketuk pintu bilik pensyarah. Lepas tu masuk dan berbincang minta pandangan pensyarah. Pensyarah ASWARA kalau boleh sentiasa waktu untuk meluangkan masa dengan pelajar untuk berbincang tentang pelajaran. Ada jugak pensyarah yang akan ikut 'perkembangan' semasa dari semasa tentang pelajaran pelajar.


Kalau ada yang kekurangan, pasti pensyarah akan bantu dan Alhamdulillah. Pensyarah juga jarang sekali menolak untuk tidak berjumpa dengan pelajar. Kalau tak dapat jumpa, pensyarah suruh datang jumpa hari lain. Syukur kerana beruntung dipertemukan dengan orang yang baik hati dan mulia untuk membimbing kita di medan ilmu.




5. SUASANA KELAS YANG TENANG



*Bersama rakan sekelas dan pensyarah, Puan Siti Jasmina Ibrahim.

Tenang? Macam pelik je bunyi perkataan tu untuk suasana dalam kuliah, haha. Maksud aku, tak ramai pelajar untuk fakulti Penulisan. Tengok keadaan jugak, jumlah pengambilan pelajar mengikut fakulti yang berbeza. Kalau Fakulti Penulisan tak ramai. Contohnya, batch Diploma aku hanya 7 orang je. Sikitkan? Haha.


Seronok jugak tak ramai sebab pensyarah boleh fokus kita dengan sebaik-baiknya. Seronoknya, aku boleh berbincang dengan pensyarah tentang tugasan dalam kelas tanpa perlu berebut-rebut. Satu lagi, pensyarah pun boleh kenal muka kita. Sebab hari-hari muka sama je yang ditengok, tak ramai student. Itu kalau dalam Fakulti Penulisanlah. Hehe.




6. BAHASA MELAYU JADI TUNJANG ASWARA


Apa punya tajuk aku tulis ni? Haha. Sejak aku ambil STPM, aku semakin tekankan Bahasa Melayu sepenuhnya. Dulu, aku pentingkan Bahasa Inggeris walaupun tak sepenuhnya. Masa STPM, banyak perkara aku belajar tentang Bahasa Melayu membuatkan aku sedar seharusnya aku harus mempertahankan Bahasa Melayu. Paling penting, aku perlu menjadikan Bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan utama aku, bukannya Bahasa Inggeris.


Masuk ASWARA, minat dan jiwa aku aku terhadap Bahasa Melayu semakin kuat. Aku tak lagi tekankan sangat Bahasa Inggeris. ASWARA utamakan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya. Kalau universiti lain gunakan Bahasa Inggeris sebagai keutamaan tapi di ASWARA tidak. Sebab itu aku sayang ASWARA. Belajar di ASWARA mendidik aku menggunakan bahasa yang betul walaupun skema, bukannya bahasa alien. Buktinya, tulisan aku di blog juga skema. Nampak tak perubahan? Hahaha.




7. SUBJEK 'BAIK-BAIK'


Apa punya maksud la subjek 'baik-baik'? Haha. Mesti korang peningkan? Hehe. Okey, ini pengakuan jujur dari hati aku yang ikhlas. Aku tak suka matematik sebab asyik kena kira-kira! ASWARA tak ada subjek matematik sebab itu aku suka belajar di ASWARA. Hahaha.



*Tugasan Penulisan Biografi. Syukur, Allah permudahkan urusan walaupun mencabar. Alhamdulillah.



Satu lagi subjek di ASWARA betul-betul tepat dengan tajuk fakulti. Contohnya, macam Fakulti Penulisan seperti puisi, cerpen, novel, lakonlayar, drama pentas, lirik lagu, biografi, teori, dokumentari, rencana, seminar kritikan, dan ada lagilah. Semua ada, sebut je yang mana kau nak belajar semua ada. Walaupun begitu, ia sangat mencabar membuatkan kau sentiasa bersemangat, kuat dan tabah untuk menyiapkan tugasan. Hahaha :p


(^__^) Kesusahan pemanis kejayaan (^__^)




8.  HIBURAN SAMBIL BELAJAR


Amboiiii! Hahaha. Sebenarnya, akulah yang suka hiburan bukannya ASWARA. Kalau di rumah, akulah orang suka tengok televisyen dan perkara wajib mestilah dengar lagu sambil buat kerja sekolah. Aku memang sukakan hiburan untuk hilangkan tekanan dan bla bla bla.



*Kali pertama jadi F.O.H persembahan Mek Mulong. 


Belajar di ASWARA, macam-macam hiburan ada. Tapi, hiburan tu berbentuk pembelajaran okey. Bukan suka-suka tahu? Hiburan yang buat aku sayang ASWARA sebab ada teater dan muzik. Seronok sebab itu dianggap hiburan. Boleh tengok Bangsawan, Makyung, Mek Mulong, Randai, Wayang Kulit dan pelbagai teater lagilah. Bagi aku, itu kenangan manis di ASWARA.


Paling best belajar di ASWARA walaupun mencabar fizikal dan mental sebab menekankan dua perkara iaitu teori dan praktikal. ASWARA seimbangkan dua perkara. Contohnya, aku belajar subjek Bangsawan. Dalam kelas dibahagikan dua 'kertas' Bangsawan iaitu teori. Teori macam biasalah belajar dalam kelas, tahu apa itu sejarah Bangsawan. Kalau praktikal pula macam berlakon tak pun terlibat dalam produksi. 




Lagi?

Lagi?

Lagi?



Dah, aku malas nak taip sebab banyak nanti korang termuntah. 
Itulah hakikatnya belajar di ASWARA.



SERONOK!



Kalau orang lain banggakan universiti, 
aku juga banggakan ASWARA.



ASWARA ada satu je di Malaysia.
Tunggal.
Tak ada dua, tiga dan bla bla bla.



Itu juga beza ASWARA dengan universiti.



Tapi, tipulah kalau tak keinginan nak sambung belajar di universitikan?
Akukan dulu nak sangat belajar di UKM atau USM.



Kalau Allah beri dan izinkan 'jalan' aku di medan ilmu universiti,
 aku terima dengan hati yang ikhlas dan redha.



Apa-apa pun ASWARA sentiasa di hati.
Terlalu sayang ASWARA.




ASWARA banyak mengubah hidup aku untuk menjadi manusia berguna.
ASWARA memberi kekuatan dan semangat aku 
untuk tidak putus asa untuk berhadapan dengan cabaran.
Alhmadulillah, rezeki Allah sentiasa ada di mana-mana.
Syukur.



So, kalau ada sesiapa yang nak belajar di ASWARA bagi aku itu peluang yang baik.
Janji kita pandai manfaatkan segala kebaikan.
Keburukan kita jauhkan. 
Paling penting, pandai jaga diri.
Mudah-mudahan, Amin :)








ASWARA
'MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA TRADISI'





Kalau ada kata-kata yang terkasar atau menyinggung perasaan,
mohon maaf ya =)



Okey, itu sahaja aku nak pot pet.
Tengoklah kalau aku rajin, aku update blog lagi.
Kalau tak bersawanglah blog ni seperti biasa, haha.







Terima kasih mengunjungi blog saya
Meow Meow :)



p/s : Kalau ada pandangan atau pendapat ingin dikongsikan, saya menerima dengan hati yang terbuka dengan ucapan 'terima kasih banyak-banyak' :)


Post a Comment