24 December 2012

LESEN MOTOR DAN KERETA - SERONOK!



Assalamualaikum dan salam sejahtera =)



Lepas habis SPM, apa korang buat?
Mesti ada apa-apa aktivitikan?



Kalau keluarga aku macam amalkan tradisi keluarga pula.
Mak dan ayah aku dah 'wajibkan' tradisi untuk kami adik-beradik.
Tanpa bantah, sila faham.
Okey? Hahaha.



Habis SPM dan sementara menunggu keputusan SPM keluar,
kami dikehendaki mengambil lesen motor dan kereta.
Tertinggal beberapa perkataan :
...dan mesti lulus cemerlang! 



Hahaha..



Penaja utama kami ialah emak dan ayah.
Beribu-ribu duit mereka habiskan semata-mata demi anak-anak.
Sob! Sob! Sob!
Terharu dengan pengorbanan emak dan ayah.
Terima kasih sayang-sayang saya :)



*Muka tak cukup tidur. Zaman tengah praktikal, hikhik.


Okey, tibalah giliran aku ambil lesen motor dan kereta.
Aku bersama dengan sepupuku, Nina sama-sama ambil lesen ni 
di Kampung Raja, Besut, Terengganu.



Tak silap aku, harga lesen motor dan kereta dalam lingkungan RM800 lebih.
Hampir-hampir RM900  jugaklah. Murah oooo..
Aku ingat lagi, masa tu tahun 2007..
Ramai orang ambil lesen masa tu termasuklah orang luar.



Sekarang aku tak tahulah berapa harganya.
Zaman semakin berubahkan, mesti 'dinaik taraf' harganya..
Hehehe..



Eh, bukan aku nak cerita pasal harga.
Aku bukan pengasas atau pemilik berkaitan lesen kenderaan, haha.







Aku nak kongsikan pengalaman aku masa ambil lesen motor dan kereta.
Memandangkan aku lebih suka dan teruja pasal kereta,
 jadi aku mulakan pasal kereta dulu.



*
*
*
*
*


KERETA




*Gambar daripada Encik Google



Aku dapat cikgu lelaki yang berusia muda. Muda ke? Hahaha. Iyalah, muda lagi dan aku rasa umur dia dalam lingkungan 25-30 macam tu la. Masa tu tak kuasa aku nak check I/C dia tapi yang penting dia muda lagi. Hehe. Aku panggil dia Cikgu Mie.



Okey, mula-mula rasa segan jugak sebab belajar dengan lelakikan? Iyalah duduk berdua dalam kereta walaupun tak buat apa-apa tapi tetap rasa malu sebagai seorang perempuan. Betul tak? Alhamdulilah, Cikgu Mie tu okey. Boleh dikatakan sporting, sengal, best dan bla bla. Paling penting dia tak gatal. Haha.



Aku ingat lagi, Cikgu Mie ajar aku macam mana nak tekan minyak, brek, gear dan apa semua. Masa tu aku belajar guna kereta kancil manual. Kali pertama dia ajar masa tu kat bawah pokok sebab petang dan cuacanya panas, haha. Lepas aku dah pandai tolak sana sini gear dan main minyak, brek dan clutch, aku pun mulalah belajar bawak kereta.








Seronok! Seronok! Seronok! 



Memang itulah perasaan aku yang teruja dapat belajar bawa kereta. Cikgu Mie ajar macam mana nak bawa kereta masa 'mendaki' bukit (Aku tak suka!, haha) dan cara nak parking. Lepas tu, bila aku dah boleh belajar semua tu, Cikgu Mie bawa aku luar dari kawasan sekolah memandu. 



Aku pun belajarlah memandu di jalan raya. Takut gila! Haha. Memandangkan ada Cikgu Mie di sebelah, aku jadi tak takut dah sebab tak risau. Kalau ada apa-apa kecemasan, diakan cikgu. Bertanggungjawablah apa yang patut. Haha.



Lama-lama aku pun makin seronok dan taksub dengan kereta. Kalau datang ke sekolah memandu, mesti aku terkam kereta dulu. Motor langsung aku tak fikir. Nak tahu sebab apa? Nanti aku cerita, hehe. 



Setiap kali belajar memandu, ada saja perangai sengal aku dengan Cikgu Mie. Pernah Cikgu Mie cakap, dalam ramai pelajar dia jumpa, akulah pelajar perempuan yang sengal dan ceria. Langsung tak takut dengan dia. Nak takut apa? Tengok muka dia pun aku asyik nak ketawa, sebab dia kelakar. Haha.



Seronoknya, Cikgu Mie sporting. Aku tengah memandu dan aku cakap bosanlah. Dia cakap, habis tu nak buat apa. Aku cakaplah, bukalah radio cikgu ada hiburan, baru seronok. Haha. Cikgu Mie tepuk dahi sambil ketawa. Dia pun buka radio dan kami sama-sama menyanyi. Macam tulah aktiviti kami kalau setiap kali aku belajar memandu kereta. Seronok dapat cikgu sporting beb! Haha.



Kadang-kadang aku suka menyakat Cikgu Mie. Kalau jumpa awek, terus aku laju-laju cakap kat dia. Lepas tu dia pun tengoklah.  Lelakikan.. Ini fakta okey, hahahah! 



*Lelaki di luar sana, janganlah marah. Bukti ada di depan mata. Hahaha.




*Ehsan dari Encik Google



Masa belajar dalam kawasan sekolah tak lama pun. Cukup lepas naik turun bukit dan parking kira okey. Aku cakaplah kat cikgu, aku nak jalan-jalan kat luar. Mesti Cikgu Mie ketawa. So, aku memandulah di jalan raya dan kadang-kadang suka hati aku je nak lalu mana. Ikut mood, hahaha! Cikgu Mie pulak okey je janji aku memandu elok-elok dan berhemah. Hehehe.


Pernah juga aku cakap lapar. Lepas tu Cikgu Mie tanya nak berhenti kedai ke? Haha. Aku pun ambil kesempatan la. Berhenti kedai runcit je tapi beli roti, gula-gula dan air. Dia pun beli juga. Kadang-kadang kalau dia yang lapar, aku berhentikan je mana-mana kedai runcit. Haha. Aku rasa sangat beruntung dan bersyukur dapat cikgu yang baik dan sporting. Kalau ada penilaian aku bagi dia gred A. Lulus cemerlang! 



Akhirnya...



Alhamdulillah, aku lulus dengan cemerlang ujian memandu kereta
 walaupun aku selalu nakal dan degil dengan Cikgu Mie. 
Orang kata, berkat Cikgu yang membawa kejayaankan?
Syukur, terima kasih cikgu :)


*
*
*
*
*



 MOTOR





Bila ingat balik kenangan ambil lesen motor mesti aku nak tergelak. Okey, aku mulakan pengenalan dulu ya. Ayah aku memang sengaja tak belikan motor walaupun abang aku pernah mintak nak motor. Dia risau kalau anak-anak terpengaruh macam budak-budak lain. Iyalah, asyik merempit, keluar jalan-jalan (Tak digalakkan untuk anak perempuannya), berkawan dengan budak yang boleh membawa pengaruh keburukan dan bla bla bla.



Masa tu, kami semua memang tak pandai bawa motor. Nak sentuh motor pun tak minat. Begitu impaknya sebab tak dibiasakan dengan motor. Sebelum aku mulakan kelas motor, aku ada juga belajar motor dengan sepupu aku. Tapi, tak pandai pun. Nasib baik tak masuk dalam parit atau sungai, kalau tak naya aku. Hahaha!



Akukan teruja dengan belajar memandu kereta, memang aku tak pergi langsung kelas motor. Bila dah nak hampir-hampir ujian dengan JPJ, barulah aku teringat. Cikgu Mie pun paksa juga aku pergi kelas tu walaupun aku tak suka.



Masuk kelas pertama, bagi aku bosan. Haha. Awal-awal aku bagitahu cikgu yang aku langsung tak pandai tunggang motor. Nama cikgu aku tu Cikgu Mat. Ada misai tebal macam Datuk K, hehe. Kali pertama dia jumpa aku, dia bebel.



"Awak ni kenapalah tak datang kelas? Dah nak ujian JPJ, baru nampak muka. Bla bla bla.."



Aku sengih je. Hahaha. Memandangkan aku tak pernah tahu tentang motor, Cikgu Mat lepaskan aku kat padang seorang diri je tanpa orang lain. Aku pulak macam nak nangis. Tak suka, macam dipinggirkan! Hahaha. Buat malu i je tau! Haha. 



Sejak hari tu, aku pun belajarlah tunggang motor. Aku ada juga belajar motor dengan sepupu dan aku berjaya menguasainya dengan baik. Kalau boleh aku nak je merempit tapi mana boleh. Iyalah, masa tu aku dah boleh dan pandai tunggang motor Haha.





Bahagian yang paling aku tak suka ialah di titi atau jambatan. Benci betul aku dengan titi tu sebab aku asyik jatuh je. Menjatuhkan imej dan maruah aku depan khalayak ramai je, haha! Satu lagi, kena angkat 'tongkat' motor yang berkaki dua. Leceh betullah nak angkat dan sampai sekarang aku tak reti sangat nak angkat. Alasannya, berat. Boleh tak? Haha..






Bahagian yang paling aku suka ialah nombor lapan dan brek kecemasan. Brek kecemasan tu aku paling suka dan tak sabar-sabar nak buat, hehe. Teruja!



Okey, kadang-kadang aku suka juga ponteng kelas motor ni. Kalau mood aku tak ada ke, dahaga atau cuaca panas sangat buat aku tak tahan, aku mesti curi-curi pergi kantin. Aku ajaklah sepupu aku sekali walaupun sepupu aku risau. Bukan apa, Cikgu Mat tu garang. Kalau ada yang tak kena atau salah sikit, dia ketuk kau dengan telefon bimbitnya sambil membebel.



Aku tak pernah sekali pun kena dengan dia walaupun aku ada buat salah jugak. Dia baru nak marah, aku bla bla dengan muka tak bersalah. Terus dia tak jadi marah, lepas tu ketawa. Aku sambung balik belajar. Haha.



Masa aku tengah sedap minum Milo Ais, muncullah Cikgu Mat. Dia terkejut sebab jarang pelajar dia buat macam tu. Pelajar lelaki pun takut dengan dia. Aku pulak sengih-sengih. Aku cakaplah, dahaga sangat lepas tu tak ada tenaga nak tunggang motor kalau tak minum dulu dan bla bla. Cikgu Mat pun tak jadi marah sebab dia pun dahaga juga. Haha. Lepas tu, dia bagi je minum-minum janji tetap belajar.



Kadang-kadang, kalau aku dahaga mesti aku bagitahu dan mintak izin dengan dia. Nak pergi kantin. Cikgu Mat bagi je, hehe. Seronok jugak. Boleh bilang beberapa kali je aku pergi kelas Cikgu Mat. Tak sampai kiraan sepuluh pun. 



Masa ujian JPJ, aku gagal sebab jatuh titi. Ish, bengang betul aku dengan titi tu. Buat malu aku je, hahaha. Cikgu Mat pulak geleng kepala tapi dia tak marah. Dia cakap aku kena belajar bahagian titi banyak-banyak sebab bahagian lain aku dah okey dan menguasai dengan baik. 



Kali kedua, aku berjaya menunggang motor dengan cemerlang. Masa naik titi tu, aku yakinkan diri dan berjaya seimbangkan dengan baik. Bahagian yang paling kaw-kaw aku buat mestilah brek kecemasan. Nanti dah tak boleh buat kat kelas motor, sob! sob! sob!



Alhamdulillah, aku lulus juga ujian motor. Cikgu Mat senyum dan gembira dengan 'kejayaan' aku, hahaha. Dia ucap tahniah dan dia sempat cakap kat aku. Walaupun aku datang latihan kelas beberapa kali dan suka curi-curi pergi ke kantin tapi aku boleh buat dengan baik. Kalau orang lain banyak kali datang tapi susah nak buat tapi aku berjaya walaupun beberapa kali je datang kelas. Agaknya sebab itu dia senyum bila tahu aku lulus. Terharu pulak dengan Cikgu Mat. Tak pernah dia marah-marah sambil ketuk telefon dia kalau aku buat salah ataupun degil. 



Terima kasih Cikgu Mat. 
Kalau saya tengok misai Datuk K, teringatlah saya kat misai Cikgu.
 Datuk Siti Nurhaliza, mohon jangan marah ya. Hahaha :)



*
*
*
*
*


Haaa, itulah kisahnya. Panjangkan aku tulis?
Masa tengah menaip ni, aku senyum seorang sambil terkenangkan kenangan manis.
Seronok belajar motor dan kereta.
Lagi seronok bila dapat dengan lesen dengan usaha tenaga sendiri.
OOpps bukan lesen beli okey :D



Aku bersyukur sangat sebab emak dan ayah berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak.
Kalau aku tak ambil ambil lesen masa tu,
entah bila aku dapat ambil lesen.
Iyalah, nak sambung belajar lepas tu kerja.
Kalau kerja lagilah susah, iyalah susah nak minta cutikan.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.



Sejak dapat lesen motor, aku boleh tunggang motor pergi sekolah.
Motor yang aku bawak EX5, siap ada box lagi. Hahaha.
Kawan-kawan aku selalu panggil aku 'Ustazah Merempit'.
Aku selalu tunggang laju-laju sebab kalau tunggang perlahan, kaki aku cepat kebas.
Itulah lecehnya tunggang motor tapi best!



Sejak dapat lesen kereta pula, aku teruja dan sangat teruja nak memandu kereta.
Kalau aku balik kampung, akulah yang menguasai kereta.
Kadang-kadang mana ayah aku nak pergi, aku memandu dengan rela hati.
Selalunya akulah yang hantar dan ambil ayah dari tempat kerja.
Itulah aktiviti aku kalau balik kampung.



Sebelum nak pergi ke Kuala Lumpur,
mesti aku pegang-pegang kereta ayah aku tu.
Aku selalu cakap,
 "Kereta, jangan rosak tau. Tunggu aku balik, aku nak pandu kau lagi".
Sempat lagi tu aku peluk stereng kereta, sayang nak tinggalkan kereta.
Nanti tak boleh pandu kereta kalau di Kuala Lumpur.
Hahaha.




Itulah pengalaman aku masa ambil lesen motor dan kereta. Tak rugi malah membawa kebaikan yang bagus. Hehe. Maaflah, kalau 'melenguhkan' mata korang. Aku teruja gila menaip kalau bercerita pasal lesen motor dan kereta.






*Jangan salah faham, baju ini saiznya besar. Hakikatnya, betul (T___T)


Apa-apa pun, terima kasih kerana mengunjungi blog saya. 
Sayang korang sokmo! =)



p/s : Gambar daripada Encik Google sekeluarga (^__^)


Post a Comment