31 December 2012

LELAKI BMW


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)



Petang semalam aku nak pergi bank,
ada urusan pasal kereta.
Memandangkan aku anak yang baik, (Penampar laju-laju, haha!)
aku tolong ayah selesaikan urusan bayaran kereta.
Adik aku, Fatma pun ikut sekali.



Ayah duduk dalam kereta, berehat.
Aku pun keluar dari kereta dan membetulkan beg.



Aku terdengar suara seseorang yang tak jauh dari kedudukan kereta aku.
Aku pusing dan tengok ada seorang lelaki dalam kereta.
Dia senyum pandang aku.



Aku?



Mana ada perasaan.
Aku senyum biasa je sebab sinar matahari lagi 'manis' senyuman panasnya.
Aku tak ada masa nak senyum lebih-lebih,
cuaca panas sangat petang semalam.



Masa aku nak melintas,
lelaki itu bersuara.
"Awak, nak nombor telefon?"



Aku buat tak tahu je.
Amboi, kau ingat aku ni kaunter pertanyaan nombor ke?
Aku tak ada masa nak melayan lelaki itu.
Aku pegang tangan adik aku nak melintas.
Lelaki itu perhatikan aku dengan adik aku.



Aku lintas dan lalu di belakang kereta lelaki itu.
Kereta lelaki itu BMW.

*Sebab itu tajuk entri aku 'Lelaki BMW', haha!



Masa aku nak pergi bank, cermin bahagian penumpang sebelah pemandu tertutup.
Aku jangka mesti lelaki itu nak buka cermin itu.



Dan...



Betul!
Hahaha.


Aku pegang tangan adik aku erat.
Nak masuk dalam bank cepat-cepat.
Lelaki BMW itu panggil aku lagi.
Siap lambai-lambai lagi.
Ewah, macam tarian zapin pulak aku tengok. 
Hahaha.



"Awak, sekejaplah." 
Lelaki BMW bersuara dengan senyuman manis.
Mana tak manis, lesung pipit sebelah kiri dalam tuuuu.
Hikhik!



Aku pun berhenti.



"Awak nak apa?" 
Aku tanya lelaki BMW itu.



Lelaki BMW tersengih.
Sempat aku perhatikan muka dia.
Dari tadi asyik senyum je.
Haih, kan tergoda aku dibuatnya.
Aku pula cepat cair tengok senyuman lelaki.



Oops, bukan gatal tau!
Bagi aku, senyuman itu penenang jiwa.
Sebab itu aku boleh tahan tengok muka lelaki itu.



Nasib baik lelaki muda,
kalau lelaki tua dah lama aku baling dengan kasut aku.
Itu dasar lelaki tua miang namanya, haha.



"Saya nak nombor telefon awak je, bolehkan?"
Lelaki BMW mintak nombor telefon aku lagi. 



Adik aku diam je.



Aku tengok muka dia.
Siap perhatikan pakaian dia apa semua.
Ya, lelaki itu sangatlah bergaya.



Gua cakap sama lu,
memang hensem dan bergaya mamat tu.
Dah la gua suka lelaki chubby ni.
Memang lelaki idaman gua, sebijik macam lelaki BMW ni.



Tapi gua tak pandang semua tu.
Paras rupa bukan  perkara utama dalam sesebuah perhubungan.
Keikhlasan itu tunjang utama bagi gua.



Eh, tiba-tiba main bahasa gua dengan lu pulak.
Hahaha.



Lelaki BMW tak puas hati lagi, 
dia panggil aku datang dekat dengan dia.
Ewah-ewah, suka hati nak panggil aku.
Sudahlah mintak nombor telefon, ada hati nak suruh aku dekat dengan dia.
Iyalah, semua parking penuh. 
Jalan jem memang susah la nak parking, hahaha.



"Awak nak apa? Nak meniaga ke?"
Soal aku lembut. 



Aku pun tengok body aku.
Mentang-mentanglah aku sekarang dah berisi.
Lemak-lemak berkumpul membuatkan aku gemuk sikit.
Gemuk sikit je tau.



Tak boleh terima hakikat perkataan GEMUK, hahaha!



Manalah tahu lelaki itu nak jual produk pil pelangsing ke,
memang nak kena tenyeh dengan aku jawabnya.
Hikhik.



Tak pun, takkan lelaki itu nak tanya jalan kot.
Agak-agaklah kan.
Takkan sampai malam aku nak layan dia dalam telefon 
sebab tak jumpa jalan balik rumah,
hikhik.



Lelaki BMW itu gelak.



"Bukan"
Dia bersuara lagi.



"Habis tu nak apa? Kalau awak nak meniaga sekalipun, saya tak nak beli apa-apa pun"
Aku balas balik.



Lelaki BMW tersenyum pandang aku.
Alahai, janganlah cair wahai hati wanitaku, haha.


Mesti lelaki BMW itu ingat aku tengah buat lawak dengan dia.
Dia silaplah.



Meniaga itu maksud aku ialah nak menjual ayat-ayat manis lelaki mahu mengurat perempuan.
Beli itu maksud aku ialah aku tak berminat nak melayan lelaki.
*Walaupun dia dah tepati lelaki idaman aku, sob! Sob!



Lelaki BMW itu ketawa lagi.



"Eh, dahlah gelak. Awak sambung gelak kat rumah pulak. Saya nak cepat ni," 
Sempat aku cakap dengan lelaki BMW itu.
Lepas itu, aku tarik tangan adik aku.



Lelaki BMW itu senyum.
Dia tak pergi lagi.
Dia tunggu aku sampailah aku nak masuk dalam bank.



Sempat lagi aku tengok lelaki BMW itu.
Aku senyum dan masuk dalam bank.
Lepas itu barulah dia pergi.



Aku? Mestilah lega.
Risau jugak kalau lelaki BMW itu datang jumpa aku.



Adik aku pun lega jugak.
Lega sebab aku tak garang dan tak marah lelaki BMW itu.
Aku pantang kalau ada lelaki yang gatal-gatal, memang kenalah dengan aku jawabnya.



Sekali lagi...
Sejujurnya, aku memang garang.



*
*
*
*
*



Mesti korang pertikaikan dengan aku.
Kenapalah aku tak bagi je nombor telefonkan?
Kenapalah aku jual mahal sangatkan?
Kenapalah aku ni sombong sangatkan?



Ini jawapan aku :


Latar belakang lelaki BMW


Okey, persoalan aku tentang lelaki BMW itu dari aspek latar belakangnya. Ada banyak kemungkinan yang aku fikirkan. Macam-macam kita boleh teka pasal lelaki BMW itu. 



- Kalau dia betul-betul anak orang berada dan itu kereta dia atau milik kereta ayah dia aku tak kisah pun. Tapi, semua tu aku tak minat pun. 



- Aku betul-betul kisah kalau lelaki itu hanya seorang pemandu kereta. Takkan pemandu kereta hensem? Macam tak logik je. Haha. Aku bukan pentingkan kemewahan semata-mata tapi aku tak suka penipuan. Memang aku pantang kalau orang menipu aku lebih-lebih lagi kalau setakat 'menumpang' harta orang. Sikit pun aku tak berminat nak harta orang. Kalau nak sekalipun, usaha dengan harta sendiri. Okey? :)


- Lelaki sindiket. Ini paling aku risau dan takut. Memanglah mula-mula baik tapi lama-lama dalam diam dah rancang nak perangkap wanita. Sudahnya, wanita jadi mangsa. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Ada yang kena jual, ada yang kena dipergunakan bawa dadah dan bla bla bla. Lebih baik berhati-hati walaupun senyuman lelaki BMW manis. Alahai, hehe.


*
*
*
*
*


Itu je persoalan aku tentang lelaki BMW itu. 
Kalau ikutkan nak je aku cakap, kalau nak sangat nombor telefon aku boleh je.
 Pergi jumpa ayah aku dalam kereta. 
Minta izin dengan ayah aku nak nombor telefon aku. 
Tak susah pun.
Tapi..



Tak naklah. 



Entahlah, aku tak berminat sangat nak layan tentang perhubungan 
melibatkan perasaan antara dua pihak.
Perjalanan hidup aku masih panjang (In Shaa Allah).
Aku nak fokus dengan pelajaran aku.



Manalah tahu, bila dah bercinta.
Aku lalai dan leka.
Pelajaran aku terabai.



Tak naklah.



Jadi, tentang cinta itu sebaik-baiknya cuba ditutup serapat mungkin.
Pintu hati masih belum kuat untuk bersoal tentang cinta.



Kalau ada rezeki, datanglah cinta mengetuk pintu hatiku.
Aku terima dengan ikhlas.
In Shaa Allah, Amin.



Cukuplah, hanya sekali aku bercinta dulu.
Bukan serik tapi aku memang tak nak.
Aku nak belajar.
Itu kunci masa masa depan aku.



Walau apapun, kalau ada jodoh aku dengan lelaki BMW itu.
Pasti Allah temukan lagi kami berdua.
Kalau tidak biar ia berhenti di situ.
Perjalananku masih panjang...



Okey, itu sahaja aku nak pot pet.



Terima kasih mengunjungi blog saya =)



p/s : Selamat Tahun Baru. Apa azam baru anda? Azam saya? Nantikan entri seterusnya. Bye


Post a Comment