20 December 2012

BERKAT PERJUANGAN KECIL DI 'JALAN' ALLAH, ALHAMDULILLAH!



Assalamualaikum dan salam sejahtera :)





Alhamdulillah.
Surat cinta dari buah hati sudah selamat sampai.



Ehem Ehem.
Nak buat ucapan untuk diri sendiri
*Biarlah nak syok sendiri, haha.



(^__^) Semoga maju jaya melangkah ke semester 6 (^__^)



Doakan kejayaan saya ya.
Terima kasih, semoga Allah membalas jasa awak-awak semua :)



Tapikan bila dapat surat ni buat aku termenung sebab mengenangkan perjalanan hidup aku sebelum dan selepas aku berada di dunia ASWARA sehingga sekarang :




1. ANTARA SPM DAN STPM



Lepas SPM, aku redha kalau tak dapat universiti. Jadi aku sambung belajar di tingkatan 6 dengan rela. Masa STPM inilah Allah berikan petunjuk jalan untuk aku. Iyalah, tipulah kalau tak cemburu dan sedih tengok kawan-kawan aku dapat masuk universiti tapi tak apa. Aku percaya Allah nak bagi rezeki yang lebih baik untuk aku. 



Masa tu, aku boleh terima suasana sekolah yang masih memerlukan pakai pakaian sekolah dan datang ke sekolah awal pagi. Tapi tak semua kawan-kawan aku STPM sukakan suasana macam tu sampaikan ada yang berhenti. Mungkin minat belajar sudah hilang. Kehilangan mereka tak mematahkan semangat aku malah aku terus berusaha membuat yang terbaik. 



Masa STPM, aku mula belajar bersungguh-sungguh terutama subjek baru, Kesusasteraan Melayu. Aku masih ingat lagi, ada yang tidak yakin dengan aku untuk menguasai subjek ini. Iyalah aku dulu bersekolah di sekolah agama, tak ada harapan aku nak dapat markah baik-baiik untuk subjek itu.  (T__T)








Aku tak putus asa malah aku berusaha belajar subjek Kesusasteraan Melayu dan menjadikan satu-satunya subjek kegemaran yang paling aku minat. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha aku dapat menguasai subjek ni dan mendapat 'A' dan 'A-' beberapa kali setiap kali peperiksaan di sekolah. Hanya sekali sahaja aku dapat 'B'. Akhirnya, aku berjaya juga memperolehi keputusan subjek ini 'A' untuk STPM. Bagi aku, itu kejayaan yang cukup terindah dalam hidup aku. 



Subjek inilah yang mula mendorong aku untuk meneruskan menelaah dunia sastera. Ketika itu, aku mula mencari hala tuju hidup aku. Aku buang cita-cita aku kononnya nak jadi itu ini. Baru aku sedar, minat yang menjadi tunjang semangat kita untuk diri kita masa akan datang. Allah sudah menunjukkan 'jalan' untuk aku, Alhamdulillah.







2. ALLAH UJI DEMI JALAN YANG TERBAIK



Aku berhadapan dengan cabaran lagi. Allah menguji aku. Keputusan STPM aku perolehi ada cacat juga. Subjek Pengajian Am (Aku tak suka subjek ni sampai sekarang! Hehe :p) mengagalkan aku untuk masuk ke universiti. Aku dapat 'D+' dan membuatkan aku berasa terkilan. Terkilan lagi apabila universiti yang aku impikan untuk sambung subjek sastera di UKM atau USM hancur. Menyedihkan lagi apabila salah seorang temanku dapat melanjutkan pelajaran di situ. Musnah harapan dan janji kami mahu belajar bersama-sama di universiti impianku.




Ketika itu aku rasakan akulah manusia yang tidak berguna. Manusia yang gagal kerana tidak menepati janji kerana memusnahkan harapan impian belajar bersama dengan temanku. Temanku, baik orangnya. Dia sangat mengerti dan memahami. Dia berikan aku kata-kata dan semangat. Dia sentiasa menantikan kedatangan aku di universiti impianku. Hanya bicara aku buat dia, In Shaa Allah kalau ada rezeki aku akan menyusul mengikut jejak langkahnya nanti. 



Aku cuba kuatkan semangat walaupun aku rasa separuh jalan hidup aku sudah gelap. Tidak bercahaya tanpa harapan lagi. Perjalanan hidup aku tidak terhenti di situ. Aku berusaha mengisi borang permohonan di mana-mana tempat walaupun semangat aku sudah hilang. Aku percaya Allah mahu memberikan 'jalan' yang lebih baik untuk aku. 



Suatu hari, sewaktu aku membelek surat khabar. Aku terlihat iklan ASWARA untuk pengambilan pelajar baru. Aku tertarik dengan hanya satu perkataan 'PENULISAN'. Aku tersenyum dan berharap ada harapan aku untuk meneruskan 'bidang' sastera walaupun aku tidak tahu pembelajaran penulisan di ASWARA ketika itu. Cepat-cepat aku menggunting dan menyimpan keratan iklan itu. Beberapa kali aku membeleknya, entah mengapa 'aura' mahu belajar di ASWARA mula memberikan semangat baru untuk aku.







3. CABARAN MENYAKINKAN MEREKA



Aku beritahu emak, aku mahu belajar di ASWARA. Biarlah apa yang terjadi asalkan aku dapat menyambung pelajaran. Aku tidak mahu menjadi seperti segelintir teman sebayaku. Ada yang berkahwin, duduk di rumah tanpa buat apa-apa, bekerja dan sebagainya. Aku tidak mahu membazirkan usia dan masa aku. Aku mahu belajar lagi demi masa depanku.



Wajah emak berubah dan reaksinya membuatkan aku kecewa. Emak tidak menyokong dengan pilihanku. Ayah juga sama. Mereka berdua mengharapkan aku dapat tawaran belajar ke Politeknik walaupun dari SPM lagi aku tidak berminat belajar di situ. Aku tidak peduli dengan reaksi mereka. Aku tetap dengan keputusanku.



Begitu juga salah seorang guruku. Dia terkejut dengan keputusanku yang mahu belajar di ASWARA, malah mempertikaikan dan tidak menyokongku. Mungkin teman-temanku di universiti membuatkan dia memandang rendah dengan keputusan. Tidak sedarkah guru, subjek Kesusasteraan Melayu itu datang dari cabang penulisan juga. Seharusnya dia menyokong dengan pilihanku. Aku kecewa. Aku juga tidak peduli dengan reaksinya.



Aku mengisi borang ASWARA. Esok harinya, aku mahu menghantar borang ASWARA di pejabat pos. Masih aku ingat, emak menghalangku dengan kata-katanya. Dia bertanya adakah aku betul-betul mahu belajar di ASWARA. Aku pandang wajah emak sambil mengenggam erat borang ASWARA. Aku katakan Ya, aku nekad dengan keputusanku. Aku katakan lagi, izinkan aku memilih jalan hidupku sendiri. Emak mengangguk dengan wajah yang sukar aku tafsirkan. Emak hanya melihat aku keluar dari rumah tanpa berkata-kata apa lagi. 



Akhirnya aku pos borang ASWARA dengan lafaz dan berdoa kepada Allah. Semoga Allah terus membuka 'jalan' yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah, aku lulus untuk ditemuduga.






4. FIZIKAL DAN MENTAL DIUJI.



Aku diduga lagi. Aku hadir ke temuduga di ASWARA tanpa membawa hasil karya apa-apa pun. Aku baru pulang dari Shah Alam dengan tergesa-gesa kerana temuduga ASWARA. Hampir tiga bulan, aku tinggalkan tentang 'Kesusasteraan Melayu'. Aku redha dan tabah andai aku tidak terpilih untuk sambung belajar di ASWARA.




* Baju kurung merah kesayanganku menjadi saksi aku 'berperang' hari temuduga ASWARA



Aku kuatkan semangat dan berdoa agar ALLAH memberi kekuatan untuk perjalanan hidupku. Aku melangkah masuk ke bilik peperiksaan dengan hati tenang tanpa keresahan. Kalau mahu tahu tentang ujian waktu temuduga, klik di sini : :: Syhh.. Rahsia Miylo! ::: INTERVIEW ASWARA:



Temuduga ASWARA benar-benar menguji fizikal dan mentalku. Mungkin orang melihatnya senang tetapi bagi aku tidak. Aku menghadiri temuduga dengan 'otak kosong' tanpa sempat menelaah ilmu sebagai persediaan temuduga. Aku redha dengan takdir Allah. Alhamdulillah, Allah terus membuka 'jalan' untukku. Aku lulus temuduga dan berjaya melanjutkan pelajaran di ASWARA. Alhamdulillah.






5.  PERJALANAN HIDUP DI ASWARA



Aku melangkah menjejak kaki di ASWARA dengan niat, aku mahu belajar tentang dunia sastera. Tidak sesekali aku berniat mahu menjadi penulis terkenal  semata-mata. Itu bukan impianku. Aku bukan manusia yang mengejar 'keindahan' begitu. Kedatanganku kerana semangat buku 'Sulalatus Salatin' yang aku sayangi. Itu pembakar semangatku untuk tidak berhenti mengenali tentang 'Kesusateraan Melayu' :)



Awal semester di ASWARA, aku sudah mengenali pembelajaran penulisan di situ. Aku tidak belajar semata-mata tentang sastera malah aku mula belajar menghasilkan nukilan karya sendiri. Dari situ, aku mula mengatur langkah menghasilkan pelbagai tulisan seperti cerpen, puisi, drama, lakonlayar, novel, rencana, biografi dan lain-lain lagi.







Aku semakin jatuh cinta dengan dunia sastera. Walaupun sangkaku subjek penulisan hanya mengenai sastera tetapi tidak. Semuanya benar-benar penulisan. Aku tidak ingin berpatah kembali. Aku terus berusaha, berusaha dan berusaha mengorak langkah tanpa henti. Meskipun sukar kerana aku bukanlah diri penulis sebenar-benarnya tetapi aku terus mencuba dan berusaha.



Keputusan peperiksaan setiap semester aku juga baik-baik. Semua subjekku lulus dan hanya sekali kali aku  dapat 'C'. Alhamdulillah, keluarga dan orang di sekelilingku dapat menerima perjalanan hidupku di ASWARA. Mereka mempercayai dan menyokong dengan pilihanku di 'jalan' pemberian Allah. Syukur. Alhamdulillah, aku dapat meneruskan 'jalan' yang diberikan Allah. Moga-moga Allah terus membuka 'jalan' yang terbaik untukku. Amin.






Alhamdulillah.


Alhamdulillah.


Alhamdulillah.


Alhmadulillah.


Alhamdulillah.




SYUKUR :)





Ketika aku sedang menulis, aku tersenyum penuh kesyukuran kepada DIA. 
Perjalanan hidup yang diuji Allah memberikan kekuatan dan semangat untukku. 



Hanya satu langkah lagi aku untuk menjejaki semester terakhir.
Semester 6.



Aku terasa ini semua hanya mimpi.
Tidak pernah aku impikan kenikmatan yang Allah anugerahkan.
Alhamdulillah, syukur.
Aku semakin tiba di garisan itu.
Aku mahu terus berjuang di 'jalan' Allah.



Tetapi, itu hanya perjuangan kecil aku di medan ilmu.
Masih banyak lagi perkara aku harus lakukan.
Perjuangan besar di medan ilmu akan aku teruskan.
Aku mahu sambung belajar lagi di peringkat yang tertinggi.
Semoga Allah terus dan terus membuka 'jalan' untuk aku.
Semua ini untuk bekalanku di dunia dan akhirat kelak, In Sha Allah :)




*
*
*
*
*



Maaflah, malam ini saya beremosi. Sob! Sob! Sob!
Membawa kalian bersama mengimbau kembali perjalanan hidup silam saya.
Semoga kisah silam saya memberi erti buat kalian.



Jangan sesekali berputus asa.
Sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah.
Percaya rezeki ada di mana-mana walaupun cara, keadaan dan tempat berbeza.
Jadikan kata-kata negatif sebagai pembakar semangat.
Yakinkan diri bahawa kita boleh buat yang terbaik walaupun sukar
dan,
Jangan sia-siakan 'jalan' yang Allah berikan :)



*
*
*
*
*





*Alhamdulillah, selesai 'berperang' dengan kertas peperiksaan untuk semester 5



Menerima surat cinta dari ASWARA, membuatkan saya resah.
Apa khabar dengan keputusan peperiksaan semester 5?




Berharap baik-baik dan lulus semuanya.




Rezeki datangnya daripada Allah.
Tidak sesekali saya pertikaikan apa jua pemberiaaNya
Saya menerima dengan hati yang ikhlas dan redha apa jua rezeki daripadaNya :)




Doakan juga keputusan peperiksaan saya baik-baik.
Terima kasih, semoga Allah membalas jasa dan kebaikan kalian.
Amin.




Terima kasih mengunjungi blog saya, saya benar-benar menghargainya :)




p/s : Seronok dapat menikmati makan aiskrim goreng buatan diri sendiri bersama dengan adik. Selamat malam. Assalamualaikum. (^__^)


Post a Comment