18 December 2012

ALHAMDULILLAH, SUDAH BERGELAR CIK TUNANG :)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA :)


Aku duduk bersama dengan beberapa orang tidak dikenali. 
Tapi itu bukan menjadi masalah aku sebab suka hati akulah nak duduk di mana-mana pun.
 Hahaha :p



Aku pun borak-boraklah dengan mereka walaupun tak kenal. 
So, tengah borak tiba-tiba ada benda mengerikan.



Entah dari mana datangnya ular, terbang datang kat aku.
Aku dah la tak suka ular.
Eh bukan tak suka ular tapi geli dan takut.
Walaupun ular ada kulit yang cantik tapi mata tajamnya buat aku takut.



Ular tu macam tak puas hati dengan aku je.
Dah la datang serang aku.
Orang lain yang sebelah aku tak kena pun, ish tak adil!
Ular mengamalkan sikap negatif, pilih kasih!
Sepatutnya orang lain pun kena jugak.
Huhuhu..



Diaorang pulak boleh tengok je, ada yang siap silang dan goyang kaki.
Ini ke perpaduan kaum yang kita amalkan?
*Tak puas hati, hahaha.



Aku pulak menjerit takut la.
Habis tangan aku kena gigit dengan si ular yang kecil tapi garang gila!
Sakit gila tapi ular ni dah gaya macam kucing.
Suka gigit-gigit (T____T)



Lepas gigit, si ular tu main sembur-sembur pula.
Ewah-ewah, dia ingat ini iklan spray pewangi rumah ke?
*__*



Aku tak sempat pertahankan diri dan tiba-tiba....



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Tadaaaa....!



Ajaibkan?
Lepas kena serangan ular, aku sudah bertukar..
Macam ada kuasa gituuu..
Hahaha!



Erkkk..
Tipu je :p



Sebenarnya, aku mimpi je tapi itu mimpi ngeri okay (T____T)
Lepas itu aku terjaga dari tidur.
Aku dalam perjalanan pulang dan sudah hampir tiba ke destinasi.
Terengganu, saya pulang. Yuhuu!



Sedar-sedar nafas aku tak teratur, mengah.
Tangan kanan aku pulak kebas-kebas, sakit.
Ini gara-gara mimpi ular la.
Ish, geram kita! Hahaha..



Lepas babak bermimpi tu, akhirnya...





Jeng jeng jeng..



Alhamdulillah, kakak kedua aku (Kak Teh) yang membahasakan dirinya 'Mak Beruang'
selamat dirisik dan menjadi tunangan orang.
Lebih jelas lagi, majlis pertunangan beliau dengan pilihan hatinya, Abang Aman
berjalan dengan lancar.



Nanti jauhlah kau terbang ke Sabah ya, kakak.
Abang Aman, tolong jaga kakak saya baik-baik =)



Mesti korang nak tanya, motif mimpi ular dengan majlis ini?


Motifnya,itulah maksud mimpi bahawa kakak aku bakal menjadi milik orang.

Dulu, esok sebelum kakak aku dirisik dan diakad lafaz nikah,
Aku jugaklah yang mimpi pasal ular malam itu.
Bukan sekali tapi dua kali.
Penat gila asyik mimpi ular padahal orang lain yang nak kahwin, hahaha.



Tapi, janganlah percaya seratus peratus.
Mimpi sekadar hiburan walaupun ular itu mengerikan bagi aku, haha.
Okey? :)



Dah tak payah dengar pot pet aku.
Meh cuci mata tengok hari indah buat Kak Teh dan Abang Aman.

*kalau nak tengok gambar yang besar, pandai-pandailah click gambar tu ye..
hehehe.



*
*
*
*
*




Kami adik-beradik perempuan.
Kenapa gambar nampak pelik?
Sebab aku suka-suka main edit, hahaha.



Pertemuan antara Terengganu (sebelah perempuan) dengan Sabah (sebelah lelaki).





Sesi perbincangan antara dua pihak.





Bertudung purple itu emak saya.
Lelaki yang dihujung sebelah bunga (bukan di depan) itu ayah saya.
Saya sayang sangat dengan cinta saya di dunia dan akhirat :)





Persatuan wanita-wanita yang bergelar isteri, hehehe.





Sesi menyarung cincin.
Aku sebagai pengapit dan pengiring yang gila glamour.
Aku tak fokus dengan kerjaya aku sebab asyik pandang kamera, hahaha!





Bergambar lagi.
Sebenarnya ada lagi tapi aku malas nak upload, hahaha.





Ececeh, suka la tu dah bertunang.. Hikhik.



Habis saja majlis pertunangan, petang itu Cik Tunang merangkap kakak kedua aku nak pergi pantai. 
Eleh nak meraikan dia jadi tunang orang la tu, hahaha.

So, aku bersama kakak, sepupu dan adik pergi pantai.
Sempat lagi beli keropok lekor (Makanan wajib ke pantai)
Sambil makan-makan, kitaorang bergambar sana sini.

Aku pun dengan baik hati jadi tukang ambil gambar tanpa berbayar.
Pening kepala kakak aku bila aku suruh dia posing itu ini.
Dia tak pandai posing.

Dia hanya pandai ketawa nampak semua gigi dia je (T___T)
Paksa punya paksa suruh dia posing, ada la hasilnya.
Tak banyak pun tapi sikit je.
Aku nak ambil gambar jadi kenangan untuk dia sewaktu dia bergelar 'Cik Tunang'
(^____^)












Sekian, bla bla bla...

Mesti ada yang tertanya, simplenya majlis bertunang?
Semestinya itulah kehendak kami sekeluarga.



Bertunang tak perlu besar-besaran.
Bersederhana dengan kadar kecil-kecilan, itu sudah memadai.
Janji majlis berjalan lancar.
Alah, waktu majlis bertunang berlangsung bukannya 7 hari 6 malam pun.
Cool kalau buat biasa-biasa je.



Setakat ini sahaja..
Wah-wah, padahal panjang gila aku menulis ni.. Hahah..
Semangat aku menulis sebab tengah makan keropok lekor :)



Semoga korang tabahlah mengadap blog aku.
Hehehe.



Apa-apa pun terima kasih meluangkan masa di sini (^__^)





Penutup entri dengan wajah awek-awek kelahiran Terengganu :D


p/s : Ada orang sentap-sentap dengan entri kita sebelum ni, fuyooo! Main sentap-sentap pulak, kita tak tulis nama siapa pun.. Malu, malu, malu! Untung-untung kalau kita sentap, masih boleh berbahasa Melayu. Setakat ini tak ada la pelat nak bercakap Melayu. Eh, Bahasa Melayukan bahasa ibunda kita. Haruslah kita sanjungi bahasa ibundakan? Tak perlulah kot nak beria-ria lidah tergeliat bercakap bahasa alien dengan bangganya.  Belum tentu betul semua susunan perkataan yang digunakan. Orang yang duduk luar negara pun tak beria-ria, hahaha. Ada saya kisah? Janji saya anak orang Melayu cakap Melayu, anda bagaimana pula? Hikhik  :)


Post a Comment