13 November 2012

KEMBALI BERCELOTEH!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama jari-jemari saya tak menari di ruangan blog ini..
Maaflah, terlalu sibuk..
Iya la, kerjaya semakin maju dan mantap..
Sibuk sepanjang masa..
Berkejar sana sini macam tak cukup tanah nak pijak..
Belum lagi asyik termimpi terbawa-bawa kesibukan kerja..
Pening tak tahu nak uruskan pelanggan-pelanggan yang sedia menanti..
Bos saya pun bising-bising..
Ucap tetap bos saya apabila memandang saya :

"Tugasan dah siap? Bila boleh hantar?"

Saya?
Tersengih-sengih terasa mahu buat-buat pitam..
Tak pun buat gaya ala-ala 'Peace'..
Kadang-kadang mahu memakai topeng superman,
menutup wajah saya dikenali..
Hehehe :) 

Bos saya itu ialah pensyarah..
Pelanggan-pelanggan saya ialah tugasan berlambak..
Kerjaya saya ialah sebagai pelajar Penulisan Kreatif ASWARA 
(Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)..

Sekarang, saya berada semester 5..
Hanya beberapa langkah saya perlu maju ke semester 6 kelak..
Tugasan buat saya serius, sungguh!
Tetapi hobi saya suka menyanyi tetap kekal, hehehe..
*Pssst, kalau karaoke saya suka menyanyi lagu 'Diam-Diam Jatuh Cinta'
(^____^)

Sebelum terlupa, perkembangan kegiatan terbaru saya mesti dilaporkan..
Saya sedang berperang dengan sesuatu..
Senjata saya ialah kekuatan dan ketahanan tubuh..
Baiklah, saya selesema dan batuk..
Sekarang, rasa nak pengsan sepanjang masa..
Penat... Penat... Penat...
(Melodi versi lagu 'Kosong' - Najwa Latif :p)

Saya tak suka makan ubat!
* Pengakuan jujur, saya tiada apa-apa perasaan terhadap awak, Encik Ubat! :(

Saya jujurkan? 
Hahaha :p




Sila jangan fokus muka saya..
Ada kemusykilan pada minuman Revive saya..
Ditulisnya berperisa limau tetapi..
Kenapa saya merasainya seperti......

*
*
*
*
*

Air kelapa? (T____T)

Oh, lupa saya di zon selesema dan batuk..
Esok lusa, demamlah..
Jadi segala rasa yang ditulis pada minuman dan makanan akan bertukar..
Seperti terkena sumpahan.. Hoho..

Okey, nak berhenti menulis..
Pelanggan saya sudah memanggil-memanggil..
Saya buat muka malas..

Bye! :)




Post a Comment