11 July 2012

HADIAH DARIPADA ASWARA : SURAT & RESULT :))

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung yang cantik dan kacak bergaya :)





Kali ini ada dua berita gembira yang aku nak kongsikan di sini.. Kalau korang tak nak gembira pun, aku tetap nak gembira.. Iyalah sebab aku dah kata berita gembira, jadi semua kena gembira dan ceria.. Tak boleh sedih-sedih untuk entri baru okey :)




LAMARAN CINTA ASWARA

Agak gedik jugakkan tajuk kat ataskan? Hahaha.. Tak apalah, hati tengah bahagia semua benda nak digedik-gedikkan.. Hikhik.. Lamaran apa pulak yang ASWARA dah buat kepada aku?  Cuba tengok kat bawah.. Jeng jeng jeng..


*
*
*
*
*












Mesti korang tertanya-tanya, motif surat dalam gambar tu? Lepas tu mesti korang cakap 'ADA AKU KISAH?' Haha.. Tak apa, AKU TETAP KISAH! :)

Itulah lamaran cinta ASWARA untuk aku.. Aku dapat meneruskan pelajaran ke semester 5 di ASWARA, Alhamdulillah.. Oh, sudah semester 5.. Maknanya aku sudah jadi pelajar TAHUN 3.. Oh, semakin maju aku ya? Tak sangka, ingatkan semalam masih berada di semester 1 rupa-rupanya semester 5.. T___T

Cepatnya masa berlalu.. Setahun lagi (Bulan 6 2013), tamatlah pengajian aku di ASWARA.. Jadi memandangkan aku semakin menghampiri detik-detik perpisahan nanti, aku akan buat yang terbaik untuk pengajianku.. Chaiyook!!!

*Sila tepuk tangan konon-konon bagi sokongan untuk aku. hahaha!



RESULT SEMESTER 4 BUAT SAYA TERSENYUM!


Aku malas nak cerita panjang-panjang sebab... Sebenarnya keterujaan lebih menguasai diri sekarang, hahaha..

Kisahnya begini... Tersebutlah kisah.... Eh dah macam nak bergurindam pulak, hahaha..


Pukul 7 lebih, kawan baik aku Asean Iskandar mesej aku.. Bagitahu result ASWARA sudah keluar.. Aku pun mengalami kekejangan dan ketegangan sebab result dah keluar.. Oh jangan risau, kekejangan dan ketegangan itu satu penyakit normal buat student apabila result sudah keluar.. Takut, risau, cemas, berdebar-debar dan gelisah itu adalah tanda-tanda penyakit tersebut yang dapat dikesan setakat ini.. Hahaha..

Aku pun Bismillah banyak kali tapi tak adalah gaya bomoh hembus kanan kiri tau, hehe.. Aku sign in portal pelajar ASWARA... Ececeh, sign in la sangat.. Hahaha!

Aku pun click dua patah perkataan - KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.. Apabila sudah ditekan, maka mata sepet aku pun tiba-tiba jadi luas dan bulat.. Hahaha..

Aku pun tengok result aku dengan teliti (padahal takut, hehe!).. Lepas tu aku yang mengalami penyakit kekejangan dan ketegangan spontan tadi sudah sembuh dengan baik sekali.. Eh, ajaibnya! Penyakit kekejangan dan ketegangan sudah hilang, datang pulak penyakit kegembiraan melampau..

Penyakit kegembiraan melampau ni ciri-ciri dia ialah buat kita senyum seorang macam orang gila, rasa nak melompat tinggi-tinggi, mata kita akan bersinar-sinar bercahaya, muka akan berseri-seri dan bla bla.. haha..

Okeylah, aku nak cakap je result aku semester 4 kali ini baik-baik.. Alhamdulillah, syukur baik-baik sangat berbanding semester-semester lalu..

Paling menggembirakan result semester 4 meningkat kembali daripada result semester 3 yang lalu yang menurun  dengan laju sekali.. Alhamdulillah dan result semester 4 kali ini ialah... Jeng jeng jeng... 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

3.71

SYUKUR, ALHAMDULILLAH! (^__^)


Sebenarnya aku tak sangka aku dapat angka yang besar.. 3.71 itu bukanlah target aku nak capai dalam setiap result setiap semester.. Aku jenis yang tak mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi.. Bagi aku, dapat angka 3.00 pun sudah mencukupi janji bukan 3 ke bawah.. Paling penting result berkualiti dan bermutu tinggi.. Kan?Kan?Kan?

Satu lagi aku memang jenis tak kisah pun tentang dapat dekan ke tidak sebab aku memang tak letak harapan tinggi.. Ececeh, bajet tengah bercerita tentang cinta pulak.. Hahaha!

Tapi betul.. aku memang seorang yang tak letak harapan tinggi.. Kalau dapat lebih, Alhamdulillah.. Kalau dapat kurang maknanya kena usaha banyak-banyak kalau nak berjaya.. Itu je prinsip aku..

So....

Bagi aku result kali ini benar-benar terbaik.. Iyalah, korang tak tahu semester 3 lepas aku sedih kot.. Sedih sebab   pointer turun laju-laju.. Agaknya pointer yang semester 2 sibuk nak kejar sale Sogo yang banyak-banyak, huhu.. Semester 2 aku dapat 3.48 lepas tu semester 3 aku dapat 3.31.. Turun siot! (Bak kata orang Kuala Lumpur, haha)..

Mana aku tak sedih tapi selera makan ayam goreng aku tetap tinggi, hahaha.. Gara-gara kesedihan tersebut, aku nekad berusaha nak naikkan kembali result tu.. Tak puas hati punya pasal tapi tak adalah pukul orang pun, hikhik.





Alhamdulillah, usaha aku bersengkang mata malam ke siang yang membuatkan aku jadi burung hantu jadian .. Itu membuatkan aku jadi manusia tabah mahu menebus kegagalan  dan kekecewaaan result semester lepas.. Harus bersemangat untuk balas dendam dengan kegagalan diri sendiri, hahaha!



musangcomel Comel Serius   Musang yang comel dan kacak!


Itu tak apalah.. Ayah aku selalu panggil aku 'musang' sebab aku berjaga malam (Nasib baik musang comel jadi aku boleh terima hakikat, hahaha).. Pukul 3, 4 pagi baru tidur.. Tak apalah, ini semua untuk kebaikan aku juga semata-mata berdating dengan assignment dan menuntut ilmu.. Berkorban itu perlukan? :))



Apa-apa pun bagi aku inilah hadiah yang terbaik buat ibu bapa dan keluargaku.. Terima kasih buat keluarga, pensyarah, rakan-rakan dan orang yang mengenali aku memberi sokongan dan semangat ya.. Saya sangat menghargainya :)


Kesimpulannya, selagi mampu berusaha teruskan dengan semangat yang teguh.. Haruslah berusaha tapi jangan lupa berdoa juga kepada DIA di atas sana.. Semoga result semester 5 dan 6 lebih maju bersama usaha yang cemerlang.. Amin..



Terima kasih mengunjungi blog saya ya.. Sayang kamu semua! :)



Nota :

Aku tanya mak, tak nak bagi hadiah ke sempena 'kejayaan' aku.. Mak cakap ada.. Kau tahu apa? Mak belah durian dan bagi aku makan durian sambil minum air kelapa.. Tak apa, seronok dapat makan bersama emak  sambil melihat wajahnya berseri-seri gembira dengan result aku.. Membahagiakan emak dengan senyuman adalah perkara yang terbaik! (^__^)..