14 June 2012

MIMPI DARIPADA DOA DIREALITIKAN KERANA ALLAH :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung tersayang..
Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang sudah lama bersawang ni..
Sekarang sudah ada entri baru nak pot pet tau :)

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman tentang mimpi..
Sebut tentang mimpi, macam-macam adegan berlakukan?
Lepas tu mulalah kau bergolek sana-sini..
Konon beraksi kejar penjahat curi nasi lemak jiran sebelah rumah..
Tak pun kejar awek cun iras-iras Erra Fazira naik basikal..
Rupa-rupanya tak pun..
Tengok-tengok kau terbaring cantik di bawah katil..
Siap buat aksi superman mat motor lagi, hahaha!

Erkk.. Maaflah kesengalan sekali lagi berlaku..
Biasalah dah lama tak pot pet..
Macam nilah jadinya, hehehe..

Tanpa membuang masa, kita teruskan..
*Erk, dah macam buat pengerusi majlis berucap pulak..
Hahaha..

Okey, kali ni serius..
Sila buat muka ketat-ketat sikit..
Kening angkat tinggi-tinggi macam Ziana Zain (Mengancam!)
Dahi tu kasi kerut, ada garisan banyak itu tandanya cemerlang..
Mata tu sepetkan, jangan bagi nampak lalat lalu terbang depan mata..
Mulut tu tutup rapat, jangan ternganga.. Kan ada pulak benda lain masuk..
Erm… Hahaha…

Maaflah, sengal berlaku lagi…
Okey, aku rindu nak berbloglah!
Itu je sebenarnya, hehehe..


Okeylah, kali ni benar-benar serius..
Tapi tak adalah seperti amaran di dalam tv..
Tiada kena-mengena yang hidup mahupun mati..
Tak, jangan risau..
Aku sekadar mahu berkongsi cerita dan pengalaman sahaja..
Mari-mari celik mata mengadap blog sengal saya, hehe :)


PART I

Pada tarikh 4/5/2012, malam tu aku rasa sunyi dan sepi sangat..
Walaupun bulan bersinar, bintang berkelipan dan angin terbang di udara..
Semua tu tak dapat hilangkan keresahan hati aku..
Aku rindu seseorang...
Rindu yang teramat..
Entah kenapa sampaikan aku terasa hidup aku seperti gelap dan suram..
Rupa-rupanya aku rindukan emak..
*Nama emak saya ialah Puan Munoh binti Mat Ali
(Saya sayang dia sangat-sangat, tahu? :))

Rindu yang teramat membuatkan aku belek gambar-gambar emak..
Semua folder dalam laptop dan handset aku buka..
Setiap gambar, aku titipkan bicara ini ‘Kak Chik rindu Mak, sangat’
Itu saja aku mampu luahkan..

Aku tengok jam, sudah lewat malam..
Gila aku nak telefon mak..
Yang marah bukan mak tapi ayah aku..
Itukan isteri dia, mana boleh kacau sesuka hati..
Aku ni siapalah…
Ceh, iya-iya je aku ni.. Hahaha..

Lepas tu, aku pujuk hati aku..
Sabarlah, nanti jumpa Mak peluk dan cium puas-puas :(
Aku tutup folder gambar dan aku berdoa kepada Allah..

“Semoga KAU temukan wajah emak tersayang kepadaku.. Kerana dialah wanita yang mulia sanggup mengandung dan melahirkan aku ..Temukanlah aku dengan emakku.. Aku tidak tahan menanggung rindu yang teramat kepadanya.. Cukuplah aku dapat melihat wajahnya dan menyentuh tubuhnya walaupun dalam mimpi khayalan.. Semoga ENGKAU mendengar rindu hatiku dari seorang anak yang jauh dari emaknya.. Amin”

Malam itu aku tidur dengan kerinduan yang tidak tertahan..
Sebelum tidur, aku masih mengungkap bicara itu lagi..
‘Kak Chik rindu Mak, sangat’
Dan… Aku terlelap.. Entah pukul berapa detik itu berlaku..





PART II

Beberapa hari  terus berlalu dan tanpa disangka..
Pada tarikh 15/5/2012, waktu malam itu benar-benar indah.
Indah dan nikmat!

Malam itu bermimpi tentang emak..
Ya, bertemu dan dapat melihat wajahnya..
Aku dapat melihat wajah manisnya dengan penuh kasih sayang..
Kami berjalan seiringan sambil bergurau senda..
Sesekali kami bergelak ketawa bahagia..
Kami sama-sama membeli belah dengan senang hati..
Tempatnya di deretan kedai yang jualannya semua tentang pakaian..
Aku tersenyum bahagia dan gembira..
Dapat menatap wajah emak yang dirindui..
Aku memeluk tubuhnya puas-puas..
Aku mahu dia sentiasa di mataku biarpun…

Itu sekadar MIMPI..

Aku terbangun dari lena tidur yang indah..
Aku mencelik mataku dengan getaran debar dan cuak..
Aku melihat kiri dan kananku..
 Emak tiada disisiku..
Aku bukan di tempat itu lagi..
Semua itu hanya sekadar…

MIMPI! MIMPI! MIMPI!

Aku memujuk hatiku supaya tenang..
Dan.. Aku tersenyum bahagia..
Mengucap syukur kepada ALLAH..
Bukankah tempoh hari aku berdoa kepadaNYA?
Alhamdulillah, syukur ALLAH mendengar bicara hatiku…
Sesungguhnya ALLAH itu BERKUASA dan PENYAYANG!

Aku benar-benar sebak kerana ALLAH memahami bisikan hatiku..
Sedangkan ramai manusia yang berdoa tetapi aku juga yang terpilih..
Alhamdulillah, terima kasih ALLAH :)






PART III

Pada tarikh 9/6/2012, aku berjumpa dengan emak jua..
Tak dapat diungkapkan kerana terlalu rindu..
Dari jauh aku sudah dapat melihat tubuh emak yang membelakangkan aku..
Perlahan-lahan aku mendekatinya dengan kegelisahan kerana rindu..
Aku panggil namanya lembut..

“Assalamualaikum… Emak…”

Dan emak berpusing memalingkan wajah dan tubuhnya..
Mata kami saling bertentangan tanpa bicara..
Ada senyuman manis terukir di bibir kami berdua..
Lantas aku menyalami tangannya..
Aku tarik tubuhnya ke dalam dakapan rinduku..
Wajah emak aku cium sepuas-puasnya..
Tiada bicara yang dapat berkata-kata..

Memeluk emak itu satu keindahan yang paling terindah..
Segala kerinduan, kesedihan, kegelisahan dan masalah hilang terbang menjauh..
Bagaikan hanya aku dan emak di dunia ini..
Sedangkan begitu ramai manusia ketika itu..
Ada yang menyaksikan pertemuan kami berdua..
Oh, indah sungguh ‘kiriman’ Allah ini kepadaku..

Hari itu, aku meluangkan masa bersamanya..
Melihat wajahnya sambil memimpin tangannya..
Menikmati mendengar bicaranya,
Berjalan-jalan berkongsi bercerita..
Adakalanya kami bergelak ketawa biarpun orang ramai di situ..
Membeli-belah dengan senang hati sekali di deretan kedai pakaian..
Selepas itu, kami berpisah kerana emak harus kembali pulang ke Terengganu.
Aku tersenyum kerana akhirnya dapat bertemu emak di depan mata..





PART IV

Malam itu (9/6/2012)… Aku melayari internet dan bermuka buku (Facebook)..
Aku ‘imbas kembali’ melihat status-statusku biarpun sudah berlalu tarikhnya..
Dan.. aku tergamam… Terkaku… Terdiam..

Aku cuba menahan air mataku daripada bergenang dan menitis..
Aku tenangkan hatiku agar kuat...

Baru aku teringat, PART I - ku pernah berdoa kepada ALLAH temukan aku kepada emak di dalam mimpi..
Alhamdulillah, PART II - Allah makbulkan doaku dalam tempoh yang tidak lama.. Aku bermimpi bertemu dengan emak biarpun dalam khayalan semata-mata..
PART III – Aku dapat bertemu menatap wajah emak di depan mata secara realiti..

Baruku teringat dan menyedari sesuatu…
Bayangan mimpi itu di PART II sama seperti PART III!
Sungguh, ia benar-benar berlaku dan semuanya sama…
Paling penting bayangan khayalan dan realiti berlaku dengan nyata!

MASYA-ALLAH!

Aku melihat wajah emak dengan penuh kasih sayang
Aku memeluk tubuhnya sepuas-puasnya..
Kami berjalan seiringan sambil bergurau senda..
Sesekali kami bergelak ketawa bahagia..
Kami sama-sama membeli belah dengan senang hati..
Aku tersenyum bahagia dan gembira..
Tempatnya di deretan kedai yang jualannya semua tentang pakaian..
Ya, tempat itu di Jalan TAR
Dan
Gaya dan cara berpakaian juga sama..

Tiada yang berubah..
Semuanya sama dan tetap sama!

YA ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya..
Aku berasa benar-benar kerdil apabila menyebut ALLAH..
Tiada siapa yang dapat menandingiNYA…

ALLAHUAKHBAR!

Aku benar-benar terharu dan sebak..
Itu hadiah yang terbaik dan terindah daripada ALLAH..
Aku sangat-sangat menghargainya..
Tidak cukup sekali aku ditemukan dengan emak di dalam mimpi,
ALLAH temukan aku di luar mimpi dengan nyata dan realiti..
DUA KALI bertemu dan menatap wajah emak…
Bayangan mimpi sama di luaran mimpi..
Tiada satu pun berubah aksi dan laku mimpi itu di luaran mimpi..
Ia benar-benar indah dan nikmat..
Syukran Ya ALLAH :)


Pengunjung blog tersayang,
Berdoalah selagi kita mampu berdoa kepadaNYA..
Lambat atau cepat biarlah DIA tentukan..
Semoga ALLAH mendengar doa kita kepada kerana DIA sentiasa di sisi kita..
Ingatlah, sesuatu kejadian boleh berlaku hanya kerana DOA jua..
DIA sentiasa di hatiku, ALLAH :)

p/s : 
Terima kasih buat pengunjung manis, NUR IFFA kerana sudi menjengah dan sanggup ‘berperang’ mengadap blog saya yang pot pet lebarnya yang sungguh panjang.. 

Buat kamu, Adik NUR IFFA  : Selamat datang menjejak langkah menjadi sebahagian ‘keluarga’ ASWARA.. Nanti kita berjumpa di suatu masa yang baik-baik. Amin :)
Post a Comment