27 June 2012

MIMPI BAGAIKAN ULANGAN IKLAN SIARAN TV!



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang cantik dan kacak bergaya :)

Mesti korang tertanya-tanya motif letak gambar..
Siap ada Ribena lagi..

Sebenarnya, itu muka orang demam tapi gembira sebab dapat minum Ribena..
Hehehe..
Lupa pulak, gambar ni hari kedua aku praktikal di tempat kerja..

*Muka aku semakin tembam macam pipi Angry Bird :p


Kali ni entri aku bercerita tentang mimpi..
Mimpi lagi :)



MIMPI BAGAIKAN ULANGAN IKLAN SIARAN TV 


Apa maksud la benda alah ni ya? 

Sebenarnya, aku banyak kali bermimpi...
* Memang aku seorang banyak bermimpi.. Orang lain tak pernah mimpi, sengal!
Haha..

TETAPI...

Mimpi yang berulangan macam ulangan iklan siaran TV tentang seseorang..
Orang yang berwajah sama sebanyak 6 kali..
Aku tak faham kenapa aku harus mengalami mimpi semua tu..
Sedangkan aku bukanlah Superman, Angry Bird, Batman dan sekutunya.. Huhu..

Korang faham tak perasaan aku dalam dilema berfikir?
Bukan apa, kalau mimpi sekali setakat singgah nak cakap 'Hai'..
Okeylah..

Ini ENAM kali kot..

Kalau macam tu baik jumpa kat luar..
Ajak lepak minum kedai, layan roti canai ke..
Dapatlah jugak kira bulu mata terkurang atau tertambah ke..
Lagi maju, hehe..

Kenapa aku harus bermimpi orang yang sama ya?
Aku betul-betul tak faham.. Keliru..


Ada sesiapa mahu berkongsi pengalaman, pendapat, nasihat dan sebagainya?
Jangan malu-malu luahkan apa yang terpendam..
Saya sedia mendengar..


Ceh, kau ingat ini sesi luahan taip ON CINTA dan hantar ke 23423?
Hehehe..

Eh, lupa pulak nak bercerita tentang 'ORANG ITU'..



ORANG ITU 

- Memang wujud dalam hidup aku.. Kiranya watak penting jugaklah, hehe..
- Ada hubungan... Maksud aku sesama saudara dan kawan..
- Rapat dan mesra tetapi tidaklah tahap melampau tahap antarabangsa..
- Sudah tentu lelaki.. Kau gila mimpikan perempuan? Aku normal tau! :))
- Aku sayang dia walaupun aku lebih mencintai Milo kesukaan aku, hikhik

 dan..

Cukup-cukuplah.. Sikit-sikit je boleh cerita, haha..


Masalahnya, setiap kali aku ada perasaan ragu-ragu 
dan keliru (Tak perlu cop JAKIM - HALAL)..

Aku ada perasaan tidak kena.. Emosi bercampur segala bagai ..
(Ibarat kesedapan ABC di Seksyen 2, Shah Alam gitu :p )

Lepas tu aku mula berfikir macam-macam sebab..
Ada sesuatu yang berbunga cuba tumbuh di taman hati..

Jadi, aku tak nak semua benda itu terjadi..
Aku nak elakkan sebab aku tau sejauh mana 
antara hubungan aku dengan dia..
Aku tak nak musnahkan semua itu sebab dah terukir cerita dalam hidup aku..

Lebih baik bersedia awal-awal sebelum apa-apa terjadi..


DAN..


Aku cuba buang perasaan itu..
Aku cuba elak 'bermesra' dengan ORANG ITU..
Aku tak nak ada apa-apa.. TAKUT
Kalau boleh, itu pun kalau aku MAMPU buat..
T___T

Setiap kali aku berfikiran macam-macam dan cuba mengelak..
Pasti aku mimpikan ORANG ITU..
Pernah sekali tiba-tiba ORANG ITU muncul dalam mimpi aku..

Suka hati je muncul tak beritahu aku dulu..
Kalau iya nak masuk mimpi, pesanlah awal-awal..
Boleh aku ceramah sikit.. 
Daripada kau masuk mimpi aku banyak kali..
Baik kita pergi berjalan-jalan ke Mid Valley ke, makan Nasi Goreng Ayam Kunyit ke..
Apa-apa sajalah..
Untunglah jugakkan... Hahaha..


Sampai sekarang aku tertanya-tanya..
Petunjuk apa yang ALLAH cuba kirimkan kepada aku..
Aku berharap ALLAH sentiasa di sisi aku..
Memberi jawapan yang terbaik..

Semoga yang baik-baik aku terima dengan redha..

Andai yang buruk dan jahat..
Mainan syaitan semata-mata semoga dijauhkan.. Amin..


Okeylah.. 
Berhenti di sini saja..
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya..
Sayang awak-awak semua :))


Post a Comment