23 April 2012

JANJI TEMU BERSAMA IBU BIJI BENIH, BATTLESHIP & DURIAN :)

Assalamualaikum dan salam ceria khas untuk pengunjung blog tersayang :)


Kali ni entri ini berkisahkan tentang diari aku bersama IBU BIJI BENIH dan BATTLESHIP. Siapa Ibu biji benih dan Battleship? Mesti korang pun tertanya-tanyakan, hehe.

Sabarrrrr! :)

Okey, hari ni (21/4/2012) aku bersiap-siap keluar dari rumah pada pukul 12 tengah hari lebih. Sudah jadi kebiasaan kadang-kadang aku akan 'terbang' ke Shah Alam pada hujung minggu. Ini gara-gara terkenangkan Ibu biji benih keseorangan apabila Bapa biji benih terpaksa bekerja di luar negeri ---> Outstation katanya, hehe :p


Jadi, dengan bertiket LRT Bandaraya berharga RM 1.40 aku naik dari LRT Sentul Timur. Sampai terus berjalan laju-laju pergi ke KTM Bank Negara pulak. Semput nafas termengah-mengah dan aku terasa nak buat-buat pengsan je di KTM Bank Negara sebab penat, haha! Aku pun beli tiket KTM Padang Jawa berharga RM 3.20.




Punya la lama tunggu tren KTM sampai dan akhirnya sampai jugak.  Dalam perjalanan nak pergi ke KTM Padang Jawa, aku pun bacalah novel penulis kesukaan aku, Serunai Faqir dengan karya 'Raungan Mantera'. Ni kita nak bagi tips untuk dikongsi bersama. 

*Sementara menunggu perjalanan destinasi lebih baik kita membaca. Tak kisah la baca komik, novel, surat khabar, buku motivasi, diari buah hati ke dan apa-apa je. Asalkan kita memperkayakan budaya dengan amalan membaca. Tak rugi pun sebab sekurang-kurangnya kita tak mensia-siakan masa. Iyalah, daripada kita tengok orang depan, belakang, sebelah kanan dan kirikan. Lepas tu orang pun salah anggap dengan pandangan kita. Dia ingat kita kutuk dia pulak. Elok-elok wajah berseri terus masam.. Hehe!


Hampir pukul 1.00 lebih, sampailah jugak aku di Padang Jawa. Naik kereta dijemput oleh ibu biji benih. Kalau korang nak tahu, ibu biji benih itu ialah kakak aku, Kak Long. 




Dah masuk empat bulan dia mengandung tapi perut tak 'buncit-buncit' jugak. Lepas tu aku tengok perut aku. Timbul satu persoalan :


'Siapa mengandung siapa?' 

Kantoi, haha! 
Biasalah kita ni suka makan. Jadi makanan tu kita simpan banyak-banyak di perut. Power tak? Haha!


Okey, dalam perjalanan aku pun bermadah sikit dengan ibu biji benih ni. Ehem ehem!


"Long, kita dah lama tak tengok wayang berduakan? Apa kata kalau kita pergi makan lepas tu tengok wayang. Lagipun aku datang jauh-jauh, penat. Nak enjoy-enjoy hilangkan tension. Mesti bestkan?" 


Aku tersengih pandang ibu biji benih. Jeng jeng jeng... Ibu biji benih pun setuju dengan jayanya. Aku gembiralah. Hello, kalau nak bodek manja-manja... Ayat mesti bombastik dan gempak-gempak okey. Kalau tak pandai mengayat baik aku berhenti jadi budak penulisan kreatif, haha!




So, kitaorang pun pergilah ke Jaya Jusco (JJ), Bukit Raja. Kitaorang pun pergilah TVG Cinemas intai-intai filem apa nak ditengok. Ibu biji benih ajak tengok cerita Battleship dan aku terus cakap OKEY :). Lepas tu pergi food court  makan-makan dulu. Alhamdulillah, kenyang dan bersyukur diberi peluang menikmati rezeki makanan lagi.



Kitaorang pun datang balik ke TVG Cinemas untuk menonton cerita Battleship pukul 3.30 petang. Eh sempat lagi ibu biji benih beli popcorn untuk dimakan lagi. Ini ibu biji benih atau biji benih yang lapar?Hehe. Masalahnya juga saudara biji benih yang sedang menulis ni pun menyibuk nak makan jugak. Kihkih!


Punyalah tunggu selama 15 minit sebelum cerita dimulakan. Macam-macam iklan ditayangkan. Aku pun tengok popcorn di tangan ibu biji benih sudah 30 peratus sudah dikuburkan dalam perutnya. Ish, cerita tak start makanan dah nak habis. Biji benih lapar ya? Hehe.



Lepas tu bermulalah tayangan filem Battleship. Nak tau pasal filem Battleship? Tungguuuuu... Nanti entri seterusnya aku akan update untuk review filem ni. So korang boleh la tau best ke tidak filem Battleship okey :)


Pukul 5 petang lebih tamatlah tayangan filem Battleship. Seronok sangat-sangat dan puas hati dengan filem Battleship! Tak sia-sia aku 'mengayat' ibu biji benih belanja tengok wayang. Berbaloi beb, hahaha! 






Kitaorang pun nak balik rumah. Masa nak balik, ibu biji benih ajak makan durian. Aku terus tersengih dan gelak-gelak. Sebenarnya, masa perjalanan dalam tren terdetik di hati seronoknya dapat makan durian. Ecececeh... Kau memang! Hahaha. Aku pun cakap okey dan kitaorang pergilah ke Seksyen 7.


Tiba-tiba perut aku pulak meragam. Aku ajak ibu biji benih beli durian dan makan kat rumah tapi dia tak nak. Ish, mengidam sangatlah tu! Aku pun mengalah dan berdaya makan 3 ulas durian sahaja. Ibu biji benih la habiskan semuanya. Tak apalah, aku sengaja bagi biji benih dalam perut makan banyak-banyak. Ah, alasan semata-mata! Haha.


Akhirnya, kitaorang berdua pulang ke jalan kebenaran ---> Balik rumah, haha! Apa-apa pun terima kasih ibu biji benih belanja saya tengok wayang dan makan sedap-sedap. Lain kali saya datang singgah lagi ya, ibu biji benih. Hahaha!


 Okey, berakhirlah entri ini dengan ucapan terima kasih mengunjungi blog saya :)


Bye! Assalamualaikum :)


Post a Comment