20 April 2012

BICARA BERBLOG TANPA PAKSAAN :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai saudara kacak dan saudari cantik ----> Pengunjung blog saya :)
Terima kasih sebab masih sudi singgah blog buruk saya ni..




Rasanya dah berhari-hari aku tak jejak 'kaki' ke blog ni..
Maklumlah sentiasa sibuk dengan kerjaya - PELAJAR
 Adakah itu dipanggil sebagai kerjaya jugak ke? Haha!
Adatlah jadi studentkan?
Sibuk dengan kelas dan assisgnment yang melampau-lampau..


Erm, sebenarnya aku nak luahkan pendapat termasuk luahan perasaan..
Eh, ini bukan luahan perasaan cinta ke apa..
Kalau nak sebut pasal cinta-cinta, cari tempat lain..
Tak pun sila taip ON CINTA BLA BLA dan hantar 33229.. Hahaha!
* Maaf ini bukan siaran televisyen berbayar, hehe


Jom borak-borak tentang BLOG
Apa itu BLOG?



Kalau tak tahu sila tanya Encik Google atau Cik Yahoo..
Diaorang pelajar terbaik dalam segala hal..
Tapi tak adalah dapat sijil penghargaan dekan universiti..
Heheh...


Sebenarnya, aku nak bercerita tentang BLOG.
Bukan nak bercerita mengumpat, mengutuk, menyindir dan menghina orang..
Faham tak sayang? :)


Aku tahu segelintir orang memandang sinis dengan aku..
Sinis dengan sifat menghormati hak orang lain..
Tidak berfikiran matang dan rasional..
Paling penting ukiran senyuman itu tidak ikhlas..


Hello sayang!
Jangan ingat aku tak tahulah!
Kau nak kutuk aku semata-mata BLOG?
Ia sangat memalukan sebab kau tidak menghormati pendirian orang lain.


Sayang,
Aku berblog semata-mata kepuasan diri..
Bercerita dan berkongsi tentang kehidupan aku..
Berkisahkan pengalaman, pengalaman dan pengalaman..
Ya, berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca blog buruk aku ni..


Sayang, 
Kalau kau rasa aku menulis blog semata-mata -
Mengumpat, menghina, mengutuk, mengeji dan menyindir orang begitu?
Maaf, itu bukan aku sayang!
Aku bukan manusia yang bersikap begitu.
Aku manusia yang menghormati hak dan pendirian orang..


Sayang yang suka memandangku sinis,
Aku berblog bukanlah semata-mata nak menarik perhatian orang..
Tak adalah pula aku nak menjadikan blog aku sebagai idola blogger lain..
Tak ada maknanya jugak aku berblog sebab nak jadi blogger terkenal..
Tak perlu sampai keturunan aku semua blogger..
Jangan risau, aku hanya blogger yang sunyi sepi dalam dunia blog aku je :)


Beginilah sayangku,
Kalau kau sudi nak membaca blog aku..
Bacalah sampai nak termuntah darah ke muka bengkak-bengkak ke..
Aku tak kisah..
Malah aku berterima kasih dan sangat menghargai kesudian itu :)

Cuma..
Aku kisah kalau kau tengok dan baca blog aku sebab 
Nak MENGUTUK, MENYINDIR, MENGHINA...
Ya, silakan berambus dari menjejaki blog usang aku..
Aku tak PERNAH MEMAKSA orang membaca blog aku..
Itu terpulang kepada individu nak membaca atau tidak..

Paling penting kau perlu tahu sayang,
Aku tak suka memaksa dan mendesak orang okey!
Kalau setakat nak hina, memerli dan mengutuk aku kerana blog,
Kau patut malu dengan diri kau..
Kau sendiri belum tentu berjaya berblog dengan baik..
Nak tahu sebab apa?
Sebab permulaan pun kau dah kutuk dan hina orang berblog..
Maaflah, kau gagal dalam adab menghormati orang!
* Emosi terlampau sebab geram :(

Siapa tak sentap kalau orang memandang sinis dengan pendirian kita
Bagi aku, masing-masing punya hak tersendiri.
Lebih dan kurang itu kita terima seadanya..
Tidak perlu kita kumpul dosa banyak-banyak..
Lainlah pahala kita dah bertimbun melampau..
Bolehlah jugak nak kutuk orang sesuka hati..

TOLONG JANGAN BIADAP YA SAYANGKU :)

Okey, senyum (^___^)
Puas hati dapat lepaskan apa yang terpendam..
Sudah, hidup mesti cool! 

Opps, sebelum aku nak stop menulis..
Buat pengunjung blog tersayang,
Kalau korang ada masa terluang sila-silalah menjenguk blog terbaru :


Ini blog terbaru yang aku buat..
Rajinkan aku? Haha
Tak adalah ini sebahagian tugasan aku sebagai
Pengurusan Publisti dalam Produksi Bangsawan Seri Teri Buana.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal blog,
bolehlah singgah cuci mata ya :)


* Aku berbaju dan seluar putih *

Okey,
Nanti kalau terlebih-lebih rajin,
Sila klik dua video trailer Bangsawan Seri Teri Buana 
Sebagai pengenalan 'cerita' produksi kami :)





Apa-apa pun terima kasih kerana mengunjung blog saya.
Sayang kalian banyak-banyak...
Muaaxxhhhhh!!!! :)


Note : Rindu si kecil manis - Aina Afiqah ( Sepupu terbongsu dan termuda)



Post a Comment