07 March 2012

GUA MEMANG KAK YONG KL!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung tersayang..
Kali ni tangan menggatal nak pot pet di blog tersayang..

Mesti korang cakap aku gangsterkan?
 Entah apa-apa la tajuk "GUA MEMANG KAK YONG KL!".. 
Motif kau nak pose macam tu? Haha..

Oiittt, rilex.. Cool! 

Saja nak kasi gempak sikit padahal tak ada apa-apa pun, haha.. Meh sini nak terangkan visi dan misi tajuk entri terbaru ni,hehe.. Sebenarnya, aku sengaja gedik-gedik buka folder gambar zaman muda mudi dulu.. Lepas tu gambar dewasa pulak, ewah... Syok sendiri! Hahaha..

Okey, aku baru perasan muka dan fizikal aku dari dulu dan sekarang berbeza.. Agak laaa..

Tengok punya tengok aduiiii..
Rindu pulak zaman muda mudi pulak..

Kenapa? 
Meh sama-sama tengok aku yang dulu dan sekarang..

*Pesanan penaja ini bukan iklan kuruskan badan.. Hehehe :p

Mari-mari cuci mata tengok perubahan muka aku yang cengkung tiba-tiba berisi..




MUDA-MUDI  (2007-2009)



Tengok, time ni muka aku cengkung tak ada isi yang membulat kat muka.. Nasib baik la botox haram kalau tak dah lama tak pergi cucuk.. Eh tipu ajelah.. Kau gila aku nak ubah anugerah Allah? Tak akan! Bersyukurlah kepadaNYA, Alhamdulillah.. :)


SEMESTER 1 - ASWARA (PERTENGAHAN 2010)


Aku sengaja letak gambar macam tu.. Rindu pulak nak tengok body sedang-sedang dulu-dulu.. Sekarang? Kau mimpi ajelah! Haha.. Time ni aku masih lagi 'kecil' bak kata kawan aku la yer.. Pakai apa pun semua senang hati sebab berat aku tak berubah lagi.. Bentuk muka pun tak berubah sangat..


SEMESTER 2 - ASWARA (AWAL 2011)


Okey, bentuk muka aku tak berubah lagi.. Entah, semester time ni muka aku agak 'kurus' dan cengkung.. Tak tahulah kenapa.. Mungkin sebab duduk asrama agaknya.. Kat asrama mana boleh masak.. Nak beli makanan kat cafe malas sebab leceh naik turun tangga.. Pemalas gilakan? Haha.. Sebenarnya semester ni terlalu sibuk mengejar buat assignment, banyak kot.. Arghhh, alasan semata-mata! Hahaha :p


SEMESTER 3 - ASWARA (PERTENGAHAN 2011)


Tengok, semakin berubah bentuk muka aku.. Macam ada biji bola ping pong tersembunyi dalam pipi aku.. Aku hairan macam mana la boleh berubah dengan mendadak.. Sesuka hati aje nak ubah size muka.. Tak apa, bagi aku lebih berseri ada pipi tembam ni sebab aku suka sangat.. Ada la juga serinya bila nak senyum.. Sebenarnya, rahsianya ialah sejak aku duduk di rumah sewa semua makanan aku belasah.. Maklum la nak makan apa je semua boleh masak dengan hati yang riang.. Aku pun mula dah nampak bakat aku untuk menyertai keluarga BERISI.. Tak apa, wa tak kisah.. Janji suka! Hehe




SEMESTER 4 - ASWARA (AWAL 2011)



Jeng jeng jeng.. Semakin berisi dan tembam! Haha.. Aku pun tak tahu kenapa semuanya berubah mendadak.. Adakah aku bahagia dan gembira? Entahlah.. Nak kata gembira pun tak jugak.. Ada jugak masalah hidup menganggu, serabut nak fikir pasal assignment lagi dan macam-macam lagi la..

Aku balik kampung bercuti semua saudara mara dan kawan-kawan aku terpesona dan kagum melihat aku..
Eh bukan melihat kecantikan sebab kita ni biasa-biasa je awak.. Kita ni tak mampu nak cantik segala bagai sebab kita bukan artis, haha..Yang cantiknya Lisa Surihani.. Itu yang Yusry jatuh cinta,auwwww!

Sebenarnya diaorang terkejut tengok aku makin berisi dan chubby.. Diaorang ingat aku tengah bahagia berkasih sayang dengan anak teruna orang.. Adoii... Tak adalah.. I'm single okey.. Malas nak layan cinta-cintun.. Fokus study dulu baru boleh gatal nak bercinta..

Ada jugak yang bertanya sedap sangat ke makanan Kuala Lumpur? Haha.. Terpulang kepada individu menilainya.. Cewah, skema pulak ayat aku.. Apa-apa pun makanan kampung dan bandar ada keistimewaannya tersendiri..

Senang ceritalah, walau sesukar mana sedih, kecewa dan pedih sekalipun kita tak boleh menyeksa diri sendiri.. Aku pun kadang-kadang tension memikirkan kehidupan tapi aku tabahkan hati aku.. Buat apa nak sedih-sedih sampai tubuh kau kurus kering.. Nasib baik tengkorak tak ajak kau kahwin dengan dia sebab tinggal tulang aje..

Tak payah nak seksa diri macam tu..

Aku percaya kesedihan dan kekecewaan yang kita alami sebenarnya Allah sedang mengumpulkan kegembiraan dan kebahagiaan kelak.. Mungkin bukan sekarang tetapi akan datang.. Siapa tahukan?

So, lepas ni hidup mesti diteruskan sebab kita pasti berjaya dengan kegigihan dan ketabahan kita.. Lepas ni misi aku kena kurangkan makan sebab dan berisi sangat, haha.. Dulu berat aku hanya 52kg - 56kg.. Tapi bila dah dewasa makin melebih la pulak dia.. Kadang-kadang gembira sangat tak boleh jugak sebab tengoklah kesannya, hehe..

Apa-apa pun, GUA MEMANG KAK YONG DI KUALA LUMPUR sebab zaman kegemilangan berat badan aku berubah naik dengan jayanya! Hahaha...

p/s : Melayan lagu-lagu tradisional Terengganu sambil menulis entri baru.. Ohhh Ulik Mayang! Terima kasih kerana mengunjungi blog saya :)