10 January 2012

SELAMAT KEMBALI BERSUKA DUKA



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog tersayang dan tercinta..
Moga-moga kalian terus kacak dan cantik berseri selalu :)

Pagi-pagi dah celik mata..
Lihat dunia Kuala Lumpur menerjah kembali..


Ya, selamat kembali pulang ke Kuala Lumpur..

Selamat kembali untuk :

Meneruskan pelajaran di ASWARA untuk semester 4..
Semoga saya tabah dan sabar menghadapi kesibukan dan tekanan belajar..
Mencelik mata untuk bersengkang berperang dengan tugasan berlambak..
*Moga pensyarah bagi sedikit saja assignment ya, hehe :p

Hidup berdikari tanpa bergantung dengan keluarga..
Tidak boleh terlalu bergantung dengan orang lain..
Harus berdikari sebaik mungkin walaupun hampir tersungkur sekalipun
Harus tidak lupa asal usul sebenar ---> Saya budak kampung..
* Terbayang wajah keluarga tercinta di Terengganu :)

Bijak menguruskan kewangan..
Hal paling penting untuk hidup di Kuala Lumpur..
Mengutamakan makan dan minum ---> Asas kehidupan..
Tidak boros membeli perkara yang  tidak sepatutnya..
Menyediakan duit untuk hal print dan fotostaf segala tugasan..
Mengasingkan duit pergi dan balik ke mana jua tempat dengan betul..

Sentiasa tabah dan sabar dalam apa jua ujian..
Karenah orang sekeliling itu cabaran..
Moga saya mampu terus bertahan..
Suka dan duka itu perkara asas dalam kehidupan..
Gelak tawa dan tangisan itu 'makanan' wajib..
Moga saya terus tabah, tabah, tabah...

Bergambar dan terus bergambar..
Latar tempat paling penting ialah dalam kereta..
Perjalanan ke ASWARA sebagai hobi lapang bergambar :p

Bijak dan matang menghadapi segala-galanya..
Jiwa lain-lain tidak sama..
Apa yang ada ialah niat baik atau buruk..
Ikhlas, jujur dan setia sentiasa diutamakan..
Kepura-puraan, busuk hati, fitnah dan umpatan harus dijauhi..
Moga-moga saya sentiasa mencari segala kebaikan untuk jiwa saya, Amin..

Doa saya di Kuala Lumpur...

Moga-moga semuanya baik walaupun kesakitan dan keperitan sentiasa menghujani..
Jika saya gembira dan bahagia maka Alhamdulillah syukur kepadaNYA..
Jika saya berduka dan sedih maka saya meminta petunjuk dariNYA..
Saya tidak mampu untuk menjadi bunga matahari bersinar untuk insan tersayang..
Saya berharap saya dapat menjadi sang bulan yang masih menyinari untuk mereka tersayang..


Ya, selamat kembali bersuka duka di Kuala Lumpur!

Post a Comment