25 January 2012

MAKAN-MAKAN SAMPAI PERUT SENAK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung yang cantik dan kacak segala bagai :)

Sekali lagi nak update blog dengan pot pet merepek macam biasa la. Siapa yang sanggup melayan pot pet aku ni terima kasih banyak-banyak.Hehe.

BALIK KAMPUNG DENGAN JALAN JEM

Okey, hari Sabtu lepas aku balik kampung dengan Kak Long, Abang Dee (Abang Ipar) & Fati nak balik Terengganu dari Kuala Lumpur. Selamat tinggal Kuala Lumpur! Perjalanan balik sungguh mencabar sebab jalan jem teruk punya sampaikan kitaorang terpaksa makan 2 in 1.. Maksudnya breakfast + lunch = Breaklunch pukul 12 tengah hari. Lapar sangat-sangat!

Nasib baik la ada si comel kesayangan menghiburkan hati aku.

Sugar Glider :- Leman Sangkar



~ Leman berebut telefon dengan aku. Gigit-menggigit aje kerja kau Leman! ~


~ Berjaya snap gambar dengan Leman walaupun dia memberontak nak melompat sana sini ~



~ Leman tengah main kenyit mata sebab mata dia bulat dan besar ~

Rindu sangat dengan budak kecil ni. Aku asyik main dengan dia saja dan tanganku jadi mangsa gigitan si Leman. Ooppss, ini bukan keganasan tetapi normal sebab Leman suka menikus. So, layan je la Leman yang berekor panjang ni.



~ Jeng jeng jeng.. Leman dah tidur, leganya ~


~ Tidur kat tangan aku pun jadi la.. Lena betul walaupun asyik kena cium dengan aku je,hehe ~



~ Bergambar dengan jayanya. Dah macam mainan pulak si Leman ni, kihkih ~

Main-main punya sampai dia penat dan si Leman ni pun terlelaplah setelah aku berjaya mendodoikan dia. Comel sangat-sangat sebab dodoikan macam baby. Sayang kau Leman walaupun mata kau besar dan bulat! Hehe.. 

Akhirnya sampai juga di Terengganu pukul 7 petang walaupun bertolak pukul 9 pagi. Penatnya!!!


AGENDA MAKAN BANYAK-BANYAK



~ Pinjam dari Encik Google dan keluarga, hehe ~

Okey, kita berubah ke latar baru pulak ye. Hari berlalu dan tibalah hari Isnin. Pagi-pagi dah kecoh satu rumah buat kuih tiram dengan Kak Tih dan Adik Maa. Walaupun mata asyik nak tertutup aku tahan je melayan kuih Tiram ni. Sorrylah aku terlupa nak snap gambar detik manis bersama kuih Tiram. Next time okey :)

Lepas tu aku dan sekeluarga terbang ke Machang bersama rombongan saudara mara lain. Agenda kami ialah nak pergi mencuri anak orang! Haha.. Tak adalah.. Kitaorang nak pergi meminang dan melangsungkan pertunangan sepupu kitaorang.. Okey, aku tak snap gambar sebab aku malas, hehe. Sekali lagi, next time okey :)

Majlis pun berakhir dengan jayanya dan paling best makanan semuanya dicop dengan cap ibu jari - BAGUS dan SEDAP! Aku ingat nak jugak melantak banyak-banyak tapi tak boleh. Ada agenda lain pulak, hehe. Selepas itu, aku dan sekeluarga cabut lari terbang ke Pizza Hut, Kok Lanas, Kelantan. 

Agenda yang paling dinanti-nantikan, hehe.

Apa lagi, masuk dan cari tempat duduk. Order sudah dan menunggu hidangan masuk ke dalam perut je. Korang tengoklah aksi kitaorang di bawah kalau rajin, hehe.


~ Inilah tauke yang nak belanja makan.. Hehe ~


~ Beliau ialah permaisuri tauke kaya tadi.. Ini emak akulah :) ~


~ Emak & Kak Tih yang menunggu ketibaan makanan dan sekeluarga dari kakak Pizza ~


~ Adik Maa yang teruja nak membelasah pizza dengan sebaik mungkin, hehe ~


~ Semangat membara ingin membelasah makanan walaupun berbaju kurung ~


~ Ayah, Cik Dam berjaya melicinkan keturunan sup lenyap masuk ke dalam perut.. Hoyeeee! ~

Kali pertama akak Pizza Hut hantar makanan terjatuhlah salah satu pizza di atas lantai. Kesian pulak aku tengok sebab dia bawak banyak makanan. Serba salah akak tu dan kitaorang tak marah pun. Kata nak enjoy so kenalah ceriakan..


Kali kedua akak tu hantar pizza dan air Mak aku pula tertumpah. Tak apa, senyum lagi. Akak tu gelabah lagi tapi kitaorang tak marah pun. Aku kesian ada la sebab nampak muka akak tu penat je. Sabarlah ye kak. Balik makan pil suplemen banyak-banyak :)



~ Ececeh.. Makan bertentang.. Main jeling-menjeling mata la tuuuu.. Sweetnya you berdua, auwww! ~


~ Silalah makan sampai perut kau buncit macam belon besar, hehe ~



~ Seronok dan indahnya dapat menikmati makanan bersama keluarga tersayang ~



~ Aku order Iced Coffee.. Entah tak berapa nak serasi dengan lidah.. Kurang kaw katanya :( ~


~ Akhirnya, terlentok kekenyangan.. 
Sempat lagi aku main gosok-gosok perut ayah macam ahli sihir pulak, haha ~

Akhirnya berjaya jugak makan sebab yang nak makan pizza ialah aku. Kitaorang belasah makanan dengan sepuas hati nak-nak aku, haha (ketawa macam gergasi, burukkan? :p). Sebenarnya,  satu keluarga kena setuju sebab sebelum aku nak balik Kuala Lumpur aku nak makan puas-puas. 

Terima kasih Mak & Ayah.


TERBANG KE KUALA LUMPUR BERSAMA PERDANA

Pukul 9.26 malam. Malam itu jugak aku kena bersiap balik ke Kuala Lumpur gara-gara tiket sudah habis. Padan muka aku sebab cuai tak beli tiket awal-awal. Lap air mata sikit sebab kecewa dengan prestasi diri sendiri, haha.

Sempat lagi aku merengek nak emak hantarkan walaupun Kak Long dan Abang Dee nak hantar ke stesen bas. Biarlah, kitakan anak mak :). 

Naik la bas Perdana walaupun teringatkan bas kesayangan, Sani Ekpress. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan di atas bas semuanya baik-baik dan selesa! 

Sampailah di KL pada pukul 5 pagi. Terima kasih Edd Luigi sebab datang ambil. Sayang kamu! :)


SAKIT PERUT SAMPAI SENAK!



Balik rumah sambung tidur dan tiba-tiba sakit perut. Aku ingatkan mimpi tak tak. Sakit perut sangat-sangat! Seharian aku sakit perut dan berulang alik ke tandas. Kalau ada eskulator kan bagus. Tak payah aku jalan banyak kali, huhu.

Rupa-rupanya aku sakit perut sebab makan pizza. Sebenarnya perut aku ni sensitif. Tak boleh makan masam dan pedas. Tengok, perut aku dah menangis sakit-sakit. Kesian perut aku termasuk aku sendiri, huhu. Sudah empat biji ubat aku makan tapi still sakit-sakit. Dah la tekak aku ni asyik nak termuntah je tapi aku tahan. Aku tak suka muntah! 

Sekarang ni (tengah menulis)  aku sakit perut lagi. Senak sangat-sangat terasa kehilangan tenaga yang banyak. Kalau terjumpa power rangers ingat nak top up sikit kuasa tenaga diaorang, kihkih.. 


PERLU KE PERTIKAIKAN?

Aku tak kisah la kalau aku ni perempuan malang yang tak suka makan pedas dan masam. Ada aku kisah? Perut aku bukannya perut kau yang semua benda boleh sumbat. 

Paling aku menyampah kalau orang persoalkan makanan yang aku makan. Nak-nak time makan. 

Cerewetlah you..Memilih sangatlah..



So, motif kau??? -____-

Kau memang suka musnahkan mood aku time makan!  Aku bukanlah nak mengada-ngada sambil merengek segala bagai tapi itulah hakikatnya.

Tengoklah, aku makan masam sikit dah sakit perut dan cirit-birit segala bagai. Ingat aku suka ke sakit macam tu? Perut aku memang sensitif dan yang rasa kesakitan tu ialah aku. Sakit tak boleh dikongsi bersama sebab tu aku kena berpantang makan. 

Tak boleh makan pedas dan masam

Aku harap hormatilah hal orang lain walaupun tak sama sependapat kau. Lepas ni aku nak sumbat perut aku dengan ubat lagi. Sakit perutlah weh! 

Apa-apa pun terima kasih ayah sebab telefon risaukan kesihatan aku yang sakit perut. Ayah pun sama jaga kesihatan juga. Kak Chik sayang Ayah (Tiba-tiba emosi teringatkan ayah)..


~ Bersama Nad dan Asean..
Muka aku yang penuh kepura-puraan ceria padahal tengah tenat menahan kesakitan akibat ahli sihir cirit-birit ~


Sakit perut lagi. Bye! 

Post a Comment