04 January 2012

ASWARA & RESULT OH RESULTKU!

Assalamualaikum buat pengunjung blog yang cantik dan kacak segala bagai..



Aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU  buat semua..
Mesti korang nak kutuk aku sebab aku dah terlambat ucapkan?
 Ada aku kisah? Hahaha...

Oh ya, bercakap pasal azam ni..
Banyak benda nak buat tapi..
Tengoklah macam mana..
Kalau tangga tu tak tinggi sangat..
Harap-harapnya bolehlah tercapai dengan usaha yang gigih :)

Sebenarnya, aku tak sempat nak update blog ni sebab dilanda kesibukan..
Mak dan Adik pergi sekolah..
Ayah dan Kak Tih pergi kerja..


Tinggallah aku keseorangan di rumah..
Lepas tu aku jadi 'suri rumah' tak bertauliah buat kerja rumah
walaupun tak kahwin lagi..
* Tiba-tiba mood gatal sebut pasal kahwin, haha!


Bermula kesibukanku apabila waktu petang menjelma...

Aku jadi driver ambil adik kat sekolah (Tension jalan jem!)
Lepas tu pergi ambil ayah kat tempat kerja..
 Lepas tu jadi timbalan posmen teman ayah hantar surat untuk hal office dia..
Lepas tu pergi ambil Kak Tih pulak kat tempat kerja..
 Sebenarnya akulah driver diaorang, huh! :p

Sekarang, aku nak pot pet dua perkara penting..
Baik dan buruk..


BENDA BAIK ----> DAFTAR SEMESTER 4



Hah korang nampak benda kat atas tu? 
Aku dah dapat surat dari ASWARA..
Hoho, gembira, seronok dan teruja datang kembali..

Alhamdulillah, aku berjaya meneruskan pelajaran ke semester 4..
Ish, macam tak percaya aku dah sampai tahap ni..
Dulu bila sebut ASWARA macam angan-angan dalam mimpi je..
*Maklumlah akukan budak sekolah agama dulu :p

Syukur sangat-sangat kerana Allah memurahkan rezeki untuk aku..
So, aku akan daftar di ASWARA pada 8.1.12 (Ahad)
Wah, dah tak lama lagi aku kena terbang ke KL..
Sedihnya nak tinggalkan segala-galanya di Terengganu :(


BENDA BURUK ----> RESULT OH RESULT


Baru nak tulis mood sedih menguasai diri..
Ish, semua ni gara-gara result punya pasal..
*Motif nak salahkan result? Sengalkan? Hehe..
Okeylah, aku nak bercakap pasal result aku semester 3..

Punyalah tunggu lama result ASWARA nak keluar..
Akhirnya keluar jugak dengan jayanya..
Apa lagi teruslah bukak portal pelajar ASWARA..
Tekan di 'Keputusan Peperiksaan' dan jeng jeng jeng...

*
*
*

3.31


Itu saja nombornya.. 
Okey, sedih dan kecewa!




Arrgh, keputusan yang tidak berapa cemerlang..
Bukan kerana sedikit sahaja tetapi kerana mengalami masalah teknikal
TURUN!

Semester lepas dapatlah jugak aku kutip lebih..
3.48.. 

Bila tengok result terbaru ni sangat kecewa.. 
Aku bukan apa berharap sangat result semester ni dalam keadaan baik-baik..
Yelah, semester 3 ialah semester paling sibuk yang teramat.



Sibuk dengan Bangsawanlah.. Assignment berlambaklah..
Ada la 3 skrip kena buat ,
buat kajian teori dan psikologi (subjek tersangatlah mencabar ), 
Menulis lirik (Okey, aku tak minat subjek ni)
dan macam-macam lagi..

Aku tak mengharapkan aku dapat anugerah Dekan..
Aku tak kejar benda tu.. Kalau kejar pun dalam mimpi ajelah..
Faham tak? Hehe..
Aku hanya mengharapkan keputusan result aku yang baik-baik..
Aku nak yang berkualiti dan bermutu tinggi untuk masa depan aku kelak..
Ceh, macam cop SIRIM pulak.. Hehe..





Apa-apa pun aku ucapkan tahniah buat teman seperjuangan aku..
Siapa yang dapat result tinggi dan terbaik..
Dapat Anugerah Dekan dan Anugerah Pelajar Terbaik..
Tahniah, aku bangga dengan korang! :)

Aku ucapkan 'takziah' la buat teman seperjuangan aku termasuklah aku sekali..
Iyalah, result turun...
Semestinya sedih dan kecewa..
Aku terkejut sebab segelintir kawan aku semua dapat pointer mengejutkan..
Maksud aku turun mendadak dengan jayanya..
Tak apa, tiada rezeki agaknya..

Tiba-tiba..



Aku rasa beruntung dan bersyukur kepada Allah..
Allah masih lagi memberikan rezeki lagi untuk aku..

Dapat pointer 3. 31 itu sudah baik-baik jugakan?
* Sila anggukkan kepala kononnya menjaga perasaan aku, hehe :p
Berbanding kawan-kawan aku yang jauh dari pointer aku..
Aku masih mampu lagi mengukir senyuman berbanding mereka..

Ya, aku masih keberuntungan..
Cuma memerlukan usaha dan semangat yang lebih kuat lagi..
Insya Allah, aku akan buat yang terbaik untuk semester 4..
Doakan kejayaan aku.. Amin..

NOTA 
Rindu nak jumpa kawan-kawan dan pensyarah di ASWARA :)

Post a Comment