29 December 2011

SERONOKNYA MENGUMPAT!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang cantik dan kacak bergaya (^___^)


Korang pernah tak mengumpat? 

TAK PERNAH?

Ish, tipu! Tak baik..
 Kadang-kadangkan memang kita tak nak mengumpat..
 Tapikan sebenarnya kita memang termengumpat jugak..

Mengumpat ada dua jenis.. 
Pertama, mengumpat perkara yang baik-baik dan elok.. 
Kedua, mengumpat keburukan nak-nak lagi aibkan orang lain..
 Ish ish, mintak dijauhkanlah..

Mulut memang susah nak ditutupkan? 

Korang nak contoh dia tak?

 Meh aku nak mengumpat dengan korang memandangkan aku telah dijadikan bahan umpatan mahkluk asing
 ----> Orang yang tak berkaitan dan tak terlibat dalam hidup aku.

Kisahnya macam ni...

Aku pergi ke sebuah pasar raya dan nak cari barang sikit.. So, aku pun jalan menuju je tingkat dua.. Masa aku nak cari barang tu ada la tiga orang penjual (Inilah makhluk asingnya, huh!) sedang bergosip.. Mentang-mentanglah tak ada pelanggan bolehlah nak goyang kaki.. Bajet bos pulak korang ye.. Potong gaji kang baru tahu..

Masa aku tengah ala-ala buat catwalk lalu lintas depan diorang aku terdengar la ayat yang kurang enak.. Si makhluk asing berbangsa Cina ni mengumpat pasal aku dengan 2 orang lagi geng dia entah apa-apa.. Bunyinya macam ni..

"Yang ni muka garang sangatlah!"

Lepas tu dengar sokongan suara sumbang konon-konon bawak sepanduk sekali.. Boleh pulak buat gelak-galak pulak..Amboi.....!!!

Korang tahu tak aku yang tengah jalan tu terdengar.. Owhh, mengumpat aku yer.. Aku mestilah bengang.. Motif kau nak kutuk aku segala bagai.. Nak bertegur pun tak pernah.. Ini nak lebih-lebih nak buat ujikaji muka aku..

Aku pun berhenti mengejut sambil berpura-pura tengok pakaian yang berdekatan dengan diaorang.. Diaorang terus senyap.. Dah tak ada suara sumbang lagi..  Aku pun apa lagi pusing dan pandang belakang terus jeling tajam memang nak belasah orang ke arah ketiga-tiga makhluk asing..

Owwh, kata aku garang ya.. Ni aku tunjuk muka yang 'manis' biar korang ingat sampai bila-bila kalau aku datang lagi.. Lepas tu si mahkluk asing Cina ni terkejut beruk sebab aku pandang dia lama-lama.. Apa lagi terus dia lari ke rak pakaian lain.. Dua makhluk asing lagi pun sama.. Cabut lari tanpa cakap apa-apa..

Nasib baik sempat diaorang cabut lari kalau tak memang aku nak patah balik.. Tahulah aku nak buat apa.. Aku ni jenis muka tak malu kalau bab nak 'belasah' orang.. Nak-nak lagi orang yang tak reti hormat orang lain.. Memang 'makanan' aku.. Kurang ajar sangat mengumpat dan mengutuk pelanggan tak boleh jugak.. Kalau nak mengumpat  pun tunggulah aku balik rumah sambil basuh baju ke.. Okey jugakkan?

Aku pun pergi ke kaunter bayaran. Si makhluk asing Cina tu tersengih-sengih pandang aku, gabra la tu.. Aku rasa nak tenyeh-tenyeh je muka dan mulut dia yang cabul tu.. Aku jeling je.. Nasib baik mood aku okey boleh dikontrol.. Kalau tak kat situ jugak aku sembur habis-habisan.

Masa nak blah aku sempat jeling tajam dua makhluk asing yang duk jauh-jauh dari kaunter bayaran.. Bersembunyi agaknya sebab kepala diaorang terjenguk-jenguk mengintai.. Lepas tu aku keluar dari situ dan niat aku satu je., Kalau mahkluk asing bertiga sambung balik mengumpat pasal aku memang aku tak redha.. 

Aku tak redha sebab aku tak kenal diaorang dan aku tak pernah nak kutuk diaorang.. Aku bukan jenis orang suka mengumpat orang lain yang baru kau tengok lalu depan kau.. Sorry, itu bukan aku!

Motifnya ---> Walaupun siapa kita janganlah kita nak buat kesimpulan yang bukan-bukan terhadap orang lain.. Luaran nampak lain.. Dalaman nampak lain.. So, nak mengumpat tu tengoklah keadaan jugak.. Kalau tak  nahaslah kau kena belasah dengan orang lain.. Hati-hati bila berbicara.. Bye :)

Post a Comment