22 December 2011

CINTA SAYA SELAMANYA :)

Assalamualaikum.. Hye korang.. Korang tengah buat apa? 
Adakah korang sedang melakukan aksi-aksi yang sedemikian?

*
*
*



- Bergosip dengan jiran sebelah ke pasal trend tudung sekarang? Alah dulu selendang jadi trend sekarang tudung bawal 2 tone pulak nak dibelit sana sini.. Lantaklah.. Janji bakal mak mentua tengok terus terpikat sebab tudung bukan korang, hahah.. Credit to : http://be-elegant.blogspot.com



- Tengah merenung masa depan kaum lelaki gara-gara perkahwinan seorang rakyat lelaki Malaysia sesama kaum sendiri : GAY.. Ish ish ish.. Entah apa-apa je Perkahwinan Ariff Alfian Rosli & Jonathan di Dublin.. Lebih nak buat jantung nak terkeluar bila : Gay Melayu Pertama Kahwin, auwww!



- Mencuci mata tengok gambar Datuk Siti Nurhaliza yang cun sangat jadi kembar  Madonna untuk majalah GLAM? Kagum tengok cover Dato Siti Nurhaliza yang begitu hebat :) 

*
*
*

Okey, kalau korang tak buat aksi-aksi sedemikian korang boleh meneruskan mengadap entri terbaru aku ni, haha. Itu aje sebenarnya, tak ada motif pun.. Hehe.. 

Jom kita terus pot pet pasal tentang diri kita sendiri.. Eh bukan diri kita tapi pasal aku sendiri la sebab inikan blog aku.. Haha.. Pernah tak korang terfikir tentang diri korang bersama sesuatu benda dari kecil sampailah dewasa.. Mesti adakan? Kan? Kan?

Setelah lama aku termenung rupanya barulah aku tahu ada beberapa benda yang masih melekat dengan diri aku dari kecil sampailah besar.. Jeng jeng jeng :-------)



TIDUR

Tidur? Apa itu tidur? Adakah ia sejenis rumpai laut yang berwarna-warni? Oh tidak, salah.. Haha.. Semua orang tahu apa itu tidurkan? Tidur ialah apabila kita melelapkan mata dan bunyi 'krooohhhh' atau 'ZZZzzzz'  yang bermakna kita sudah tidur, hahaha!  Memang aku akui tidur memang sesuatu yang cukup indah dan mengasyikkan.. Betul sebab masa kita tidur macam-macam kita boleh jumpa.. Maksud aku, kita bermimpi.. Tak kisahlah mimpi baik atau buruk janji kita tidur.. Seronoknya kalau bercakap pasal tidur.. 


Kalau sekolah dulu akulah paling liat nak bangun tidur dalam keluarga aku.. Ya, sampai sekarang TIDUR itu ialah aku.. Aku ialah TIDUR.. Aku memang suka tidur tapi kalau dalam kelas mengantuk macam mana sekalipun aku tetap bertahan.. Sekurang-kurangnya aku menghormati guru dan pensyarah.. Hah, satu lagi port yang paling syok aku suka tidur bila naik kereta.. Jangan terkejut sebab tak sampai setengah jam aku dah tidur.. Nak lebih syok lagi bila cuaca panas yang menyebabkan mata aku tertutup kerana mataku sepet, hikhik.. Aku suka tidur, yeaah! :)




AYAM 

Bila sebut ayam je mesti aku telan air liur banyak-banyak.. Ya, sekali lagi aku menguasai keadaan dan takhta dalam keluarga aku.. Aku suka makan ayam sebab isinya sangat empuk dan enak sekali.. Setiap gigitan makan ayam tu ibaratnya korang tengah bergembira ada jualan murah di Mid Valley, Pavillion dan sewaktu dengannya, hikhik..

Aku ni memang suka makan ayam.. Tak kisahlah apa-apa jenis masakan ayam mesti aku terkam dulu.. Gelojohkan? Hahaha. Aku rasa aku patut buat sijil penghargaan buat ayam-ayam di dunia ni sebab lemak dalam tubuh aku bersumberkan isi ayam, hehe.. Mesti ayam-ayam bangga dapat sijil penghargaan daripada aku.. Contohnya : 'Ikhlas daripada peminat ayam sedunia'.. Haha.. Dah-dah jangan nak merepek lagi.. Jadi, kalau aku balik kampung mesti ayam menjadi watak utama dalam hidangan makanan aku. I like it! :)




MILO

Pergghh, bila sebut milo je mesti aku sangat gembira dan teruja.. Senang cerita la kan, memang aku lagi yang menguasai keadaan dan takhta peminat setia Milo dalam keluarga aku.. Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh jatuh cinta dengan Milo.. Maybe sebab dia coklat dan dia bukan susu.. Okey, aku tak minum susu dan aku tak suka tentang susu.. Pergilah mana-mana pun milo memang watak utama juga dalam hidangan minuman aku..  

Adik aku selalu cemburu dengan aku gara-gara Milo.. Kalau aku tak ada kat rumah Mak aku jarang beli Milo.. Bila aku balik kampung je nah Mak aku belikan Milo yang paling besar untuk aku.. Hahaha.. Terima kasih, Mak! 

Mentang-mentanglah aku suka dan taksub sangat dengan Milo jadi aku sangat pentingkan kualiti air Milo mana-mana  kedai.. Semestinya  trademark aku bila order 'Milo ais kurang manis tapi kaw (pekat)'.. Kalau aku order tapi airnya tak kena citarasa dengan aku memang aku pulangkan balik.. Mesti korang nak cakap aku cerewetkan? 

Tak apa, aku memang cerewet sebab kita mesti la nak tekak dan perut kita rasa benda yang baik-baik.. Satu lagi, kita yang bayar jadi kau mintaklah apa-apa pun yang kau nak.. Kalau kau nak tipu aku pasal Milo memang salah orang.. Silap-silap haribulan kau pulak aku buat jadi Milo.. Sekejap lagi nak buat Milo, sedapnya! Yummmmy :)

*
*
*


Okey, aku malas dah nak pot pet banyak-banyak.. Sebelum tu aku nak mintak maaf la kalau entri aku ni agak kesengalan sebab dah lama sangat aku tak menulis kat blog ni.. Kalau korang yang tengah bengang dengan aku  sebab pasal entri ni sekalipun rilex-rilex lu.. Pergi layan Milo ais lagi sedap, hehe..  Apa-apa pun terima kasih sebab mengunjungi blog aku yang suka pot pet..

Note : Tengah terfikir kenapa 'Portal Pelajar ASWARA' tak dapat bukak.. Adakah result untuk semester 3 akan keluar tak lama lagi? Ya Allah, moga-moga result kali ini lebih baik dan terbaik.. Amin..

Post a Comment