29 December 2011

BIO-OIL : AGEN HILANGKAN PARUT :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang cantik dan kacak gituuu...

Hah, kali ini aku nak pot pet benda lain pulak.. Aku nak berkongsi pengalaman dengan korang terutamanya kaum wanita yang mengalami dilema masalah kerumitan dalam hal kecantikan, hehe.. Sebagai kaum wanita yang bertanggungjawab aku mestilah nak buat kebaikan dengan berkongsi pengetahuan apa yang aku tahu.. Setakat aku mampulah..


Tak payah tunggu lama-lama dan jom terjah terus.....

PENGALAMAN 

Mari aku imbas kembali kisah aku pada tahun 2009..Aku ni ikutkan dulu muka aku adalah anak beranak jerawat bertenggek kerana alergi kulit punya pasal.. Teruk woo! Lepas tu boleh pulak kesan jerawat tinggalkan tapak dia sesuka hati.. Benda yang paling anti oleh semua orang ---> PARUT!

Aku ni pantang betul kalau ada 'tapak' melekat di muka aku.. Maklumlah aku ni suka bergambar, haha! So, aku pun gigih la berusaha mengalahkan study nak hadapi SPM.. Cedok sana sini di internet aku terjumpa la produk BIO OIL..





Produk Bio-Oil bertindak sebagai pakar penjagaan kulit :

- Parut
- Bekas kulit teregang
- Penuaan kulit
- Kulit kering
- Ketidakseragaman warna kulit

Kelebihan dan keistimewaan Bio-Oil :

- Hasil yang terbukti secara klinikal
- Mempunyai Vitamin A & E
- Mengandungi minyak Kalendula, Lavender, Rosemar dan Kamomil
- Tidak berminyak apabila dipakai
 - Penyerapan yang bertindak cepat dan pantas
- Sesuai untuk kulit kering dan sensitif
- Tidak mempunyai bahan pengawet
- Senang dibawa ke mana-mana
- Aroma baunya yang menyegarkan
- HALAL


Time aku guna Bio-Oil memang hebat dan meletup la.. Sana sini kawan-kawan aku bercerita benda alah ni semata-mata nak hilangkan parut.. Aku pun belilah walaupun harganya mahal maklumlah akukan student.. 

Aku beli di Guardian dengan harganya RM32.90..Lepas tu apa lagi aku pakailah benda ni setiap hari.. Gigih betul aku pakai benda ni.. Siang malam aku pakai.. Time study, baca buku, tengok tv, dengar lagu ke apa semuanya mestilah melibatkan Bio-Oil.. 

CARA NAK GUNA BIO-OIL

Hah, benda ni jangan setakat kau pakai main letak lepas tu bersuka ria.. Tak boleh! Kalau korang nak dapatkan hasil yang memuaskan hati sangat-sangat kenalah ikut cara dia juga.. Kalau pakai benda ni aku mesti siap urut-urut muka aku.. Kalau boleh black head dan white head pun keluar sekali.. Betul, tak tipu.. So, rajin-rajinkanlah tangan korang buat spa di muka korang sendiri..

Aku pakai hampir 2 bulan lebih dan hasilnya sungguh memuaskan.. Kau boleh keluar bergembira dan ceria sebab parut dah hilang dan pudar.. Memang aku pakai Bio-Oil sampailah nak tamat riwayatnya.. Lebih bagus lagi aku pakai sebotol je, hehe..Hasilnya memang tak sia-sia sebab kerana kegigihan dan kesungguhan aku membanteras parut, hehe,..

PANTANG LARANG BIO-OIL

Ooppss, sebelum tu aku nak ingatkan nak pakai benda ni tak boleh letak sesuka hati.. Maksud aku, kalau muka korang yang tengah berlemak dengan jerawat.. Nak-nak yang tengah mengelegak nak tunggu masak TIDAK DIBENARKAN memakainya..

Kalau korang pakai jugak alamatnya memang makin berlemaklah keturunan anak beranak jerawat di muka korang.. Satu lagi TAK DIBENARKAN pakai kalau ada luka.. Kesannya semakin teruk luka tu..  

Buktinya, aku pernah sapu Bio-Oil di tempat yang baru nak bertapak jadi parut.. Masalahnya, aku pulak ada masalah alergi kulit atau ekzema.. Bila aku sapu makin teruk jadinya dan aku stop sapu..  Kepada yang alergi kulit jangan cari penyakit macam aku ya.. So, aku sapu di muka saja.

Memandangkan kejayaan aku menghilangkan parut dengan bantuan Bio-Oil aku mendapat perhatian daripada kawan-kawan dan kaum keluarga aku.. Semua duk sibuk interview kejayaan aku tu, haha.. Aku pun cadangkan diaorang pakai Bio-Oil..

TENTANG BIO-OIL

Lepas tu, semua sibuk duk tayang sambil pot pet pasal Bio-Oil.. Makin bertambah glamourlah Bio-Oil time tu.. Aku rasa pemilik syarikat Bio-Oil pun terus jadi jutawan sebab ramai pakai Bio-Oil, hehe.. Bio-Oil ada dua jenis iaitu satu yang kecil dan besar..


Kalau korang yang baru nak mula pakai try beli yang kecil dulu.. Jangan beli yang besar terus manalah tahu produk Bio-Oil tak sesuai dengan kulit korang.. Korang jugak yang rugi.. Kalau Bio-Oil okey dan bersesuaian dengan kulit korang silakan terus beli yang besar..

Produk Bio-Oil ni korang boleh beli di mana-mana tempat seperti Watsons, Guardian, farmasi dan sebagainya.. Aku harap pengalaman aku pakai benda alah ni dapat jadi info berguna untuk korang semua..

"Hidup Bio-Oil penghapus parut!" 


Post a Comment