08 November 2011

POT PET AGENDA PENTING MENJELANG HARI RAYA AIDIL ADHA


Assalamualaikum semua.. Aku singgah kat blog ni lagi.. Eh bukan singgah tapi mengupdatekan sekali blog ni dengan entri berwajah baru.. Nampak sangat blog ni sekali lagi terabai dengan jayanya, haha.. Jom, kita pot pet banyak-banyak sampai tak larat :)

Aku balik kampung hari Jumaat malam tu. Dugaan betul nak balik kampung. Hari Jumaat tu kawan-kawan aku, Nadiah Zaini orang pertama keluar dari rumah balik ke rumah saudara dia di Kuala Lumpur ni je. Orang kedua, Asean Iskandar yang bersemangat nak balik Pahang dengan geng Pahang dia jugak. Si Edd Luigi pulak tak balik kampung lagi sebab dia tengah meluangkan masa di ASWARA dulu. Edd ajak aku join dia sekali tapi aku tak nak. Nak lepak rumah je sebab balik kampung nanti mesti rindu rumah KL ni..

So, tinggallah aku keseorangan di rumah dari pagi sampailah malam. Perggh, sunyi dan sepi sangat kat rumah. Aku bukak tv kuat-kuat sebab aku ni bukanlah berani sangat pun. Kantoi, haha! Bosan gila sampai aku rasa nak menjerit  kuat-kuat biar bergegar rumah,hehe. Aku agaklah kalau si kura-kura, Shark Kiro boleh bercakap mesti dia maki hamun sebab aku buat bising. Tak pun, dia baling batu-batu comel dalam bekas dia sebab menyampah dengan kesengalan aku. Haha.

Pukul 9 malam lebih aku pun dapat bergembira dan ceria sebab teman serumah aku, Khaty balik rumah dari tempat kerja. Aku ajak la Khaty duk luar borak-borak dengan aku. Macam-macamlah kitaorang borak sambil tengok Anugerah Skrin (ASK) depan tv. Sempat lagi aku mengomen sakan tengok majlis tu.

*
*
*

Komen aku  pasal ASK antaranya ialah :

Pertama, pemilihan pengacara yang tak sesuai. Ally Iskandar tu memang dah tepat pemilihannya cuma Rozita Che Wan tu kurang sikit. Memanglah kali pertama Rozita Che Wan mengalas tanggungjawab besar jadi pengacara majlis yang meletup ni tapi aku rasa mungkin dia kena belajar jadi pengacara majlis yang kecil dan sederhana je. Eh dah macam IKS pula = Industri Kecil dan Sederhana, haha... Apa-apa pun percubaan yang baik buat Rozita Che Wan walaupun nampak dia kontrol dan kaku sikit. Tak kisahlah Rozita Che Wan janji kau meletup dan cantik macam anak patung! :)

Kedua, penggunaan iPad. Ish.. Ish.. Ish,, Senang cerita penggunaan iPad ni sungguh la menyedihkan, tragis dan malang untuk ASK. Maaflah ye kalau aku nak kata tapi memang aku nak cakap pun, hehe. Kalau ikutkan tak payahlah pakai benda alah macam tu sebab aku tengok penyampai trofi tak semuanya cekap guna benda tu. Kalau tak sampai mengadu kat pihak teknikal pasal iPad yang bermasalah.Akhirnya, kau mengadap jugak dengan kertas nak umum pemenang. Guna kertas sudah, tak payah nak maju sangat guna iPad sebab iPad menganggu majlis betul. Kesian aku tengok beberapa orang penyampai trofi petik sana sini si iPad tu. Buat malu aje. 

Ketiga, isu tepuk tangan. Apalah masalah korang yang datang kat ASK tu? Kalau setakat nak tayang muka, badan dengan baju kau pakai tapi malas nak tepuk tangan baik kau balik ajelah. Duduk kat rumah, tolong mak mentua masak tom yam sedap jugak. Tak pun bergosip dengan jiran-jiran ke kan lagi meletup. Sepatutnya kalau dah datang tu buatlah cara yang elok. Apa la salahnya kalau korang tepuk tangan bagi sokongan. Aku rasa setakat ni tak ada lagi keluar kes saman-menyaman jatuh sakit sebab tepuk tangan punya pasal. Jadi, rajin-rajinkanlah tepuk tangan bagi sokongan dan semangat untuk orang kita. Kau pusing sana sini pun mengadap orang sama jugak. Nama lagi industri senikan? Apa lagi, tepuk tanganlah! :p


*
*
*

Okey, stop membebel pasal ASK. Aku sebenarnya tengah menunggu akak aku, Sis Long datang ambil aku nak balik kampung di Terengganu. Kitaorang balik dengan kereta bersama dengan pak we Sis Long, Abang Dee dan anak saudara Abang Dee, Fatie.

Hampir pukul 10 lebih jugaklah baru Sis Long sampai. Aku bawak dua beg - Satu beg galas dan satu beg pakaian. Aku pun salam sambil hi hi bye bye dengan Khaty sebelum keluar rumah. Lepas tu aku tekan butang lif tapi dia buat perangai. Aduhaii, lif ni mengada-ngada betul buat perangai malam-malam ni. Dah la aku  ni penakut dan suka fikir yang bukan-bukan, haha. Kalau aku ni Supermak ke Superman tak kisah la sebab kalau boleh aku terbang je pergi kat tempat parking kereta. Masalahnya itu semua dusta semata-mata, hehe. 

Terpaksa la aku turun dari tingkat 22 guna tangga pergi tingkat 21. Seram jugaklah nak turun tangga pergi tingkat 21. Laju je aku jalan. Tak tengok kanan kiri, haha! Nasib baiklah lif kat tingkat 21 okey dan tak bermasalah. Aku sebenarnya tak suka naik turun dalam lif sorang-sorang, bahaya! Tambah lagi aku ni dikuasai oleh ketakutan yang sengal, hehe. Alhamdulillah lega jugak sampai tingkat bawah - G. 

So, kitaorang berempat gerak la nak balik kampung. Yeahaaa, tak sabarnya nak balik kampung! Sebelum nak balik kitaorang singgah di Danau Kota. Makan-makan dulu bagi perut kenyang. Nak dijadikan cerita di kedai makan tu ada My Duda (Ex boyfriend akulah) ada kat situ. Masalahnya, aku tak perasan langsung My Duda ada kat situ, serius! Kalau tak mesti aku ajak dia shuffle dulu ke, hikhik.

Kalau nak ikutkan aku ambil kerusi bersebelahan meja dia aje tapi nak ditakdirkan oleh Allah  aku tak perasan pun dia ada kat situ. Aku tahu dia kat situ masa kitaorang nak naik kereta Abang Dee tanya aku pasal My Duda.  Aku ingatkan Abang Dee tipu pasal My Duda tu ada kat kedai tapi betul sebab Sis Long cakap betul. Perkara baik ada awek sebelah My Duda. Alhamdulillah. Aku harap sangat jodoh My  Duda dengan awek tu kekal dengan ikatan yang sah. Amin...

Lepas tu kitaorang pun bertolak pukul 12 dan argghh, tensionnya! Jem! Jem! Jem! Korang bayangkan hampir dua jam kitaorang terperangkap nak pergi ke Genting Sempah. Mak tension! Aku tengok banyak kereta tersadai tepi jalan rehat dulu, haha. Bayangkan berhenti di Petronas pun penuh sampai kau nak masuk tandas pun kena beratur panjang. Kalau nak buat iklan pergi mengundi boleh la buat shooting kat situ, huhu.

Kitaorang pun mengelak lalu jalan Gua Musang sebab dah tahu mesti jem teruk punya. So, kitaorang pun lalu jalan di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, tak jem pun sebab tak banyak kereta cuma jauh sikit la. Jeng jeng jeng... Pukul 10 pagi sampai la kat rumah, yeaahhaa! Penat dan letih pun hilang bila tengok wajah keluarga tersayang..

Okey, babai korang.. Jumpa lagi (^____^)







Post a Comment