23 November 2011

MAIN GIGIT DENGAN ULAR :(


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^____^)...



Semalam aku mimpikan sesuatu tapi bukanlah kahwin dengan anak raja la,hikhik.. Malas nak pot pet banyak-banyak jom kita 'masuk' dalam dunia mimpi aku yang entah apa-apa semalam..

*

*
*

Aku dengan sepupu yang paling rapat dengan aku, Nina atau Naa pergi suatu tempat.. Punyalah susah nak cari jalan sebab tempat dia ala-ala hutan.. Nak kata pergi jungle tracking pun tidak.. Senang cerita jalan nak pergi tempat tu memang sukar tapi akhirnya terjumpa dengan jayanya.

So, aku dengan Naa pun masuk la.. Aku ingatkan tempat tu istana kayangan ke apa rupa-rupanya tempat rumah pengasuh kanak-kanak! Ceh, membazir kepenatan aku je.. Haha.. Kitaorang masuk dalam rumah tu tengok ramai budak-budak bawah umur.. Maknanya, semua kecil lagi la.. 

Aku ingatkan tempat tu biasa je tapi tak. Tempat tu untuk budak-budak terpilih yang cerdik dan pandai je.. Lepas tu, aku pun tertengoklah pemilik tempat tu kat balkoni.. Aku pun nak pergi kat balkoni tetapi terhalang dengan sesuatu yang luar jangkaan..

Adoiiiii! Boleh pulak ada seekor ular kecil yang sangat comel tapi nakal serang aku.. Punyalah sakit dia gigit di betis kaki kiri aku.. Ya Allah, nak menangis aku dibuatnya.. Terasa nafas aku semput sebab tempo aku menjerit tak kena cara, hikhik.. Kuat sangat dia gigit aku lepas tu lama pulak dia gigit..  Ni mesti ular ni tak makan yang sedap-sedap.. Mesti dia kempunan nak makan KFC, MCD, Donut Big Apple dan sewaktunya tapi tersalah gigit benda lain, hehehe...

Aku menjerit mintak tolong dengan tuan pemilik tempat tu tapi dia senyum je.. Dia kata ular tu memang macam tu.. Manja dengan orang yang dia suka je nak-nak je yang baik-baik.. Yang jahat ni dia tak suka gigit.. Eh eh terbalik pulak.. 

Orang lain pulak tengok je lepas tu ular tu pun berhenti gigit aku.. Aku ingatkan dia dah hilang tapi tak.. Dia merayap belakang aku.. Ya Allah, geli, seram , takut dan berdebar semua ada.. Lepas tu....

*
*
*

Aku pun tersedar dari mimpi.. Celik mata dan terbangun tengok kawan aku sebelah kiri kanan.. Leganya, nasib baik mimpi je..  Aku terasa sesuatu yang tak best di betis kaki kiri aku.. Kebas! Ni mesti masa aku mimpi kena gigit ular aku meronta ke apa sampai kejang.. Huhu.. Walau apa pun aku lega hanyalah mainan mimpi je...

Okey.. Aku nak buat assignment lagi.. Bye korang.. 

p/s : Sebelum tidur basuh kaki dan doa banyak-banyak :)

Post a Comment