16 November 2011

KISAH PERCINTAAN DUNIA HAIWAN :)


Halloo semua.. Aku datang lagi dengan berwajahkan entri baru untuk blog aku, hehe.. Korang agaklah kan apa tema tajuk entri baru aku .. 
'KISAH PERCINTAAN DUNIA HAIWAN :)'

Teka... Teka... Teka...

Korang jangan risau aku bukan dalam program Mari Bercerita Bersama Adik-adik.. Bukan.. Tak pun bukan kuiz sambil melawat haiwan di Zoo Negara.. Salah jugak...Jangan risau ini bukan tayangan slot Animal Planet, okey? Hahaha..

Okey, rilex-rilex lu... Sebenarnya aku update entri baru sebab mood aku tengah happy dan gembira sangat.. Happylahh weh sebab assignment aku yang berlambak dah berkurangan.. Dari 5 subjek assignment tu aku dah berjaya siapkan 2 subjek wooo... Tinggal 3 je lagi beb! Yes, yahooo! (^___^)

Eleh, mesti korang nak kata 'Alahai setakat dua tu pun nak kecoh-kecoh'.. Betul tak? Tak apa aku tak kisah pun sebab ni kan blog aku.. Suka hati aku nak tulis apa pun, ahahhaha!

Now, aku nak teruskan ceritakan apa yang aku nak cerita kat korang. 

Kisahnya begini hari tu time aku balik kampung nak sambut Hari Raya Aidil Adha (Raya Haji) dengan jayanya.. Beraya sakan la sambut dengan kaum kerabat aku kat Terengganu kecuali dengan lembu dan sewaktunya.. Geng lembu dan sewaktunya tak leh nak sambut raya sebab diaorang terkorban awal-awal lagi.. Hehe..

Raya Haji tu family aku beraya di rumah Pak Long aku yang tak berapa la jauh sangat dari rumah aku.. Kalau setakat kau nak lipat baju dalam kereta masa nak pergi rumah dia bolehlah 13 helai baju kau berjaya lipatkannya. Sampai kat rumah dia apa lagi beraya la dengan meriahnya..

Lepas tu Mak Long bagitahu Pak Long ada bela beruk baru.. Korang jangan terkejut sebab family aku kecuali mak aku memang suka dengan dunia haiwan.. Kau cakap aje haiwan mesti kitaorang serbu haiwan tu.. Kalau boleh nak salam-salam sambil bertukar nama kat Facebook gitu, hikhik..

Nama beruk baru tu ialah Timah.. Erkk, kepada sesiapa yang bernama kaitan dengan 'TIMAH' walaupun tak kisahlah nama jiran rumah sebelah kau tu janganlah terasa.. Nama Timah tu memang tuan dia bagi.. Jangan korang cari rumah dia kasi bom nak bakar rumah dia sudah.. So, rilex-rilex lu!

Si Timah ni boleh tahan jugak gatal dan gediknya walaupun dia hanya seekor binatang.. Aku dengan Sis Long & Adik Maa tegur dia tapi dia buat bodoh.. Tak pandang kitaorang pun.. Kerek giler.. Nasib baik dia tu beruk Pak Long aku.. Kalau beruk orang lain dah lama aku kasi pelempang je,..Sombong je.. Hahaha..

Tapi........

Bila ayah aku datang, Cik Adam Hensem tegur dia terus bergaya sakan.. Bajet model tengah peraga baju atas pentas sambil gambarnya disnap oleh orang lain.. Bengang pulak aku tengok dia mengada-ngada sangat.. Gedik sangat pun tak boleh jugak, haha.. Bukan main mesra tarik perhatian ayah aku.. Aku pun geram lepas tu aku pun pergi kacau dia..

Aku duduk belakang ayah aku lepas tu dia marah.. Mengamuk kononnya jangan kacau lelaki idaman dia.. Aku rasa kalau dia boleh bercakap mesti dia maki hamun aku.. Siap tunjuk gigi dia lagi walaupun tak berapa cantik, haha.. Puas hati aku sebab kacau dia, haha!

Aku pun dah buat kesimpulan.. 
Jangankan manusia cemburu tapi binatang pun pandai cemburu jugak..
Hebat! Itu semua kuasa Allah :)

Okey, jom layan cerita pasal si Timah dengan jiran sebelahnya.. Hehehe..
(Sila klik dua kali kalau tulisan dialog tak jelas, terima kasih :) )









Kalau korang nak tahu kera yang seekor lagi tu (aku tak tahu nama dia apa) sebenarnya sakit.. Menurut sumber dipercayai tapi bukanlah Wikipedia atau Google sebab tak sempat nak online okey, hikhik.. Sebenarnya, kera comel tu sakit strok.. Errk... Diam kejap.. Betullah sebab tangan dia tak boleh bukak langsung.. Kesian sebab tu dia garang-garang je.. Tension je.. Sabar ya Cik Kera, itu semua dugaan hidup.. Semoga cepat sembuh (^____^)..


Dah puas pot pet aku pun nak stop la menaip..
Banyak kerja lagi wooo...
Nak siapkan assignment seterusnya..

Terima kasih menjenguk blog saya :)

Post a Comment