30 November 2011

KEWANITAANKU TERGUGAT :(


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Aku nak pot pet banyak-banyak untuk entri terbaru ni sebab inikan blog aku.. Kalau blog orang lain tak boleh nanti kena marah, haha.. Dah jangan nak menangguhkan masa lagi sebab masa tak pernah tunggu orang.. Lainlah orang menunggu kita.. Kita menunggu orang.. Eh, apa benda aku merepek ni? Maaf, iklan sebentar.. Hehe :p

Okey, petang semalamkan aku baru habis exam untuk paper pertama, subjek Pengajian Malaysia.. Start exam pukul 2.00 petang lepas tu habis pukul 4.00 petang.. Lepas tu barulah aku pergi lepak kat kelas penulisan sementara menunggu nak balik rumah. 


ENCIK RAMBUTAN SEKELUARGA

Kawan sefakulti aku, Rozie masuk bawak makanan dan jeng jeng jeng...  Rozie keluarkan plastik besar dan ada rambutan yang sangat-sangat banyak! Wow, aku dah terpegun tengok rambutan.

Entah apa benda yang merasuk fikiran aku boleh pulak aku makan rambutan tu.. Bukan sikit tau tapi banyak.. Kalau nak ikutkan adalah hampir 15 biji aku seorang je makan.. Kawan-kawan aku yang lain cuit sikit-sikit je.. Semua tak nak  jadi aku je bantai rambutan sekeluarga, haha..

Masalahnya, kepelikan berlaku pulak.. Kalau nak ikutkan aku tak makan sangat buah rambutan ni.. Kalau di kampung, aku lalu depan buah rambutan cakap 'hai' je lepas tu bye.. Pelik tapi lantaklah janji makan je sampai satu plastik penuh rambutan yang makan seorang je, haha..


KISAH ENCIK SOTONG DAN UDANG

Sebelum balik rumah aku dengan kawan serumah aku, Asean dan Nad singgah kat kedai makan dulu.. Makan-makan dulu kasi perut kenyang.. Aku makan Kuey Teow Kungfu, sedappppp!!! :)

Balik rumah nak mandi dan alamak habislah aku.. Badan aku pun dah gatal-gatal.. Ni mesti kerja Encik Udang dan Encik Sotong masa aku makan tadi.. Aku pun sengal dah tahu alergi seafood pun makan jugak.. Alah bukan selalu pun cuma kerap je, hikhik!

Aku pun dah risau sangat-sangat sebab esok nak exam! Sayangku, janganlah buat perangai.. Aku ni malas nak makan ubat sebab tak bangun-bangun aku esok pagi.. So, nak tak nak aku sapu bedak baby je.. Okeylah, kuranglah sikit gatal-gatal aku,huhu.. 

Masa untuk tidur! Kroooh krooohh... Zzzzzzzz....


CIK SENGGUGUT DATANG MENYERANG!

Masalahnya nak tidur macam mana aku sakit perut pulak.. Ini bukan sakit perut pergi ulang alik ke toilet tapi memang setiap bulan.. Maksud, kewanitaanku sudah datang menjelma dan terserlah! Huhu.. Sekali lagi aku risau sebab kalau dah kewanitaan terserlah memang senggugutlah jawabnya.. Patutlah aku bersemangat makan buah rambutan tadi,. huhu..

Habislah aku malam ni, susah nak tidur jawabnya.. Aku pun sapu losyen Mustajab Yusmira banyak-banyak.. Boleh lah nak tidur tapi taklah lena sangat.. Aku pun tak pasti pukul berapa baru aku boleh tidur lena..

Lepas tu bunyi suara kawan aku, Asean kejutkan aku bangun study.. Aku agak pukul 5 pagi kot..Aku bangun tapi menahan kesakitan diserang oleh cik senggugut yang telah menyengat kewanitaanku, huhu.. Masa tu aku dah rasa sakit sangat-sangat.. Kalau kau ajak aku makan KFC masa tu mesti aku suruh tangguhkan seminggu lagi, haha.

Nad dengan Asean duduk kat meja. Aku pulak buat air milo panas nak legakan sakit perut aku.. Sebelum tu aku dah telan sebiji ubat tahan sakit senggugut tapi tak jalan jugak.. Aku mintak ubat sebiji lagi dengan Edd.. Maknanya dua biji aku telan.. Aku pun duduk kat meja dan try minum air milo panas tapi aku tak larat nak minum..

Aku pergi baring kat tilam sebab tak boleh duduk bersandar.. Seksanya hanya Allah saja yang tahu.. Aku bangun sekali lagi nak pergi toilet.. Masa dalam toilet aku hairan kenapa la suara Asean dengan Nad kuat sangat.. Aku keluar dari bilik air tengok diaorang berdua baring atas lantai dalam bilik kitaorang.. Aku terkejut dan hairan tapi kelakar pun ada diaorang baring macam tu..

Aku keluar dan berjalan bongkok-bongkok.. Terasa macam belakang aku dah patah.. Aku rasa pinggang aku dah tak berfungsi je, huhu..Aku baring balik atas tilam.. Sakitnya makin menjadi-jadi.. Perut aku pedih dan ngilu.. Peha dan betis aku terasa keras dan kejang macam ada besi.. Tegang macam orang tarik-tarik kuat, sakit wooo.. Kaki aku kebas-kebas.. Seksanya diserang oleh cik senggugut!

Aku tunggu masa je nak mengalirkan air mata tapi aku tahan je.. Memandangkan aku gadis yang tabah menghadapi dugaan aku pujuk diri aku kuatkan semangat.. Pangg!! Kasi penampar  kat muka sendiri sebab bajet gadis yang tabah, hahaha! Akhirnya aku terlena tidur gara-gara dua biji ubat yang aku telan.. Sebenarnya, aku bukan suka sangat pun makan ubat sebab ubat pun tak suka aku, hikhik..


NOTA : Agak kecewa sebab study sekejap je untuk paper kedua... Kalau aku dapat subjek tu A - AJAIBNYA!.. Kalau aku dapat B - Bersyukur dan redha.. Kalau aku dapat C - Bersyukur tapi agak kecewa.. Kalau dapat D? Mintak dijauhkan.. Ni semua gara-gara Cik Sengugut, benci tau!!  Terima kasih Nad dan Asean atas keprihatinan korang :)

- Aku masih lagi senggugut ni.. Kalau tak tahan aku makan ubat lagi.. Adoiii, sengalnya!! -


Post a Comment