29 October 2011

PART 3 : WANGIAN KEIKHLASAN BASUH HATI BUSUK

Assalamualaikum.. Hye korang, dah lama aku tak menjenguk sini.. Seminggu sudah berlalu blog pun berhabuk dengan entri pot pet part-2-mari-main-selak-selak.. Okey, aku nak sambung entri terbaru pulak..


Korang mesti tak tahukan apa la makna WANGIAN KEIKHLASAN BASUH HATI BUSUK? Aku tak nak pot pet banyak-banyak sebab nak ajak korang sama-sama merasai pengalaman aku berhadapan dengan manusia negatif.

Pernah tak korang jumpa manusia yang sifatnya suka HASAD DENGKI, BUSUK HATI, IRI HATI DAN CEMBURU TAK HABIS-HABIS?

Pernah tak korang rasa nak bagi penampar banyak kali sebab terjumpa manusia yang MULUTNYA CELUPAR DAN LASER?

Pernah tak korang nak baling pasu bunga jiran sebelah bila jumpa orang yang SUKA MENDOAKAN KEJATUHAN ORANG LAIN SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI?



Aku sebenarnya malas nak ungkit hal ni tapi sebab ada jugak manusia yang ada ciri-ciri macam tu memang layak kena bagi penyepak + penumbuk + penampar sekali. Kan senang bagi satu pakej je terus. Aku tak faham la ada jugak manusia walaupun depan baik-baik dan tersenyum rupa-rupanya dalam dia ada juga ruang hitam yang terlalu busuk. Senang cerita hatinya busuk!

Aku tak suka hidup dalam keadaan saling cemburu semata-mata nak dapatkan kejayan tetapi dengan cara yang salah. Sudahlah, hati busuk lepas tu mulut laser tambah pulak suka mendoakan kejatuhan orang lain memang layak sangat kena smackdown dengan aku. Aku tunggu masa je nak bagi pengajaran kat manusia ni biarlah kawan ke saudara aku sekalipun.



Buat aku tambah bengang dan baran sebab manusia ni suka bertalam muka. Bila susah mula la terhegeh-hegeh buat muka simpati mintak tolong. Masalahnya time senang lenang bukan main kutuk dan mengumpat orang yang tolong dia lepas tu gosip keburukan orang lain sampai mengaibkan maruah orang lain.

Sebenarnya aku malas nak pot pet pasal ni sebab tak elok bercerita hal keburukan orang lain tapi korang jangan risau. Aku bukan suka-suka nak buat macam ni sebab motif utama aku untuk kita semua JANGANLAH BERSIFAT HATI BUSUK SESAMA SENDIRI. 


Tak baikkan buat macam tu kat orangkan? Memang la hari ni kita yang duduk atas tinggi tapi esok lusa siapa tahu kita tersungkur dibawah pulak. Nak tahu sebab apa? Sebab Allah bagi balasan balik kat kita apa yang kita doakan keburukan atau kejatuhan orang lain yang pernah tolong kita dulu. Siapa tahukan?

Satu lagi tak guna dan tak payah nak berbangga la kalau hidup dengan kejayaan cemerlang tapi kita guna dengan cara yang salah. Hidup pun tak berkat asyik guna cara salah semata-mata nak kejar impian. Okeylah, aku pun malas nak pot pet dah.

Lepas ni dah tak ada part-part dah tapi tak tau la kalau aku dapat seru lagi nak buat entri berpart ni. Sebenarnya entri PART 1, 2 dan 3 tu ada kaitan. Okey, ketiga-tiga entri tu berlaku serentak dalam sehari je sebab tu aku tergerak hati nak wat style entri berpart. So, kesimpulannya dalam sehari macam-macam boleh berlaku walaupun seminit je? Betul tak?

Apa-apa pun aku akan datang balik dengan entri baru pulak ea... Bye korang, muahhhxx!
Terima kasih singgah sini :)


Post a Comment