07 October 2011

PART 2 : MARI MAIN SELAK-SELAK! AUWWW...


Hye korang.. Aku tengah free ni so ada masa nak tayang muka mengadap jenguk blog kesayangan.. Lepas berjaya mengupdate entri sebelum ni yang bertajuk : PART 1 : MANISNYA MULUT AWAK! aku tersangatlah sibuk.. Mari aku tunjuk bukti kesibukan aku setiap masa berdating dengan Mr. Assignment.. Jom intai-intai dia kat bawah..




Dah jangan tengok lama-lama sebab aku pun nak termuntah tengok senarai benda alah tu.. Pening aku sampai tahap migrain walaupun aku tak ada migrain pun, haha! :p

Sekarang aku nak sambung entri aku yang terbaru ni dengan tajuk entah apa-apa.. Jeng jeng jeng.. Sebenarnya korang pun dah tahu tajukkan? Saja aku nak buli korang, haha! Okey-okey, bercerita tentang tajuk ni...

MARI MAIN SELAK-SELAK! AUWWW...

Kenapa dengan tajuk entah apa-apa ni? Mesti korang terfikir apa benda la aku pot petkan .. Sebenarnya aku ni tension dengan perangai manusia yang suka menyibuk hal orang.. Kisahnya aku tak pernah sibuk hal orang tapi orang datang menyibuk hal aku.. Apa kes? Mesti korang pun tak sukakan? Menyampah? Serabut? Masalahnya aku ni bukan gaya gitu je.. Aku ni terlebih baik sebab suka nak conteng muka orang kasi lebam sana sini.. 

Maaflah ye, saya bukan penyabar orangnya jadi jangan mengada-ngada nak usik saya sesuka hati...

Ambik kau awal-awal aku kasi ayat sengal,kihkih.. 

Inspirasi aku buat tajuk sengal ni gara-gara seorang pegawai yang bekerja di tempat study aku ni suka sangat menyibuk hal orang lain.. Terlebih part time kerja awak!


BIODATA



Nama : Encik Y
Nama Glamour : Encik Y Gatal
Jantina : Lelaki ( Kadang-kadang bersifat kewanitaan kerana hobi punya pasal)
Ada apa kat muka : Pakai spek sebab suka tengok macam-macam dan tengok awek cun yang hot dan seksi
Status : Kahwin tapi macam nak tambah lagi! 
Hobi : Suka menyibuk hal orang walaupun tak ada kaitan dengan diri sendiri, berjalan ala model untuk menarik perhatian awek dan pakwe, ooopss! (Kantoi!), suka bergosip sakan, suka letak nama glamour untuk kerja orang lain dan suka berjalan memantau keadaan sekeliling tengok awek yang berkenan di hati sampai lupa bini tengah merancang nak mengandung lagi.


Ini la serba sedikit tentang latar belakang pencetus inspirasi aku.. Oh ya, ini bukan mengumpat.. Ini luahan perasaan sambil aku kongsi pengalaman dengan korang.. Mari-mari teruskan bercerita..

Kalau tak silap aku dua minggu lepas gaya gitu la ada la seorang pensyarah aku yang juga sebagai mentor kawan aku ni datang jumpa kitaorang. Dia bagitahu Encik Y Gatal ni pergi jumpa dia kononnya nak mengadu pasal kes jeng jeng jeng.. Gara-gara keperihatinan beliau ni membuatkan aku dan geng aku mula rasa nak meletup bagai sebab berani dia cari pasal dengan kitaorang.. Tak serik lagi kot..

Encik Y Gatal ni pun sengal jugak.. Tak reti tengok majlis penting suka hati je dia kacau mood orang lain.. Pagi tu ada majlis untuk senior aku, Penilaian Tahun Akhir (PeTA) sebelum tahun akhir diaorang nanti. Paling aku tak suka boleh Encik Y Gatal babitkan nama fakulti sekali.. Haih, lebih sangat ni sebab aku tak suka kerana hal kitaorang nama fakulti pulak naik. Lepas tu nak sibuk-sibuk pergi jumpa mentor kitaorang  nak cerita itu ini la.. 

Oh memang kau cari pasal la weh!


Aku bengang sangat sebab dia ni tak guna otak ke apa.. Pandai-pandai nak selesaikan masalah orang sedangkan masalah sendiri pun tak selesai.. Sepatutnya dia kena jumpa kitaorang dulu risik-risik pasal kes yang memang tak ada kaitan langsung dengan dia.. Tersentuh baju pun tak pernah ini nak senyum-senyum ya..  

So, aku dan kawan-kawan aku nekad mencari Encik Y Gatal untuk berperang dengan dia.. Mula-mula aku call then dia jawab tapi bunyi suara takut-takut.. Aku kata nak jumpa dia tapi dia tak nak..Aku pun ugut sesuatu tapi bukanlah ancaman bunuh.. Gilalah aku ugut macam tu, haha.. Kalau dia tak nak jumpa aku akan bongkar rahsia yang lama aku dan geng aku simpan sejak masuk hostel lagi.. Sememangnya rahsia itu sangat memalukan dia untuk seumur hidup.. So, dia pun datang la.. Tahu pun takut...


Kitaorang pun duk semeja tapi tak sekerusi la dalam bilik meeting.. Kawan aku cakap masa dia pegang kertas menggigil tangan dia sampai kertas tu macam nak joget tradisional.. Mula-mula aku rilek dulu sambil bertukar watak jadi tukang pegang kamera dengan erti kata lain merakam video.. Bukti ni beb! Lepas tu barulah aku serang dia kaw-kaw.. Aku 'basuh' dia dengan sebersih-bersihnya sampai dia dah pucat-pucat.. Tu pun dia curi-curi pandang tengok aku sebab jelingan manja aku yang terlalu menikam kalbu dia tu mengancam sangat kot, haha..

Perang pun berakhir bila dia pun minta maaf dan bersumpah tak mencari pasal dengan kitaorang.. Puas hati sangat! Sebelum keluar aku cakap kat dia kalau tengok muka aku ingat rahsia yang memalukan.. Dia diam dan tak cakap apa-apa.. Bagus-bagus..

Sejak dari peperangan tu kalau aku berjumpa dengan dia mesti dia cepat-cepat jalan.. Laju je jalan.. Nampak sangat tu cepat belajar dari pengajaran baru yang aku ajar kat dia.. Haha..

Aku bukan apa sebelum ni dah ramai yang terkena.. So bila aku pulak terkena tak ada maknanya aku nak biarkan macam tu.. Tak ada la gaya ambil tisu lap air mata segala bagai.. Itu bukan cara aku.. Cara aku lain dari yang lain.. Aku harap bila dia dah kena 'basuh' tak ada la buat gaya palat dengan orang lain pulak..

Aku pun tak berminat nak tahu pasal orang sebab aku memang tak suka selak-selak hal orang ni.. Aku suka selak hal diri sendiri sebab diri sendiri pun tak terjaga.. Ini nak menyelak menjaga hal orang lain.. No no no... Pastikan kehidupan anda dijaga rapi dari terselak diintai orang lain.. So, kalau tak nak jadi macam gaya Encik Y Gatal sebab pandai selak dan usik-usik memang kena terus kaw-kaw jangan buat yer...

Dah cukuplah aku membebel pot pet sebab aku banyak kerja lagi nak kena buat.. Insya Allah kalau aku tak busy  nanti-nantilah aku update entri baru okey... Babai korang, muaahhzzz!






P/s : Nantikan Entri untuk Part 3 (^____^)


Post a Comment