19 September 2011

SELAMAT HARI JADI :)



UMMI NABILAH BINTI MAT ADAM,
SELAMAT HARI LAHIR KE-22,
SEMOGA PANJANG UMUR, 
SEMOGA MURAH REZEKI,
SEMOGA SUKSES STUDY & KERJAYA,
SEMOGA DIJODOHKAN DENGAN PASANGAN YANG TERBAIK,
SEMOGA TABAH DAN MATANG MENGHADAPI KEHIDUPAN INI,
SEMOGA BAHAGIA BERSAMA INSAN TERSAYANG,
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI DAN MELINDUNGI KAMU 
SEMOGA KAMU SENTIASA DENGAN SENYUMAN BIARPUN KEPAHITAN..


Nah, saja mengada-ngada nak wish birthday untuk diri sendiri.. Entri kali ini entri bermakna buat aku sebab 16 SEPTEMBER merupakan hari yang paling penting dalam hidup aku.. Ada apa? Ya, Tarikh indah tu ialah tarikh ulang tahun aku yang ke-22.. Masya Allah, sudah genap usia aku 22 tahun dan aku bersyukur kepadaNYA kerana aku terus diberi kenikmatan bernafas di bumi indah ni.. Alhamdulillah..


Oh ya, hari Khamis malam tu aku bersama kawan-kawan aku, Asean Iskandar, Edd Luigi, Ain Chelsea dan Eeka Azmi keluar makan di HR Steak House.. Malam tu kami makan dengan bergembira dan seronok sambil meraikan ulang tahun kelahiran aku untuk keesokan harinya.. Balik daripada HR Steak House aku tengah syok melayan gusti WWE sorang-sorang.. Lepas tu Ain Chelsea yang tak minat WWE ni pun tiba-tiba tayang muka join tengok WWE jugak, haha.. Tepat pukul 12.00 malam habislah WWE di TV3.. Aku bangun dari baringan depan tv tengok ada bungkusan hadiah yang sangat comel.. Aku kaku kejap sebab tak sangka ada hadiah, hahaha.. 

Jeng jeng jeng... 



Comelkan? Aku ingatkan Ain yang bagi tapi Asean.. Aku tengok Asean dah tidur.. Kesian dia nak kasi suspen kat aku tapi mengantuk sangat dia dah tertidur.. Apa-apa pun terima kasih Asean sebab bagi hadiah yang sangat comel.. Aku simpan hadiah tu sebab aku nak bukak bila Asean dah bangun.. Esok paginya barulah aku bukak hadiah tu.. Hadiah dia ialah beg yang dalam dia tu ada gambar kucing.. Auuuw, mestilah mak suka! Heheh.. 

Sebelum tidur aku terima beberapa mesej wish my birthday.. Aku reply mesej dengan hati yang cukup gembira sebab masih ada lagi yang ingat my birthday.. Paling aku tak sangka My Duda (Ex BF) still ingat lagi my birthday dan hantar mesej.. Terharu sangat walaupun kitaorang dah lama tak berhubung.. Well, teringat balik kisah silam dulu.. Harap-harap My Duda tu tengah berbahagia dengan pengganti aku, Amin..

Esok paginya aku dapat lagi beberapa wish birthday dari SMS dan hari Jumaat untuk kelahiran aku kali ini sungguh bermakna.. Ya, ulang tahun kali ini sungguh bermakna sebab aku pernah kehilangannya dan kini kembali dalam hidup aku.. Kehilangan tu biarlah rahsia  dan hanya aku saja yang kunci rahsia hati tu.. Aku berharap kehilangannya takkan berulang lagi dan semoga terus bersinar melengkapkan hidup aku.. Alhamudlillah.. Benar, aku rindu!

Lepas tu aku bukak Facebook dan wall aku penuh dengan wish birthday lagi.. Syukur, Alhamdulillah sebab orang masih ingat dan sudi wish birthday.. Iyalah tak semua orang ingat birthday kitakan? Aku pun reply ucap terima kasih kat diaorang.. 

Kalau korang nak tahu aku tak memerlukan pemberian hadiah.. Bagi aku cukuplah dengan ucapan birthday untuk aku.. Ucapan birthday tu pun dah memadai dan aku sangat menghargai setiap patah perkataan yang korang lafazkan tu.. Terima kasih buat korang yang wish birthday  termasuklah bagi hadiah.. Aku sangat menghargainya :)

Sekarang genaplah aku berusia 22 tahun.. Banyak benda yang harus aku kejar impian aku selagi nafasku terus diberi peluang bernyawa.. 22 tahun jugalah segala kenangan manis, sedih, pahit, perit dan apa-apa sudah mewarnai kehidupan aku.. Pengalaman itu menjadikan aku menjadi lebih matang, tabah, sabar, berfikiran terbuka dan sentiasa maju ke hadapan dalam apa jua ujian.. Mudah-mudahan kehidupan mendatang selepas ini lebih baik dari sebelum ini.. Harapan aku biarlah kehidupan di usia 22 tahun ini terus mematangkan aku menjadi manusia berguna dan berbakti buat semua..

Buat Mak & Ayah, terima kasih kerana melahirkan saya di dunia ini sekaligus melengkapkan kehidupan kalian.. Saya bersyukur dan bangga kerana menjadi zuriat kalian kerana kalian ialah Mak dan AYAH terbaik di dunia ini..




Sekian, sekali lagi terima kasih buat kalian yang mengucapkan birthday dan memberi hadiah kepada saya.. Terima kasih untuk doa anda untuk saya.. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan untuk kalian.. Doa saya semoga kita semua sentiasa dilindungi lingkaran kerahmatanNYA.. Amin..



p/s : Saya sangat menghargai ingatan anda untuk birthday saya.. So, sebagai balasan istimewa saya hadiahkan cuti buat korang semua.. Mesti korang suka punya, haha.. SELAMAT HARI MALAYSIA :)



Post a Comment