28 September 2011

PART 1 : MANISNYA MULUT AWAK!


Hye korang semua.. Mood aku sekarang tak berapa la nak kurang baik sangat.. Dua tiga hari ni macam-macam benda berlaku la weh.. Serius, memeningkan kepala dan buat jiwa berserabut.. Alahai, manusia ni semua benda nak buat tapi tak kena cara.. Apa dia? Mari aku listkan dan  bercerita.. 

Nota : Ini bukan mengumpat.. Ini sesi luahan dan berkongsi pengalaman :)

TAK TEPATI JANJI

Korang pernah tak nak maki hamun tak pun pukul orang sebab tak tepati janji? Kalau korang yang baik hati baguslah.. Eh jap tapi kalau gaya aku yang tak berapa nak menyabar ni agak mudah la melenting.. Aku rasa mak aku yang comel tu patut letak nama aku 'SABAR' biar aku ni penyabar sikit, hehe.. 

Aku ni seorang yang pegang janji.. Kalau setiap patah perkataan yang kau janjikan memang aku pegang sampai janji itu ditunaikan.. Masalahnya, ada la manusia-manusia yang suka pakai lipstick madu ni suka berjanji.. Manis kata-katanya sampai kau nak kena kencing manis pun tak apa..




Tunggu punya tunggu sorang pun tak ada.. Apa yang ada? Kerusi, meja, dinding dan ada la beberapa watak sampingan di sekeliling aku.. Mana manusia yang suka berjanji?

"Sorrylah I sibuk", "I tidur lambat semalam", "I ada hal la", "I tak tahu pun ada benda ni", "I sibuk siapkan kerja, berlambak kot", "I tengah membina kerjaya baru" dan bla bla bla! 
* BORING (-_____-)  *

Ini nama dia anak-beranak palat! Bukan main berjanji tapi bila nak buat batang hidung pun tak nampak.. Memang la masing-masing sibuk dengan kerja.. Habis tu aku datang kuliah buat apa? Tak ada kerja ke?

Kau ingat aku pergi kuliah ukur inci bulu mata pensyarah? Tak pun jumpa cleaner semata-mata nak add jadi kawan Facebook?  Tak pun pergi siasat kenapa Pak Cik buat roti canai suka gelek-gelek roti canai?

Hello, aku  pun sibuk jugak tapi kalau dah berjanji buat la gaya orang pegang janji.. Susah jugak kalau berjumpa dengan orang sibuk memanjang ni.. Memang masa aku ni khas untuk tunggu orang.. Orang yang suka berjanji ni kira keturunan VIP yang kelas kau maria!

Boringlah asyik mengadap situasi sama aje.. Macam ni la senang cerita aku ni malas nak berbudi bahasa dengan orang mungkir janji.. Lepas ni apa yang kau cakap tu aku anggap sampah yang dah berulat dan berkulat..  

Kau jangan harap aku nak tunggu kau sambil bawak bunga manggar.. Main kompang segala bagai semata-mata nak tunggu kau.. Kau cari orang lain aje lah.. 

I sibuk you!

p/s : Nantikan part 2 :)

Post a Comment