24 September 2011

OPEN HOUSE ERUL (AF9) BERAKHIR KEKACAUAN!


Hye korang yang cantik, lawa, segak, tampan dan segala bagai :)
Kali ini aku nak bercerita tentang kisah menyeronokkan tetapi berakhir dengan ketakutan.. Jom, mari aku mulakan cerita ini ya...

:: Bergambar sakan dengan Asean Iskandar sebelum masuk lif dari tingkat 22 ke G, hehe ::

Pukul 7 petang lebih di rumah Sentul riuh dan meriah dengan suara aku, Asean Iskandar, Edd Luigi dan Ain Chelsea. Kitaorang sibuk mengadap cermin tayang muka nak conteng sana sini dengan make up bajet nak bersanding atas pelamin pulak, hehe. Lepas tu pakai baju cantik dan aku pula mengada-ngada pakai selendang. Kiranya sekali lagi pintu hati aku terbuka nak pakai selendang memandangkan muka aku berimejkan tudung bawal aje. Dah siap-siap keluar dari rumah. Eh nak pergi mana? 

Kitaorang pergi ambil Jowani di hostel ASWARA lepas tu nak menghadirkan diri ke majlis Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Erul (AF9) di Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang. Lepas tu cukuplah kami berlima dalam sebuah kereta dan pergi bersama geng lain yang naik dengan van. Jalan-jalan punya jalan cari tempat majlis Erul tak jumpa. Senang cerita dah sesat. Haih, time ni memang suasana dalam kereta hot bajet nak meletup sebab kitaorang semua dah lapar, dahaga dan agak kepenatan. Mana taknya tengok jam dah pukul 9 malam. Sejam kot tersesat! Edd dah bengang dengan seseorang yang katanya tahu jalan nak pergi majlis Erul tapi sebenarnya tak. Pandai sangat ya awak cari jalan sampai sesat sana sini. Kalau tak tahu mengaku aje lah sebab tak ada kena denda ketuk ketampi pun  -____-

Alhamdulillah pukul 9 lebih barulah sampai ke majlis Erul dengan usaha kitaorang sendiri yang cari. Masuk dewan terus tegur dengan orang dikenali lepas tu ambil makanan. Alahai , meja pulak tak ada yang kosong walaupun sememangnya dah ada kosong. Nak tahu sebab apa? Sebabnya ada 'geng' yang dah siap makan tapi tak nak bangun. Taksub sangat tengok Erul, huhu. Akhirnya Jowani berjaya mendapatkan meja kosong untuk kitaorang. Terima kasih Jowani! Lepas tu apa lagi sambil makan bermula la sesi bergambar sampai penonton yang tengok show Erul terpengaruh  dengan kebisingan kitaorang yang tengah syok bergambar. Meletup kau! Haha.. Mari-mari tengok gambar ya..

:: Semua duk sibuk tayang muka depan kamera sambil bergembira bergambar dengan Erul  ::

:: Anak gadis seni kelahiran ASWARA memang gila bergambar bajet untuk cover majalah , haha ::

Pukul 11 malam lebih barulah kitaorang balik dari Majlis Erul. Terima kasih Erul dan sekeluarga untuk menjemput kami ke majlis makan sedap-sedap, haha! Perjalanan nak balik Edd ajak pergi karaoke pulak. Kalau ikutkan aku nak balik sebab mengantuk dan mahu tidur. Lepas tu aku fikir balik best jugak karaokenya. Bukan apa dah lama tak hilangkan tension dengan karaoke. Otak aku ni berat dengan perkataan assgment je. Bincang punya bincang setuju la pergi karaoke. Masalahnya masa pergi tempat karaoke semua orang tengok kitaorang  sebab berbaju kurung, haha! Malas nak balik rumah tukar baju. Alang-alang dah keluar buat cara nak keluar sampai la betul-betul nak balik. Okey, aku sempat berkaraoke 4 buah lagu je sebab kitaorang berlima. Karaoke dua jam saja.

:: Mari berkaraoke dengan berbaju kurung ya kawan-kawan, haha! ::

Habis karaoke je kitaorang terus keluar. Aduhaii, kereta Edd tiba-tiba buat perangai. Bateri rosak. Aku dah berdebar-debar sebab yelah dah pukul 2 pagi ni. Tiba-tiba aku rasa menyesal sebab menyesatkan diri sebab tak balik rumah. Alah keluar pun sebab nak hilangkan tension gara-gara asgment yang berlambak sakan tu. Tension beb! Mujur Edd mintak tolong dengan seorang abang ni dan abang tu call geng dia mintak tolong kitaorang. Dalam masa yang sama kitaorang call kawan kitaorang, Taufiq & Afiq. Sumpah kelakar si Taufiq sebab dia bercakap yang bukan-bukan sebab mamai kot. Yelah dia dah tidur time tu. Nak tak nak aku pujuk Taufiq bangun datang ke tempat kitaorang yang dekat dengan rumah dia. Yes, berjaya jugak pujuk dan bangunkan Taufiq dari tidur lena yang maybe tengah syok mimpi awek cun kot, hehe. 

Masa tengah tunggu kawan kitaorang dan geng abang tu datang, aku ternampak empat orang lelaki remaja cina berlari ke arah kitaorang. Aku ingatkan kawan abang tu sampaikan aku tanya "Diaorang ni jogging ke apa?". Sebenarnya diaorang tu tak ada kena mengena dengan abang tu pun. Rupa-rupanya empat orang lelaki cina ni melarikan daripada perompak India. Masya Allah, sudahlah tempat yang diaorang kena rompak dekat aje dengan tempat kitaorang. Perghh,berdebar-debar beb! Mujur ada geng abang tu datang, ramai pulak tu tapi kitaorang tetap berjaga-jaga. Aku tengok sorang-sorang dah gaya gangster. Betul, tak tipu sebab tengok cara bercakap, pakaian, muka dan apa-apa lagi la mesti dah ada sijil tahap 1, 2 dan 3 untuk menjadi gangster yang berkerjaya,hehe. 

Mujurlah Taufiq dan Afiq datang. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat dengan kehadiran diaorang time tu. Rasa macam selamat sangat. Ye la kawan mestilah kita rasa okey dan selamatkan nak-nak pulak lelaki. Betul tak? Lama jugak la kitaorang tunggu kereta kena rawat. Masa yang sama jugak salah sorang lelaki cina tu ada yang tercedera masa berlari selamatkan diri. Teruk woo sampai berdarah sana sini dan urrgghh ngeri! Aku memang tak  tengok sebab takut dengan darah. Haih, ngilu pulak! Aku rasa hampir dua jam jugak la menunggu kereta ni lepas tu pergi rumah Taufiq pulak. Sempat lagi Taufiq bagi biskut untuk kitaorang sementara nak tukar bateri kereta. Terima kasih ya Taufiq dan Afiq tolong kitaorang. Koranglah orang muda hero Bangsawan,chaiyokk!! haha! :)

Okey, misi seterusnya lepas kereta Edd dah okey boleh hidup balik kitaorang nak hantar Jowani balik hostel. Adegan ni paling terbaik beb. Aku agak dah pukul 4 jugak la masa sampai kat ASWARA. Masa nak masuk dalam kawasan ASWARA pintu pagar tertutup. Bukak pun sikit je. Lepas tu Asean pun cakap misi utama kitaorang ni tapi pak guard laki tu tak bagi masuk. Teknik Asean yang lemah lembut dan bersopan santun tak menjadi. Edd pun bengang. Aku pun bengang. Mana taknya mengantuk sangat-sangat. Apa lagi aku dengan Edd pergi serang la pak guard yang saiko macam nak makan penumbuk dengan aku je.

Ada ke patut dia suruh Jowani jalan kaki sorang-sorang dari pintu pagar utama sampai ke hostel. Eh gila apa pak guard ni. Nampak sangat lelaki tak bertimbang rasa, tak bertanggungjawab dan tak ada otak nak fikir. Yelah dah la perempuan lepas tu nak suruh Jowani jalan sorang-sorang. Memang la ada lampu jalan tapi suasana gelap tetap ada. Bahaya kot. Bagi aku apa gunanya kawan kalau tak menjadi betul-betul kawan? Jowani mulanya mengalah nak jalan kaki tapi aku marah dia balik. Tak ada maknanya aku nak biarkan dia jalan balik hostel sorang-sorang, Aku sanggup tunggu pintu pagar buka dan hantar Jowani dengan kereta. Keselamatan tetap kena jaga. 

:: Mak Guard Nelly di kerusi tu dari awal serangan sampai akhir serangan tak nak pusing tengok kitaorang, haha! ::

Suasana mula tegang sebab dah tahap berperang dengan Pak Guard. Ada seorang Mak Guard nama dia Nelly tak nak tengok muka kitaorang sebab ada kes sejarah dengan geng aku. Sekali dah kena apa lagi serik la. Dia senyap je, tak cakap apa-apa dan tengok muka dia pun takut.Lantak kau la janji pintu pagar bukak. Datang sorang lagi Pak Guard laki kononnya nak mempertahankan kawan dia tetapi dia pun terkaku dan terkesima dengan aku. Aku sound dan serang dia sebab tak percaya sangat kereta rosak. Dia ingat kitaorang tipu. Aku pun bahan dia balik aku cakap gila apa kitaorang pakai baju kurung dari malam sampai pagi? Perempuan gila aje pakai baju kurung pergi clubbing sambil berjoget. Memang sah la kitaorang memang betul-betul ada masalah. 

Pak Guard tu lari bersembunyi di belakang pondok dan duduk dengan kawan dia yang sorang lagi. Lepas tu aku pun bukak lagu kuat-kuat sambil menyanyi depan Pak Guard dan Mak Guard tu. Time tu aku sempat joget konon menganjing diaorang. Kelakar dan lawak gila time tu, haha.. Kawan aku pun sama bantai gelak tengok aksi aku yang entah apa-apa. Pak Guard dan Mak Guard tu diam tengok aku. Cuak la tu sebab kena kacau dengan aku. Padan muka diaorang sebab biasanya diaorang selalu tidur. Tak buat kerja pun. Bengang la tu tapi diaorang tak berani datang dekat dengan aku. Diaorang still duduk dekat pondok je tengok dari jauh, haha. 

:: Lelaki sama lelaki bersuara sambil bersaksikan juri, Edd Luigi. Kihkih ::


Akhirnya datang jugak geng Edd budak music yang semuanya lelaki. Tak sampai 5 minit pintu pagar dibuka sebab Lan gertak Pak Guard tu. Tahu pun takut kena tumbuk dan pintu pagar pun dibukak. Kitaorang masuk dulu sambil kacau Pak Guard tu sekali lagi. Puas hati dapat kacau diaorang sebab cari pasal sangat ya, haha. Lepas hantar Jowani balik dengan jayanya sempat lagi aku kacau Pak & Mak Guard tu. Aku bagitahu terima kasih untuk budi bahasa dan layanan perkhidmatan diaorang bagi. Nanti aku kasi sijil penghargaan sebagai tanda ingatan. Aku cakap tahniah sebab diaorang tak dapat tidur gara-gara cari pasal dengan kitaorang, haha. Lepas tu kitaorang pun keluar dari pagar tapi sekali lagi Edd pusing pergi kacau diaorang. Memang kitaorang time tu kenakalan tahap antarabangsa la. Hehe. Kitaorang pun balik rumah sewa.

Tengok jam dah pukul 5 pagi. Masya Allah, hanya semalaman sahaja macam-macam hal jadi. Kali ini kisah semalaman ini sebagai pengalaman yang kekal sampai bila-bila. Okey la korang aku dah letih membebel cerita sakan dengan korang. Terima kasih la singgah menjenguk entri aku yang entah apa-apa ni. Sekarang aku nak menyibukan dengan kerjaya aku tanpa gaji. Buat dan siapkan asgment, haha! Assalamualaikum. Bye :)

p/s : kalau aku berkesempatan aku update entri baru kasi korang cuci mata tengok gambar di Majlis Terbuka Erul okey. Teringat pulak ada kawan aku ni panggil aku ni GANGSTER COMEL, auwww! Haha :)

Post a Comment