13 September 2011

INTAI BLOGGER TERHEBAT & MELETUP!

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Salam sejahtera 1 Malaysia.. Ececeh, bajet aku ni orang penting pula nak bagi ucapan untuk entri terbaru ni, haha.. Korang semua tengah buat apa?

Adakah sedang memasak sambil bergosip dengan jiran sebelah?
Adakah sedang melipat baju sambil tengok tv?
Adakah sedang menari sambil bermain congkak? 
Adakah sedang berdating sambil makan cendol?

Hahaha.. Semua itu mustahil sebab aku saja nak merepek merapu bagi korang pening-pening singgah sini.. Err, sebenarnya aku kebosanan.. So, aku saja mengada-ngada nak menulis bagi korang berbulu mata baca blog aku.. Kihkih (^_^)..

Aku bosan! Bosan! Bosan! Gara-gara kebosanan mari aku nak ajak korang menjenguk beberapa 'rumah' blogger yang terhebat dan meletup.. Aku selalu sangat singgah 'rumah' blogger sebab diaorang ni hebat, bagus, meletup dan terbaik.. Jom intai-intai :)

*
*
*

Inilah blogger yang terbaik dari internet, haha.. 
Cik Epal yang sangat comel, kelakar dan sweet.. Mari-mari singgah blog dia : CIK EPAL

First aku baca blog dia memang aku dah tertarik.. Dia punya entri macam-macam ada.. Best-best sebab entri dia semua berjaya tarik perhatian aku termasuklah pasal buah hati dia yang original dan tak original - SHAHEIZY SAM! Hehe.. Entri Cik Epal ni banyak informasi walaupun kadang-kadang paling tak boleh blah ayat-ayat dia yang mencuit hati dan kelakar.. Aku suka tengok entri Cik Epal yang suka review filem (sebagai rujukan aku filem tu best atau tak) dan menternak lemak dengan gambar-gambar yang cun melecun.. Paling aku suka dengan Cik Epal dia ni style la dengan gaya bertudung dia yang sentiasa menutup apa yang patut walaupun dia seorang yang suka bergaya sakan.. Cantik la Cik Epal pakai bergaya sakan dan semoga Cik Epal terus maju dengan blog meletup bersama Encik Shaheizy Sam :)

***


Ini dia si cantik manis : Fatin Liyana.
Aku singgah blog dia dan tertarik sangat dengan headar dia yang comel tengah pegang payung dan gambar dia kat atas.. Sungguh, dia sangat cantik dan berwajahkan anak patung bernyawa.. Ye la manusia yang sangat comel boleh jadi adik beradik dengan patung..

Mari singgah blog dia : FATIN LIYANA

Dia punya entri juga comel macam Fatin Liyana, hehe.. Aku suka tengok dia pakai baju kurung.. Nampak cun sangat.. Walaupun dia cun tetapi dia sempoi orangnya.. Nanti korang singgahlah blog dia ea... Pelbagai benda ada di blog dia sambil dihiasi gambar kecomelan Fatin Liyana :)

***


Yeah, ini pun terbaik dari internet! 
Mesti korang kenalkan gadis manis dalam gambarkan? Inilah dia Hanis Zalikha... 

Mari singgah blog dia : HANIS ZALIKHA

Comel tak dia? Comelkan.. Eh comel pun dia ada blog yang meletup sangat sampai beribu-ribu follower dia sebab diakan blogger memang terbaik.. Percayalah, entri dia walaupun nampak simple dan sempoi tapi semuanya berjaya menarik perhatian aku.. Macam-macam wooo ada di blog dia... Baik korang pergi intai-intai entri terbaru dia sekarang :)

***


Eh cantiknya dia! Inilah Nurul Ain Abdul Salam.. Cunkan? Sweet sangat dengan tahi lalat dia.. Orang kata tahi lalat pemanis muka.. Oh patutlah muka Kak Ain ni berseri-seri tambah lagi bila dia senyum..

Mari  kita singgah blog dia : NURUL AIN ABDUL SALAM

Aku kenal dia melalui blog Cik Epal yang meletup dengan entri pasal 'Rozita Che Wan Bertudung'.. Nanti korang carilah entri tu di blog Cik Epal okey.. First aku tengok dia memang aku kagum dengan kecantikan dan kecomelan dia.. Sungguh, dia memang terbaik dengan senyuman yang berseri-seri! Aku rasa macam nak peluk-peluk dia sambil nak menjerit satu dunia nak bagitahu "Nurul Ain sangat cantik!", hahah.. Beruntung la Encik Yayang dapat dia.. Semoga kekal bahagia korang :).. Aku sebenarnya tak sangka dia singgah dan follow blog aku terus masa aku tegur dia FB.. Wah, kamu sungguh mesra alam.. Cun lorh! Nanti saya singgah lagi blog awak si cantik manis :)

***


Hah, ini ada lagi si cantik manis.. Mesti korang kenal diakan.. Inilah Elia yang terkenal dengan blog 'Jejari Runcing'..

Mari singgah blog dia : ELIA HARMELIA

Aku singgah blog dia selepas berlaku kegemilangan antara dia dengan Khairul Fahmi lepas tu terus follow.. Ooops Cik Elia, jangan marah.. Saya tak bermaksud nak mengungkit kisah lama ye.. Okey, lupakan yang tu sebab aku nak bagitahu dia ni memang comel.. Banyak entri dia yang berguna dan banyak info nak-nak lagi pasal tudung.. Mesti korang suka la.. Apa lagi jangan duk tercongok je terus la singgah blog meletup dia :)

***


Ini dia si manis lagi menawan dengan senyuman yang menggoda.. Dia ialah Irine Nadia Marcello..

Mari singgah blog dia : IRINE NADIA MARCELLO

Aku suka tengok blog dia berwarna pink dengan gambar-gambar dia yang sangat sweet.. Banyak jugak entri menarik dia yang patut korang singgah dan baca..Style la blog dia sebab gambar dia semua cun melecun dan macam-macam la ada..  Semoga Cik Irine Nadia kita ni kekal bahagia bersama Encik Tunang dengan ikatan perkahwinan yang sah,. Amin :)

***

Okey, aku dah tak membebel lagi.. Korang perasan tak aku sebut pasal blogger perempuan je kan? Hahah.. Nanti-nantilah aku bercerita blogger lelaki pilihan aku.. So, apa-apa pun selamat berblogger buat semua blogger.. Semoga entri yang dihidangkan kali ini tak membazirkan mata korang.. Heheh...

Untuk anda semua yang comel dan cantik saya selalu singgah menyibukkan diri baca blog korang.. Nanti saya singgah lagi...  Harap gambar yang diambil tu suci dan halal diluluskan tuan empunya masing-masing ye :)

p/s : Tak sabar menantikan tarikh bermakna 16/9/2011 - My Birthday! :)



Post a Comment