10 September 2011

MARI KUMPUL KOLEKSI KESAYANGAN :)


Hye korang! Dah lama aku tak update blog sebab busy dengan kelas sampai buat aku kepenatan.. Bila dah penat balik rumah terus nampak bantal dengan tilam je, hehe.. So, memandangkan aku tak ada kerja nak buat sekarang ni aku pun menggatal nak pot pet kat my blog.. 

Kali ini aku nak bercerita tentang hobi yang suka kumpul barang sebagai koleksi peribadi.. Semua orang mesti ada koleksi sendirikan? Seronok dan puaskan bila tengok benda yang kita suka tersimpan rapi, bersih dan cermatkan.. So, mari kita sama-sama teruskan mengumpul dan menjaga koleksi kesayangan kita ye...




Okey, aku suka membaca buku.. Skema tak ayat aku? Haha.. Senang cerita aku memang suka baca buku sejak sekolah rendah.. Buku yang aku baca mestilah buku bercerita dan novel keremajaan pun aku suka walaupun aku baru darjah 5.. Ayah aku ni pergi mana-mana kedai mesti belikan buku dan muka setia nak belek aku je..Kakak dan abang aku jangan harap nak baca, haha.. So, aku pun jadi taksub bila tengok buku sampai aku buat satu tempat khas buku-buku, majalah, komik dan novel.. Gambar kat atas tu pun separuh dari koleksi kesayangan aku..Semua koleksi kesayangan aku ni masih lagi cantik, kemas dan rapi.. Kalau korang belek macam baru beli sebab akukan cermat belek-membelek ni.. Siapa yang kenal aku tahu sangatlah teknik membelek yang aku buat, haha.. 




Aku pun tak tahu apa masalah aku dengan paper beg sebab setiap kali aku pergi mana-mana kedai mesti aku akan beli je.. Itu baru kat kedai belum lagi kalau kat rumah.. Family aku pun dah tahu aku ni pantang nampak paper beg mesti aku yang chop dulu ambil dan simpan.. Kadang-kadang kalau mak ayah aku balik dari kenduri mesti diaorang simpankan paper beg untuk aku.. Lepas tu mula la adik aku tarik muka sebab aku je yang selalu paper beg, haha..Family aku dah tahu sangat dengan hobi aku taksub kumpul paper beg sebab dalam bilik aku penuh dengan paper beg tapi aku tak guna pun.. Sayang nak guna tapi kalau guna pun bila perlu saja..




Orang lain suka kumpul kasut, baju, seluarkan ? Masalahnya aku bukan macam korang yang suka berhobi kumpul towel.. Aku suka sangat dengan towel.. Orang yang paling risau dengan hobi aku mestilah mak aku.. Kenapa? Aku selalu ambil towel yang mak aku simpan dalam almari lepas tu aku pun ambil towel tu simpan dalam bilik aku.. Bila mak aku jenguk-jenguk towel dah kurang muka dia terus berkerut.. Lepas tu mak aku syak kerja aku seludup towel yang dia simpan tu, haha.. Jangan risau aku buat pengakuan memang aku ambil towel dengan Mak aku lepas tu mak aku mampu pasrah je.. Lepas tu, mak aku pun pandai buat teknik baru setiap kali ada towel baru dia simpan senyap-senyap sebab tak nak aku tahu, haha.. Alah aku simpan je towel tu banyak-banyak tapi tak guna pun sebab aku sayang nak guna..




Hah, aku rasa semua orang suka kumpul perfumekan? Kan? Tak kira la lelaki ke perempuan mesti ada punya sebab aku pun sama jugak.. Aku suka sangat kumpul benda alah ni bagi nampak banyak-banyak.. Tak kisah la benda tu dah habis tapi aku tetap simpan jugak sebagai koleksi peribadi.. Comel jugak bila kumpul lepas tu susun botol perfume sesuka hati..

Okey la ni je aku nak membebel untuk entri baru aku.. Nanti aku update lagi blog ye.. Buat korang yang setia singgah dan jenguk blog yang penuh dengan bebelan aku yang entah apa-apa aku ucapkan TERIMA KASIH.. Terima kasih sekali lagi :)

p/s : credit to Mr. Google untuk gambar hiasan dalam my blog..

Post a Comment