13 September 2011

BURUNG HANTU JADIAN



Hello pengunjung blog kesayanganku! Aku datang lagi membawa entri baru buat tatapan korang semua.. Mari-mari aku mahu berpot pet mengusik kalian yang sedang dilanda kebosanan, kesedihan dan kesibukan.. 

Pernah tak korang dengar kejadian Burung Hantu Jadian di Malaysia? Eh bukan di Malaysia je tapi seluruh dunia tau.. Mesti korang tak pernah atau janggal dengar kejadian pelik ni berlakukan? Sekarang aku nak yakinkan korang kena percaya hakikat kejadian ni memang berlaku di sekeliling kita.. 

Mari-mari aku nak bercerita lagi.. Kejadian burung hantu jadian agak pelik tapi benar.. Mungkin korang tak perasan bahawa kita semua pernah mengalami dunia burung jadian.. Hey, tak percaya lagi? Hurmmm... Sebenarnya korang yang tak tidur bersengkang mata  berjaga malam sampai siang itulah dinamakan burung hantu jadian! Biasanya kejadian ni selalu sangat dikuasai oleh aku dan sewaktu dengannya yang bernama STUDENT atau PELAJAR.. Hehe..

Okey, aku tak pot pet banyak-banyak sebab aku nak menyibukkan diri dengan Mr. Asgment yang asyik menagih perhatian aku setiap masa.. Mari aku mahu mengada-ngada mencuit mata korang mencelik beberapa waktu dating aku bersama Mr. Asgment..

Bangsawan - Skrip Lakonan  dan Asgment Berkumpulan
Penulisan Drama Sebabak - Sinopsis & skrip karya sendiri
Penulisan Cereka TV - Sinopsis & skrip karya sendiri 
Penulisan Lirik - Mengubah lirik lagu dan asgment tentang kembara penulis lirik pilihan
Teori Apresisasi & Kritikan Teks - Asgment single & group

Adoiiii... Banyaknya asgment ni.. Semua asgment ni memang terhangat lebih dari biasa sebab otak aku pening, serabut, sengal dan agak kebengongan bila fikir pasal benda alah ni.. Nasiblah kau MIYLO MEOW jadi student penulisan ASWARA,haha... Apa-apa pun aku memang 'burung hantu jadian' setiap malam...

 Okey, babai korang nak buat kerja ni! Muaahhhhxx! :)


Post a Comment