03 September 2011

JOM KAHWIN, NAK?


Aku suka tengok orang couple-couple ni.. Couple pulak yang style remaja dan dewasa gitu.. Setakat couple budak-budak ribena aku tak layan sangat sebab itu semua hati baru nak masuk dunia remaja.. Sweet dan comel sangat tengok pasangan couple bila bercit cat, bergambar dan apa-apa lagi.. Tahu kenapa? Bila bercinta semuanya INDAH.. Tiada yang pahit dan pedih kecuali kalau time gaduh tu lain kira.. Bila dah gaduh mula la berperang macam nak hancurkan bumi je. Adoiii -_-.. 

Sebut pasal couple ramai yang tanya aku kenapa aku still membujang? Alah membujang je kot rilex la.. Ada jugak yang fikir aku ni cerewet sangat memilih pasangan.. Cerewet? Hurrm, aku rasa setakat ni aku tak ada masalah untuk memilih pasangan tapi mungkin taman hati aku tertutup malas nak buka lagi.. Entah malas nak layan cinta-cinta ni sebab bila dah layan mula tak sedar diri, hahaha! Aku pun dah mula pening dan serabut bila orang kata aku cerewet sebab tu aku susah nak bercinta.. Bukan.. Aku ni pemalas untuk bercinta.. Mood tak sampai lagi, haha.. 

Senang cerita la kan aku tak kisah la macam mana rupa dan fizikal jejaka idaman aku.. Mesti korang ingat aku ni nak yang berwajah  tampan, hensem, bulu mata lentik, tubuh sasa, tinggi lampai dan apa-apa lagikan? Heh, salah tu.. Tak caya? Mari tengok jejaka idaman aku macam mana...

*
*
*

*
*







Jeng.. jeng.. jeng... Mesti korang tak sangkakan pilihan hati aku macam manakan? Senang cerita la kan, aku ni tak berapa minat dengan ciri-ciri lelaki yang gadis-gadis idamankan.. Kurus, bertubuh sasa, hensem, romantik, tinggi lampai dan segala kebaikan yang patut ada.. Aku bukan macam tu.. 

Aku kalau boleh mahukan lelaki yang bertubuh chubby.. Entah, aku pun tak tahu masalah aku dengan lelaki chubby ni.. Bagi aku la kan lelaki chubby ni sangat comel.. Comel yang tak payah nak kena kontrol.. Dah ada gaya sendiri.. So, aku tak berminat nak lelaki bertubuh sasa, kurus dan tinggi segala bagai.. Cukuplah aku dapat yang chubby je.. First time tengok Shin Dong (Super Junior) aku terus jatuh cinta dengan dia sebab dia terlalu comel dengan chubby dia tu.. Kawan aku pun pelik dengan taste aku sebab ahli Super Junior ramai yang lebih hensem dari dia tapi aku tetap je nampak Shin Dong.. Entah, aku pun tak tahu dan aku berharap mahu memiliki jejaka idaman seperti Shin Dong.. Kihkih.. Aku tak pandang rupa sangat pun sebab yang penting HATI..

Satu lagi aku ni tak berminat dengan lelaki romantik sebab aku rimas! Poyo tak? Haha.. Aku lebih suka lelaki yang suka berjenaka dan kelakar.. Kan lebih bahagia dan indah  bergurau senda dengan senyuman manis? Kalau romantik ni aku tak berapa nak layan sebab jiwang kot.. Boleh nak romantik tetapi dengan perbuatan bukan dengan kata-kata.. Bagi aku la sebab aku ni susah nak lafaz aku cinta kau segala bagai dengan lisan.. Kalau korang tu aku tak tahulah, itu lain ceritakan...

Aku ni mudah je nak jatuh cinta dengan lelaki sebab kau kasi tayang rambut terpacak kau dan senyuman manis terus aku dilamun cinta, haha! Aku ni simple je dan  nak yang biasa-biasa je.. Okey, sekarang adakah aku cerewet? Sila kasi komen ya...



Pandai-pandailah korang fikir sebab aku tak nampak apa-apa pun.. Aku nampak Shin Dong yang comel je, haha... Lelaki chubby, jangan fikir anda tidak comel dan hebat seperti lelaki lain.. Sebenarnya anda juga sangat comel, hebat, terbaik dan saya mahukan anda! Marilah menjadi lelaki idaman saya untuk sebagai pasangan seumur hidup saya..  

Eiiii, gatal! Hahaha.. 

Buat korang yang tengah bercinta sakan aku doakan semoga korang kekal dengan ikatan yang sah - PERKAHWINAN.. Korang yang masih membujang macam aku ni jangan sedih-sedih.. Semoga Allah memberi jodoh yang terbaik okey.. Insya Allah, Amin..

p/s : kalau korang nak lelaki idaman yang aku ingin jenguklah kat sini.. Jejaka Idaman

Post a Comment