28 September 2011

PART 1 : MANISNYA MULUT AWAK!


Hye korang semua.. Mood aku sekarang tak berapa la nak kurang baik sangat.. Dua tiga hari ni macam-macam benda berlaku la weh.. Serius, memeningkan kepala dan buat jiwa berserabut.. Alahai, manusia ni semua benda nak buat tapi tak kena cara.. Apa dia? Mari aku listkan dan  bercerita.. 

Nota : Ini bukan mengumpat.. Ini sesi luahan dan berkongsi pengalaman :)

TAK TEPATI JANJI

Korang pernah tak nak maki hamun tak pun pukul orang sebab tak tepati janji? Kalau korang yang baik hati baguslah.. Eh jap tapi kalau gaya aku yang tak berapa nak menyabar ni agak mudah la melenting.. Aku rasa mak aku yang comel tu patut letak nama aku 'SABAR' biar aku ni penyabar sikit, hehe.. 

Aku ni seorang yang pegang janji.. Kalau setiap patah perkataan yang kau janjikan memang aku pegang sampai janji itu ditunaikan.. Masalahnya, ada la manusia-manusia yang suka pakai lipstick madu ni suka berjanji.. Manis kata-katanya sampai kau nak kena kencing manis pun tak apa..




Tunggu punya tunggu sorang pun tak ada.. Apa yang ada? Kerusi, meja, dinding dan ada la beberapa watak sampingan di sekeliling aku.. Mana manusia yang suka berjanji?

"Sorrylah I sibuk", "I tidur lambat semalam", "I ada hal la", "I tak tahu pun ada benda ni", "I sibuk siapkan kerja, berlambak kot", "I tengah membina kerjaya baru" dan bla bla bla! 
* BORING (-_____-)  *

Ini nama dia anak-beranak palat! Bukan main berjanji tapi bila nak buat batang hidung pun tak nampak.. Memang la masing-masing sibuk dengan kerja.. Habis tu aku datang kuliah buat apa? Tak ada kerja ke?

Kau ingat aku pergi kuliah ukur inci bulu mata pensyarah? Tak pun jumpa cleaner semata-mata nak add jadi kawan Facebook?  Tak pun pergi siasat kenapa Pak Cik buat roti canai suka gelek-gelek roti canai?

Hello, aku  pun sibuk jugak tapi kalau dah berjanji buat la gaya orang pegang janji.. Susah jugak kalau berjumpa dengan orang sibuk memanjang ni.. Memang masa aku ni khas untuk tunggu orang.. Orang yang suka berjanji ni kira keturunan VIP yang kelas kau maria!

Boringlah asyik mengadap situasi sama aje.. Macam ni la senang cerita aku ni malas nak berbudi bahasa dengan orang mungkir janji.. Lepas ni apa yang kau cakap tu aku anggap sampah yang dah berulat dan berkulat..  

Kau jangan harap aku nak tunggu kau sambil bawak bunga manggar.. Main kompang segala bagai semata-mata nak tunggu kau.. Kau cari orang lain aje lah.. 

I sibuk you!

p/s : Nantikan part 2 :)

24 September 2011

OPEN HOUSE ERUL (AF9) BERAKHIR KEKACAUAN!


Hye korang yang cantik, lawa, segak, tampan dan segala bagai :)
Kali ini aku nak bercerita tentang kisah menyeronokkan tetapi berakhir dengan ketakutan.. Jom, mari aku mulakan cerita ini ya...

:: Bergambar sakan dengan Asean Iskandar sebelum masuk lif dari tingkat 22 ke G, hehe ::

Pukul 7 petang lebih di rumah Sentul riuh dan meriah dengan suara aku, Asean Iskandar, Edd Luigi dan Ain Chelsea. Kitaorang sibuk mengadap cermin tayang muka nak conteng sana sini dengan make up bajet nak bersanding atas pelamin pulak, hehe. Lepas tu pakai baju cantik dan aku pula mengada-ngada pakai selendang. Kiranya sekali lagi pintu hati aku terbuka nak pakai selendang memandangkan muka aku berimejkan tudung bawal aje. Dah siap-siap keluar dari rumah. Eh nak pergi mana? 

Kitaorang pergi ambil Jowani di hostel ASWARA lepas tu nak menghadirkan diri ke majlis Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Erul (AF9) di Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang. Lepas tu cukuplah kami berlima dalam sebuah kereta dan pergi bersama geng lain yang naik dengan van. Jalan-jalan punya jalan cari tempat majlis Erul tak jumpa. Senang cerita dah sesat. Haih, time ni memang suasana dalam kereta hot bajet nak meletup sebab kitaorang semua dah lapar, dahaga dan agak kepenatan. Mana taknya tengok jam dah pukul 9 malam. Sejam kot tersesat! Edd dah bengang dengan seseorang yang katanya tahu jalan nak pergi majlis Erul tapi sebenarnya tak. Pandai sangat ya awak cari jalan sampai sesat sana sini. Kalau tak tahu mengaku aje lah sebab tak ada kena denda ketuk ketampi pun  -____-

Alhamdulillah pukul 9 lebih barulah sampai ke majlis Erul dengan usaha kitaorang sendiri yang cari. Masuk dewan terus tegur dengan orang dikenali lepas tu ambil makanan. Alahai , meja pulak tak ada yang kosong walaupun sememangnya dah ada kosong. Nak tahu sebab apa? Sebabnya ada 'geng' yang dah siap makan tapi tak nak bangun. Taksub sangat tengok Erul, huhu. Akhirnya Jowani berjaya mendapatkan meja kosong untuk kitaorang. Terima kasih Jowani! Lepas tu apa lagi sambil makan bermula la sesi bergambar sampai penonton yang tengok show Erul terpengaruh  dengan kebisingan kitaorang yang tengah syok bergambar. Meletup kau! Haha.. Mari-mari tengok gambar ya..

:: Semua duk sibuk tayang muka depan kamera sambil bergembira bergambar dengan Erul  ::

:: Anak gadis seni kelahiran ASWARA memang gila bergambar bajet untuk cover majalah , haha ::

Pukul 11 malam lebih barulah kitaorang balik dari Majlis Erul. Terima kasih Erul dan sekeluarga untuk menjemput kami ke majlis makan sedap-sedap, haha! Perjalanan nak balik Edd ajak pergi karaoke pulak. Kalau ikutkan aku nak balik sebab mengantuk dan mahu tidur. Lepas tu aku fikir balik best jugak karaokenya. Bukan apa dah lama tak hilangkan tension dengan karaoke. Otak aku ni berat dengan perkataan assgment je. Bincang punya bincang setuju la pergi karaoke. Masalahnya masa pergi tempat karaoke semua orang tengok kitaorang  sebab berbaju kurung, haha! Malas nak balik rumah tukar baju. Alang-alang dah keluar buat cara nak keluar sampai la betul-betul nak balik. Okey, aku sempat berkaraoke 4 buah lagu je sebab kitaorang berlima. Karaoke dua jam saja.

:: Mari berkaraoke dengan berbaju kurung ya kawan-kawan, haha! ::

Habis karaoke je kitaorang terus keluar. Aduhaii, kereta Edd tiba-tiba buat perangai. Bateri rosak. Aku dah berdebar-debar sebab yelah dah pukul 2 pagi ni. Tiba-tiba aku rasa menyesal sebab menyesatkan diri sebab tak balik rumah. Alah keluar pun sebab nak hilangkan tension gara-gara asgment yang berlambak sakan tu. Tension beb! Mujur Edd mintak tolong dengan seorang abang ni dan abang tu call geng dia mintak tolong kitaorang. Dalam masa yang sama kitaorang call kawan kitaorang, Taufiq & Afiq. Sumpah kelakar si Taufiq sebab dia bercakap yang bukan-bukan sebab mamai kot. Yelah dia dah tidur time tu. Nak tak nak aku pujuk Taufiq bangun datang ke tempat kitaorang yang dekat dengan rumah dia. Yes, berjaya jugak pujuk dan bangunkan Taufiq dari tidur lena yang maybe tengah syok mimpi awek cun kot, hehe. 

Masa tengah tunggu kawan kitaorang dan geng abang tu datang, aku ternampak empat orang lelaki remaja cina berlari ke arah kitaorang. Aku ingatkan kawan abang tu sampaikan aku tanya "Diaorang ni jogging ke apa?". Sebenarnya diaorang tu tak ada kena mengena dengan abang tu pun. Rupa-rupanya empat orang lelaki cina ni melarikan daripada perompak India. Masya Allah, sudahlah tempat yang diaorang kena rompak dekat aje dengan tempat kitaorang. Perghh,berdebar-debar beb! Mujur ada geng abang tu datang, ramai pulak tu tapi kitaorang tetap berjaga-jaga. Aku tengok sorang-sorang dah gaya gangster. Betul, tak tipu sebab tengok cara bercakap, pakaian, muka dan apa-apa lagi la mesti dah ada sijil tahap 1, 2 dan 3 untuk menjadi gangster yang berkerjaya,hehe. 

Mujurlah Taufiq dan Afiq datang. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat dengan kehadiran diaorang time tu. Rasa macam selamat sangat. Ye la kawan mestilah kita rasa okey dan selamatkan nak-nak pulak lelaki. Betul tak? Lama jugak la kitaorang tunggu kereta kena rawat. Masa yang sama jugak salah sorang lelaki cina tu ada yang tercedera masa berlari selamatkan diri. Teruk woo sampai berdarah sana sini dan urrgghh ngeri! Aku memang tak  tengok sebab takut dengan darah. Haih, ngilu pulak! Aku rasa hampir dua jam jugak la menunggu kereta ni lepas tu pergi rumah Taufiq pulak. Sempat lagi Taufiq bagi biskut untuk kitaorang sementara nak tukar bateri kereta. Terima kasih ya Taufiq dan Afiq tolong kitaorang. Koranglah orang muda hero Bangsawan,chaiyokk!! haha! :)

Okey, misi seterusnya lepas kereta Edd dah okey boleh hidup balik kitaorang nak hantar Jowani balik hostel. Adegan ni paling terbaik beb. Aku agak dah pukul 4 jugak la masa sampai kat ASWARA. Masa nak masuk dalam kawasan ASWARA pintu pagar tertutup. Bukak pun sikit je. Lepas tu Asean pun cakap misi utama kitaorang ni tapi pak guard laki tu tak bagi masuk. Teknik Asean yang lemah lembut dan bersopan santun tak menjadi. Edd pun bengang. Aku pun bengang. Mana taknya mengantuk sangat-sangat. Apa lagi aku dengan Edd pergi serang la pak guard yang saiko macam nak makan penumbuk dengan aku je.

Ada ke patut dia suruh Jowani jalan kaki sorang-sorang dari pintu pagar utama sampai ke hostel. Eh gila apa pak guard ni. Nampak sangat lelaki tak bertimbang rasa, tak bertanggungjawab dan tak ada otak nak fikir. Yelah dah la perempuan lepas tu nak suruh Jowani jalan sorang-sorang. Memang la ada lampu jalan tapi suasana gelap tetap ada. Bahaya kot. Bagi aku apa gunanya kawan kalau tak menjadi betul-betul kawan? Jowani mulanya mengalah nak jalan kaki tapi aku marah dia balik. Tak ada maknanya aku nak biarkan dia jalan balik hostel sorang-sorang, Aku sanggup tunggu pintu pagar buka dan hantar Jowani dengan kereta. Keselamatan tetap kena jaga. 

:: Mak Guard Nelly di kerusi tu dari awal serangan sampai akhir serangan tak nak pusing tengok kitaorang, haha! ::

Suasana mula tegang sebab dah tahap berperang dengan Pak Guard. Ada seorang Mak Guard nama dia Nelly tak nak tengok muka kitaorang sebab ada kes sejarah dengan geng aku. Sekali dah kena apa lagi serik la. Dia senyap je, tak cakap apa-apa dan tengok muka dia pun takut.Lantak kau la janji pintu pagar bukak. Datang sorang lagi Pak Guard laki kononnya nak mempertahankan kawan dia tetapi dia pun terkaku dan terkesima dengan aku. Aku sound dan serang dia sebab tak percaya sangat kereta rosak. Dia ingat kitaorang tipu. Aku pun bahan dia balik aku cakap gila apa kitaorang pakai baju kurung dari malam sampai pagi? Perempuan gila aje pakai baju kurung pergi clubbing sambil berjoget. Memang sah la kitaorang memang betul-betul ada masalah. 

Pak Guard tu lari bersembunyi di belakang pondok dan duduk dengan kawan dia yang sorang lagi. Lepas tu aku pun bukak lagu kuat-kuat sambil menyanyi depan Pak Guard dan Mak Guard tu. Time tu aku sempat joget konon menganjing diaorang. Kelakar dan lawak gila time tu, haha.. Kawan aku pun sama bantai gelak tengok aksi aku yang entah apa-apa. Pak Guard dan Mak Guard tu diam tengok aku. Cuak la tu sebab kena kacau dengan aku. Padan muka diaorang sebab biasanya diaorang selalu tidur. Tak buat kerja pun. Bengang la tu tapi diaorang tak berani datang dekat dengan aku. Diaorang still duduk dekat pondok je tengok dari jauh, haha. 

:: Lelaki sama lelaki bersuara sambil bersaksikan juri, Edd Luigi. Kihkih ::


Akhirnya datang jugak geng Edd budak music yang semuanya lelaki. Tak sampai 5 minit pintu pagar dibuka sebab Lan gertak Pak Guard tu. Tahu pun takut kena tumbuk dan pintu pagar pun dibukak. Kitaorang masuk dulu sambil kacau Pak Guard tu sekali lagi. Puas hati dapat kacau diaorang sebab cari pasal sangat ya, haha. Lepas hantar Jowani balik dengan jayanya sempat lagi aku kacau Pak & Mak Guard tu. Aku bagitahu terima kasih untuk budi bahasa dan layanan perkhidmatan diaorang bagi. Nanti aku kasi sijil penghargaan sebagai tanda ingatan. Aku cakap tahniah sebab diaorang tak dapat tidur gara-gara cari pasal dengan kitaorang, haha. Lepas tu kitaorang pun keluar dari pagar tapi sekali lagi Edd pusing pergi kacau diaorang. Memang kitaorang time tu kenakalan tahap antarabangsa la. Hehe. Kitaorang pun balik rumah sewa.

Tengok jam dah pukul 5 pagi. Masya Allah, hanya semalaman sahaja macam-macam hal jadi. Kali ini kisah semalaman ini sebagai pengalaman yang kekal sampai bila-bila. Okey la korang aku dah letih membebel cerita sakan dengan korang. Terima kasih la singgah menjenguk entri aku yang entah apa-apa ni. Sekarang aku nak menyibukan dengan kerjaya aku tanpa gaji. Buat dan siapkan asgment, haha! Assalamualaikum. Bye :)

p/s : kalau aku berkesempatan aku update entri baru kasi korang cuci mata tengok gambar di Majlis Terbuka Erul okey. Teringat pulak ada kawan aku ni panggil aku ni GANGSTER COMEL, auwww! Haha :)

19 September 2011

SELAMAT HARI JADI :)



UMMI NABILAH BINTI MAT ADAM,
SELAMAT HARI LAHIR KE-22,
SEMOGA PANJANG UMUR, 
SEMOGA MURAH REZEKI,
SEMOGA SUKSES STUDY & KERJAYA,
SEMOGA DIJODOHKAN DENGAN PASANGAN YANG TERBAIK,
SEMOGA TABAH DAN MATANG MENGHADAPI KEHIDUPAN INI,
SEMOGA BAHAGIA BERSAMA INSAN TERSAYANG,
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI DAN MELINDUNGI KAMU 
SEMOGA KAMU SENTIASA DENGAN SENYUMAN BIARPUN KEPAHITAN..


Nah, saja mengada-ngada nak wish birthday untuk diri sendiri.. Entri kali ini entri bermakna buat aku sebab 16 SEPTEMBER merupakan hari yang paling penting dalam hidup aku.. Ada apa? Ya, Tarikh indah tu ialah tarikh ulang tahun aku yang ke-22.. Masya Allah, sudah genap usia aku 22 tahun dan aku bersyukur kepadaNYA kerana aku terus diberi kenikmatan bernafas di bumi indah ni.. Alhamdulillah..


Oh ya, hari Khamis malam tu aku bersama kawan-kawan aku, Asean Iskandar, Edd Luigi, Ain Chelsea dan Eeka Azmi keluar makan di HR Steak House.. Malam tu kami makan dengan bergembira dan seronok sambil meraikan ulang tahun kelahiran aku untuk keesokan harinya.. Balik daripada HR Steak House aku tengah syok melayan gusti WWE sorang-sorang.. Lepas tu Ain Chelsea yang tak minat WWE ni pun tiba-tiba tayang muka join tengok WWE jugak, haha.. Tepat pukul 12.00 malam habislah WWE di TV3.. Aku bangun dari baringan depan tv tengok ada bungkusan hadiah yang sangat comel.. Aku kaku kejap sebab tak sangka ada hadiah, hahaha.. 

Jeng jeng jeng... 



Comelkan? Aku ingatkan Ain yang bagi tapi Asean.. Aku tengok Asean dah tidur.. Kesian dia nak kasi suspen kat aku tapi mengantuk sangat dia dah tertidur.. Apa-apa pun terima kasih Asean sebab bagi hadiah yang sangat comel.. Aku simpan hadiah tu sebab aku nak bukak bila Asean dah bangun.. Esok paginya barulah aku bukak hadiah tu.. Hadiah dia ialah beg yang dalam dia tu ada gambar kucing.. Auuuw, mestilah mak suka! Heheh.. 

Sebelum tidur aku terima beberapa mesej wish my birthday.. Aku reply mesej dengan hati yang cukup gembira sebab masih ada lagi yang ingat my birthday.. Paling aku tak sangka My Duda (Ex BF) still ingat lagi my birthday dan hantar mesej.. Terharu sangat walaupun kitaorang dah lama tak berhubung.. Well, teringat balik kisah silam dulu.. Harap-harap My Duda tu tengah berbahagia dengan pengganti aku, Amin..

Esok paginya aku dapat lagi beberapa wish birthday dari SMS dan hari Jumaat untuk kelahiran aku kali ini sungguh bermakna.. Ya, ulang tahun kali ini sungguh bermakna sebab aku pernah kehilangannya dan kini kembali dalam hidup aku.. Kehilangan tu biarlah rahsia  dan hanya aku saja yang kunci rahsia hati tu.. Aku berharap kehilangannya takkan berulang lagi dan semoga terus bersinar melengkapkan hidup aku.. Alhamudlillah.. Benar, aku rindu!

Lepas tu aku bukak Facebook dan wall aku penuh dengan wish birthday lagi.. Syukur, Alhamdulillah sebab orang masih ingat dan sudi wish birthday.. Iyalah tak semua orang ingat birthday kitakan? Aku pun reply ucap terima kasih kat diaorang.. 

Kalau korang nak tahu aku tak memerlukan pemberian hadiah.. Bagi aku cukuplah dengan ucapan birthday untuk aku.. Ucapan birthday tu pun dah memadai dan aku sangat menghargai setiap patah perkataan yang korang lafazkan tu.. Terima kasih buat korang yang wish birthday  termasuklah bagi hadiah.. Aku sangat menghargainya :)

Sekarang genaplah aku berusia 22 tahun.. Banyak benda yang harus aku kejar impian aku selagi nafasku terus diberi peluang bernyawa.. 22 tahun jugalah segala kenangan manis, sedih, pahit, perit dan apa-apa sudah mewarnai kehidupan aku.. Pengalaman itu menjadikan aku menjadi lebih matang, tabah, sabar, berfikiran terbuka dan sentiasa maju ke hadapan dalam apa jua ujian.. Mudah-mudahan kehidupan mendatang selepas ini lebih baik dari sebelum ini.. Harapan aku biarlah kehidupan di usia 22 tahun ini terus mematangkan aku menjadi manusia berguna dan berbakti buat semua..

Buat Mak & Ayah, terima kasih kerana melahirkan saya di dunia ini sekaligus melengkapkan kehidupan kalian.. Saya bersyukur dan bangga kerana menjadi zuriat kalian kerana kalian ialah Mak dan AYAH terbaik di dunia ini..




Sekian, sekali lagi terima kasih buat kalian yang mengucapkan birthday dan memberi hadiah kepada saya.. Terima kasih untuk doa anda untuk saya.. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan untuk kalian.. Doa saya semoga kita semua sentiasa dilindungi lingkaran kerahmatanNYA.. Amin..



p/s : Saya sangat menghargai ingatan anda untuk birthday saya.. So, sebagai balasan istimewa saya hadiahkan cuti buat korang semua.. Mesti korang suka punya, haha.. SELAMAT HARI MALAYSIA :)



17 September 2011

PENAWAR EKZEMA ~ SHAKLEE


Pukul 3 petang lebih hari Selasa aku terima panggilan dari kakak ASWARA di Dewan Kuliah Utama (DKU), ASWARA bagitahu ada kiriman bungkusan untuk aku.. Wahh, aku teruja sangat sebab bungkusan tu asyik membayangi hidup aku seminggu dua ni, haha.. Habis saja kelas Puan Malligah subjek Pengajian Malaysia terus aku pergi ke Pejabat Bendahari.. Jeng jeng jeng, aku pun tengoklah ada bungkusan di kaunter sambil dihiasi muka kakak yang telefon aku tadi..  Dapat je bungkusan tu muka aku terus berseri-seri walaupun tak minum Brand Inner Shine, haha.. Sempat lagi kakak tu cakap "Mesti mak kat kampung kirim biskur raya ni".. Aku sengih je dan terus masuk kelas Puan Siti Jasmina Ibrahim yang manis menawan tu :)

Okey, mari kita cuci mata tengok bungkusan apa la yang aku dapat tadikan? Ini dia.... 

*
*
*



Ada gaya mak aku kirim kuih raya tak? Tak pun jiran sebelah rumah aku tu tak sempat beraya rumah aku kirim bungkusan ni sekali dengan duit raya kot.. Hahaha.. Sekarang aku bukak satu persatu apa yang dibalut sana sini dalam bungkusan tu.. Jom tengok!

*
*
*


Ini Energizing Soy Protein (ESP).. Korang mesti tertanya-tanya apa benda alah ni kan? 

Aku sebenarnya agak susah hati jugak dengan ESP ni sebab ingatkan dia ni susu rupa-rupanya soya.. Aku ni memang tak suka dan tak boleh terima susu sebab susu ni buat aku berulang alik ke tandas je.. Senang cerita aku memang langsung tak boleh minum susu sebab macam kena sumpahan je,haha.. Minum je mesti sakit perut dan cirit birit.. First time minum ESP memang bagus dan Alhamdulillah. Aku sihat seperti biasa dan tak payah ulang alik ke tandas.. I like it, yuhuuuu! 

Satu lagi kelebihan ESP ni kau nak campur dengan air apa-apa  pun boleh.. Nak campur ESP dengan jus oren, laici, milo, sirap dan apa-apa lagi kecuali teh, kopi, air bergas & air panas.. Bagus betul ESP ni sebab aku susah nak minum benda macam ni (mengada-ngadakan? Haha).. Sekarang, aku ketagih nak minum benda ni sebab best sangat dan khasiat dia macam-macam ada.. Korang trylah..

Senang cerita mari aku kasi korang rujukkan terus la sebab aku malas nak membebel panjang sangat.. Kalau panjang sangat baik aku aku jadi ejen jual produk terus, hahah..Mari singgah sini : http://www.mamafaiz.com/ ESP..

 Rugi kalau korang tak baca sebab produk ni paling glamour dan terhangat di pasaran. Bukti? Tengok aku dah dapat satu! Heheh.. 



Okey, ini GLA Complex dan lebih senang cerita dia ni ada hubungan saudara dengan Evening Primrose Oil (EPO), hehe.. GLA Complex ni bagus sebab semua benda ada.. Alang-alang aku dah bagi rujukkan korang ambil peluang singgah yer.. Korang singgah la kat sini ye : http://www.mamafaiz.com/GLA.. 



Ini pulak nama dia Alfalfa.. Bagus makan benda ni sebab banyak khasiat.. Ni pun aku bagi korang rujuk kat sini... Singgah tau kalau nak tau apa benda Alfalfa dan kelebihan dia.. Klik sini : http://www.mamafaiz.com/Alfalfa




Eh ini pun produk Shaklee jugak ke? Tak ini special gift dari Fai, pengedar jualan produk Shaklee sebab pembelian aku melebihi RM 200.. Terima kasih Fai sebab kasi beg yang comel dan cantik ni.. Suka la!

Mesti korang tertanya-tanya berapa la harga setiap benda alah tu kan? Harga dia agak boleh tahan la mahal nak-nak kalau korang gaya macam aku ni  jadi STUDENT.. Kalau korang yang dah bekerja mesti no hal la, hehe.. Nanti korang rujuk la kat sini : http://www.mamafaiz.com.. 

Lupa pulak nak bagitahu apa motif aku sebenarnya pot pet pasal poduk ni.. Akukan mempunyai masalah kulit atau lebih senang ekzema so aku tak pernah berhenti berusaha nak cari penawar sembuhkan penyakit ekzema.. Cari punya cari dan terjumpa la pasal produk Shaklee yang sangat bagus, sesuai dan terbaik.. 

So, buat mereka yang sama segolongan dengan aku mempunyai penyakit ekzema cepat-cepatlah usaha cari penawar ya.. Jadi memandangkan aku dah post entri untuk ekzema aku berharap dapat membantu korang semua ya..

credit to http://www.mamafaiz.com

p/s : nantikan my next entri okay.. Bye korang semua, muaaaxxhh!!!


13 September 2011

INTAI BLOGGER TERHEBAT & MELETUP!

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Salam sejahtera 1 Malaysia.. Ececeh, bajet aku ni orang penting pula nak bagi ucapan untuk entri terbaru ni, haha.. Korang semua tengah buat apa?

Adakah sedang memasak sambil bergosip dengan jiran sebelah?
Adakah sedang melipat baju sambil tengok tv?
Adakah sedang menari sambil bermain congkak? 
Adakah sedang berdating sambil makan cendol?

Hahaha.. Semua itu mustahil sebab aku saja nak merepek merapu bagi korang pening-pening singgah sini.. Err, sebenarnya aku kebosanan.. So, aku saja mengada-ngada nak menulis bagi korang berbulu mata baca blog aku.. Kihkih (^_^)..

Aku bosan! Bosan! Bosan! Gara-gara kebosanan mari aku nak ajak korang menjenguk beberapa 'rumah' blogger yang terhebat dan meletup.. Aku selalu sangat singgah 'rumah' blogger sebab diaorang ni hebat, bagus, meletup dan terbaik.. Jom intai-intai :)

*
*
*

Inilah blogger yang terbaik dari internet, haha.. 
Cik Epal yang sangat comel, kelakar dan sweet.. Mari-mari singgah blog dia : CIK EPAL

First aku baca blog dia memang aku dah tertarik.. Dia punya entri macam-macam ada.. Best-best sebab entri dia semua berjaya tarik perhatian aku termasuklah pasal buah hati dia yang original dan tak original - SHAHEIZY SAM! Hehe.. Entri Cik Epal ni banyak informasi walaupun kadang-kadang paling tak boleh blah ayat-ayat dia yang mencuit hati dan kelakar.. Aku suka tengok entri Cik Epal yang suka review filem (sebagai rujukan aku filem tu best atau tak) dan menternak lemak dengan gambar-gambar yang cun melecun.. Paling aku suka dengan Cik Epal dia ni style la dengan gaya bertudung dia yang sentiasa menutup apa yang patut walaupun dia seorang yang suka bergaya sakan.. Cantik la Cik Epal pakai bergaya sakan dan semoga Cik Epal terus maju dengan blog meletup bersama Encik Shaheizy Sam :)

***


Ini dia si cantik manis : Fatin Liyana.
Aku singgah blog dia dan tertarik sangat dengan headar dia yang comel tengah pegang payung dan gambar dia kat atas.. Sungguh, dia sangat cantik dan berwajahkan anak patung bernyawa.. Ye la manusia yang sangat comel boleh jadi adik beradik dengan patung..

Mari singgah blog dia : FATIN LIYANA

Dia punya entri juga comel macam Fatin Liyana, hehe.. Aku suka tengok dia pakai baju kurung.. Nampak cun sangat.. Walaupun dia cun tetapi dia sempoi orangnya.. Nanti korang singgahlah blog dia ea... Pelbagai benda ada di blog dia sambil dihiasi gambar kecomelan Fatin Liyana :)

***


Yeah, ini pun terbaik dari internet! 
Mesti korang kenalkan gadis manis dalam gambarkan? Inilah dia Hanis Zalikha... 

Mari singgah blog dia : HANIS ZALIKHA

Comel tak dia? Comelkan.. Eh comel pun dia ada blog yang meletup sangat sampai beribu-ribu follower dia sebab diakan blogger memang terbaik.. Percayalah, entri dia walaupun nampak simple dan sempoi tapi semuanya berjaya menarik perhatian aku.. Macam-macam wooo ada di blog dia... Baik korang pergi intai-intai entri terbaru dia sekarang :)

***


Eh cantiknya dia! Inilah Nurul Ain Abdul Salam.. Cunkan? Sweet sangat dengan tahi lalat dia.. Orang kata tahi lalat pemanis muka.. Oh patutlah muka Kak Ain ni berseri-seri tambah lagi bila dia senyum..

Mari  kita singgah blog dia : NURUL AIN ABDUL SALAM

Aku kenal dia melalui blog Cik Epal yang meletup dengan entri pasal 'Rozita Che Wan Bertudung'.. Nanti korang carilah entri tu di blog Cik Epal okey.. First aku tengok dia memang aku kagum dengan kecantikan dan kecomelan dia.. Sungguh, dia memang terbaik dengan senyuman yang berseri-seri! Aku rasa macam nak peluk-peluk dia sambil nak menjerit satu dunia nak bagitahu "Nurul Ain sangat cantik!", hahah.. Beruntung la Encik Yayang dapat dia.. Semoga kekal bahagia korang :).. Aku sebenarnya tak sangka dia singgah dan follow blog aku terus masa aku tegur dia FB.. Wah, kamu sungguh mesra alam.. Cun lorh! Nanti saya singgah lagi blog awak si cantik manis :)

***


Hah, ini ada lagi si cantik manis.. Mesti korang kenal diakan.. Inilah Elia yang terkenal dengan blog 'Jejari Runcing'..

Mari singgah blog dia : ELIA HARMELIA

Aku singgah blog dia selepas berlaku kegemilangan antara dia dengan Khairul Fahmi lepas tu terus follow.. Ooops Cik Elia, jangan marah.. Saya tak bermaksud nak mengungkit kisah lama ye.. Okey, lupakan yang tu sebab aku nak bagitahu dia ni memang comel.. Banyak entri dia yang berguna dan banyak info nak-nak lagi pasal tudung.. Mesti korang suka la.. Apa lagi jangan duk tercongok je terus la singgah blog meletup dia :)

***


Ini dia si manis lagi menawan dengan senyuman yang menggoda.. Dia ialah Irine Nadia Marcello..

Mari singgah blog dia : IRINE NADIA MARCELLO

Aku suka tengok blog dia berwarna pink dengan gambar-gambar dia yang sangat sweet.. Banyak jugak entri menarik dia yang patut korang singgah dan baca..Style la blog dia sebab gambar dia semua cun melecun dan macam-macam la ada..  Semoga Cik Irine Nadia kita ni kekal bahagia bersama Encik Tunang dengan ikatan perkahwinan yang sah,. Amin :)

***

Okey, aku dah tak membebel lagi.. Korang perasan tak aku sebut pasal blogger perempuan je kan? Hahah.. Nanti-nantilah aku bercerita blogger lelaki pilihan aku.. So, apa-apa pun selamat berblogger buat semua blogger.. Semoga entri yang dihidangkan kali ini tak membazirkan mata korang.. Heheh...

Untuk anda semua yang comel dan cantik saya selalu singgah menyibukkan diri baca blog korang.. Nanti saya singgah lagi...  Harap gambar yang diambil tu suci dan halal diluluskan tuan empunya masing-masing ye :)

p/s : Tak sabar menantikan tarikh bermakna 16/9/2011 - My Birthday! :)



BURUNG HANTU JADIAN



Hello pengunjung blog kesayanganku! Aku datang lagi membawa entri baru buat tatapan korang semua.. Mari-mari aku mahu berpot pet mengusik kalian yang sedang dilanda kebosanan, kesedihan dan kesibukan.. 

Pernah tak korang dengar kejadian Burung Hantu Jadian di Malaysia? Eh bukan di Malaysia je tapi seluruh dunia tau.. Mesti korang tak pernah atau janggal dengar kejadian pelik ni berlakukan? Sekarang aku nak yakinkan korang kena percaya hakikat kejadian ni memang berlaku di sekeliling kita.. 

Mari-mari aku nak bercerita lagi.. Kejadian burung hantu jadian agak pelik tapi benar.. Mungkin korang tak perasan bahawa kita semua pernah mengalami dunia burung jadian.. Hey, tak percaya lagi? Hurmmm... Sebenarnya korang yang tak tidur bersengkang mata  berjaga malam sampai siang itulah dinamakan burung hantu jadian! Biasanya kejadian ni selalu sangat dikuasai oleh aku dan sewaktu dengannya yang bernama STUDENT atau PELAJAR.. Hehe..

Okey, aku tak pot pet banyak-banyak sebab aku nak menyibukkan diri dengan Mr. Asgment yang asyik menagih perhatian aku setiap masa.. Mari aku mahu mengada-ngada mencuit mata korang mencelik beberapa waktu dating aku bersama Mr. Asgment..

Bangsawan - Skrip Lakonan  dan Asgment Berkumpulan
Penulisan Drama Sebabak - Sinopsis & skrip karya sendiri
Penulisan Cereka TV - Sinopsis & skrip karya sendiri 
Penulisan Lirik - Mengubah lirik lagu dan asgment tentang kembara penulis lirik pilihan
Teori Apresisasi & Kritikan Teks - Asgment single & group

Adoiiii... Banyaknya asgment ni.. Semua asgment ni memang terhangat lebih dari biasa sebab otak aku pening, serabut, sengal dan agak kebengongan bila fikir pasal benda alah ni.. Nasiblah kau MIYLO MEOW jadi student penulisan ASWARA,haha... Apa-apa pun aku memang 'burung hantu jadian' setiap malam...

 Okey, babai korang nak buat kerja ni! Muaahhhhxx! :)