30 August 2011

SELAMAT TINGGAL BULAN RAMADHAN


Hari ini ialah hari yang bertarikhkan 29/8/2011 menandakan berakhirlah kemunculan bulan Ramadhan menghiasi sebuah kehidupan untuk tahun ini. Aduhaai, sebenarnya berat hati mahu melepaskan pemergian Ramadhan kali ini. Sungguh, aku benar-benar kesayuan dan kesedihan untuk melambai ucapan selamat tinggal buat bulan Ramadhan. Lebih menggembirakan dan bersyukur bulan Ramadhan kali ini aku berjaya puasa penuh tanpa keuzuran. Alhamdulillah, syukran kepada Allah kerana memakbulkan doaku yang berniatkan mahu puasa penuh kali ini. Bukan sekali berhajat tetapi banyak kali kerana Ramadhan kali ini benar-benar indah dan menenangkan jiwaku.

Aku sangkakan bertarikhkan 30/8/2011 masih berpuasa tetapi tidak. Mujur aku bertanyakan emak bila Hari Raya menjelma. Rupa-rupanya esok hari lebaran meraikan umat Islam untuk berhari raya Aidilfitri. Aduhaai, aku  benar-benar teruja kedatangan bulan Ramadhan sehingga melenyapkan keterujaanku berfikir tentang Hari Raya. Bayangkan aku tidaklah teruja memikirkan persiapan diri sendiri tentang pakaian, tudung, kasut dan sebagainya. Apa yang kuterujakan untuk meneruskan dan menempuhi hari puasa yang mendatang. Indah bukan?

Saban hari berlalu di bulan Ramadhan banyak mengajarku erti segala-galanya iaitu KESABARAN. Kesabaran untuk menahan diri daripada berlapar, dahaga, mengawal kata-kata dan emosi, tabah menghadapi dugaan dan sebagainya. Itulah nikmat berpuasa. Puasa yang mengajar erti sebuah kehidupan dengan mendidik diri sendiri menjadi hamba Allah yang taat kepadaNYA. Moga-moga bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk lebaran Hari Raya tahun ini.


Selamat tinggal Bulan Ramdhan yang mulia..
Kita ketemu lagi tahun depan..
Andai ada jodoh panjang umur kita bersatu lagi untukNYA :)

Post a Comment