04 August 2011

PENAT MENCABAR HARI PERTAMA PUASA



Beberapa hari meninggalkan blog tersayang jari-jemari bagaikan enggan bergerak menyentuh laptop.. Mungkin malas, penat dan juga terasa mahu berehat setelah kepulangan dari Kem Motivasi Penulisan Kreatif di Kuantan selama empat hari.. 

Pulang dari Kuantan sampai di Kuala Lumpur jam tepat pukul 7 malam.. Pulang pula bukan kesempatan mahu rehat tapi menambah kepenatan.. Ya Allah, penat terlalu memikul tubuhku yang kian lemah namun kugagahkan juga berjalan.. Aku dan beberapa teman keluar ke Tesco, Selayang mencari barang dapur untuk sahur.. Selesai membeli barang dapur barulah pulang dengan hati yang meronta mahu ruang rehat yang kepuasan.. 

Oh tidak, pukul 4.30 pagi mata dipaksa mencelik kembali untuk bersahur.. Aduhaai, kepenatan masih mengikat diri menjadi lemah kekurangan tenaga.. Memikirkan itu hari pertama berpuasa kubangkit dari tempat tidur untuk bersahur.. Mujur ada Nadiah Zaini sekali berada di dapur walaupun dia juga sepertiku kepenatan yang masih belum menghilang.. 

Selepas bersahur beberapa teman kembali ke tempat tidur kerana kepenatan dari kepulangan kem motivasi yang masih belum lenyap.. Pagi itu pula ada kuliah di ASWARA.. Aku tidak ketiduran seperti teman-teman lain kerana ingin mengemas beg dari kem motivasi itu.. Penat memang penat tetapi aku tidak suka membiarkan begku dikotori dengan pakaian kotor.. Aku kemaskan sebaik mungkin walaupun mengantuk dan asyik menguap..

Pergi kuliah pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 4 petang.. Mata meronta-ronta mahu keluar seperti membengkak gara-gara tidak ketiduran.. Aku pujuk mataku bersabar menanti waktu malam untuk beradu kembali.. Perjalanan pulang ke rumah sewa di Sentul akhirnya aku terlelap di dalam kereta.. Eloklah, jalan jem seolah-olah mendodoikan lena tidurku terus kenikmatan mencari ruang rehat walaupun sebentar.. Aku terbangun dari tidur selepas sampai ke rumah dan aku mula bangkit kembali..

Bangkit dengan semangat yang baru.. Kembali ke dapur bersama teman untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk hari pertama.. Alhamdulilah, syukur hari pertama puasa dinikmati biarpun kepenatan yang menduga kesabaran tetapi aku berjaya teruskan jua.. Alhamdulilah.. Semoga hari seterusnya semangat dan kekuatan terus memeluk kesabaranku agar terus gagah berdiri.. Puasa tidak bermakna menghalang kelemahan seseorang terus jatuh.. Sebaliknya memberi kepuasan dan kejayaan yang terbaik yang punya hikmah ternikmat.. Amin :-)

Post a Comment