31 August 2011

HARI RAYA SUNGGUH BERMAKNA!

:: Tiba-tiba mimpi nak pakai selendang.. Gedik kau! Haha ::

Bangun dari tidur rumah aku dah bising-bising + meriah + kepoh = HAPPY SANGAT! Aku rasa macam pelik pagi ni kenapa perut aku kosong dan terfikir kenapa aku tak bangun sahur.. Eh, pagi ni HARI RAYA la! Apa benda la sengal aku ni, haha.. Patut la rumah aku macam entah apa-apa kecoh sebab semua kaum kerabat aku dah berkumpul kat rumah aku.. 

Duk diam kejap sebab menyesal kesengalan aku lupa hari raya lepas tu tiba-tiba emosi berubah.. Sayu + Sebak = Rindu sangat dengan dua orang arwah atuk aku yang sudah tiada lagi. Al-Fatihah buat arwah Tok Cik dan Pak.. Aku teringat Hari Raya sebelum pemergian arwah Tok Cik.. Imbas kembali..

*
*
*


Latar tempat : Rumah arwah Tok Cik, Kg. Telaga Nibong, Jerteh, Terengganu
Latar masa : Pukul 7.00 pagi sehingga sewaktu dengannya

Okey, kalau di rumah Arwah Tok Cik semua kaum kerabat aku dah meriahkan rumah kayu arwah Tok Cik.. Keluarga aku, M.Nah dan M. Su mesti awal-awal berkumpul di rumah arwah Tok Cik masa hari terakhir bulan Ramadhan.. Pagi raya lagi semua sepupu sepapat aku sibuk duk mandi dan bersiap nak menyambut hari Raya punya pasal.. Mak-mak pulak macam biasa la trademark dia kat dapur tong teng memasak apa yang patut untuk juadah hari raya.. Dara pinggitan pulak tolong apa yang patut bersama dengan mak-mak.. Bapak-bapak macam biasa la bergoyang kaki sambil borak dengan arwah Tok Cik di ruang tamu..  Teruna bujang pulak ikut sama 'melepak' dengan bapak-bapak tak pun sibuk duk bermesra dengan motor masing-masing.. Hah, eloklah kau beraya dengan motor tu.. Peluk asap motor banyak-banyak, kihkih.. Budak-budak ribena pulak bukan main seronok kau melompat-lompat nak beraya.. Eh bukan nak beraya tapi tak sabar-sabar nak ikut senarai rumah yang dilist nak kutip duit raya..

Kalau zaman aku dengan sepupu sepapat masa budak-budak ribena pergi tayang muka nak duit tapi teknik kena betul.. Ambil biskut raya dua tiga bijik sumbat dalam mulut lepas tu minum air dan  time nak balik buat muka comel pergi salam dengan tuan rumah.. Mesti la tuan rumah baik hati bagi duit raya, haha.. Tenkiu! Balik rumah arwah Tok Cik berkumpul kira duit raya.. Siapa yang paling banyak mulalah buat muka bangga bajet dapat sejuta..Kihkih..

Lepas tu mula la bergilir-gilir kau pergi mandi aku tengok makanan kat dapur.. Lepas siap kau pula tengok di dapur aku pergi mandi wangi-wangi.. Dah macam gaya sistem barter cuma bukan tukar barang tapi tukar body masing-masing pergi sana sini, hehe.. Lepas makan dan bersiap cantik dan hensem mulalah tayang muka depan tetamu.. Salam dan bertegur mesra dengan sesama sauadara Islam sambil mulut sibuk nak aerobik makan kuih raya, lemang, ketupat, rendang dan segala bagai.. 

Rumah arwah Tok Cik memang tak henti-henti orang ramai datang sebab arwah Tok Cik di kampung dia sangatlah glamour.. Kau sebut je nama dia mulalah orang kata oowh 'Pok Nik Mat Ali', tahu sangat! Eh bukan nak mengangkat diri tapi itulah masalahnya bila dah orang kenal sangat habis semua pakat dok serbu kat rumah arwah Tok Cik.. Tukang buat air mestilah dara pinggitan yang pakai cantik, meletup dengan gincu merah, eye shadow lip lap, blusher yang mengancam tetapi melekat kat dapur je.. Haha! Masa tu memang meriah dan sesak kat rumah arwah Tok Cik dengan kaum kerabat dan tetamu.. Lepas tu mak-mak dan bapak-bapak pulak saling bertukar cerita sambil tunjuk anak masing-masing (promosi produk sendiri,kihkih).. Seronok sebab time macam ni la boleh berjumpa,kan?Kan?Kan? :)

Tengok jam dah hampir pukul 3 lebih kadang-kadang hampir pukul 5 barulah rumah arwah Tok Cik lenggang tetamu dah balik.. Kaum kerabat aku pun ada yang sibuk tunjuk muka beraya di rumah orang lain.. Aku pun sama menyibuk pergi ikut family beraya di rumah saudara-mara yang lain. Seronok sangat-sangat! Lepas tu kami sekeluarga akan beraya di rumah arwah Pak (datuk sebelah ayah) di Hulu Terengganu.

STOP!

Okey, zaman dan suasananya untuk kenangan itu dah takkan berulang lagi untuk sekarang hinggalah hari mendatang.. Sekarang suasana hari raya tak sama macam suasana rumah arwah Tok Cik.. Tok Cik dah tak ada sebab rumah Tok Cik di kawasan perkuburan bersama adik-beradiknya yang lain.. Rumah Tok Cik pun dah tak ada kena roboh.. Kalau rajin nak tahu pasal rumah arwah Tok Cik kena roboh click kat sini : Rumah Tua Pergi Jua..
Al-Fatihah buat arwah Tok Cik dan Pak.

Kita kembali ke cerita asal iaitu beraya di rumah family aku.. Okey, buat kali pertama julungnya aku beraya di rumah sendiri dan semua kaum kerabat aku berkumpul di rumah aku.. Sungguh, hari raya kali ini sangat bermakna dan meriah bagi aku.. Sangka aku hari raya tahun ini tiada apa yang mengindahkan dan tidak meriah seperti dulu tetapi takkkkkk... Semuanya indah, ceria dan terbaik! Kenangan ini aku nak simpan sampai bila-bila sebab walaupun pemergian arwah Tok Cik tapi masih lagi menyatukan kami semua berkumpul.. Alhamdulillah..Doa aku moga-moga raya tahun seterusnya kami masih lagi sama-sama menikmati hari Raya berkumpul berama-ramai.. Aku tak kisah rumah aku sesak dan bising dengan orang ramai janji kami saling bertemu dan beraya bersama-sama :)

Cukuplah aku pot pet panjang-panjang sebab mesti korang sibuk nak fikir rancang nak makan kat rumah orang lain.. Aku akhiri entri yang cukup bermakna ini dengan gambar-gambar untuk mengiasi blog aku.. Selamat hari kalian :)

Abang, ayang mintak maaf tau.. Abang pun mintak maaf jugak ayang...
Eh senyum la ayang orang snap gambar kita, kihkih
* Ni Abang Ngah dan kakak ipar aku, Kak Ngah Shaima

Ni sepupu sepapat aku yang kedua paling rapat dengan  aku, Ayu..
Dia ni selalu kena buli dengan aku..
Okey, Lah mintak maaf ye Ayu.. Hehe!

Kak Ngah dan Abang Ngah jangan duk bajet nak pegang anak orang..
Abang Ngah sila gosok perut Kak Ngah untuk menantikan ahli baru ye, hehe..
Kak Long dan Abang Dee jangan duk senyum sangat..
Cepat-cepatlah kahwin aku nak tengok produk korang pulak, haha!

Okey, pasukan dara pinggitan bergambar.. Peace!

Suasana meriah bila semuanya berkumpul..Like sangat-sangat! :)

Okey, sila pilih makanan yang korang suka..
Ambik-ambik sebab kuih ni memang nak hidang untuk korang pun,
kata Mak aku bertudung warna coklat :-p

Alahai nenek tersayang ni.. Malu-malu pulak nak bergambar..
Kata nenek dah tua-tua ni tak payah la bergambar..
Aku cakap tak ada maknanya, haha

Kak Long & Aina.. Bajet Ratu Cantik la tu Aina buat gaya hot, kihkih

Kau ingat bergambar kat ruang tamu je? Duduk atas kerusi..
Okey, biar aku ubah gaya pulak...
Bergambar di dapur pulak, kepoh!

Mak Su aku masuk dapur mampu istighfar banyak kali..
Dara pinggitan asyik bergambar kat dapur...
Buat air la weh! Haha..
Okey, aku pun sibuk nak tayang muka beraya kat rumah orang lain..
Bye!


p/s : Yeaay, dapat duit raya lagi walaupun dah besar, hehe... Korang datanglah beraya kat rumah aku ea.. Aku tunggu :)
Post a Comment