28 August 2011

CINTA KETUPAT SOTONG :)




Korang mesti tertanya-tanya apa benda la gaya sotong bersantai dalam pinggan macam tukan? Kan? Kan? Hehe.. Ini dinamakan gaya "KETUPAT SOTONG".. Made in Terengganu.. Kelantan pun boleh jugak, hehe..

Kalau di tempat aku ni dipanggil KETUPAT SOTONG sebab pulut disumbat dalam perut sotong.. Sebab tu perut sotong tu buncit-buncit.. Kalau korang yang luar dari tempat aku tak tahu la panggil apa.. Sesetengah orang panggil "PULUT SOTONG", "SOTONG SUMBAT" dan sebagainya..

Mesti korang tertanya-tanya apa la hebat dan best sangat KETUPAT SOTONG nikan? Sekali korang makan benda ni mesti korang diam dan kagum sekejap.. Perggh, sedap la wehh! Mesti korang nak makan lagi sebab KETUPAT SOTONG ni dibuat daripada  pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. 


Kenapa warna ketupat sotong air tangan mak aku berbeza dengan buatan orang lain? Ini nak cerita kat korang.. KETUPAT SOTONG ni mak aku letakkan gula melaka ataupun aku panggil 'Nisan'.. Eh bukan batu nisan ya.. Kalau yang ni mesti korang berbuih mulut terkejut kalau batu nisan betul, haha.. Jadi, gula melaka ni memainkan peranan yang penting untuk mengenakkan lagi kelazatan KETUPAT SOTONG bila dah masuk dalam mulut aku, haha.. 

Hari pertama aku pulang ke kampung petang tu jugak mak pun buat la KETUPAT SOTONG.. Oh my favourite babe! Aku ni memang gila dan taksub dengan KETUPAT SOTONG.. Kalau dah lupa dunia ada la 4 ekor aku rembat masuk dalam perut aku.. Sedap sangat weh.. Nak sedap lagi mak yang buat mestilah meletup beb! Aku  Kat rumah memang aku menguasai KETUPAT SOTONG berbanding dengan family aku, hehe..Aku rasa kepulangan aku kali ini sangat bermakna.. Sangat bermakna sebab aku dah lama tak makan KETUPAT SOTONG nak-nak pulak duduk di KL susah nak jumpa.. 

Ya, kepulanganlah sangat! :)

Okey, buat korang yang tak pernah makan try la cari mana-mana kalau dapat dan HARUS mencuba makan.. Mesti korang ketagih mulut asyik berair sebab sedap sangat tuu.. Eh, korang nak tahu apa resepi benda ni? Mana la tau kalau korang nak mencuba.. Meh aku sediakan resepi KETUPAT SOTONG ...


KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang


Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.



Okey, selamat mencuba dan semoga berbuka puasa kali ini lebih bermakna bersama KETUPAT SOTONG :)

Post a Comment