31 August 2011

HARI RAYA SUNGGUH BERMAKNA!

:: Tiba-tiba mimpi nak pakai selendang.. Gedik kau! Haha ::

Bangun dari tidur rumah aku dah bising-bising + meriah + kepoh = HAPPY SANGAT! Aku rasa macam pelik pagi ni kenapa perut aku kosong dan terfikir kenapa aku tak bangun sahur.. Eh, pagi ni HARI RAYA la! Apa benda la sengal aku ni, haha.. Patut la rumah aku macam entah apa-apa kecoh sebab semua kaum kerabat aku dah berkumpul kat rumah aku.. 

Duk diam kejap sebab menyesal kesengalan aku lupa hari raya lepas tu tiba-tiba emosi berubah.. Sayu + Sebak = Rindu sangat dengan dua orang arwah atuk aku yang sudah tiada lagi. Al-Fatihah buat arwah Tok Cik dan Pak.. Aku teringat Hari Raya sebelum pemergian arwah Tok Cik.. Imbas kembali..

*
*
*


Latar tempat : Rumah arwah Tok Cik, Kg. Telaga Nibong, Jerteh, Terengganu
Latar masa : Pukul 7.00 pagi sehingga sewaktu dengannya

Okey, kalau di rumah Arwah Tok Cik semua kaum kerabat aku dah meriahkan rumah kayu arwah Tok Cik.. Keluarga aku, M.Nah dan M. Su mesti awal-awal berkumpul di rumah arwah Tok Cik masa hari terakhir bulan Ramadhan.. Pagi raya lagi semua sepupu sepapat aku sibuk duk mandi dan bersiap nak menyambut hari Raya punya pasal.. Mak-mak pulak macam biasa la trademark dia kat dapur tong teng memasak apa yang patut untuk juadah hari raya.. Dara pinggitan pulak tolong apa yang patut bersama dengan mak-mak.. Bapak-bapak macam biasa la bergoyang kaki sambil borak dengan arwah Tok Cik di ruang tamu..  Teruna bujang pulak ikut sama 'melepak' dengan bapak-bapak tak pun sibuk duk bermesra dengan motor masing-masing.. Hah, eloklah kau beraya dengan motor tu.. Peluk asap motor banyak-banyak, kihkih.. Budak-budak ribena pulak bukan main seronok kau melompat-lompat nak beraya.. Eh bukan nak beraya tapi tak sabar-sabar nak ikut senarai rumah yang dilist nak kutip duit raya..

Kalau zaman aku dengan sepupu sepapat masa budak-budak ribena pergi tayang muka nak duit tapi teknik kena betul.. Ambil biskut raya dua tiga bijik sumbat dalam mulut lepas tu minum air dan  time nak balik buat muka comel pergi salam dengan tuan rumah.. Mesti la tuan rumah baik hati bagi duit raya, haha.. Tenkiu! Balik rumah arwah Tok Cik berkumpul kira duit raya.. Siapa yang paling banyak mulalah buat muka bangga bajet dapat sejuta..Kihkih..

Lepas tu mula la bergilir-gilir kau pergi mandi aku tengok makanan kat dapur.. Lepas siap kau pula tengok di dapur aku pergi mandi wangi-wangi.. Dah macam gaya sistem barter cuma bukan tukar barang tapi tukar body masing-masing pergi sana sini, hehe.. Lepas makan dan bersiap cantik dan hensem mulalah tayang muka depan tetamu.. Salam dan bertegur mesra dengan sesama sauadara Islam sambil mulut sibuk nak aerobik makan kuih raya, lemang, ketupat, rendang dan segala bagai.. 

Rumah arwah Tok Cik memang tak henti-henti orang ramai datang sebab arwah Tok Cik di kampung dia sangatlah glamour.. Kau sebut je nama dia mulalah orang kata oowh 'Pok Nik Mat Ali', tahu sangat! Eh bukan nak mengangkat diri tapi itulah masalahnya bila dah orang kenal sangat habis semua pakat dok serbu kat rumah arwah Tok Cik.. Tukang buat air mestilah dara pinggitan yang pakai cantik, meletup dengan gincu merah, eye shadow lip lap, blusher yang mengancam tetapi melekat kat dapur je.. Haha! Masa tu memang meriah dan sesak kat rumah arwah Tok Cik dengan kaum kerabat dan tetamu.. Lepas tu mak-mak dan bapak-bapak pulak saling bertukar cerita sambil tunjuk anak masing-masing (promosi produk sendiri,kihkih).. Seronok sebab time macam ni la boleh berjumpa,kan?Kan?Kan? :)

Tengok jam dah hampir pukul 3 lebih kadang-kadang hampir pukul 5 barulah rumah arwah Tok Cik lenggang tetamu dah balik.. Kaum kerabat aku pun ada yang sibuk tunjuk muka beraya di rumah orang lain.. Aku pun sama menyibuk pergi ikut family beraya di rumah saudara-mara yang lain. Seronok sangat-sangat! Lepas tu kami sekeluarga akan beraya di rumah arwah Pak (datuk sebelah ayah) di Hulu Terengganu.

STOP!

Okey, zaman dan suasananya untuk kenangan itu dah takkan berulang lagi untuk sekarang hinggalah hari mendatang.. Sekarang suasana hari raya tak sama macam suasana rumah arwah Tok Cik.. Tok Cik dah tak ada sebab rumah Tok Cik di kawasan perkuburan bersama adik-beradiknya yang lain.. Rumah Tok Cik pun dah tak ada kena roboh.. Kalau rajin nak tahu pasal rumah arwah Tok Cik kena roboh click kat sini : Rumah Tua Pergi Jua..
Al-Fatihah buat arwah Tok Cik dan Pak.

Kita kembali ke cerita asal iaitu beraya di rumah family aku.. Okey, buat kali pertama julungnya aku beraya di rumah sendiri dan semua kaum kerabat aku berkumpul di rumah aku.. Sungguh, hari raya kali ini sangat bermakna dan meriah bagi aku.. Sangka aku hari raya tahun ini tiada apa yang mengindahkan dan tidak meriah seperti dulu tetapi takkkkkk... Semuanya indah, ceria dan terbaik! Kenangan ini aku nak simpan sampai bila-bila sebab walaupun pemergian arwah Tok Cik tapi masih lagi menyatukan kami semua berkumpul.. Alhamdulillah..Doa aku moga-moga raya tahun seterusnya kami masih lagi sama-sama menikmati hari Raya berkumpul berama-ramai.. Aku tak kisah rumah aku sesak dan bising dengan orang ramai janji kami saling bertemu dan beraya bersama-sama :)

Cukuplah aku pot pet panjang-panjang sebab mesti korang sibuk nak fikir rancang nak makan kat rumah orang lain.. Aku akhiri entri yang cukup bermakna ini dengan gambar-gambar untuk mengiasi blog aku.. Selamat hari kalian :)

Abang, ayang mintak maaf tau.. Abang pun mintak maaf jugak ayang...
Eh senyum la ayang orang snap gambar kita, kihkih
* Ni Abang Ngah dan kakak ipar aku, Kak Ngah Shaima

Ni sepupu sepapat aku yang kedua paling rapat dengan  aku, Ayu..
Dia ni selalu kena buli dengan aku..
Okey, Lah mintak maaf ye Ayu.. Hehe!

Kak Ngah dan Abang Ngah jangan duk bajet nak pegang anak orang..
Abang Ngah sila gosok perut Kak Ngah untuk menantikan ahli baru ye, hehe..
Kak Long dan Abang Dee jangan duk senyum sangat..
Cepat-cepatlah kahwin aku nak tengok produk korang pulak, haha!

Okey, pasukan dara pinggitan bergambar.. Peace!

Suasana meriah bila semuanya berkumpul..Like sangat-sangat! :)

Okey, sila pilih makanan yang korang suka..
Ambik-ambik sebab kuih ni memang nak hidang untuk korang pun,
kata Mak aku bertudung warna coklat :-p

Alahai nenek tersayang ni.. Malu-malu pulak nak bergambar..
Kata nenek dah tua-tua ni tak payah la bergambar..
Aku cakap tak ada maknanya, haha

Kak Long & Aina.. Bajet Ratu Cantik la tu Aina buat gaya hot, kihkih

Kau ingat bergambar kat ruang tamu je? Duduk atas kerusi..
Okey, biar aku ubah gaya pulak...
Bergambar di dapur pulak, kepoh!

Mak Su aku masuk dapur mampu istighfar banyak kali..
Dara pinggitan asyik bergambar kat dapur...
Buat air la weh! Haha..
Okey, aku pun sibuk nak tayang muka beraya kat rumah orang lain..
Bye!


p/s : Yeaay, dapat duit raya lagi walaupun dah besar, hehe... Korang datanglah beraya kat rumah aku ea.. Aku tunggu :)

30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA :)


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Andai ada bicara diri ini terkasar, melampau dan menyakitkan hati kalian mohon dimaafkan.. 
Andai ada tingkah laku yang tidak menyenangkan, menyakitkan pandangan mata dan hati kalian sekali lagi mohon kemaafan..
Maaf : Itu dari saya (Hamba Allah yang kerdil)

Buat semua teman-teman di Besut pintu rumah sentiasa terbuka buat kali pertamanya saya beraya di rumah. Datanglah beraya di rumah kerana kehadiran kalian sentiasa saya ucapkan "Selamat Datang dan Selamat Hari Raya". Moga-moga kehadiran kalian mengeratkan silaraturahim kita semua lebih mesra dan diberkati oleh Allah.

Ucapan ini ditujukan buat kalian (teman-teman dan guru-guru) yang pernah sezaman berjuang dengan saya di Sekolah Kebangsaan Kerandang   (SKK), Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak (SKBK), Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM), Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jertih (SMAIJ) dan Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT).

Buat teman-teman dan pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), moga kita ketemu lagi selepas berhari raya. Rindu saya buat kalian semakin mengusik jiwa. Anda sebahagian dari hidup saya :)

Buat teman-teman kenalan di Facebook dan blogger, moga kita terus berkekalan sebagai sahabat ya..

:: SELAMAT HARI RAYA ::


SELAMAT TINGGAL BULAN RAMADHAN


Hari ini ialah hari yang bertarikhkan 29/8/2011 menandakan berakhirlah kemunculan bulan Ramadhan menghiasi sebuah kehidupan untuk tahun ini. Aduhaai, sebenarnya berat hati mahu melepaskan pemergian Ramadhan kali ini. Sungguh, aku benar-benar kesayuan dan kesedihan untuk melambai ucapan selamat tinggal buat bulan Ramadhan. Lebih menggembirakan dan bersyukur bulan Ramadhan kali ini aku berjaya puasa penuh tanpa keuzuran. Alhamdulillah, syukran kepada Allah kerana memakbulkan doaku yang berniatkan mahu puasa penuh kali ini. Bukan sekali berhajat tetapi banyak kali kerana Ramadhan kali ini benar-benar indah dan menenangkan jiwaku.

Aku sangkakan bertarikhkan 30/8/2011 masih berpuasa tetapi tidak. Mujur aku bertanyakan emak bila Hari Raya menjelma. Rupa-rupanya esok hari lebaran meraikan umat Islam untuk berhari raya Aidilfitri. Aduhaai, aku  benar-benar teruja kedatangan bulan Ramadhan sehingga melenyapkan keterujaanku berfikir tentang Hari Raya. Bayangkan aku tidaklah teruja memikirkan persiapan diri sendiri tentang pakaian, tudung, kasut dan sebagainya. Apa yang kuterujakan untuk meneruskan dan menempuhi hari puasa yang mendatang. Indah bukan?

Saban hari berlalu di bulan Ramadhan banyak mengajarku erti segala-galanya iaitu KESABARAN. Kesabaran untuk menahan diri daripada berlapar, dahaga, mengawal kata-kata dan emosi, tabah menghadapi dugaan dan sebagainya. Itulah nikmat berpuasa. Puasa yang mengajar erti sebuah kehidupan dengan mendidik diri sendiri menjadi hamba Allah yang taat kepadaNYA. Moga-moga bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk lebaran Hari Raya tahun ini.


Selamat tinggal Bulan Ramdhan yang mulia..
Kita ketemu lagi tahun depan..
Andai ada jodoh panjang umur kita bersatu lagi untukNYA :)

28 August 2011

CINTA KETUPAT SOTONG :)




Korang mesti tertanya-tanya apa benda la gaya sotong bersantai dalam pinggan macam tukan? Kan? Kan? Hehe.. Ini dinamakan gaya "KETUPAT SOTONG".. Made in Terengganu.. Kelantan pun boleh jugak, hehe..

Kalau di tempat aku ni dipanggil KETUPAT SOTONG sebab pulut disumbat dalam perut sotong.. Sebab tu perut sotong tu buncit-buncit.. Kalau korang yang luar dari tempat aku tak tahu la panggil apa.. Sesetengah orang panggil "PULUT SOTONG", "SOTONG SUMBAT" dan sebagainya..

Mesti korang tertanya-tanya apa la hebat dan best sangat KETUPAT SOTONG nikan? Sekali korang makan benda ni mesti korang diam dan kagum sekejap.. Perggh, sedap la wehh! Mesti korang nak makan lagi sebab KETUPAT SOTONG ni dibuat daripada  pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. 


Kenapa warna ketupat sotong air tangan mak aku berbeza dengan buatan orang lain? Ini nak cerita kat korang.. KETUPAT SOTONG ni mak aku letakkan gula melaka ataupun aku panggil 'Nisan'.. Eh bukan batu nisan ya.. Kalau yang ni mesti korang berbuih mulut terkejut kalau batu nisan betul, haha.. Jadi, gula melaka ni memainkan peranan yang penting untuk mengenakkan lagi kelazatan KETUPAT SOTONG bila dah masuk dalam mulut aku, haha.. 

Hari pertama aku pulang ke kampung petang tu jugak mak pun buat la KETUPAT SOTONG.. Oh my favourite babe! Aku ni memang gila dan taksub dengan KETUPAT SOTONG.. Kalau dah lupa dunia ada la 4 ekor aku rembat masuk dalam perut aku.. Sedap sangat weh.. Nak sedap lagi mak yang buat mestilah meletup beb! Aku  Kat rumah memang aku menguasai KETUPAT SOTONG berbanding dengan family aku, hehe..Aku rasa kepulangan aku kali ini sangat bermakna.. Sangat bermakna sebab aku dah lama tak makan KETUPAT SOTONG nak-nak pulak duduk di KL susah nak jumpa.. 

Ya, kepulanganlah sangat! :)

Okey, buat korang yang tak pernah makan try la cari mana-mana kalau dapat dan HARUS mencuba makan.. Mesti korang ketagih mulut asyik berair sebab sedap sangat tuu.. Eh, korang nak tahu apa resepi benda ni? Mana la tau kalau korang nak mencuba.. Meh aku sediakan resepi KETUPAT SOTONG ...


KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang


Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.



Okey, selamat mencuba dan semoga berbuka puasa kali ini lebih bermakna bersama KETUPAT SOTONG :)

27 August 2011

BAS SANI EXPRESS VS BAS PERDANA


Mood beraya sudah sampai.. Menunggu kemunculan bus (*-*) 

Hye korang.. Semalam aku dah sampai dengan jaya dan selamatnya di kampung halaman tercinta di Jerteh, Besut.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana menjaga dan melindungi aku dan penumpang bas lain selamat sampai ke destinasi masing-masing.. Moga-moga kalian semua juga selamat sampai, Amin.. Bercerita pasal bus ni agak macam nak buat muka sengal jer, aci tak? Haha..Okey-okey, ni first time aku naik bus Perdana sebab tiket bus kesayangan aku SANI EXPRESS sudah kehabisan tiket.. Aiyoooo, aku hanya mampu pandang akak kaunter tiket SANI EXPRESS dengan wajah kecewa.. Nak tak nak aku terpaksa mencari bus lain walaupun hati meronta nak jugak dengan SANI EXPRESS, huhu..  

bas sani express 1 10 Maut dalam Kemalangan Bas Sani Express

Tak apalah, aku pun dengan hati yang memujuk cari tiket di kaunter lain.. Mahu taknya ramai manusia di Stesen Hentian Putra tengah sibuk membeli tiket walaupun baru awal bulan 8.. Aku pun cepat-cepat cari tiket di kaunter lain dan aku pun tertarik untuk mencuba naik bus Perdana pulak.. I think la kan ni kali pertama aku naik bus Perdana, maybe? Aku ni sangat susah nak naik bus lain sepanjang aku menggunakan kenderaan comel ni.. Sepanjang masa dengan bus SANI EXPRESS je kecuali kalau ada lawatan family or apa-apa je la tu lain kira la.. Nasib baik ada tiket kat kaunter Perdana itu pun aku terpaksa membeli tiket pada 25/8/2011 yang mula jangkaan aku nak beli tiket 27/8/2011 sebab ada kelas lagi..


Okey, lepas tu aku dengan Yien pun sampai di Stesen Hentian Putra jam pukul 9.17 malam.. Bus dijangka bertolak pukul 9.30 malam.. Gigih kitaorang cepat-cepat cari bus Perdana  mana la tau kot-kot dah ada.. Mana tak banyak bus duk meliar kat situ sampai pening kepala aku nak cari,kihkih.. Oh lupa keadaan yang sungguh panas dan hampir-hampir membuatkan aku rasa nak pengsan je, haiyyakkk!! Tengok punya tengok dah pukul 10.00 malam.. Mana kau ni bus Perdana ? Penat aku berdiri menunggu dengan Yien.. Tiba-tiba aku rindu nak naik bus SANI EXPRESS! Aku tabik la kalau bus SANI EXPRESS sebab dia punya time tu memang berdisiplin.. Paling lambat pun tak sampai 10 minit.. Masa tetap masa tapi pelanggan juga harus dijaga.. Pukul 10.18 malam dengan rasminya datanglah bus Perdana  bernomborkan 13, lega mak! 

Baru je pijak lantai bus Perdana kecoh pulak dengan tempat duduk.. Pak Cik bus kata tempat duduk Yien dah ada orang.. Aku pandang Yien lepas tu dengan muka cuaknya aku tanya Pak Cik bus sorang lagi betul ke tiket yang aku beli ni memang bus ni.. Maybe salah naik bus (dalam hati kata.. TIDAKKKK!!).. Lepas tu Pak Cik bus kata betul la ni dik, aku kelegaan lagi.. Fuhhhh! Beberapa minit kemudian aku dengan Yien naik  tingkat atas (bus dua tingkat) dan tempat kami berdua kosong je.. Sebenarnya Pak Cik bus tersalah tanda (*_*).. Elok tak ada apa-apa barang pun, bagus! Terus aku campak beg letak di atas kerusi sebab penat dan lenguh sangat.. Nasib baik naik malam kalau naik siang memang mencabar kesabaran betul.. Entah-entah aku dah order burger McD agaknya sebab penat berdiri punya pasal, haha.. 

Bila dah duduk aku memang kesemputan yang teramat sampaikan mood aku nak makan yang telah aku plan awal-awal kat rumah sewa tertunda, haha.. Semput beb! Agak lama nak menghilangkan semput kemudian barulah aku boleh start makan dengan Yien.. Itupun makan sekejap je, hohoho.. Masa tengah tidur boleh aku tersedar aku mendengus geram dengan driver bus ni.. Why?? Meh sini nak pot pet.. Driver bus ni bawa bus dengan gaya lajunya lepas tu huyung hayang macam dalam kelab dangdut je.. Gila apa bawa bus macam ni, bengang aku sebab tidur aku dah terganggu lepas tu dalam hati aku tak henti-henti risau dengan perjalanan pulang kali ini.

Kalau korang tak percaya lagi masa bus berhenti tempat makan bayangkan aku turun dari bus dengan kepala pening.. Masa jalan pun terhuyung hayang aku jalan dibuatnya gara-gara bus ni.. Entah apa-apa bawa bus dengan kaedah yang tidak berapa selamat.. Apa la salahnya bawa bus elok-elok.. Tak payah nak gelek sangat macam Inul dangdut tu.. Pandu biasa-biasa sudah.. Aku pun nampak Encik JPJ bertiga di meja makan.. Ikutkan hati aku nak aje mengadu pasal bus tapi aku sabarkan aje.. Doa aku mudah-mudah perjalanan pulang selamat.. 

Alhamdulillah, celik mata balik tengok jam dah pukul 6 pagi dah sampai di Jertih.. Lepas ni aku dah tak mahu naik bus Perdana.. Serik, nanti nak dengan bus SANI EXPRESS je.. Syukur, dah sampai rumah lepas tu kecoh suara aku dengan ayah.. Tengok mak terus salam dan cium muaaahh dua-dua pipi.. Mak, rindu sangat-sangat!!!! Ayah pun rindu jugak... Senang cerita rindu semualah termasuk ayam dan ikan keli di rumah aku tu.. Hahahah.. 

Buat  korang semua, moga-moga perjalanan korang selamat sampai ya.. Kalau ada yang terkena macam aku harap-harap dijauhkan bencana.. Doa perlu sentiasa ada kepadaNYA agar kita dirahmati dengan keberkatan.. Insya Allah, Amin.. Selamat Berpuasa! :)

25 August 2011

SELAMAT HARI RAYA :)


ASSALAMUALAIKUM.... :)

Blog kesayanganku terabai bersawang tanpa entri baru..
Maaf kerana kemalasan yang menguasai diri untuk berpot pet..
Mungkin bila ada semangat baru untuk menulis pasti kembali meriah..
Sekarang dibiarkan dengan wajah entri yang dulu-dulu..
Oh tak mengapa dihiasi entri baru pula tetapi sekadar memeriahkan blog :-)

Sekarang jam 5.52 petang..
Masih di rumah sewa EUNA, Sentul..
Keseorangan tetapi ditemani sang kura-kura, Shark Kiro..
Menantikan detik jam 7 lebih untuk berbuka puasa hari ini..


Ya, hari ini hari terakhir untuk merasai suasana puasa di sini..
Hari terakhir berbuka puasa bersama teman tahun ini di Kuala Lumpur..
Sungguh indah dan ceria dapat bersama teman-teman di sisi untuk sahur dan berbuka puasa.

Menantikan jam detik 9.30 malam ini lagi..
Menunggu teman membawa diriku memijak lantai bas Perdana nanti..
Mahu pulang ke kampung yang diingat-dingati..
Moga-moga perjalananku dari Kuala Lumpur kembali ke Terengganu selamat..
Moga-moga Allah melindungi kami semua untuk berangkat ke destinasi masing-masing dengan selamat..
Insya Allah, Amin.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
(^_^)



16 August 2011

STUDY DI McDONALD :-)





Hye korang!
Cuba teka aku berada di mana sekarang?
Kalau mak cik dan pak cik kat kampung tahu mesti kena bebel.. Haha..
Itu di kampung memang tak payah cakap la..
Kalau di bandar lain suasananya..
Kau nak merayau sampai pukul 3, 4 pagi pun tak ada orang kisah..Haha

Okey, 
Aku sekarang berada di McDonald, Titiwangsa..
Eh bukan mengada-ngada gedik aku saja datang sini tau..
Ada sebab lorh..
Ini hah datang sebab nak study la..
Aku datang dengan kawan serumah aku
  - Asean Iskandar, Nadiah Zaini & Edd Luigi -

Memandangkan aku tak ada broadband 
So, kena la cari alternatif lain..
Jawapannya menumpang kasih guna WiFi McDonald, hehe..
Okey, banyak benda nak kena buat..
Asgment berlambak.. 
Dua tiga idea nak kena buat,
Haih mana nak cari ni??? Nasiblah kau budak penulisan, hehe..

Bye-bye korang nak sambung buat kerja :-)



09 August 2011

CINTA PUDING KARAMEL :-)


Habislah saya kali ini..
Saya tak mampu nak mengelak dari bertemu dengan dia..
Sudah seminggu muncul dia datang mencuri hati saya..
Saya tak mampu nak menjauhkan diri dari dia..
Beberapa kali saya mencari dan mahu bertemu dengan dia
Aduhai, saya semakin jatuh cinta dengan dia..
Saya suka awak..

Jatuh cinta dengan PUDING KARAMEL


Sedap + Manis + Enak + Lembut 
*
*
*
*
*
 Best tahap GRED A (^_^)

Nota : Sebenarnya saya tak suka benda manis.. Saya mudah sakit kepala kalau makan benda manis.. Ajaibnya bila bulan Ramadhan muncul saya mampu bertahan menelan benda manis.. Mungkin kerana berpuasa mulut dan lidah mengidam menikmati makanan yang terindah.. Hari pertama makan puding karamel hanya Allah saja yang tahu.. Sakit kepala menjadi-jadi gara-gara manis tapi saya bertahan untuk suapan seterusnya .. Bertahan kerana kesedapan puding karamel daripada seorang penjual mak cik di bazar Ramadhan, Sentul.. Esok lusa saya mahu menikmati puding karamel walaupun harganya RM 2.00..  Yummmy Puding Karamel.. Cinta kamu selalu :-)

05 August 2011

ALHAMDULILLAH :-)




ALHAMDULILLAH



Puasa hari pertama  - ALHAMDULILLAH
Puasa hari kedua     -  ALHAMDULILLAH
Puasa hari ketiga     -  ALHAMDULILLAH
Puasa hari keempat  ALHAMDULILLAH
Puasa hari kelima    -  ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH

Moga-moga hari berpuasa seterusnya berkekalan bersama ALHAMDULILLAH

Insya Allah, Amin..


- ALHAMDULILLAH -

04 August 2011

PENAT MENCABAR HARI PERTAMA PUASA



Beberapa hari meninggalkan blog tersayang jari-jemari bagaikan enggan bergerak menyentuh laptop.. Mungkin malas, penat dan juga terasa mahu berehat setelah kepulangan dari Kem Motivasi Penulisan Kreatif di Kuantan selama empat hari.. 

Pulang dari Kuantan sampai di Kuala Lumpur jam tepat pukul 7 malam.. Pulang pula bukan kesempatan mahu rehat tapi menambah kepenatan.. Ya Allah, penat terlalu memikul tubuhku yang kian lemah namun kugagahkan juga berjalan.. Aku dan beberapa teman keluar ke Tesco, Selayang mencari barang dapur untuk sahur.. Selesai membeli barang dapur barulah pulang dengan hati yang meronta mahu ruang rehat yang kepuasan.. 

Oh tidak, pukul 4.30 pagi mata dipaksa mencelik kembali untuk bersahur.. Aduhaai, kepenatan masih mengikat diri menjadi lemah kekurangan tenaga.. Memikirkan itu hari pertama berpuasa kubangkit dari tempat tidur untuk bersahur.. Mujur ada Nadiah Zaini sekali berada di dapur walaupun dia juga sepertiku kepenatan yang masih belum menghilang.. 

Selepas bersahur beberapa teman kembali ke tempat tidur kerana kepenatan dari kepulangan kem motivasi yang masih belum lenyap.. Pagi itu pula ada kuliah di ASWARA.. Aku tidak ketiduran seperti teman-teman lain kerana ingin mengemas beg dari kem motivasi itu.. Penat memang penat tetapi aku tidak suka membiarkan begku dikotori dengan pakaian kotor.. Aku kemaskan sebaik mungkin walaupun mengantuk dan asyik menguap..

Pergi kuliah pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 4 petang.. Mata meronta-ronta mahu keluar seperti membengkak gara-gara tidak ketiduran.. Aku pujuk mataku bersabar menanti waktu malam untuk beradu kembali.. Perjalanan pulang ke rumah sewa di Sentul akhirnya aku terlelap di dalam kereta.. Eloklah, jalan jem seolah-olah mendodoikan lena tidurku terus kenikmatan mencari ruang rehat walaupun sebentar.. Aku terbangun dari tidur selepas sampai ke rumah dan aku mula bangkit kembali..

Bangkit dengan semangat yang baru.. Kembali ke dapur bersama teman untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk hari pertama.. Alhamdulilah, syukur hari pertama puasa dinikmati biarpun kepenatan yang menduga kesabaran tetapi aku berjaya teruskan jua.. Alhamdulilah.. Semoga hari seterusnya semangat dan kekuatan terus memeluk kesabaranku agar terus gagah berdiri.. Puasa tidak bermakna menghalang kelemahan seseorang terus jatuh.. Sebaliknya memberi kepuasan dan kejayaan yang terbaik yang punya hikmah ternikmat.. Amin :-)